Zefrieq mematikan enjin keretanya sejurus kereta
mewahnya memasuki perkarangan rumah keluarganya itu. Dari dalam kereta dia
merenung mummynya yang sedang duduk bersantai di laman rumah. Pantas kaki
dibawa mendekati mummy nya itu.
“Mummy. Mummy kenapa tak tidur lagi? Dah pukul
berapa ni my?” Soal Zefrieq selepas tangan mummy nya disalam penuh kasih. Dia
mengambil tempat di hadapan mummy nya
“Saje ambil angin. Bosan lah duduk dalam.” Balas
Datin Zulaikha sambil menuangkan air kopi ke dalam cawan kosong yang baru di
bawa oleh pembantu rumahnya.
“Zef dari mana? Dah makan?” Soal Datin Zulaikha
prihatin sambil dihulur cawan kepada anaknya itu. Zefrieq menyambut huluran
mummy nya itu sambil tersenyum.
“Thanks
my. Dah, Zef makan dekat rumah Qaira tadi. Lupa nak bagi tahu mummy yang Zef
nak keluar, sebab Zef jenguk bilik mummy sebelum Zef nak keluar tadi mummy
tengah solat.”
“Qaira? Qaira mana pula ni Zef? Girlfriend Zef?” Soal Datin
Zulaikha sambil mengerutkan dahinya. Seingatnya nama yang baru sahaja meniti di
bibir anaknya itu seperti pernah didengarinya. Namun kotak ingatannya terhenti
disitu. Maklumlah sudah lanjut usia, ingatan sudah tidak secergas dulu.
“Mummy dah lupa pasal Qaira kawan baik Zef tu? Qaira
anak uncle Zaid tu my. Ingat tak?” Cerita Zefrieq untuk mengembalikan kembali
memori mummy nya itu. Sudah 3tahun Qaira menghilangkan diri darinya, sudah
tentu mummy nya juga sudah terlupa akan wanita itu.
“Ohh, anak Dato’ Zaid dan Datin Adilah. Mummy hampir
lupa pasal dia lah Zef. Eh, bukan ke dia menetap terus dekat London lepas
kahwin dengan mat salih tu?” Soal Datin Zulaikha kehairanan. Zefrieq hanya
tersenyum mendengarnya.
“Ingat pun. Jodoh dia dengan bekas suami dia tak
panjang lah my. Diaorang dah bercerai. Qaira pulang semula ke Malaysia untuk mulakan
hidup baru. Dengan anak dia.” Terang Zefrieq menceritakan hal sebenar.Datin
Zulaikha mengangguk tanda faham akan cerita yang baru sahaja disampaikan oleh
anaknya.
“Tengok kawan baik Zef tu. Dah ada anak dah pun.
Cuma jodoh dia saje tak panjang. Yang Zef ni bila lagi?” Soalan yang keluar
dari mulut mummynya itu menyebabkan Zefrieq tersedak. Datin Zulaikha hanya
tersengih melihat anaknya itu yang pantang apabila dia mula membahaskan topik
tentang perkahwinan.
“Apasal pulak nama Zef tiba tiba naik ni my. Kita
tengah cakap pasal Qaira. Bukan pasal Zef. Lain orang lain ragam mummy. Kan dah
banyak kali Zef cakap Zef tak bersedia lagi nak melangkah ke alam perkahwinan.”
Balas Zefrieq sambil mengelap mulutnya dengan sapu tangannya.
“Zef. Mummy ni dah tua. Bila-bila masa je Allah
boleh tarik nyawa mummy. Zef tak nak bahagiakan mummy ke Zef? Selagi mummy
masih bernyawa ni.” Ujar Datin Zulaikha sebak. Nada suaranya juga sudah
bertukar. Dia sebak mengenangkan anaknya itu masih lagi tidak mahu menamatkan
zaman bujangnya, risau jikalau dia dipanggil menghadap Ilahi terlebih dahulu.
Siapa yang akan menjaga makan pakai anaknya itu? Kegusaran terbit di hatinya.
“Mummy. Bukan Zef tak nak kahwin my. Bukan Zef
sengaja biarkan hidup Zef kosong tanpa cinta. Tapi semua ni sebab hati Zef
masih sakit. Jangan lah mummy anggap keakraban Zef dengan Qaira akan
menimbulkan bibit cinta antara kami. Qaira tu Zef dah anggap macam adik Zef
sendiri. Kitaorang rapat pun sebab dah lama berkawan. Itu sahaja mummy.” Terang
Zefrieq panjang lebar. Sebelum mummy nya menyuruh dia menikahi sahabat baiknya
itu, ada baiknya jikalau dia memberitahu kedudukan sebenar. Dia tidak mahu
mummy nya mendesak supaya dia berkahwin buat masa ini.
“Apa salahnya Zef. Qaira bukan isteri orang lagi.
Daripada Zef asyik jumpa dia selalu dekat luar, ada baiknya Zef jadikan dia
isteri. Elak maksiat. Lagipun bukan mummy tak kenal dengan keluarga Qaira.
Kalau Qaira pilihan hati Zef, mummy tak membantah.”
“Kan dah cakap. Mummy mesti nak jodohkan aku dengan
Qaira. Haisy tak tahu lah macam mana nak terangkan bagi mummy faham.” Gerutu
Zefrieq dalam hati. Tekaannya tepat pula kali ini.
“Qaira dengan Zef akan selamanya berkawan baik.
Takpernah timbul perasaan cinta dalam hati Zef untuk dia. Zef rasa dia pun
macam tu juga. Okay lah my, dah lewat ni. Zef masuk tidur dulu ya. Mummy jangan
tidur lewat sangat, nanti sakit. Love you
my.” Zefrieq bingkas bangun lalu dia menghadiahkan ciuman penuh kasih di pipi
kanan mummynya itu. Bimbang dirinya akan deleteri tentang statusnya yang masih
belum kahwin itu, dia mengambil langkah selamat untuk meminta diri. Datin
Zulaikha hanya tersenyum mengangguk mendengar kata-kata anaknya itu. Dia harus
akur dengan kehendak anaknya.
*****
“Masuk bilik saya sekarang.” Zefrieq memberi arahan
kepada setiausahanya yang sedang leka membaca surat khabar. Sengaja dia masuk
awal ke ofis pada pagi ini untuk meneliti fail sebelum mesyuarat bermula.
“Amboi sedap nya kau baca surat khabar sambil goyang kaki eh.” Gerutu Zefrieq
dalam hati. Dihentak kuat meja itu sehingga menyebabkan gadis itu sedikit
tersentak.
“Dah pekak ke bisu? Ke dua-dua? Aku cakap, masuk
bilik aku sekarang! Now!” Ujar Zefrieq dengan nada yang sedikit meninggi. Dia
sudah hilang sabar melihat gadis itu tidak memberi respond tentang arahannya
itu. Dengan pantas dia meninggalkan gadis itu dan berlalu ke biliknya.
Fathrisya mengeluh perlahan. “Macam mana lah aku
boleh tak perasan si singa tu ada depan aku tadi? Haisy, habis lah kena sembur
kejap lagi.” Bebel Ainur Fathrisya dalam hati, dia tidak tahu mengapa begitu
leka dia membaca surat khabar sehinggakan lelaki itu berdiri di hadapan mejanya
juga tidak disedari.
“Ada apa yang boleh saya bantu, Encik?” Soal
Fathrisya lembut selepas dia mendapat arahan untuk masuk ke dalam bilik lelaki
itu.
“Kalau kau rasa nak jadi suri rumah sepenuh masa,
duduk goyang kaki baca berita-berita sensasi. Tak payah datang ofis. Syarikat
ni tak perlukan pekerja pemalas macam kau.” Marah Zefrieq yang geram dengan
sikap gadis itu yang tidak mengendahkan kehadirannya sebentar tadi.
“Boss. Saya minta maaf sangat-sangat pasal tadi.
Saya memang betul-betul tak dengar dan tak perasan langsung boss dah berdiri
terpacak depan saya tadi.” Fathrisya meminta maaf dengan seikhlas hatinya. Dia
sendiri mengakui silapnya tadi. Meskipun hanya kesilapan kecil yang dia
lakukan, namun apabila berhadapan dengan lelaki sakit otak ini. Sudah tentu
kesalah kecil itu dianggap kesalahan yang sangat besar baginya. Fathrisya
mengeluh mengenangkan sikap bossnya itu.
“Memang lah tak perasan. Sebab dalam kepala otak tu
fikir nak dapat gaji atas angin je. Dasar pemalas!” Sindir Zefrieq kedengaran
sinis sekali.
“Boss. Dalam kamus hidup boss memang tak boleh
terima kata-kata maaf daripada orang lain ke?” Fathrisya menyoal dengan
beraninya namun pandangannya tidak di halakan kepada lelaki itu. Dia hanya
memandang ke luar bangunan dengan pandangan kosong.
“Ada. Tapi bukan untuk kau. Aku nak kerja kau semua
perfect. Kesalahan sekecil habuk yang kau buat pun akan aku anggap sebesar
penumbuk aku ni.” Ujar Zefrieq sambil menayang buku lima kepada gadis itu.
Fathrisya hanya membuat riak muka selamba.
“Memang boleh sakit jiwa kalau lama-lama cakap
dengan boss ni. Sebenarnya boss panggil saya masuk bilik ni ada apa ya? Kalau
sekadar nak sakitkan hati saya tak payah kot. Tak takut dosa ke boss?” Selamba
gadis itu membalas kata-kata Zefrieq. Kadang kala dia juga hilang sabar melayan
perangai Zefrieq yang terlalu pelik itu.
“Apa masalah kau ni perempuan?! Kalau kau nak
berlagak alim bukan dekat sini. Tu dekat surau sana pergi bersyarah puas-puas.
Ada hati nak nasihat orang, diri sendiri tersembam masuk parit. Tak sedar diri
punya perempuan kampung!” Zefrieq menjadi angin secara tiba-tiba mendengar kata
kata gadis itu yang menyindir dirinya. Entah mengapa hatinya sering sahaja panas
apabila berkomunikasi dengan gadis itu.
“Saya sedar boss. Saya ni memang kampung, anak orang
miskin, lurus bendul, hodoh. Lagi apa yang boss nak hina saya? Teruskan lah
sebab saya ni batu yang tak punya perasaan.” Balas gadis itu mendatar. Zefrieq
tersentuh mendengar bicara gadis itu. Belum pernah gadis itu bersuara sebegitu
seolah-olah sangat terasa dengan kata-katanya sebentar tadi. Namun dia tetap
mempertahankan egonya, tidak mahu tampak lelaki yang mudah berlembut dengan
wanita.
“Kau tak payah nak terasa sangat sebab pada aku, kau
tu tak membawa apa-apa kepentingan dalam hidup aku. So, sangat tak penting
untuk aku jaga perasaan kau.”
“Kan saya dah cakap tadi yang saya ni batu. Tak
perlu boss nak susah-susah jaga perasaan saya. Biar saya sorang je jaga
perasaan boss. Boss kan boss, boleh buat apa sahaja.” Balas Fathrisya sambil
tersenyum kelat.
“Bendul. Pukul berapa meeting aku pagi ni?” Soal
Zefrieq mengubah topik. Dia sedang leka mencari sesuatu di dalam lacinya.
“Pukul 10 pagi Encik boss. Cari apa tu boss?” Soal
Fathrisya apabila melihat lelaki itu masih tidak menemui apa yang dicarinya.
“Phone.
Aku tak rasa aku tinggal dekat rumah. Haish toyol mana pula ambil ni!” Bentak
Zefrieq sambil tangannya menolak kasar semua benda yang berada di atas mejanya.
Mujurlah laptop yang terletak di sudut kiri mejanya tidak dicampak ke bawah.
Fathrisya hanya menggeleng kepala melihat boss nya yang mudah mengamuk itu.
“Agaknya lelaki yang pegang jawatan besar-besar memang sakit otak kot.” Bebel
hatinya lagi.
“Kau tengok apa hah?! Tolong lah cari sekali.”
Bentak Zefrieq kegeraman apabila melihat gadis itu hanya menjadi pemerhati.
Terperanjat Fathrisya dengan tengkingan lelaki itu.
Lantas dia duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik itu. Diraba-raba
sofa itu untuk mencari telefon bimbit milik lelaki itu. Tiba-tiba dia bingkas
bangun dan meluru ke arah bossnya.
“Kau ni apahal tiba-tiba datang dekat aku ni? Nak
apa hah?” Soal Zefrieq pelik dengan tingkah laku gadis itu yang hanya berdiri
beberapa inchi dari dirinya.
Tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu, dia menyeluk
ke dalam poket kecil kemeja lelaki itu. Zefrieq tergamam dengan tindakan
spontan gadis itu.
“Woi! Apa benda kau buat ni gila!” Jerit Zefrieq
yang tersentak dengan kelakuan gadis itu.
“Boss ni memang amnesia tahap terlampau tau! Tadi
saya perasaan boss sendiri yang masuk kan phone boss dalam poket seluar boss.
Letak dekat tempat lain. Cari dekat kutub selatan. Boss boss.” Ujar Fathrisya
sambil mengeluarkan telefon bimbit lelaki itu dan ditayang di awang-awangan.
Zefrieq yang sedang menahan bengang kerana ditegur sebegitu merampas kasar
telefon bimbitnya dari tangan gadis itu. Fathrisya menahan gelak melihat
keletah lelaki itu.
“Muda-muda dah nyanyuk, kesian betul dekat bakal
bini boss nanti.” Sempat pula dia mengenakan lelaki itu yang masih lagi
menunjukkan wajah masa mencuka. Dia tunduk mengutip kertas dan juga
barang-barang lelaki itu yang berselerakan di atas lantai. Disusun kembali di
atas meja bossnya. Tidak dipedulikan mata lelaki itu yang sedang tertancap
memandangnya.
“Kau dah lama tak makan penumbuk ke Risya? Atau
teringin nak kena buang kerja?” Soal Zefrieq sambil matanya mencerlung
memandang gadis itu. “Geram betul aku dengan kau ni perempuan, rasa macam nak
cekik je si bendul ni!” Bentak Zefrieq dalam hati menahan marah.
“Eleh. Boss bukan ada sebab yang munasabah pun nak
buang saya kerja. Orang comel macam saya ni boss, bersepah tau majikan nak.”
“So tak kisah lah kalau kau kena berhenti kerja?
Okay Fathrisya, aku boleh siapkan surat..” Belum sempat Zefrieq hendak
menghabiskan ayatnya, dengan pantas gadis itu memotong.
“Saya buat kan boss nescafe kurang manis ya, sorry
lah boss. Saya bergurau je tadi. Boss sanggup ke nak buang saya dari sini?
Mesti nanti boss rindu dengan keletah saya yang comel ni kan.” Balas Fathrisya
sambil mengeyitkan matanya. Sikapnya yang terlalu ceria itu kadang kala
membuatkan Zefrieq menahan tawa di dalam hati.
“Pergi berambus sekarang dari bilik aku. Jumpa dalam
meeting nanti. Jangan lambat!” Ujar Zefrieq seraya menggamit matanya ke arah
pintu biliknya. Fathrisya yang memahami isyarat mata lelaki itu pantas mengatur
langkah untuk memulakan kerjanya pada hari itu.
Nanti saya blog walking yee. Thank you :)
ReplyDelete