Farel memandang wajah muram Zefrieq yang sedang
menikmati makanan tengah harinya itu. Namun hanya sedikit sahaja yang
dijamahnya, selebihnya dibiarkan sahaja. Zefrieq mengajak Farel keluar
menemaninya menonton wayang di The Curve, Farel hanya menurut. Kebetulan dia
juga sudah lama tidak keluar bersiar-siar disebabkan timbunan kerja yang
semakin menyesakkan otaknya. Ada elok nya dia keluar melepaskan segala tekanan.
“Kenapa dengan kau ni Zef? Masam je muka kau macam
orang tengah tahan kentut.” Ujar Farel mematikan lamunan pendek Zefrieq.
Zefrieq menjeling sepupunya sambil melepaskan keluhan berat.
“Banyak lah kau punya tahan kentut. Aku tengah
tertekan bagai nak pecah kepala otak aku ni. Kau apa tahu.” Balas Zefrieq
sambil tangannya bermain-main dengan sudu.
“Memang ler aku tak tahu, dah kau tak nak share. Eh Zef, kalau kau tayang muka
monyok macam ni. Sampai kucing bertelur pun aku tak dapat tolong kau selesaikan
masalah kau ni tau.” Ujar Farel sambil itu dia menggamit pelayan restoran ini.
Setelah membuat pesanan, dia kembali merenung Zefrieq yang kelihatan kusut
sekali.
“Mummy aku. Dia bagi aku pilihan. Sama ada aku
kahwin dengan pilihan dia, atau dia bagi masa 2tahun untuk aku cari girlfriend yang boleh dijadikan isteri.
Pening kepala aku dengan pilihan yang mummy bagi dekat aku ni Rel.” Cerita
Zefrieq sambil memicit kepalanya yang tiba-tiba berdenyut sakit itu. Boleh migraine aku seminggu fikir masalah ni.
“Kau setuju dengan pilihan yang mummy kau bagi?”
Soal Farel ingin tahu. Patutlah sedari tadi wajah sepupunya itu muram semacam.
Dia sendiri sudah masak dengan perangai Zefrieq, setelah kecewa dalam
percintaan 4tahun lepas. Hati sepupunya itu seolah-olah tiada ruang langsung
untuk mana-mana wanita yang pernah dia kenal.
“I have no choice.
Kau tahu kan mummy aku tu macam mana, selagi aku tak tunaikan apa yang dia nak.
Selagi tu lah telinga aku berdesing setiap hari kena bebel. Aku dah bosan betul
dengar perkataan “kahwin”.” Ujar Zefrieq meluahkan perasaan. Farel yang menjadi
pendengar setia menghamburkan tawanya.
“Yang kau gelak ni apahal samdol? Apa kelakar sangat
ke cerita aku tadi tu? Lawak sangat ke sampai over sangat ketawa ni?” Soal
Zefrieq geram dengan tingkah laku sepupunya itu.
“Kau tu yang kelakar Zef. Pantang cakap pasal kahwin,
amboi kau punya marah. Tak ingat dunia. Apa yang kau nak pening kepala. Mummy
kau bagi masa 2tahun, bukan 2hari. Banyak lagi masa.” Ujar Farel setelah
tawanya reda.
“Kau cakap memang lah senang Rel. Tak kena atas
batang hidung kau. Cuba Pak Long dengan Mak Long buat keputusan macam ni
tentang masa depan kau, mahu tercirit kau dibuatnya.” Balas Zefrieq sambil
meneguk jus kiwi yang dipesannya tadi sehingga habis.
“Hisy kau ni! Apa kena mengena aku dengan masalah
kau ni? Ayah dengan umi aku sporting,
diaorang bukan kisah pun kalau aku membujang sampai ke tua.” Balas Farel sambil
tersengih. Mujurlah ayah dan umi nya tidak mendesak supaya suruh dia berkahwin
cepat. Farel yang baru menjangkau usia 27 tahun bercita-cita untuk menamatkan
zaman bujangnya sebelum umurnya memasuki angka 30.
“Kalau lah fikiran mummy aku tu macam parents kau, tak adalah aku nak pening
kepala macam ni. Boleh botak licin kepala aku ni fikir.”
“Yang kau nak pening kepala sangat ni kenapa?
Masalah ni boleh settle. Kau kahwin
dengan Qaira. Kan senang? Aku dengar cerita dia dah balik Malaysia and jadi janda meletop gitu. Lawa pun
lawa. Sesuai dengan taste kau yang
tinggi melangit tu.” Farel memberikan cadangan. Dia juga mempunyai pandangan
yang sama seperti ibu saudaranya itu. Dia merasakan Qaira wanita yang terbaik
untuk bergandingan dengan lelaki cerewet seperti Zefrieq Ezzraf.
“Kau dengan mummy ni sama naik lah. Haisy! Kau boleh
bayangkan tak, orang yang selama ni kita anggap bestfriend, yang dah lama berkawan dengan kita. Tiba-tiba nak jadi
wife, kau tak rasa pelik ke?” Soal
Zefrieq ingin tahu tentang pendapat sepupunya itu. Dia tidak faham mengapa
semua yang rapat dengannya mengatakan bahawa Qaira adalah wanita yang sesuai
untuk dijadikan calon isteri. Walhal, tiada sekelumit perasaan cinta buat gadis
itu.
“Sebelum kau jatuh cinta dengan seseorang, kau kenal
dia dulu kan? Kenal hati budi masing-masing, kemudian jadi kawan. So aku tak
nampak apa-apa masalah bercinta dengan kawan baik sendiri.” Balas Farel seperti
pakar motivasi cinta lagaknya.
“Masalah bagi aku. Sebab hati aku langsung tak cinta
kan dia. Kita orang memang rapat ibarat orang tengah syok bercinta, tapi aku
percaya. kalau kau tanya Qaira sendiri, jawapan yang sama kau akan dengar dari
mulut dia.”
“Kau tu sebenarnya yang bermasalah Zef. Kau terlalu
perjudis tentang cinta, kau fikir perempuan ni semua sama ke? Bagi lah peluang
untuk diri kau rasa kebahagiaan bercinta.” Farel sering sahaja menjadi penasihat tidak
bertauliah Zefrieq. Namun kata-kata nasihatnya kadang kala sia sia sahaja
kerana lelaki yang bernama Zefrieq Ezzraf terlalu keras kepala dan mahu ikut
rentak hidupnya sahaja.
“Cinta bukan membahagiakan. Cinta punca aku derita
sampai sekarang Rel.” Ujar Zefrieq lemah. Disebalik kata-katanya itu Farel
dapat mengesan ada nada kecewa yang masih bersisa dalam diri lelaki itu.
“Apa salahnya kali ini, kau korbankan kekecewaan kau
untuk buat mummy kau bahagia. Sebelum semuanya terlambat Zef.”
“Entah lah Rel. Aku tak reti lah nak bercakap pasal
jodoh ni. Aku serahkan semuanya pada Allah S.W.T. Tak larat nak fikir
lama-lama.” Balas Zefrieq melepaskan keluhan berat.
“Kalau setakat kau serahkan semuanya pada Yang Maha
Esa tanpa berusaha, tak guna juga.” Ujar Farel sebelum dia berlalu dia berlalu
ke kaunter untuk membuat pembayaran. Zefrieq hanya terdiam memikirkan kata-kata
Farel sebentar tadi.
****
Zefrieq memerhatikan setiap sudut biliknya.
Perlahan-lahan dia mendekati perabot yang berada di dalam biliknya itu.
Kemudian dia bergerak ke arah sofa yang terletak di sudut ruangan bilinya itu,
disentuh dan dicium bau sofa itu. Dia mendengus kasar. Langkah di atur menuju ke
arah mejanya semula. Butang interkom ditekan kasar.
“Risya. Masuk bilik sekarang!” Tegas kedengaran
suara Zefrieq Ezzraf memberikan arahan kepada staf nya.
“Masuk!” Laung Zefrieq dari dalam. Sebaik sahaja
Fathrisya melangkah masuk ke dalam bilik boss nya itu, Zefrieq menghentak
sekuat hati meja kerjanya membuatkan gadis itu tersentak bukan kepalang.
“Apahal pula mamat sakit otak ni. Dah buang tebiat
ke pagi pagi buta perangai seperti orang hilang akal.” Bebel Fathrisya yang
tidak mengerti mengapa lelaki itu boleh naik angin sebegitu rupa.
“Encik. Encik okay tak ni? Sakit ke?” Soal Fathrisya
teragak-agak. Namun hatinya mendesak untuk memulakan bicara antara mereka.
Kalau dilihat wajah Zefrieq yang masam mencuka itu, tiada tanda-tanda untuk dia
memulakan perbualan antara mereka.
“Memang aku tengah sakit otak dengan staf bendul
macam kau ni! Boleh aku tahu kenapa sofa aku tu berbau? Kau pergi cium bau dia
macam bau ketiak pemain bola sepak yang dah sebulan tak mandi. Ni…” Dihalakan
jarinya ke permukaan meja kerjanya. Lalu, disapu tangannya dan diangkat ke
atas.
“Berhabuk!” Sambung Zefrieq lagi.
“Itu je? Boss punya mengamuk macam nak terbalik
pejabat ni. Saya ingatkan ada masalah besar apalah tadi.” Balas Fathrisya
selamba. Entah mengapa, sejak dua menjak ini, dia gemar menyakitkan hati lelaki
itu. Seronok pula apabila sering bergaduh dengan Zefrieq Ezzraf. Meskipun
kata-kata lelaki itu sangat pedas, namun ada kalanya dia berasa lucu setiap
kali Zefrieq memarahinya tanpa sebab.
“Kau jangan sengaja nak uji kesabaran aku Risya! Dah
berapa lama cleaner ofis ni tak
bersihkan bilik aku? Berhabuk sekali perabot dalam bilik ni! Aku dah bersin
beribu kali sebab habuk ni, kau tahu tak aku sensetif habuk?” Soal Zefrieq yang
kegeraman melihat reaksi gadis itu yang tidak takut akan amukannya. Zefrieq
Ezzraf memang seorang lelaki yang sangat cerewet. Habuk sebesar kuman juga
menjadi masalah yang besar dalam hidupnya. Sememangnya dia seorang yang menjaga
kebersihan dan sentiasa mementingkan kekemasan namun kadang kala keterlaluan.
Siapa saje pastinya tidak tahan dengan perangai aneh lelaki itu.
“Lupa nak bagitahu boss, Kak Lijah ambil cuti
kecemasan. Anak dia sakit dekat kampung. Dengaranya lebih kurang 4hari juga dia
ambil cuti. So dah masuk 3hari bilik boss tiada siapa kemas.” Jawab Fathrisya
jujur.
“Risya. Kau ni sebenarnya nak ke tak nak kerja dekat
sini lagi? Benda senang macam tu pun kau tak boleh nak inform dekat aku? Dah 3hari kau biarkan bilik ni tak berkemas. Mana
pergi cleaner yang lain? Mana?!”
Tengking lelaki itu melepaskan amarahnya yang membuak-buak. Mood paginya itu
dicemari dengan perkara sebegini.
“Okay boss. Sorry.
Saya minta maaf sangat. Saya betul-betul terlupa nak bagitahu boss padahal
semalam Kak Dhieya dah pesan dekat saya suruh inform dekat boss. Salah saya.” Ujar Fathrisya sambil kepalanya
ditunduk. Tidak berani ingin bertatapan dengan sepasang mata milik Zefrieq
Ezzraf yang sedang tajam merenung dirinya.
“Sepatutnya kau kena faham apa yang aku suka dan apa
yang aku tak suka. Aku bukan suruh kau jadi bibik aku. Susah sangat ke kau nak
puas kan hati seorang boss? Kalau kau tak boleh nak selesaikan kerja semudah
ini, berambus je lah daripada sini. Tak kuasa aku nak simpan pekerja lurus bendul.” Keras suara lelaki itu.
Fathrisya mulai gerun melihat wajah Zefrieq yang semakin tegang. Benarlah apa
yang dikatakan oleh staf-staf lain, sesiapa yang mahu menjadi setiausaha kepada
lelaki itu haruslah cekalkan hati, perangainya aneh sungguh. Sakit jiwa
Fathrisya melayan kerenah Zefrieq yang dianggap tidak wajar itu.
“Alah Encik. Cuba lah cool sikit. Kalau nak marah tu cuba bawa mengucap sikit. Saya tak
sengaja. Saya janji lepas ni saya tak ulangi lagi. Encik nak suruh saya
panggilkan cleaner ofis yang lain
ke?” Soal Fathrisya sopan. Bimbang jika ketelanjuran kata-katanya akan
menyebabkan suhu kemarahan lelaki itu semakin bertambah.
“Kau jangan nak mengajar aku lah bendul! Tak payah!
Bila aku dah mengamuk macam ni. Baru terhegeh-hegeh nak buat itu ini. Tak payah
tunjuk bagus lah.” Balas Zefrieq sambil bermain-main dengan pen biru di tangan
kirinya.
“Habis tu Encik nak suruh saya buat apa ni? Kalau
setakat Encik panggil saya masuk sekadar nak tunjuk baran Encik tu, rasanya tak
perlu kot. Banyak lagi kerja lain saya kena buat.” Balas Fathrisya yang sudah
mula hilang sabar dengan kata-kata Zefrieq yang sentiasa merasakan dirinya
sahaja yang sempurna.
“Bersihkan semua perabot yang ada dalam bilik aku
ni. Barang-barang atas meja jangan sentuh. Cuma bersihkan habuk. Sofa tu, buat
lah macam mana cara sekalipun. Yang penting aku tak nak bau hapak ni terperap
dalam bilik aku.”
“Kan senang kalau boss bagi arahan daripada tadi.
Okay bisa diatur boss. Saya akan ambil alih sekejap tugas Kak Lijah sepanjang
dia tak ada. Tak ada masalah lah boss. Kecil punya hal maa.” Ujar gadis itu
sambil memetik jarinya tanda benar-benar yakin. Zefrieq sudah tersenyum sinis.
“Bukan untuk beberapa hari, tapi setiap hari.” Balas
Zefrieq seraya bangkit dari kerusi empuknya itu.
“Hah? Setiap hari?” Soal Fathrisya terkejut sambil
mulutnya ternganga luas.
“Tutup mulut tu. Bau belacan basi dah.” Tegur
Zefrieq sambil menekup lubang hidungnya. Gadis itu cepat-cepat menutup mulutnya
kembali.
“Ya setiap hari Cik Ainur Fathrisya. Apahal?
Terkejut? Tadi berlagak sangat kan. Apa salahnya kau gantikan tugas Kak Lijah.
Muka kau tu pun dah macam penyapu. Sesuai sangat.”
“Saya dibayar untuk kerja sebagai PA boss. Bukan nak
kena buat benda-benda macam ni. Tak kuasalah saya dengar arahan mengarut boss
ni.” Ujar Fathrisya menentang arahan yang baru sahaja meluncur keluar dari
mulut lelaki itu. Masakan dia mahu mengambil alih semua tugas Kak Lijah. Tak
cukup tangan dia. Kerja yang sedia ada pun terlampau banyak. Zefrieq sering
sahaja membuli dirinya.
“Kau tahu kan aku jenis manusia yang tak suka dengar
perkataan “tak” keluar dari mulut orang yang aku dah bagi arahan. So kau tahu
apa yang patut kau buat sekarang kan?” Soal Zefrieq sambil mencampak bulu ayam
ke muka gadis itu. Fathrisya hanya menahan rasa.
“Encik Zefrieq. Belajar hormat perempuan boleh tak?”
Soal Fathrisya tanpa gentar. Dikutip bulu ayam lalu dipegang kemas. Mahu sahaja
dipukul-pukul bossnya itu dengan bulu ayam itu. Sebal sungguh dirinya pagi itu.
“Tak boleh. Apa kau nak buat?” Soalan dibalas dengan
soalan. Zefrieq membalas renungan gadis
itu.
“Tak ada apa-apa lah.” Balas Ainur Fathrisya yang
sudah malas mahu memanjangkan pertelingkahan yang tercetus antara mereka. Dia
segera mengatur langkah medekati kabinet yang menyimpan pelbagai jenis fail
syarikat.
“Aku nak kau gunakan penyembur wangian berperisa lavender untuk bilik aku ni. Tukar
seminggu sekali. Aku nak sentiasa wangi. Aku bagi masa kau 10 minit, aku nak
semuanya bersih bila aku masuk balik.” Ujar Zefrieq lalu dengan langkah
bersahaja dia mengatur langkah ingin keluar dari biliknya sambil menyanyi
kecil. Dia sempat menghadiahkan senyuman kemenangan buat gadis itu.
“Tak guna betul lah dia ni! Bencinya aku dengan kau
ni si monster berlagak!” Jerit gadis itu dan dengan kasar dia membersihkan
habuk yang berada di meja lelaki itu. Bengang sungguh melihat bossnya itu
mempermainkan dirinya.
No comments:
Post a Comment