“Zef!” Farel melaung nama sepupunya dari jauh.
Kelihatan lelaki itu tercungap cungap seperti tidak cukup nafas. Zefrieq
mempedulikan laungan sepupunya itu lantas terus menapak menuju ke kereta
mewahnya, Ford Mustang.
“Weh Zef, kau tak dengar ke aku panggil kau ni.”
Farel yang sudah terpacak di hadapannya dipandang sekilas dengan pandangan yang
sukar ditafsirkan. Masakan dia mahu memusuhi sepupunya sendiri disebabkan
setiausahanya itu.
“Kau nak apa?” Soal Zefrieq kasar.
“Zef, aku nak dengar daripada mulut kau sendiri.
Kenapa kau sanggup hina dan malukan Risya depan aku tadi? Nasib baik staf staf
lain tak ada tadi. Kalau tak..”
“Kalau tak apa? Dia nak saman aku sebab hina dia?
Hei! Memang patut pun lah dia dapat layanan teruk daripada aku. perempuan macam
tu kau tak payah nak bela sangat.” Zefrieq pantas memotong kata kata Farel.
“Aku memang tengah bengang dengan kau ni. Tak cukup
ke kau dah hina pasal duit dalam bilik kau tadi? Ni kau tambah lagi dengan
tuduh dia macam tu. Apa kau nak sebenarnya ni Zef?” Soal Farel yang sudah tidak
dapat menahan sabarnya melayan sikap angkuh dan suka merendahkan oran lain.
Sepupunya itu sudah bertindak di luar batasan.
“Sudah lah Rel. Kau tu baru je kenal dengan dia. Kau
tak payahlah nak serabutkan kepala otak kau fikir pasal perempuan bendul tu.
Lebih baik kau fikir macam mana cara nak tolong aku majukan lagi bisness kita
ni. Perempuan hanya tahu menyusahkan hidup.” Zefrieq yang ingin masuk ke dalam
perut kereta sportnya itu pantas dihalang oleh Farel.
“Zef. Boleh tak aku nak lepas ni sebelum kau nak
cakap sesuatu, kau fikir dalam dalam. Takut nanti semua orang tinggalkan kau
sebab tak tahan dengan perangai kau. Zef, minta maaf dengan Risya. Dia terasa
sangat dengan kau. Aku tak rasa kau ada sebab yang kukuh untuk benci dia.”
Farel menasihati Zefrieq lembut. Dia tahu jikalau dia juga berkeras seperti
Zefrieq, kata kata nasihat yang diberikan hanya sia sia. Malah akan menambahkan
sebal di hati Zefrieq.
“Kau tak perlu nak nasihat aku lah Rel. Dan aku
sangat tak perlukan kata kata nasihat kau kalau berkaitan dengan perempuan
kampung tu. Minta maaf? Eh memang tak lah! Kau dengar sini Rel. jangan sebab
perempuan yang aku anggap kudis tu hubungan kita renggang. Ingat Rel.” Balas
Zefrieq mendatar lalu dihidupkan enjin keretanya dan terus memecut laju di atas
jalan raya. Farel mendegus kegeraman melihat sikap Zefrieq yang langsung tidak
boleh ditegur itu. Dibawa laju kakinya pergi jauh dari perkarangan parking
syarikat megah itu.
****
Fathrisya mengesat airmata yang mengalir perlahan
dari tubir matanya. Dipujuk hatinya supaya tabah untuk meneruskan kehidupan.
Peristiwa siang tadi terlintas kembali di layar fikirannya. Dia baru selesai
membaca surah Yassin untuk arwah ibunya. Perasaan rindu terhadap arwah ibunya
membuak buak saat itu. Kalau lah ibunya masih ada, sudah pasti dia mengadu
sepuasnya kepada wanita yang terlalu istimewa dihatinya. Kasih sayang seorang
ayah tidak akan pernah sama dengan kasih sayang seorang ibu yang melahirkan
kita ke dunia. Fathrisya kemudiannya melipat sejadah dan menyidainya di tempat
penyidai di sudut kamarnya. Perlahan lahan dia naik ke atas katil lalu dia
menangis sepuas-puasnya.
“Risya. Kau tak nak teman aku makan….” Belum sempat
Nurin mahu menghabiskan ayatnya, dia terdengar tangisan sendu sahabat baiknya
itu, lalu dia mendekati Fathrisya perlahan lahan yang tidak memalingkan muka ke
arahnya.
“Risya. Kau kenapa ni? Kenapa menangis ni?” Soal
Nurin prihatin. Dipegang lembut bahu sahabat baiknya itu lalu perlahan lahan
Fathrisya duduk menghadapnya bersama deraian air mata di pipi.
“Aku rindu ibu, Yin…” Balas Fathrisya bersama sendu.
“Risya. Kita kawan dah lama. Aku tahu mesti ada
benda yang tak kena dengan kau. Kalau kau rindu kan ibu kau sekali pun, aku tak
pernah tengok kau menangis sampai macam ni. You
look very bad.” Diselak lembut
rambut ikal mayang Fathrisya yang sudah menutupi sebahagian mukanya itu.
“Yin. Apa salah aku Yin? Sampai hati Encik Zefrieq
tuduh aku perempuan murahan. Tergamak dia tuduh aku sengaja menggoda staf staf
lelaki dekat situ. Aku ni, nak bercakap dengan diorang pun susah. Melainkan ada
hal penting.” Fathrisya mula mengadu kepada sahabat baiknya itu. Nurin yang
selalu memujuknya jikalau dia ditimpa musibah, sangat memahami dirinya.
“What?!
Apa kena dengan mamat annoying tu?
Apa yang kau dah buat sampai dia nak tuduh kau macam tu sekali? Tak ada otak
ke?” Soal Nurin Aiman yang sudah mula angin itu. Jarang sekali dia melihat
Fathrisya menangis sebegitu melainkan ada perkara yang betul betul melukakan
hati perempuannya. Fathrisya seorang gadis yang cekal, tabah dan tidak mudah
menangis mengenai hal remeh temeh.
“I don’t know.
Kalau aku tahu punca dia, tak ada lah aku tertanya tanya macam ni. Dia memang
dah melampau. Aku tak tahu salah besar apa yang buat sampai dia seolah olah
jijik tengok muka aku ni. Ada je dia nak cari gaduh.”
“Kalau kau buat salah sekali pun dengan dia. Bukan
dengan cara macam ni dia balas. Dia tak patut lemparkan kata kata nista macam
tu. Menjatuhkan maruah kau. Tak faham lah aku dengan boss kau tu. Kalau aku
dekat tempat kau kan, boleh jadi gila sawan aku. Silap silap Tanjung Rambutan
destinasi terakhir aku sebelum jadi jenazah tau.” Balas Nurin sambil membuat
memek muka seolah olah dalam ketakutan. Tergelak kecil Fathrisya melihat
gelagat sahabatna itu.
“Hisy kau ni! Aku tengah buat drama tamil kau boleh
buat sketsa lawak. Kau ni, tak ada lah sampai kena masuk Tanjung Rambutan, tu
dah kritikal sangat. Mulut dia memang melampau. tapi kalau aku resign, mana aku nak cari makan Yin.”
Fathrisya bersuara resah, keluhan berat dilepaskan.
“Aku ajak kau kerja dekat hotel family aku kau tak
nak. Kalau kau kerja dekat sana, takpayah nak pening kepala hari hari hadap
kerenah mamat otak tak betul tu. Nak tak kerja dengan family aku?” Soal Nurin untuk kali yang ke berapa dia sendiri tidak
tahu. Sudah berkali kali dia mengajak sahabat baiknya itu untuk bekerja di
hotel milik keluarganya namun gadis itu menolak dengan alasan segan kerana
keluarganya sudah terlalu banyak menabur budi terhadap dirinya.
“Selagi aku boleh sabar dengan dia, aku akan terus
mencari rezeki di sana. Lagi pula aku tak mahu susahkan kau sekeluarga lagi.
Kau bagi aku tumpang dekat rumah kau ni pun aku dah cukup bersyukur Yin.” Balas
Fathrisya sambil memegang erat lengan Nurin Aiman.
“Jangan kau sakit otak macam dia sudah. Aku tak nak
tau ada kawan sakit jiwa. Kawan aku semua normal.” Balas Nurin selamba. Lengan
kananya dicubit oleh Fathrisya selepas dia habis menuturkan ayatnya itu. Dia
mengaduh kesakitan lalu ditepuk lembut bahu Fathrisya.
“Orang cakap, seburuk mana pun perangai seseorang
tu. Kalau kita sabar and still boleh handle, maknanya dalam hati ada bunga
bunga cinta yang sedang memekar.” Ujar Nurin sambil mengenyitkan matanya,
sengaja dia mengusik Fathrisya untuk membuat gadis itu ceria kembali.
“Nurin Aiman!!” Fathrisya bersuara separuh menjerit
lalu dia mencampak dua biji bantal ke muka sabahatnya. Geram sungguh dengan
kata kata Nurin sebentar tadi.
“Haa. Kau marah. Maknanya betul lah tu. Biasanya
kalau orang tu marah bila kita sentuh
pasal perasaan dia, comfirm dah jatuh cinta punya.” Balas Nurin lalu dengan
segera dia meninggalkan bilik sahabatnya itu sambil tersengih-sengih.
“Tak nak teman kau makan!” Laung Fathrisya dari
dalam kamar. Dia bangun mengutip bantal bantal yang bertaburan itu.
*****
“Risya. Encik Zefrieq nak jumpa.” Beritahu Kak
Dhieya sebaik sahaja Fathrisya melabuhkan duduknya di atas kerusi untuk
memulakan kerjanya pada pagi itu.
“Okay kak. Thanks.”
Balas Fathrisya sambil tersenyum lalu dia segera menapak menuju ke bilik
bossnya itu.
Pintu diketuk dari luar dan setelah mendapat arahan
untuk masuk dia segera memulas tombol pintu bilik itu. Wajah tegang Zefrieq
yang sedang memandang ke arahnya menjadi santapan matanya pagi itu. “Mamat ni
nak apa lagi ya? Tak cukup ke buat aku sakit jiwa kerja dengan dia.” Bebel
Fathrisya sambil menggaru-garu kepalanya yang dilitupi seledang berwarna biru
lembut itu.
“Yang kau duk tergaru-garu macam beruk tu apahal?
Dah berapa abad tak syampo rambut?’ Soal Zefrieq Ezzraf sambil merenung bebola
mata Fathrisya, sangat tajam renungan itu sehingga menyebabkan si gadis sedikit
gugup.
“Er.. Boss. Boleh tak boss jangan buat mata macam
tu. Saya tak boleh lah kalau boss pandang saya macam tu boss.” Ujar Fathrisya
tersekat sekat. Tidak betah dirinya dipandang sebegitu oleh mana mana lelaki.
Bengang sungguh dia dengan lelaki di hadapannya itu. Berlagak tak habis habis.
“Apasal? Tergoda? Takut jatuh cinta dengan pandangan
mata ku yang memikat hatimu?” Zefrieq sudah bangun dari duduknya. Dia sekarang
berdiri betul-betul di hadapan gadis itu. Jarak antara dia dan Fathrisya hanya
beberapa langkah sahaja.
“Memang tak lah jawapan dia boss. Siapa nak tergoda
dengan seorang lelaki yang sakit otak macam boss ni?” Soal Fathrisya selamba.
“Lelaki sakit otak ni yang bagi kau kerja dekat
sini! Ingat sikit kat mana kau berpijak sekarang.” Balas Zefrieq keras. Meluat
sungguh melihat wajah yang sudah membuat dia benci wanita itu sejak kali
pertama mereka berjumpa.
“Mengaku pun sakit otak, ingatkan tak sedar diri si
mangkuk ni.”
“Apa kau cakap? Ulang balik?!” Soal Zefrieq Ezzraf
yang seakan akan terdengar gadis itu memerlinya tadi.
Ainur Fathrisya meneguk liur yang terasa pahit
berkali-kali. Tidak menyangka yang suara halusnya tadi didengari oleh lelaki
itu. Walhal dia rasa dia berbisik dengan dirinya sendiri. “Ku sangka pekak
badak, rupanya telinga lintah mamat ni.”
“Er. Nothing boss. Boss ada apa nak jumpa saya ni?
Ada kerja yang perlu saya selesaikan ke?” Soal Fathrisya serius, dia sedaya
upaya cuba memancing perhatian lelaki itu untuk menukar topik.
“Apasal? Tak boleh seorang boss nak jumpa dengan
kuli dia?” Soal Zefrieq bersama senyuman sinis tersungging di bibir yang
kemerah-merahan itu tanda dia tidak merokok.
“Siapa pula cakap tak boleh? Boleh boss. Saya ni kan
kuli, buruh kasar. Boss boleh panggil bila bila masa je.” Jawab Fathrisya
sambil menayang sengih.
Zefrieq mendengus kegeraman. Ada sahaja jawapan yang
bakal keluar daripada mulut gadis itu untuk menyakiti hatinya. Kadang dia
terfikir. Tidak punya perasaankah wanita ini. Walhal semalam dia telah menghina
gadis itu dan memalukan Fathrisya di depan sepupunya sendiri. Pelik. “Semalam
beria-ria sedih kena marah dengan aku, hari ni ceria pula. Gila agaknya.” Bebel
Zefrieq sambil kepalanya terangguk-angguk.
“Boss? Kenapa kepala tu terlentok lentok macam tu?
Boss mengantuk ke?” Soal Fathrisya polos. Gadis itu dan bendulnya berpisah
tiada. Zefrieq tersedar dari lamunan pantas kembali kea lam realiti. Malu
kerana sempat pula dia mengelamun ketika berbicara dengan gadis itu.
“Suka hati aku lah nak terlentok ke nak berjoget ke.
Ada susahkan kau ke?”
“Ada lah juga. Sebab saya rasa macam saya dah waste
time tau duduk dekat bilik boss lama lama. Bukannya boss ada hal penting nak
cakap dengan saya pun.”
“Ni aku nak cakap lah ni! Kau ni jadi manusia cuba
belajar bawa bersabar sikit. Apa agenda aku untuk hari ini? Hari ini ada meeting tak?” Soal Zefrieq yang sudah
duduk di atas sofa. Dia menyilangkan kakinya. Matanya tidak memandang ke arah
Fathrisya langsung.
“Nasib baik saya ni terlebih bijak simpan semua temu
janji boss dalam phone ni, kejap eh.” Balas Fathrisya sambil mengeluarkan
telefon bimbitnya.
“Cepat sikit boleh tak bendul!” Tengking Zefrieq
menyebabkan Fathrisya terkejut. Dengan pantas dia menyebutkan agenda Zefrieq
pada hari ini.
“Hari ini boss ada lunch appointment dengan Datuk Syukri pukul 2petang ni dekat Hotel
Majestic. Hari ini boss tak ada meeting.
Itu sahaja lah boss.” Ujar Fathrisya laju. Zefrieq sudah menahan tawanya
daripada meletus.
“Ikut aku nanti.” Ringkas arahannya itu.
“Hah? Ikut boss ke mana?” Soal Fathrisya pelik.
“Ikut aku pergi zoo.”
“Kenapa pula nak pergi zoo? Hisy, macam tak ada
kaitan dengan kerja kita je boss.” Balas Fathrisya sambil mengerutkan dahinya.
Pelik sungguh perangai lelaki itu pada hari ini di pandangan matanya.
“Memang tak ada kaitan dengan kerja. Tapi sangat ada
kaitan dengan kau yang serupa macam beruk ni! Hisy, menyampah betul aku tengok
lurus bendul kau ni. Pergi sambung buat kerja.” Arah Zefrieq tegas. Rimas
melihat perempuan itu yang berpura-pura tidak mengerti akan arahannya itu.
“Kejap lah boss. Maksud boss saya kena ikut boss
pergi lunch appointment tu nanti?”
“Ye bendul. Bendul pergi buat kerja ya.” Balas
Zefrieq bersama sindiran. Fathrisya yang sedar dirinya sedang diperli itu
menayang muka masam mencuka di hadapan lelaki itu. Lalu dengan segera dia
berlalu meninggalkan bilik itu.
“Kalau sehari tak menyakitkan hati aku, tak buat aku
tension memang tak boleh agaknya.” Bebel Fathrisya lalu dia meneruskan
kerjanya.
Enjoy reading (:
No comments:
Post a Comment