“Zef.” Sapa Farel mesra sejurus tubuh lelaki itu
masuk ke dalam ruang pejabat sepupuna itu. Kelihatan Zefrieq sedang leka
bermain game di telefon pintarnya.
Farel hanya menggeleng mellihat tingkah laku Zefrieq yang kaki game itu.
“Hoi! Company ni nak bankrupt!!” Jerit Farel lantang
setelah dia melihat lelaki itu hanya diam membisu. Leka sungguh dengan dunianya
sendiri.
“Bankrupt? Macam mana kau buat kerja ni Farel?!”
Soal Zefrieq terkejut seraya berdiri. Dicampak kasar telefon bimbitnya di atas
meja. Orang kaya, mudah sahaja dicampak-campak barang mahal seperti itu.
“Zef Zef. Aku bergurau je lah. Dah tu, kau ralit
sangat dengan game kau tu. Aku tegur
pun kau tak perasan. Sudah-sudah lah tu Zef, ada ke patut seorang boss curi
tulang masa kerja?” Soal Farel Aimar sambil mengerutkan dahinya.
“Kau ni memang sengal lah! Mati-mati aku percaya
tadi tahu tak. Ni bukan curi tulang. Ini nama dia senaman ringan untuk
hilangkan tekanan.” Balas Zefrieq sambil duduk kembali dan mencapai semula
telefon pintarnya.
“Kalau orang lain yang curi tulang, bukan main
mengamuk macam ribut taufan. Ini kalau dia yang buat tak apa pula ya.” Ujar
Farel kedengaran sinis. Zefrieq hanya menayang sengih mendengar kata-kata
sindiran lelaki itu. Tidak marah pula dia.
“Ada apa kau nak jumpa aku ni? Any problem?” Soal Zefrieq sambil menyambung kembali kerjanya.
Matanya tertancap di skrin komputer.
“Aku nak serahkan dekat kau senarai nama syarikat
yang mohon tender dengan syarikat kita. Semua ada dalam ni. Aku dah siapkan
dalam satu fail.” Balas Farel sambil menghulurkan fail berwarna kelabu kepada
Zefrieq.
“Berapa banyak syarikat yang apply kali ni?” Soal Zefrieq sambil membelek sekilas fail itu. Dia
tidak berminat untuk melihat isi kandungan fail itu. Matanya terus memandang
skrin komputer sambil jari jemarinya laju menaip sesuatu.
“Semua sekali 10buah syarikat. Tapi yang ada dalam
fail tu cuma 5 buah syarikat yang aku senarai pendek. So, aku nak kau pilih sendiri mana satu syarikat yang betul-betul
layak dapat tender tu.” Terang Farel panjang lebar. Dia sedar akan kedudukannya
dalam syarikat ini. Segala keputusan berkaitan dengan kerja haruslah dirujuk
terlebih dahulu kepada sepupunya itu.
“Kelima-lima buah syarikat ni, ada tak yang kita
pernah bekerjasama sebelum ni? Kau dah semak?” Soal Zefrieq serius. Dia
berhenti menaip dan matanya diluruskan memandang Farel Aimar yang duduk di
hadapannya itu.
“Tak ada. Kita tak pernah bekerjasama dengan
mana-mana syarikat yang aku senaraikan tu. Kau nak aku cari syarikat yang kita
pernah bekerjasama ke? Kalau nak, nanti aku buat rombakan semula. Aku semak
balik.”
“No need.
Proceed je dengan 5syarikat yang kau dah
list kan tu. Kau pilih lah yang mana betul-betul layak dan tak memberi
apa-apa masalah kepada kita. Yang boleh beri sepenuh komitmen.”
“Mana boleh macam tu. Kau je lah yang decide. Kau lebih…”
“Aku percayakan kau Farel. But make sure sebelum kau
decide nak serahkan tender tu, kau selidik dan kaji company tu. Lepas tu, barulah decide.
Pastikan semuanya smooth.” Arah
Zefrieq sambil menyerahkan kembali fail tersebut kepada Farel.
“Are you sure
Zef?” Soal Farel mahukan kepastian.
“Kalau aku tak boleh nak percaya kan kebolehan kau,
baik aku tak payah panggil kau kerja dekat sini.”
“Alright.
Thank you bro sebab percaya kan aku. Ada apa-apa lagi tak? Kalau tak ada,
aku masuk bilik dulu.
“Teman aku lunch
nanti.” Balas sebelum Farel Aimar bangkit dari duduknya.
“Aku ajak Risya sekali eh? Boleh kan?” Soal Farel
sambil memandang tepat ke arah sepupunya. Sengaja dia menyebut nama gadis itu
untuk melihat reaksi Zefrieq.
“Kau dah kenapa nak ajak perempuan kampung tu
sekali? Boleh muntah aku kalau duduk semeja dengan dia. Tak payah nak mengada.”
Balas Zefrieq kasar. Apa sahaja yang berkaitan dengan setiausahanya itu, pasti
akan menyebabkan dia melenting tidak tentu pasal.
“Apa salahnya. Bukan ajak orang lain. Setiausaha kau
juga. Kira boleh lah ni Zef? Kalau tak boleh, aku makan berdua je dengan dia.”
Ujar Farel selamba.
“Berani lah kau makan berdua dengan dia kalau kau
nak tengok gaji dia kena potong lagi. Kau jangan cari masalah Rel.” Balas
Zefrieq yang jelas tidak suka akan gadis itu. Farel hanya menggeleng kepala
mendengar kata-kata sepupunya itu.
“Zef, Zef. Bila lah agaknya kau nak berubah.” Desis
Farel dalam hati sebelum berlalu meninggalkan Zefrieq yang sedang tekun
menghadap skrin komputer.
*****
Datin Zulaikha mengetuk pintu bilik kerja anaknya
perlahan. Tiada sebarang sahutan dari dalam bilik. Dia mengambil keputusan
untuk masuk ke bilik anaknya itu.
“Mummy. Dah lama mummy masuk?” Soal Zefrieq yang
baru sahaja keluar dari bilik air. Dia yang hanya memakai seluar pendek serta
singlet mengambil tempat di sebelah mummy nya yang duduk di atas sofa di dalam
bilik kerjanya itu. Begitulah rutin harian Zefrieq, kebiasannya selepas pulang
dari tempat kerja, dia pasti akan menghabiskan masanya di bilik kerjanya di
rumah banglo 2tingkat itu.
“Baru je ni Zef. Banyak sangat ke kerja nya tu?
Sampai bawa balik rumah.” Soal Datin Zulaikha yang tidak senang dengan sikap
anaknya yang tidak tahu membezakan antara waktu rehat dan waktu kerja. Di dalam
kepalanya sentiasa memikirkan soal kerja.
“Sikit je my. Zef tengah siapkan proposal. Mummy dah
makan?” Soal Zefrieq sambil tersenyum.
“Berapa kali mummy nak cakap yang mummy tak suka Zef
bawa balik hal pejabat ke rumah. Susah sangat ke Zef nak luangkan masa dengan
mummy?” Soal Datin Zulaikha. Nadanya sudah bertukar. Zefrieq terkejut melihat
reaksi mummy nya yang tiba tiba naik angin itu. Dia memegang erat jari jemari
wanita itu.
“Mummy. Zef minta maaf okay my? Zef cuma tak nak
masa Zef dihabiskan dengan benda yang tak berfaedah. Itu je. Zef tak ada niat
nak sakitkan hati mummy.” Balas Zefrieq yang sudah berasa bersalah itu. Tidak
sangka yang perbuatannya menyakitkan hati mummy nya.
“Kalau dah tahu tak ada benda berfaedah yang Zef nak
buat bila dekat rumah. Cepat-cepatlah kahwin. Boleh belai isteri.” Balas Datin
Zulaikha lembut. Nada suaranya sudah tidak tinggi seperti tadi.
Zefrieq hanya menggeleng kepala mendengar bicara
mummy nya itu. Tak habis-habis bercakap mengenai perkahwinan. Sudah buntu
Zefrieq dibuatnya apabila setiap kali mummy nya membuka topik yang cukup tidak
disukainya itu. Dia kemudiannya melepaskan keluhan berat.
“Mummy bagi Zef pilihan. Kalau dalam masa 2tahun Zef
masih takdapat carikan mummy menantu. Kahwin dengan pilihan hati mummy.” Ujar
Datin Zulaikha membuat keputusan. Dia sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk
memujuk anaknya itu. Hanya cara itu sahaja yang mampu dia lakukan.
“Mummy! Mummy ingat tempoh 2tahun tu lama ke my?
Pejam celik pejam celik, dah 2tahun. Please jangan bagi Zef tertekan dengan
pilihan mummy ni.” Balas Zefrieq seraya bangun dari duduknya. Terkejut
mendengar pilihan yang diberikan oleh mummy nya. masakan sempat dalam masa
2tahun dia mahu mencari seorang kekasih. Dia membuang pandang kea rah tingkap
biliknya.
“Zef nak dengar cakap mummy ataupun Zef nak ikut
kepala Zef je? Kalau Zef tak nak dengar cakap mummy, tak apalah. Jangan tanya
kenapa kalau lepas ni mummy jarang bercakap dengan Zef.” Balas Datin Zulaikha
keras. Zefrieq sudah tidak tahu mahu buat apa lagi saat ini. Dia duduk melutut
di hadapan mummy nya itu. Muka masam mummy nya ditatap penuh kasih.
“Zef ikut cakap mummy. Kalau dalam masa 2tahun ni
Zef takdapat cari permaisuri dihati Zef. Mummy buatlah keputusan, siapa yang
layak jadi isteri Zef.” Balas Zefrieq akur.
“Mummy buat semua ni untuk Zef. Jangan lah Zef fikir
mummy sengaja nak atur hidup Zef. Mummy sayang Zef.” Ujar Datin Zulaikha yang
tidak mahu anaknya salah faham dengan keputusannya itu. Zefrieq hanya tersenyum
memandangnya.
“Tak mummy. Zef tak salahkan mummy pun. Zef sayang
mummy. I will do anything for you.
Kebahagiaan mummy, keuatamaan Zef.” Balas Zefrieq seraya memimpin tangan mummy
nya mendekati pintu bilik kerjanya.
“Mummy tak makan lagi kan? Jom zef teman mummy
makan.” Pelawan Zefrieq sambil tersenyum. Perlahan-lahan ditutup pintu bilik
itu lalu mereka berdua berlalu ke ruang makan.
*Nak lagi ke? cukup lahh ehh malamm ni se bab jee. boleh kan? enjoy reading
No comments:
Post a Comment