Fathrisya sudah kembali
bekerja semula selepas 2hari bercuti. Kakinya sudah benar-benar pulih dan boleh
jalan seperti sedia kala. Cuma kadang kala terasa sakitnya apabila banyak
bergerak. Dia melabuhkan duduk dan matanya tertancap ke arah sejambak bunga ros
merah yang terletak di atas meja. Dikerling Kak Dhieya yang sedang ralit
memandang skrin komputer untuk meminta penjelasan tentang bunga itu namun
wanita itu tidak perasan Fathrisya yang sedang memandang ke arahnya. Fathrisya
mengambil jambangan bunga itu dan dikeluarkan kad kecil yang bercorak hati lalu
dibuka.
“Good Morning beautiful lady. Have a
nice day. Senyum selalu ya sebab senyuman awak pengubat rindu.” – With love,
Farel Aimar.
Berkerut wajah
Fathrisya membaca ayat yang dicoretkan dalam sekeping kad kecil itu. Apatah
lagi apabila membaca nama pengirim bunga itu. Bunga yang berada di pehanya
dibawa ke hidung lalu dicium. Wangi sangat. Dia sememangnya suka akan bunga
ros. Sungguh memahami lelaki itu. Namun tidak sedikit pun mencuit perasaan
Fathrisya. Dia menganggap Farel memberi bunga itu sebagai tanda persahabatan
mereka. Dia yakin yang lelaki itu tidak menaruh apa-apa harapan kepadanya.
Jikalau ada pusing juga Fathrisya mahu memikirkannya kerana dia hanya
menganggap Farel Aimar sebagai rakan sekerja. Deringan pesanan ringkas di
telefon bimbitnya mematikan lamunannya. Dia meletakkan kembali bunga itu di
atas meja dan dicapai telefon bimbintnya lalu dengan segera dia membuka pesanan
ringkas daripada Farel.
“Hi Risya. Suka tak dengan bunga ros yang saya letak atas
meja awak tu? Hopefully awak suka ya. Oh ya Risya, sudi tak awak keluar lunch
dengan saya nanti?” –Farel Aimar
Fathrisya menggaru kepalanya
yang tidak gatal itu. Mengapa pelik benar perangai Farel kebelakangan ini.
Semakin dia keliru dengan apa yang sedang terjadi dalam hidupnya itu. Fathrisya
jarang sekali keluar makan bersama lelaki itu meskipun sudah berkali-kali Farel
mengajaknya untuk makan bersama. Hubungan baik mereka hanya terjalin di dalam
pejabat sahaja. Fathrisya tidak mahu orang disekelilingnya berfikir yang dia
sengaja menggoda Farel Aimar. Fathrisya jadi serba salah pula memikirkan
tentang ajakan Farel Aimar. Kasihan pula lelaki yang terlalu baik dengan
dirinya itu jikalau dia terus-terusan menolak pelawaan lelaki itu. padahal
Farel melayannya begitu baik selama ini.
“Thank you Encik Farel. Susah kan Encik aje. Er. Nak makan
dekat mana ya?”
“Awak tak pernah susah kan saya. Saya yang ikhlas nak buat
semua ni untuk awak. Nanti kita decide dalam kereta nanti nak makan dimana.
Sambung lah buat kerja ya, pukul1 nanti saya tunggu awak. Kita turun sekali.”
Kiriman sms daripada
Farel hanya dibaca sekali imbas tanpa berniat mahu membalasnya. Lelaki itu
sudah memutuskan untuk makan bersamanya tengah hari nanti. Malas mahu
membantah, dia hanya menurut ajakan Farel itu.Tangannya pantas menghidupkan
suis komputer dan dia memulakan kerjanya pada hari itu.
****
“Serius nya muka dia
bila buat kerja.” Tegur Farel Aimar yang sudah tersengih. Sudah beberapa minit
dia berdiri di hadapan meja Fathrisya namun gadis itu tidak menyedari akan
kehadirannya. Farel memuji sikap Fathrisya yang menumpukan sepenuh perhatian
ketika bekerja.
“Eh.. Encik. Tak
perasan pula Encik renung saya buat kerja dari tadi. Dah nak pergi ke?” Soal
Fathrisya seraya mendongak memandang Farel Aimar yang sedang menyeluk tangan
kirinya ke dalam poket seluarnya.
“Saya suka tengok cara
awak bekerja. Terlalu komited. Untung Zef dapat setiausaha rajin macam awak ni.
Dah pukul 1.10 dah Risya. Jom?”
“Encik Farel ni kalau
bab-bab puji saya melambung-lambung memang nombor satu. Kejap ya saya nak kemas
meja.” Ujar Fathrisya seraya mengemas sedikit mejanya yang bersepah itu.
Kertas-kertas yang tidak mahu digunakan lagi dibuang ke dalam tong sampah.
“Okay, jom!” Ajak
Fathrisya seraya mengambil tas tangan nya yang bewarna merah. Farel sudah
memberi laluan kepada gadis itu untuk jalan terlebih dahulu.
“Kau orang nak kemana?”
Entah bila Zefrieq Ezzraf muncul, dia sudah berdiri tegak di sebelah Fathrisya
dan matanya tajam merenung kepada sepupunya.
“Encik Zefrieq. Kita
orang nak pergi lunch lah. Kan dah lunch hour ni.” Jawab Fathrisya jujur
sambil tersenyum manis. Dapat dilihat air muka Zefrieq yang kelihatan kurang
senang apabila melihat dia dan Farel Aimar keluar bersama.
“Kenapa Zef? Kau nak
cakap yang keluar makan dengan rakan satu pejabat pun salah ke?” Soal Farel
sinis.
“Aku malas nak cakap
banyak kali tapi aku tak suka staf lelaki dan staf perempuan keluar masa hari
bekerja. Berapa kali nak bagi tahu ini pejabat bukan tempat untuk
berasmaradana. Masih tak faham-faham lagi ke?” Soal Zefrieq serius. Wajahnya
yang bengis itu ditatap gerun oleh Fathrisya. Sudah lama rasanya dia tidak
melihat wajah Zefrieq yang serius seperti itu kerana semenjak kejadian dia
ditimpa kemalangan di tapak projek lelaki itu memberi layanan yang agak baik
buat dirinya.
“Kau siapa nak buat
peraturan tak masuk akal macam tu? Aku tak kisah lah ni pejabat kau sekali pun.
Kalau peraturan bodoh yang kau guna, siapa pun tak akan ikut.” Farel sudah mula
panas hati. Zefrieq hanya gangu moodnya sahaja untuk keluar bersama Fathrisya.
“Jom Risya, lagi lama
dekat sini makin panas pula hati saya. Bukan perut yang kenyang.” Farel
bersuara lagi sambil meneruskan langkah agar Fathrisya mengikutnya sekali. Baru
selangkah Fathrisya hendak menapak, Zefrieq sudah memaut kasar lengan gadis itu
yang memakai baju kurung bewarna kelabu itu.
“Lepas lah Encik!”
Bentak Fathrisya apabila dilihat Zefrieq makin kasar mencengkam lengannya.
Farel yang sudah beberapa langkah ke hadapan, berpatah balik ke belakang.
“Kau ni apa masalah
lagi Zef? Keluar makan je pun. Kau tu duk spent
time dengan Risya dekat Melaka dua
hari, tak ada siapa pula nak kecoh.” Perli Farel sambil mengisyaratkan kepada
Zefrieq supaya melepaskan lengan gadis itu.
“Ikut aku pergi lunch appointment dengan Tan Sri Atan. Now.” Arah Zefrieq sambil menarik lengan
Fathrisya supaya mengikutnya sekali. Farel yang melihat adegan itu mendengus
kasar lalu ditepuk kuat bahu Zefrieq.
“Kau jangan nak
melampau lah Zef! Daripada tadi kau tak cakap pula yang tengah hari ni ada lunch appointment. Bila kau nampak aku
nak keluar dengan Risya, dan dan tu juga kau reka alasan suruh dia ikut kau.”
Ujar Farel dengan nafas yang sudah turun naik. Tingkah laku sepupunya itu
kadang kala menguji kesabarannya meskipun Farel seorang yang lembut dan
penyabar.
“Aah Encik. Hari ini
Encik mana ada appointment or meeting
dengan sesiapa. Tiba-tiba je.” Ujar Fathrisya menyokong kata-kata Farel. Farel
sudah mengukir senyuman nipis kerana gadis itu menyebelahinya.
“Tan Sri Atan cancel saat-saat akhir dan nak gantikan
dengan tengah hari ni. Kau nak cakap apa? Ini soal kerja lah. Bukan nya aku nak
pergi bermadu kasih dengan perempuan ni. Dah, cepat Risya.” Ujar Zefrieq seraya
melepaskan tangan Fathrisya.
“Ikut aku atau kau nak
tunjuk keras kepala kau dekat sini?” Zefrieq merenung bebola mata gadis itu
dengan pandangan yang cukup tajam. Farel yang berdiri di sebelah Fathrisya
hanya diam membisu. Sudah tidak ada apa-apa yang perlu diperkatakan lagi,
hasratnya untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat terkubur disitu dek
kerana sikap pentingkan diri sendiri Zefrieq Ezzraf.
“Maafkan saya Encik
Farel. Saya pergi dulu.” Tutur Fathrisya serba-salah kepada Farel yang
tersenyum hambar. Farel hanya mengangguk tanda mengerti. Zefrieq sudah terlebih
dahulu menghilangkan diri dan menunggu Fathrisya di bawah.
******
Zefrieq sedang enak
menikmati Nasi Ayam yang dipesannya. Penuh berselera dia menikmati makanan itu
memandangkan sejak dari pagi tadi dia tidak menjamah apa-apa makanan. Fathrisya
dilihat tidak menyentuh mee bandung yang dipesannya.
“Kalau kau tengok je mee
tu. Sampai tahun depan pun mee tu tak akan masuk sendiri dalam mulut kau.”
Tegur Zefrieq sambil meneruskan suapan di mulut.
“Kenapa Encik ni annoying eh?” Soal Fathrisya seraya
menjeling Zefrieq. Lelaki itu sudah kembali kepada karakter asalnya yang memang
sangat-sangat menjengkelkan.
“Tak rasa pun macam tu.
Kau sorang je yang rasa aku annoying.
So kau tanya balik soalan tu dekat
diri kau.” Jawapan Zefrieq itu menambah sebal di hati Fathrisya.
“Encik memang sengaja
kan tak bagi saya keluar makan dengan Encik Farel? Encik ni memang dengki tau! Mana
Tan Sri Atan tu? Kononnya ada lunch
appointment. Haprak pun tak ada.” Bebel Fathrisya yang tidak berpuas hati
dengan apa yang dilakukan oleh boss nya itu.
“Makan je lah. Jangan banyak
bunyi. Aku sumbat dengan dengan sudu ni baru tahu.” Acah Zefrieq sambil
menayang sudu di depan Fathrisya dengan gaya mahu menyumbat sudu ke dalam mulut
gadis itu. Fathrisya hanya menayang muka bosan.
“Ugut lah ugut. Lepas ni
nak ugut apa pula? Nak buang kerja? Nak suruh jadi cleaner?” Soal Fathrisya bersama senyuman sinis. Jelas yang gadis
itu masih tidak berpuas hati dengan dirinya. Zefrieq hanya membuat wajah
selamba.
“Ugut suruh kau jadi wife aku. Nak?” Soal Zefrieq bersama
senyuman menggoda. Sengaja dia ingin mengusik gadis itu.
“Heh! Tak hingin lah
kahwin dengan lelaki sakit otak macam boss ni. Dah lah kurang siuman. Siapa je
nak berlakikan boss ni.” Celopar sahaja mulutnya mengutuk lelaki itu.
“Tak apalah. Nanti bila
kau kahwin dengan aku dapat anak genius dan lawa-lawa tau. Sebab ayahnya handsome kalah Rosyam Nor.” Ujar Zefrieq
seraya mengelap bibirnya dengan tishu. Fathrisya sudah mencebik mendengar
kata-kata gurauan Zefrieq Ezzraf.
“Makan lah Risya. Kalau
marah dekat aku sekalipun jangan siksa perut tu. Makan lah.” Zefrieq memujuk
Fathrisya lembut seraya mendekatkan mangkuk berisi mee bandung yang tidak
disentuh oleh gadis itu sedari tadi.
“Orang dah kenyang lah.”
Balas Fathrisya seraya memandang ke arah lain.
“Oh. Tengok muka aku
yang macho ni terus kenyang eh? Tak apalah kalau macam tu, biar aku habiskan.”
Sakat Zefrieq lagi dan dengan perlahan dia menarik mangkuk itu.
“Perut Encik ni perut
manusia ke perut monster? Bak sini.”
Pinta Fathrisya seraya menarik semula mangkuk mee bandung itu. Sebenarnya dia
juga lapar tapi mengada-ngada mahu tunjuk protes di atas kelakuan tidak relevan
boss nya itu. dijamah mee bandung itu penuh berselera.
“Makan tu jangan
gelojoh sangat lah Risya. Buruk rupa. Aku tunggu kau makan sampai habis. Makan elok-elok.”
Ujar Zefrieq sambil meneguk air sirap limau yang sudah tinggal separuh itu. Fathrisya
tidak membalas kata-kata lelaki itu dan meneruskan suapan ke mulut.
Next n3. Best!!!!!!
ReplyDeleteDah update bab 31. enjoy reading and thanks for reading ya (:
ReplyDelete