Zefrieq merenung dada langit yang sungguh cantik dihiasi
dengan bulan dan bintang. Sudah hampir setengah jam dia duduk di balkoni
biliknya termenung memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia menghantar
Fathrisya sehingga gadis itu masuk ke dalam bilik dengan ekoran mata. Sepanjang
dalam perjalanan mereka pulang semula ke hotel tiada sepatah perkataan pun
keluar dari mulut masing-masing. Hanya lagu di radio yang menemani mereka.
Masing-masing melayan perasaan sendiri. Zefrieq sendiri tidak tahu mengapa hatinya
begitu tersentuh melihat gadis itu. Seperti ada sesuatu yang membuatkan dirinya
tidak mahu jauh daripada Fathrisya. Padahal selama ini gadis itulah manusia
yang paling dibencinya. Dia juga sering sahaja menuturkan kata-kata kasar dan
sering menyakiti hati Fathrisya namun entah kenapa hari ini tanpa disedari dia
bertindak melindungi gadis itu daripada kesejukan. Zefrieq sendiri tidak faham
dengan apa yang sedang dirasainya. Dia berasa cukup tenang ketika makan malam
bersama Ainur Fathrisya sebentar tadi.
“Kau buat aku gila Risya. Ilmu apa yang kau pakai ni? Dah
lama aku tak rasa bahagia macam ni, you make me crazy.”Ujar Zefrieq perlahan
seraya tersenyum mengingati kembali insiden sebentar tadi dimana tanpa dia
sedari tangannya sudah melingkari pinggang gadis itu dan mata mereka bertatapan
untuk beberapa ketika. Saat itu hatinya sudah keruan tidak terkata. Mahu sahaja
dijerit kepada Fathrisya yang dia sudah
mula jatuh hati kepada gadis itu.
“Tapi kenapa aku mesti suka kau? Kau perempuan kampung.
Bukan taste aku Risya. Tapi kelembutan kau, keayuan kau bila bertudung cukup
menggetarkan jiwa aku. Cara kau jaga maruah kau, aku terpesona.” Sah, dia sudah
angau dek kerana seorang gadis yang biasa-biasa sahaja yang bernama Ainur
Fathrisya. Zefrieq tersengih kemudiannya.
“Kau ni angau tak bertempat lah Zef. Tak mungkin Risya suka
dekat lelaki otak senget macam kau ni, lagi pun kau mana pernah layan dia
baik-baik sepanjang dia bekerja dengan kau. Perempuan macam tu layak dapat
lelaki sweet je.” Zefrieq bermonolog sendirian. Dia kalau boleh tidak mahu
memikirkan tentang itu lagi. Dia tidak mahu terlalu melayan perasaan kerana dia
takut untuk kecewa lagi. Zefrieq mengatur langkah masuk semula ke dalam dan
mematikan lampu bilik. Dia harus tidur awal kerana esok dia akan pulang semula
ke Kuala Lumpur meskipun hatinya tidak mahu meninggalkan Melaka lagi. Dia
berasa gembira dapat menghabiskan masa bersama-sama gadis itu meskipun
Fathrisya terpaksa mengikut arahannya. Wajah comel gadis itu seakan-akan
berterbangan di mindanya kala itu.
Zefrieq cuba melelapkan matanya namun sudah hampir setengah
jam dia berusaha namun matanya masih tidak mahu pejam meskipun dirinya terasa
penat sekali. Dia bingkas bangun dan mencari telefon pintarnya lalu di duduk di
atas sofa.
“Good night Risya.
Tidur awal ya, esok pagi kita boleh jalan-jalan Melaka sebelum balik Kl, itu
pun kalau kaki kau dah okay sikit. Rehat secukupnya supaya kaki cepat sembuh.
If you want anything, call je aku okay? Mimpi indah.”
Tanpa berlengah dia terus menekan butang send. Dia tidak
kisah jikalau Fathrisya mahu berfikir apa-apa tentang dirinya kerana nalurinya
begitu mendesak supaya dia berbuat demikian. Tidak lena tidurnya malam itu
jikalau tidak menghantar pesanan sebegitu kepada setiausahanya. Zefrieq
tersenyum nipis dan kembali merebahkan semula badannya di atas katil empuk itu.
****
Fathrisya melangkah lemah ke arah katil sambil sesekali
mukanya berkerut menahan kesakitan. Bisa di kaki masih lagi terasa sehingga
sesekali dia menitiskan air mata. Dicapai telefon di sudut meja bulat lalu dia
membuka pesanan ringkas yang baru sahaja diterima. “Siapa pula lah hantar
message malam-malam buta macam ni, menganggu je lah.” Bebel Fathrisya seraya
melentokkan kepala di atas bantal.
Berkerut mukanya dengan wajah yang terkejut membaca kiriman
sms daripada lelaki yang tidak diduga itu. tanpa dia sedari senyuman
tersungging di bibir tatkala dia membaca ayat-ayat yang dikirimkan oleh lelaki
itu.
“Kenapa baik sangat mamat ni malam ni? Singa jadian dah
bertukar jadi mamat sweet pula? Pelik betul lah perangai dia semenjak dua
menjak ni.” Bebel Fathrisya lalu dia meletak telefon bimbitnya di bawah bantal.
Kiriman sms Zefrieq tidak diendahkan dan dibiarkan begitu sahaja. Malas mahu
melayan perasaan meskipun hatinya juga tersentuh melihat kebaikan dan
keprihatinan Zefrieq Ezzraf namun dia sendiri tidak pasti sama ada Zefrieq
ikhlas atau tidak. Lelaki itu bukan boleh percaya sangat. Tak pernah ada
pendirian yang tetap. Fathrisya terlelap bersama kenangan yang tercipta di
antara mereka semasa makan malam tadi.
****
“Kaki macam mana? Dah okay?” Soal Zefrieq sambil tangannya
memerlahankan volume radio keretanya itu. Lebih kurang dua jam Zefrieq menunggu
gadis itu untuk bangun dari tidur. Berkali-kali dia cuba menghubungi Fathrisya
namun tidak dijawab sehinggalah dia mengambil keputusan untuk menunggu gadis
itu di lobi hotel. Malam tadi dia sudah berjanji dengan gadis itu untuk
menunggunya pukul 9pagi untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Fathrisya semakin
pelik dengan Zefrieq yang tidak marah kerana kelewatannya itu. “Apa kena dengan
mamat ni? Kena sampuk jin ke macam mana ni?”
“Er. Sorry sebab buat boss tunggu lama. Saya betul-betul tak
sedar pagi tadi. Padahal dah kunci jam berkali-kali, masih juga tak sedar diri.
Maafkan saya Encik boss.” Fathrisya bersuara penuh kekesalan. Wajahnya
ditundukkan kerana malu untuk bertatapan dengan lelaki itu yang sudah mula
melayannya dengan baik.
“Macam nak pengsan aku tunggu kau bangun tadi. Sakit lagi ke
kaki tu Risya? Kita check dokter lagi eh?” Ajak Zefrieq lembut seraya
tersenyum.
“Kaki ni sengal sangat pagi tadi. Badan macam kena hempap
je. Tu yang tak larat sangat nak bangun. Maaf ya boss. Tak payah rasanya. Nanti
sampai Kl je saya pergi sendiri.” Ujar Fathrisya lembut menolak pelawaan
Zefrieq Ezzraf.
“Kalau kau tak larat nak balik lagi, cakap lah awal-awal.
Kita boleh tidur sini sehari lagi sampai kaki kau betul-betul sembuh. Kita
balik hotel semula.” Putus Zefrieq yang sudah mula berkira-kira untuk patah
balik semula ke hotel tempat mereka menginap.
“Eh boss jangan nak memandai-mandai eh. Saya okay lah boss.
Jom lah kita balik, kalau boss nak suruh saya rehat sekalipun bukan dekat sini.
Nanti sampai Kl, saya sambung cuti rehat dekat rumah pula. Boleh lah boss.”
Fathrisya berusaha memujuk lelaki itu. Wajah tenang Zefrieq dipandang penuh
minat, jarang sekali dia melihat wajah itu tenang. Kebiasannya Zefrieq Ezzraf
selalu berkasar dengannya. Namun hari ini bicara lelaki itu cukup berbeza
sekali. Zefrieq juga tidak memarahinya kerana terpaksa menunggunya lama untuk
pulang ke Kl.
“Kalau sakit cakap sakit. Aku boleh bawa kau berehat lagi.
Aku nak pastikan kaki kau betul-betul baik. Aku taknak nanti makin teruk.”
Balas Zefrieq yang terlalu amat prihatin itu.
“Betul. Memang lah sakit tapi sampai bila nak duduk terperap
je dalam bilik tu. Bosan tahu tak. Berapa kali nak cakap saya belum lumpuh lagi
Encik boss.” Balas Fathrisya mendatar. Kali ini dia pula sudah hilang sabar
dengan kelakuan Zefrieq yang merimaskannya itu.
“Okay. Kita balik Kl. Aku bagi kau cuti sampai kaki kau
betul-betul dah baik. Selagi tak baik, jangan datang kerja.” Ujar Zefrieq yang
sudah mengalah itu. Sedikit pun dia tidak memarahi gadis itu.
“Mana boleh macam tu. Nanti free free je gaji saya kena
potong. Tak nak.” Balas Fathrisya membantah.
“Tak. Aku tak potong gaji kau. Rehat lah berapa lama kau
nak. Tapi jangan lah lama sangat, nanti tak ada siapa nak buat nescafe kurang
manis untuk aku.” Ujar Zefrieq yang bersuara perlahan seakan-akan sedih itu.
Fathrisya memandang Zefrieq tanpa berkelip. “Biar betul mamat ni. Makin lama
makin tak betul pula aku tengok. Seram bulu tengkuk aku ni hisy.”
“Jangan nak mengada lah. Kak Dhieya kan ada. Saya ni kan
hanya menyusahkan hidup boss je. Boss selalu naik angin sebab saya kan, so
kalau saya tak ada kan aman hidup boss.” Ujar Fathrisya selamba.
“Sedar pun kau tu perosak mood aku. Nak apa-apa tak? Kalau
nak aku belikan. Buat alas perut.” Ujar Zefrieq sambil memperlahankan keretanya
apabila ternampak beberapa gerai di tepi jalan. Fathrisya pantas menggeleng.
“Kau tak makan ni dari pagi tadi. Mana boleh macam ni.
Tunggu dalam kereta. Kunci kereta ni nanti.” Pesan Zefrieq yang sudah
memberhentikan keretanya di hadapan sebuah gerai kecil. Dia pantas keluar dari
kereta dan menuju ke arah gerai menjual nasi lemak. Fathrisya merenung Zefrieq
dari dalam kereta. Melihat akan kesungguhan Zefrieq, hatinya semakin menjadi
tidak tentu arah. Entah kenapa, bukan dia tidak suka. Namun dia sendiri tidak
pasti apa makna semua ini. Status Zefrieq yang diakui oleh lelaki itu sebagai
suami orang juga dia tidak dapat sahkan.
“Nah. Makan dulu nasi lemak ni. Aku ada belikan apam balik
sekali. Sedap makan panas-panas.” Ujar Zefrieq yang sudah masuk ke dalam kereta
dengan membawa makanan yang baru sahaja dibelinya. Mulutnya penuh dengan apam
balik.
“Eeee makan macam budak kecil! Comot lah boss ni! Makan apam
balik pun sampai comot mulut tu.” Tegur Fathrisya sambil tergelak kecil.
Zefrieq sudah mempamerkan reaksi kurang senang.
“Marah ke boss? Nanti tak handsome lah kalau muka macam
singa balik.” Selamba Fathrisya mengenakan lelaki itu memandangkan Zefrieq
Ezzraf yang sudah mulai baik dengannya. Fathrisya mengambil sehelai tishu dan
dihulurkan kepada lelaki itu. Namun hulurannya hanya dipandang sepi. Zefrieq
merenung bebola mata Fathrisya yang sedikit kuyu itu.
“Boss. Kalau boss asyik nak berangan je kan, memang sampai
esok pun kita tak sampai Kl boss.” Tegur Fathrisya sedikit kuat dan
mengembalikan Zefrieq ke alam nyata.
“Kau dah sedap kutuk aku comot lah apa lah kan. Kalau tak
nak aku naik hantu, lap mulut aku sekarang.” Arah Zefrieq dengan wajah masam
mencuka.
“Hei. Tak kuasa tau saya nak lap mulut boss yang lebar macam
mulut singa. Apa boss ingat boss baby
nak main lap-lap?” Bantah Fathrisya seraya meletakkan tishu itu ke
tangan Zefrieq Ezzraf.
“Nak lap ke tak nak?” Zefrieq sudah mula mendekatkan
wajahnya ke muka gadis itu bersama suara yang sengaja diperlahankan. Fathrisya
sudah berasa lain macam.
“Boss ni memang annoying tahap lembu bertelur lah!” Marah
Fathrisya seraya menolak badan lelaki itu dan dengan penuh keterpaksaan dia mencapai
tishu di tangan Zefrieq lalu dikesat bibir lelaki itu yang sedikit comot itu.
Zefrieq sudah tersenyum puas hati kerana buat kesekian kalinya gadis itu
mengikut arahannya.
“Bukan aku suruh cium pun. Tu pun nak berkira.” Ujar Zefrieq
seraya meneruskan pemanduan. “Kenapa tak makan nasi lemak tu?” Tegur Zefrieq
memecah kesunyian yang merantai mereka berdua. Fathrisya yang sedari tadi
membuang pandang ke luar tingkap langsung tidak menjamah nasi lemak yang
dibelinya tadi. Hanya apam balik dan air soya habis dimakan dan diminum oleh
setiausahanya itu.
“Kejap lagi lah. Dah kenyang.” Ujar Fathrisya seraya menutup
mulutnya yang sedang menguap itu.
“Tidur lah dulu. Perjalanan jauh lagi ni. Nanti dah sampai
aku kejut. Tidur lah okay?” Ujar Zefrieq lembut dan dia menoleh sekilas
Fathrisya sambil melemparkan senyuman yang cukup mendebarkan mana-mana wanita
yang memandang lelaki setampan Zefrieq Ezzraf. Fathtrisya semakin tersentuh
dengan kata-kata Zefrieq yang seolah-olah memujuk supaya dia melelapkan
matanya.
“Aku tak kisah pun berapa gelen air liur kau melekat atas
seat kereta ni. Tidur lah ya.” Ujar Zefrieq lagi sambil matanya lurus memandang
jalan raya. Fathrisya sudah mengulum senyum.
*Macam mana mamat annoying nak tackle gadis yang dia pernah benci satu ketika dahulu? hehehe nak lagi ka?
*Macam mana mamat annoying nak tackle gadis yang dia pernah benci satu ketika dahulu? hehehe nak lagi ka?
best :) jemput bca krya baru sy ye .. http://sipenulispelik.blogspot.com/2014/12/cinta-untuk-dia-bab-1.html
ReplyDeleteThanks for reading (: btw dh blog walking and baca novel awak, good luck okay (;
DeleteSuka.... suka.... Nak lagi boleh tak? Sampai habis!!! ;-)
ReplyDeleteThanks for reading (: dahh. Baru jer sambung.
Delete