Zefrieq baru sahaja
mahu masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke rumah. Badannya terasa letih
sekali kerana hari ini dia pulang agak lewat kerana menyiapkan proposal untuk
dibentangkan dalam mesyuarat pada hari esok. Belum sempat dia melabuhkan duduk
di seat kereta Ford Mustang nya itu, Farel terlebih dahulu mencekak kasar kolar
baju kemeja yang dipakai Zefrieq.
“Kau ni apahal. Tak
puas hati apa lagi ni? Gila lah kau ni!” Zefrieq meleraikan cekakan tangan
Farel di lehernya.
“Zef. Kalau hidup tak
sakit kan hati orang tak boleh ke Zef?” Farel sudah kembali tenang. Dia
melontarkan soalan kepada Zefrieq dengan nada yang biasa-biasa sahaja.
“Apa kau mengarut ni?
Bila masa nya pula aku sakit kan hati kau? Mungkin aku tak sedar. Okay now
bagitahu aku apa salah yang aku dah buat.” Soal Zefrieq yang tidak mengerti
punca utama mengapa Farel memarahinya sedemikian rupa.
“Kau sebenarnya cemburu
kan setiap kali tengok aku keluar dengan Risya? Mengaku saje lah Zef. Kalau
tak, kau tak akan halang kita orang nak keluar tadi dengan reka alasan yang tak
munasabah macam tu. Jangan fikir aku bodoh Zef.” Ujar Farel sambil berpeluk
tubuh memandang Zefrieq yang sedang menutup pintu keretanya itu.
“Suka hati aku lah aku
nak cipta alasan macam mana pun. Aku tak suka tengok Risya rapat dengan
mana-mana staf lelaki. Bukan kau sorang je. Dia perlu sedar diri yang dia tu
perempuan kampung. Tak layak untuk orang-orang hebat macam kita.” Ujar Zefrieq
seraya menyandarkan tubuhnya di pintu keretanya.
“Memang lah suka hati
kau sebab kau tak pernah nak fikir pasal perasaan orang lain. Kau selfish Zef.
Kau sangat pentingkan diri kau sendiri dan tanpa kau sedar kau dah sakit kan
hati orang sekeliling kau.” Ujar Farel dengan nada kecewa.
“Aku tak faham. Kau
suka dekat Risya ke Rel?” Kali ini Zefrieq sudah berdiri betul-betul di hadapan
Farel. Dia ingin dengar sendiri daripada mulut sepupunya itu tentang
perasaannya terhadap gadis yang bernama Ainur Fathrisya.
“Itu urusan peribadi
aku. Kau tak perlu ikut campur.” Ujar Farel mendatar.
“Kalau kau sendiri tak
mengaku yang kau ada perasaan dekat dia, jangan salah kan aku lah kalau aku
dapat dia dulu. Ingat Rel, aku tak nak hubungan kita yang sejak kecil terjalin
mesra ni tiba-tiba hancur musnah disebabkan perempuan kampung tu.”
“Perempuan kampung tu
juga yang kau tergila-gila kan. Jangan munafik lah Zef. Mulut kau tu tak
habis-habis hina dia, tapi hati kau dah mula sayang kan dia.” Balas Farel
seraya tersenyum buat-buat. Jikalau dia harus berkorban tentang perasaannya
untuk sepupunya itu, dia redha. Sedari dulu lagi dia mahu melihat seorang
perempuan yang mampu meyakinkan Zefrieq untuk bercinta lagi. Jika Fathrisya
adalah gadis itu, Farel terpaksa mengalah.
“Jangan nak merepek lah
Rel. Taste aku tak serendah tu.” Balas Zefrieq lalu dia segera masuk ke dalam
kereta mewahnya itu. Dia dapat melihat riak wajah yang hambar terpancar di
wajah sepupunya itu. Adakah Farel turut menyimpan perasaan yang sama sepertinya
terhadap Fathrisya? Bingung Zefrieq memikirkannya. Dia meninggalkan Farel yang
masih lagi berdiri di situ. Zefrieq mengeluh perlahan.
*****
“Hai sayang.” Qaira
menyambut kedatangan Zefrieq di pagi Sabtu itu di rumahnya. Lelaki itu
tiba-tiba menghubunginya untuk menyatakan yang dia sudah sampai di hadapan
rumah gadis itu. perlahan-lahan Qaira memaut mesra bahu Zefrieq. Zefrieq hanya
tersenyum dengan perlakuan terlebih manja gadis itu.
“Rindu sangat.” Bisik
Qaira lembut ke telinga Zefrieq Ezzraf semasa lelaki itu melabuhkan duduknya di
sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya.
“You dah lama tak
datang ofis I, kenapa?” Soal Zefrieq sambil matanya memandang potret yang
terletak di sudut ruang tamu itu. Foto Qaira bersamanya sewaktu mereka bercuti
bersama rakan-rakan yang lain di New York. Qaira kelihatan tersenyum manis di
dalam dakapan Zefrieq Ezzraf. Zefrieq tersenyum kemudiannya.
“You tengok apa tu
sayang? Gambar kita berdua tu comel sangat kan. Tak pernah jemu tatap walaupun
dah bertahun berlalu.” Tegur Qaira apabila dilihat Zefrieq leka memandang
potret mereka berdua yang digantung di dinding.
“Handsome I masa tu kan. Muda lagi. Rindu masa kita budak-budak.
Hidup kita enjoy je. Dapat spent time selalu.” Ujar Zefrieq sambil
tersengih mengingati kisah lama yang sangat memberi kenangan terindah dalam
hidupnya.
“Sekarang pun handsome apa. Cuma dah berumur sikit lah
but still nampak macam jejaka awal 20-an tau. You tetap handsome sampai
bila-bila.” Qaira bangun dari duduknya dan duduk disebelah Zefrieq. Tangan sasa
Zefrieq diletakkan di atas bahunya. Zefrieq yang mengerti itu hanya menurut.
Qaira memang selalu manja apabila dengannya.
“Sekarang dah kurang
sikit handsome tu. I simpan untuk
bakal anak-anak I nanti. Biar diaorang mewarisi paras rupa I yang ala-ala mat
salih ni.”
“Eleh. Mat salih lah
sangat. Kalau dah anak tulen Melayu tu jangan lah nak perasan kata ada kacukan
mat salih pula. Kalau you cakap you kacuk bangla maybe ada orang percaya.”
Balas Qaira mengenakan lelaki itu.
“Sampai hati you cakap
muka I yang kacak ni bangla eh. Mana anak kesayangan you sayang? Tak nampak pun
dari tadi.”Soal Zefrieq sambil matanya mencari-cari kelibat anak kecil itu.
Tujuannya datang ke rumah sahabatnya itu adalah untuk menziarah anak Qaira yang
selama ini dia belum berkesempatan untuk berjumpa.
“Oh. You datang rumah I
sekadar nak jenguk anak I je?” Soal Qaira seraya menjauhkan badan daripada
Zefrieq tanda merajuk.
“Jenguk mama dia sekali
lah. Dua-dua I nak jumpa sayang. Tak mahu lah merajuk okay? Nanti muncung you
tu, I buat gantung kunci kereta I ni.” Pujuk Zefrieq sambil mengeluarkan kunci keretanya
dan dibawa keawang-awangan.
“Kalau bab memujuk
perempuan, bagi lah dekat you. Sentiasa jaguh. Tunggu kejap ya, I ambil anak I
dekat atas.” Qaira meminta diri sebentar untuk menjenguk anaknya yang sedang
berada bersama orang gajinya di tingkat atas. Zefrieq hanya melemparkan
senyuman tanda setuju.
****
“Sayang. Papa datang
jenguk sayang ni.” Qaira turun semula ke bawah dengan mengendong seorang anak
kecil. Zefrieq terus bangun dari duduknya dan mendapatkan sahabat baiknya itu.
Zefrieq pantas mencium pipi anak kecil yang sedang meraba-raba pipinya.
“Comel nya.” Puji
Zefrieq lalu dia meminta izin Qaira untuk mengendong anak kecil itu yang
seperti meminta mahu Zefrieq mendukungnya.
“Tengok mama dia lah.”
Jawab Qaira sambil menguak rambutnya yang panjang itu ke belakang. Anaknya itu
sudah berada dalam dakapan Zefrieq.
“Dah lama tak pegang
budak kecil. Rasa kekok pula. Anak you nama apa Qaira?” Soal Zefrieq sambil
duduk kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa diikuti dengan Qaira yang
duduk di sebelahnya sambil mengelap air liur anaknya yang sudah meleleh itu.
“Cepat-cepat lah
kahwin. Nanti boleh pegang anak sendiri. Nama anak I Lara Qistina. Family belah
I panggil dia Lara je. Bekas suami I yang nak sangat nama Lara. I ikut kan je.”
Jawab Qaira sambil tersenyum hambar. Zefrieq dapat merasakan dari cara gadis
itu bercakap mengenai bekas suaminya itu, dia terlalu terluka dengan
perkahwinan mereka.
“Don’t
worry sayang. I boleh jadi papa kepada Lara. I promise dengan you bila I free,
I akan selalu datang sini jenguk dia. Jangan sedih okay?” Zefrieq
sememangnya seorang lelaki yang sangat memahami hati seorang Qaira Amanda.
Qaira tidak dapat menafikan yang dia sering kali tersentuh dengan keprihatinan
dan kasih sayang yang Zefrieq curahkan selama mereka bersahabat.
“Kalau you jadi papa
Lara untuk selama-lamanya boleh tak Zef?” Qaira merenung mata Zefrieq yang
tidak lepas daripada memandang anaknya Lara Qistina yang sudah duduk di atas karpet
bermain dengan mainannya.
“Maksud you?” Soal
Zefrieq yang kurang faham itu.
“Marry
me.”
Tutur Qaira selamba seraya melentokkan kepalanya di dada sasa Zefrieq. Zefrieq
terkesima dengan ayat yang baru sahaja diucapkan oleh sahabatnya itu.
Perlahan-lahan dia angkat kepala Qaira yang sedang bersandar di dadanya itu.
Zefrieq memegang tangan Qaira dan dia merenung anak sahabatnya yang leka dengan
mainannya itu.
“I boleh jadi papa Lara
selagi I hidup. Selagi dia perlukan kasih sayang seorang ayah. I tak kisah pun
Qaira. Tapi untuk menikahi you, I rasa you sendiri pun tahu jawapan I kan.”
Tutur Zefrieq lembut. Dia tidak mahu gadis itu terasa dengan kata-katanya
sebentar tadi.
“Parents I dengan mummy you ada rancang untuk kita disatukan.
Sanggup you kecewakan mummy you?” Qaira menyoal Zefrieq dengan nada serius.
Jujur dia katakan yang dia sebenarnya dalam diam mencintai sahabat baiknya
sendiri meskipun dia tidak mahu perasaan itu hadir kerana Zefrieq berkali-kali
mengingatkan kepadanya yang hubungan mereka tidak akan lebih daripada seorang
kawan baik.
“You sanggup kahwin
dengan orang yang you sendiri tak pernah terfikir untuk mencintai dia?” Zefrieq
sudah bangun dari duduknya dan duduk bersimpuh di hadapan Lara. Anak kecil itu
tergelak suka melihat Zefrieq yang mula mahu melayannya bermain kereta itu.
“Apa salahnya. Bukannya
I kahwin dengan orang jahat. Lagi pun I dah serik kahwin dengan pilihan
sendiri. Tak dapat restu parents, buruk padahnya nanti. Parents kita yang
setuju, apa kata kita ikut je sayang.” Pujuk Qaira lagi. Dia tidak mahu Zefrieq
sedar yang dia sudah mula menyimpan angan-angan untuk hidup bahagia bersama
lelaki itu. Dia tahu lelaki itu susah mahu menerima mana-mana perempuan selepas
apa yang terjadi dalam hidup Zefrieq pada masa lampaunya.
“Mummy I dah
berkali-kali cakap pasal ni. I dah naik bosan tahu dengar. Ni bila jumpa you,
you cakap pasal ni juga. You pun sama macam mummy I ke Qaira? Dah tak boleh nak
faham I?” Soal Zefrieq seraya mendukung Lara yang sudah mula mahu menangis itu.
“I bukan tak faham you
sayang. I cuma tak nak kecewakan papa dengan mama I je. You pun tahu kan macam
mana kecewa nya diaorang bila I buat keputusan bodoh nak kahwin dengan Adam.”
“Habis tu you nak
korbankan perasaan you sendiri untuk belajar mencintai I? You fikir senang ke
nak bina rumah tangga dengan orang yang kita tak cinta? You jangan ikut kan
sangat kecewa parents you tu,
kebahagiaan you dengan anak you lagi penting.” Nasihat Zefrieq dalam nada
memujuk kepada gadis itu.
“Kalau demi kebaikan
kita bersama, tak apa kan sayang? You tak kesian ke dekat mummy you tu.
Bertahun-tahun dia simpan harapan nak tengok you sah bergelar suami orang. Lara
pun perlukan seorang papa.”
“Pa…p..Pa..” Anak kecil
itu bersuara dengan pelatnya sambil memukul-mukul muka Zefrieq yang sedang
mendukungnya. Seakan-akan dia mengerti apa yang sedang dibicarakan oleh Qaira
dan Zefrieq. Tersentuh hati Zefrieq mendengar anak kecil itu memanggilnya
dengan panggilan “papa”.
“Anak I pun dah mula
suka kan you, Zef.” Sambung Qaira lagi sambil mengusap perlahan rambut Lara.
Zefrieq hanya tersenyum nipis.
“I balik dulu Qaira.
Nanti kalau ada masa I datang tengok you dengan anak you okay? You jaga diri.
Jaga Lara elok-elok.” Zefrieq menyerahkan anak sahabatnya itu lalu dia bingkas
bangun dan menuju ke arah pintu utama rumah Qaira. Semakin lama dia disitu, dia
bimbang dia akan tersentuh melihat keletah anak kecil itu yang kecil-kecil lagi
sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah.
“I minta maaf kalau
kata-kata I tadi buat you terasa. Tapi you fikir-fikir kan lah ya apa yang I
cakap kan tadi tu. Lara, salam papa.” Qaira menghulurkan tangan Lara untuk
bersalaman dengan Zefrieq yang sudah memakai kasut itu. Zefrieq tersenyum lalu
disambut tangan kecil itu yang seakan akan memahami untuk bersalaman dengannya.
“Papa balik dulu ye
sayang. Nanti papa datang lagi jumpa Lara.” Zefrieq mengucup lembut pipi gebu
anak kecil itu penuh kasih. Dia sudah mula menyanyangi anak sahabatnya itu.
“Jumpa Lara je?” Soal
Qaira Amanda menduga hati lelaki itu.
“Mama dia sekali.”
Balas Zefrieq sekadar mengambil hati Qaira. Dia menapak menuju ke keretanya
yang berada di luar rumah Qaira. Sempat dia menghadiahkan senyuman buat Qaira
yang sedang memandang Zefrieq dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
nak lagi..
ReplyDeletenk zef ngn risha..takmau zef ngn qaira
Agak agak nanti zef kahwin dengan siapa? yer, saya baru update bab seterusnya. enjoy reading (:
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehye sis, br terjumpa blog ni...best la cite ni,tp np pending plk. x sabar nk tau endingnye or ada edisi cetak? dh kluar ke? klau ada sy nk oder...coz x suka bc jln cite tergantung2 ni
ReplyDeleteHi, belum keluar dekat psran lg sb saya dalam proses utk siapkan manuskrip ni. Masih ada lebih kurg 100 mukasurat utk saya siapkan. Nt apa2 sy update dekat sni yea. Btw trima kasih sb suka dan baca cerita ni :)
DeleteHi, belum keluar dekat psran lg sb saya dalam proses utk siapkan manuskrip ni. Masih ada lebih kurg 100 mukasurat utk saya siapkan. Nt apa2 sy update dekat sni yea. Btw trima kasih sb suka dan baca cerita ni :)
DeleteHey, mind if i ask ? Memang nak buat novel utk pasaran ke ?? Saya suka sangat cerita ni.. Tapi tergantung lah, ingatkan utk online novel..
ReplyDelete