“Aku dah cakap dah,
jangan ikut sekali. Duduk dalam kereta. Kau ni memang degil lah Risya!” Ujar
Zefrieq Ezzraf dengan nada meninggi sejurus dia masuk ke dalam kereta selepas
membawa Fathrisya ke klinik. Fathrisya hanya diam tidak berkutik apabila
dilihat Zefrieq masih lagi dengan marahnya yang tidak surut sedari tadi.
Fathrisya tersentuh melihat keprihatinan Zefrieq Ezzraf yang terlalu mengambil
berat tentang dirinya yang ditimpa kemalangan di tapak pembinaan itu. Lelaki
itu tampak cemas sekali melihat luka di kakinya dan darah yang tidak
henti-henti mengalir semasa dalam perjalanan ke klinik. Kecut perut Fathrisya
dibuatnya dengan gaya pemanduan Zefrieq yang kalut semacam itu. Zefrieq jugalah
yang bertanya itu ini kepada dokter yang merawatnya sebentar tadi. “Macam lah
ni kemalangan jalan raya. Dia punya kalut kalah orang tengah bercinta.” Bebel
Fathrisya sendirian.
“Yang mulut kau duk
terkumat-kamit tu kenapa? Dah nazak macam tu pun masih lagi nak berdegil. Lain
kali tu cuba lah dengar cakap orang, hidup jangan nak ikut kepala sendiri je.
Apa yang aku pesan tadi untuk kebaikan kau juga.” Ujar Zefrieq sambil matanya
sesekali memandang kaki Fathrisya yang berbalut itu.
“Ya saya tahu salah
saya. Saya degil tak ikut cakap boss. Maaf kan saya Encik sebab dah susah kan
Encik. Susah payah sampai kena bawa pergi klinik pula. I’m so sorry.” Ujar Fathrisya dengan rasa serba-salah yang
menggunung dalam dirinya kerana menyusahkan lelaki itu.
“Lain kali buat lah
lagi perangai keras kepala tu. Nasib baik kaca je. Kalau besi ke paku yang
termasuk dalam kaki kau tu, lagi parah tahu tak!”
“Boss. Kenapa boss
risau sangat ni? Bukan nya saya lumpuh pun. Kaca yang masuk dalam kaki saya pun
dah dapat dikeluarkan. Darah pun dah berhenti mengalir. Boss tak penat ke
membebel pasal benda yang sama je?” Ujar Fathrisya yang sudah bosan dengan
bicara lelaki itu yang tidak habis-habis menyalahkan dirinya.
“Aku risau sebab aku
tak nak hilang kau Risya.” Ujar Zefrieq perlahan seraya meneruskan pemanduan.
Fathrisya seperti tidak percaya apa yang baru sahaja didengarinya sebentar
tadi. Hatinya tiba-tiba menjadi bunga-bunga mendengar ayat yang baru sahaja
meluncur keluar dari mulut Zefrieq Ezzraf.
“Erk. Boss. Boss cakap
apa ni?” Soal Fathrisya yang mahukan penjelasan yang seterusnya oleh lelaki
itu. Sah, lelaki itu memang aneh dan sukar untuk difahami. Sekajap dingin
sekejap baik. Dah macam pesakit mental Fathrisya melihat bossnya itu.
“Apa? Aku cakap apa?”
Soal Zefrieq berpura-pura tidak tahu.
“Tadi tu boss cakap
boss tak nak hilang..”
“Ya aku tak nak hilang
kau, tolong jaga diri baik-baik lepas ni Risya. Aku bukan selalu ada untuk jaga
kau.” Balas Zefrieq memintas kata-kata Fathrisya. Wajahnya serius menuturkan
kata-kata itu.
“Hei. Hati tu jangan
nak berbunga-bunga sangat. Maksud aku, aku tak nak hilang kau sebab kau tu
orang penting dalam syarikat aku. Kau tak ada, tunggang terbalik ofis tu nanti.
Aku yang susah. Kuli perlu selalu ada untuk memudahkan tugas seorang boss.”
Ujar Zefrieq menutup debar dihatinya yang sedang bergetar hebat kala itu.
Meskipun dia sendiri mengakui hatinya sudah mula menyukai gadis yang merangkap
setiausahanya itu, namun dia seboleh-bolehnya tidak mahu Fathrisya menyedari
tentang perasaannya yang sebenar.
“Kalau dah suka cakap
saje lah. Boss ingat saya percaya sangat yang boss tu dah kahwin. Boleh jalan
lah boss.” Ujar Fathrisya sengaja mengenakan lelaki itu.
“Risya, kau kena faham
satu benda ni. Aku malas nak ulang banyak kali. Kalau memang kau dah suka kan
aku yang kacak lagi bergaya ni, jangan mimpi lah kau boleh dapat aku semudah
itu. Tak mungkin Risya, hati aku bukan untuk orang low class macam kau.” Balas Zefrieq dengan nada bangga diri.
Sesudah Zefrieq menghabiskan ayatnya itu, Fathrisya hanya diam membisu melayan
perasaan. Sesekali air mata jernih mengalir dari pelupuk mata namun lekas-lekas
dikesat supaya lelaki itu tidak perasan.
*****
Zefrieq memberhentikan
kereta mewahnya di hadapan Hotel Sri Malaysia. Dengan wajah bersahaja dia
menoleh ke arah Fathrisya yang sedang berkerut-kerut dahinya.
“Kau pahal? Dahi tu
berkerut-kerut. Teringin nak jadi mak nenek dah ke?” Perli Zefrieq yang masih
lagi tidak lepas daripada memandang Fathrisya.
“Nak buat apa pergi
sini boss?” Soal Fathrisya kebingungan. “Dah kenapa berhenti dekat depan hotel
ni pula. Bukan tadi jalan nak balik Kl ke?” Detik hatinya lagi.
“Kau rasa orang pergi
hotel buat apa? Bila lelaki bawa perempuan pergi hotel maksud nya apa?” Soal
Zefrieq sambil mengangkat keningnya sedikit.
“Er. Boss jangan nak
macam-macam tau dengan saya. Saya ada silat tau boss. Karang saya silat kan
boss dekat sini, terkehel urat tengkuk tu!” Balas Fathrisya garang.
“Ada hati nak belasah
aku dengan kaki tempang macam tu. Nak jalan pun terhuyung-hayang. Inikan pula
nak bersilat.” Balas Zefrieq seraya menghadap semula ke hadapan.
“Habis tu kita nak buat
apa pergi sini boss? Saya nak balik Kl lah. Jom lah balik boss.” Ajak Fathrisya
yang sudah mula memikirkan yang bukan-bukan itu. Zefrieq hanya ketawa kecil
melihat reaksi gadis itu.
“Apa kau fikir aku dah
hilang akal ke nak bawa anak dara orang check
in bilik yang sama?”Soal Zefrieq.
“Mana lah saya tahu.
Boss ni otak bukan betul sangat. Kalau gila dia dah datang, bukan dia peduli
anak dara ke mak dara ke nenek dara ke. Semua dia sapu.” Balas Fathrisya tanpa
menghiraukan Zefrieq yang sudah mula panas hati dengan kata-katanya itu.
“Kalau aku dapat sumbat
mulut celopar kau dalam gawang gol, sedap juga ni. Hisy! Kita tidur sini malam
ni. Kau ingat aku nak biarkan kau balik Kl dengan keadaan kaki sakit macam tu?
Kau kena rehat dulu malam ni.”
“Hah? Tak payah nak
mengada lah boss nak kena tidur sini bagai. Berapa kali saya nak cakap, saya
cedera bukan teruk sangat pun. Cepat lah Encik, kita balik Kl.” Desak Fathrisya
seraya memasamkan wajahnya.
“Muka masam macam
jeruk. Sekali aku pelempang baru tahu senyap. Kalau kau rasa aku boss, dengar
je cakap aku. Jangan banyak bunyi. Bingit telinga.” Ujar Zefrieq seraya keluar
dari perut kereta dan terus membuka pintu kereta di bahagian penumpang.
Dihulurkan tangan kepada Fathrisya namun gadis itu hanya diam tidak bergerak.
Dek kerana terlalu geram dengan Fathrisya yang tidak memberi respond, Zefrieq lantas menarik tangan
Fathrisya dan dengan berhati-hati dia memapah gadis itu masuk ke dalam hotel.
Fathrisya yang tidak punya kudrat untuk menolak lengan sasa Zefrieq hanya
menurut dengan wajah cemberut.
***
“Kau pergi berehat
dekat atas dulu. Bilik kau sebelah je dengan bilik aku. Nanti kalau ada apa-apa
hal senang.” Zefrieq mendapatkan Fathrisya yang sedang duduk di lobi hotel
sambil dihulurkan kepada gadis itu kunci biliknya.
“Nak pergi mana?” Soal
Fathrisya acuh tak acuh. Malas mahu bercakap dengan lelaki yang sering sahaja
memaksanya buat itu ini. Sebal sungguh hatinya waktu itu.
“Pergi beli baju untuk
kita dua lah. Tak kan nak pakai baju yang sama sampai ke esok.” Balas Zefrieq
yang sedang membetulkan tali lehernya.
“Nak ikut.”
“Kau jangan nak tunjuk
keras kepala kau lagi. Karang apa pula jadi. Duduk dalam bilik berehat! Jangan
nak mengada keluar tanpa izin aku.” Arah Zefrieq seperti gaya seorang suami
yang gila kuasa.
“Boss tahu ke nak beli
baju saiz apa untuk saya? Tak payah nak berlagak tahu lah. Tepi sikit.”
Fathrisya yang mahu bangun dari duduknya ditahan oleh Zefrieq.
“Aku cukup benci kalau
orang tak ikut arahan aku. Kalau aku cakap duduk dekat hotel sampai aku selesai
cari barang, maknanya apa?”
“Maknanya saya kena
duduk dalam bilik sampai pengsan.” Balas Fathrisya bersahaja.
“Bukan sampai pengsan!
Sampai aku balik. Jangan sesekali langgar arahan. Buruk padahnya nanti.” Ujar
Zefrieq tegas seraya menggamit seorang pekerja hotel itu.
“Tolong bawa kan wife saya ke bilik. Kaki dia sakit so tak larat nak jalan. Thank you.” Ujar Zefrieq kepada pekerja
wanita yang murah dengan senyuman itu. Dijeling Fathrisya yang sedang berusaha
untuk bangun dengan bantuan pekerja wanita itu.
“Suka-suka kau je cakap
aku ni wife kau, dasar mamat annoying hidung tinggi!” Bebel Fathrisya
kegeraman sambil perlaham-lahan dia meninggalkan kawasan lobi hotel itu dengan
perasaan sebal.
BEST 3X.
ReplyDeletethanks for readingg (:
DeleteNak Bab 27 please...
ReplyDeleteDah.. baru upload. thanks sebab baca (:
Delete