Zefrieq Ezzraf memandu
kereta tanpa bercakap sepatah pun dengan Fathrisya. Gadis itu hanya diam
membisu sejurus mereka berdua masuk ke dalam kereta. Muka terpaksa Fathrisya
mengikutnya ke Melaka dipandang sekilas. Dalam hati tak habis-habis
mentertawakan gadis itu. Geli hati pula melihat wajah cemberut gadis itu.
“Tak boleh lagi buruk
ke muka tu? Ada lagi yang paling buruk tak?” Zefrieq Ezzraf bersuara memecah
kesunyian antara mereka. Memang hobinya menyakiti hati gadis itu.
“Ada. Lebih buruk dari
ni saya boleh buat khas untuk Encik.” Balas Fathrisya bersahaja sambil
membetulkan tudungnya.
“Mana? Tunjuk sikit? Baru
suruh teman pergi tapak projek dah nak tarik muka sampai bermeter-meter. Kau sedar
lah yang kau tu cuma kuli. Tugas kau ikut apa yang aku suruh buat. Muka tu
senonoh sikit.” Ujar Zefrieq yang tidak senang dengan reaksi protes yang ditunjukkan
oleh gadis itu.
“Saya bukan nak protes
dengan arahan Encik. Masalahnya saya tak suka pergi tempat jauh-jauh
berdua-duaan dengan suami orang. Nanti karang dituduhnya saya nak menggoda
boss. Sepatutnya ajaklah Encik Farel sekali.” Ujar Fathrisya membangkang
kata-kata Zefrieq Ezzraf yang sentiasa bercakap mahu menang sahaja.
“Aku punya pasal lah
nak bagi arahan macam mana. Kau tak ada hak okay nak mempertikaikan. Siapa pula
suami orang ni?” Soal Zefrieq yang pelik dengan wajah yang berkerut-kerut
seperti mengingati sesuatu.
“Ya lah saya ni hanya
kuli boss, yang terpaksa ikut semua arahan boss yang sentiasa menyesakkan jiwa
saya. Eh, bukan haritu boss cakap boss dah kahwin? Yang dekat Pavillion tu wife
boss kan?” Soal Fathrisya mahukan kepastian. Dia memandang wajah Zefrieq yang
tenang memandu itu.
“Kalau sesak otak, dah
rasa tak mampu nak layan kerenah aku. Resign
je lah. Itu pun aku nak kena ajar?” Balas Zefrieq tanpa menghiraukan pertanyaan
si gadis tentang statusnya sebagai suami orang.
“Er Encik. Encik tipu
saya je kan pasal Encik dah berkahwin?” Hatinya mendesak mahu mengetahu status
sebenar Zefrieq Ezzraf. Kelihatan lelaki itu seperti mahu mengelak. Geram sungguh
Fathrisya kala itu.
“Aku dah kahwin ke, aku
duda anak lapan ke. Aku kahwin dengan janda ke, itu aku punya pasal lah. Yang kau
sibuk-sibuk nak tahu sangat kenapa? Cemburu?” Soal Zefrieq Ezzraf mahu menduga
gadis itu. Dia sebenarnya pelik mengapa setiausahanya itu ingin sekali
mengetahui sama ada dia sudah berkahwin atau tidak. “Jangan-jangan dia dah syok
dekat aku tak?” Soal Zefrieq Ezzraf dalam hati.
“Eleh perasan! Tak ada
maknanya lah saya nak cemburu dengan boss. Salah ke seorang setiausaha nak tahu
pasal boss dia? Saya cuma tanya boss dah kahwin ke belum. Itu pun susah nak
jawab.” Ujar Fathrisya cuba berdalih. Padahal dia sendiri mengharapkan supaya
lelaki di sebelahnya itu belum dimiliki oleh sesiapa.
“Kau sebenarnya
mengharapkan yang aku ni bujang kan? Betul tak Risya?” Soal Zefrieq sekali lagi
menduga gadis itu. Entah kenapa mereka berbicara mengenai hati dan perasaan
pula. Zefrieq sudah simpan senyum.
Soalan maut yang tidak
diduga keluar daripada mulut Zefriq Ezzraf itu membuatkan Fathrisya tersentak. Lidahnya
kelu tidak tahu mahu membalas apa. “Macam mana mamat ni boleh baca perasaan
aku? Nampak sangat ke aku dah mula suka dekat dia?”
“Jawab lah Risya!”
Desak Zefrieq sedikit kuat.
“Saya suka dekat boss!”
Fathrisya menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan kerana sudah terlepas
cakap. Malu tahap maksimum dirasakan saat itu. tidak berani ingin bertatapan
dengan boss nya itu. Zefrieq juga terkejut dengan pengakuan setiausahanya itu.
Dia sendiri tidak pasti sama ada kata-kata itu jujur dari hati atau disebabkan
terlalu panik menyebabkan gadis itu menuturkan kata-kata keramat itu. Dia
menjadi pelik seketika.
“Kau suka aku? Heh. Kau
dengar sini baik-baik Risya. Aku suami orang. Kalau aku bujang sekalipun aku
tak kan pernah suka kan kau. Kau tu perempuan kampung, lurus bendul! Tak sesuai
langsung dengan aku. Cermin diri tu Risya sebelum nak pasang impian nak berlaki
kan orang berada macam aku ni. Kau tak layak.” Balas Zefrieq mendatar. Ternyata
egonya begitu tinggi sekali. Padahal si gadis sudah mulakan langkah pertama
namun dia terlalu mengikut kata hati yang terlalu ego.
“Saya tahu boss. Saya
memang tak pernah berpeluang nak suka dekat orang macam boss. saya hina miskin
orang kampung. Boss anggap je lah apa yang saya cakap tadi tu sekadar gurauan. Saya
minta maaf.” Tutur Fathrisya lemah. Nadanya juga berbaur kecewa dan sedih. Mungkin
tidak menduga kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh Zefrieq. Dia bertekad
untuk membuang jauh-jauh perasaan yang sudah mula bercambah buat lelaki hidung
tinggi itu. Zefrieq hanya diam membisu. Jauh di sudut hati dia sedikit terkesan
dengan kata-kata Fathrisya namun sengaja dibiarkan begitu. Tidak mahu terlalu
mengikut naluri hati.
****
Mereka sampai di tapak
pembinaan kira-kira pukul 3.30 petang. Kelihatan pekerja-pekerja sedang
bertungkus-lumus membuat kerja masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan.
Zefrieq sudah mula mengatur langkah untuk masuk memantau pembinaan taman rekreasi
itu. tiba-tiba dia berpaling semula ke arah Fathrisya yang sedang bersandar di
pintu kereta.
“Kau tunggu dekat sini.
Jangan ikut masuk. Bahaya kat dalam tu.” Ujar Zefrieq yang prihatin tentang
keselamatan Fathrisya. Namun, sengaja dia tidak mahu terlalu menunjuk. Risau jikalau
gadis itu perasan.
“Nak jugak.” Ujar
Fathrisya keras. Dipandang muka Zefrieq Ezzraf yang putih kemerah-merahan
apabila terkena cahaya matahari. Sungguh bergaya lelaki itu.
“Apa masalah kau ni? Pekak
ke tak dengar aku cakap apa tadi? Kau tu perempuan. Tunggu dekat sini sampai aku
datang.” Balas Zefrieq yang sudah mula bengang dengan kata-kata gadis itu. ada
sahaja arahan nya yang Fathrisya mahu bangkang.
“Boss pun nak jadi
pekak macam saya juga? Saya cakap nak ikut, maknanya nak ikut lah. Dah, jom!”
Ajak Fathrisya sambil mengatur langkah mahu meninggalkan Zefrieq.
“Kau jangan nak naik
kan darah aku Risya. Kan dalam tu bahaya. Karang kalau apa-apa jadi aku juga
kena tanggung! Pergi duduk dalam kereta sekarang!” Arah Zefrieq seraya
menghulurkan kunci keretanya kepada gadis itu namun Fathrisya hanya memandang
sepi kunci yang berada di tangan Zefrieq.
“Apa guna boss angkut
saya ke sini kalau saya tak boleh masuk sekali. Suka hati saya lah.” Ujar Fathrisya
yang masih berdegil itu. Dengan pantas dia masuk ke dalam tapak pembinaan itu.
Zefrieq mendegus kegeraman melihat kedegilan gadis itu.
“Perempuan kepala batu!
Degil betul lah kau ni!” Bentak Zefrieq seraya mengikuti langkah gadis itu.
****
“Bila agak-agaknya
projek ni boleh siap ya Fendi?” Soal Zefrieq yang sudah selesai melawat tapak
pembinaan yang padanya menepati keinginannya.
“Kalau ikut kan
sekarang ni baru siap 50 peratus. Lebih kurang dalam 4bulan lagi kalau tak ada
aral melintang, Encik Zefrieq.” Ujar Affendi sambil tersenyum.
“Hm. Saya nak awak
pastikan keselamatan pekerja-pekerja kita setiap masa selama projek pembinaan
ni berjalan. Saya tak nak dengar sebarang kecederaan. Pastikan semuanya lancar.
Ingat, keselamatan para pengunjung taman rekreasi ni bila siap nanti adalah
keutamaan dan tanggungjawab kita.” Pesan Zefrieq panjang lebar.
“Baik lah Encik
Zefrieq. Saya sentiasa mengikuti perkembangan projek ni dari semasa ke semasa. InsyaAallah
semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang kita rancangkan.” Ujar
Affendi meyakinkan Zefrieq Ezzraf.
“Saya percayakan awak
Fendi. Tolong jangan sia-siakan kepercayaan saya.” Ujar Zefrieq tegas. Dia sememangnya
sangat komited dan tegas ketika bekerja.
“Terima kasih sebab
masih lagi percaya kan saya. Saya akan..” Belum sempat Affendi menghabiskan
ayatnya yang seterusnya, seorang pekerja buruh binaan menerpa ke arah mereka
dengan wajah cemas.
“Kenapa dengan awak ni
Latip?” Soal Affendi yang terkejut dengan kehadiran secara tiba-tiba lelaki yang
berusia dalam lingkungan 30-an itu. Seperti ada yang tidak kena.
“Encik. Ada seorang
perempuan terkena serpihan kaca di belakang sana. Kaca terlepas dari tangan
salah seorang pekerja indon, terus terjatuh di atas kaki perempuan tu. Teruk juga
Encik.” Cerita lelaki yang dikenali sebagai Latip itu kepada Encik Affendi. Serta-merta
Zefrieq teringat tentang Fathrisya yang masuk terlebih dahulu ke tapak
pembinaan. Gadis itu tiada bersama dengannya sedari tadi. Peluh mula merenik di
dahi Zefrieq.
“Jom kita ke sana Encik
Zefrieq!” Ujar Affendi kalut seraya mengikuti langkah Latip. Zefrieq sudah
terlebih dahulu memintas mereka berdua dengan wajah yang cemas.
*****
“Kan aku dah cakap
jangan masuk sekali! Tengok apa dah jadi sekarang!” Marah Zefrieq yang sudah
mendapatkan Fathrisya yang sedang menangis teresak-esak di tepi pondok tempat
pekerja-pekerja berehat. Fathrisya dikerumuni beberapa orang pekerja yang
membantunya tadi sewaktu dia ditimpa kemalangan.
“Teruk juga kaki dia ni
Encik Zefrieq. Bawa dia ke klinik lah kalau macam tu.” Cadang Affendi yang
turut sama cemas.
“Yang lain boleh
sambung buat kerja. Saya ucapkan terima kasih kepada yang membantu. Lain kali
tolong jangan cuai. Sini tempat kerja buat taman permainan.” Ujar Zefrieq keras
sambil bercangkung di hadapan Fathrisya yang sedang memegang kakinya yang
berdarah itu. Hatinya berpalu kerisauan melihat kesakitan yang ditanggung gadis
itu.
“Lain kali dengar cakap
aku. Kalau kau tak menggedik nak ikut sekali, benda ni tak akan jadi lah!”
Marah Zefrieq yang masih lagi geram dengan gadis itu. Fathrsiya hanya tunduk
merenung simen. Dia sedar akan kesilapannya namun mulutnya tidak terdaya untuk
membalas kata-kata Zefrieq memandangkan lelaki itu sedang dalam mood tidak
baik.
“Kalau bertekak macam
ni makin melarat lah luka dia tu Encik Zef.” Tegur Affendi yang sedari tadi
menjadi pemerhati.
“Jom aku bawa ke
klinik!” Ujar Zefrieq seraya mahu mengendong Fathrisya yang sedang tersandar
itu.
“Saya boleh jalan lah
Encik. Tak perlu nak kendong saya.” Bantah Fathrisya yang segan dengan Zefrieq
yang sudah mula mahu merangkul bahunya untuk di bawa ke dalam kereta. Tidak seleasa
dia berkeadaan begitu dengan lelaki itu.
“Boleh jalan kebendanya
dengan kaki berdarah macam tu? Kau jangan degil boleh tak. Kita pergi check dokter, tengok ada lagi tak
serpihan kaca dalam kaki tu.” Dengan wajah masam mencuka Zefrieq merangkul bahu
gadis itu dan tak sampai beberapa saat Fathrisya sudah berjaya dikendong kemas.
Fathrisya hanya diam membisu melihat kedegilan lelaki itu. Wajahnya dipaling
untuk tidak memandang Zefrieq Ezzraf yang sedang merenung ke dalam bebola
matanya. “ Comel.” Desis hati Zefrieq.
“Er Encik. Cepat lah
bawa ke klinik. Saya risau kalau keadaan kaki Cik ni makin teruk nanti.” Ujar
Affendi mematikan lamunan pendek Zefrieq. Zefrieq yang tersedar dari lamunan
mengukir senyuman nipis buat jurutera projek pembinaan ini.
“Saya pergi dulu Fendi.”
Ujar Zefrieq meminta diri seraya berlalu ke arah keretanya yang berada di luar
tapak pembinaan.
*Mamat annoying dah jatuh cinta? hehehe. nantikan bab seterusnya (;
No comments:
Post a Comment