Zefrieq berdiri di
hadapan pintu bilik Fathrisya sudah hampir sepuluh minit. Berkali-kali dia cuba
menghubungi gadis itu namun panggilannya tidak berjawab. Telefon di tangan
terasa hendak dihempuk ke muka gadis itu. Gadis itu tidak habis-habis
menyusahkan dirinya. Dengan sekuat tenaga diketuk pintu bilik Fathrisya
sehingga gadis itu terjengul dengan wajah seperti orang baru bangun tidur.
“Hidup pun kau! Aku
ingat dah arwah dah tadi.” Jerkah Zefrieq sejurus wajah itu menjengah pandangan
matanya.
“Boss ni ketuk pintu
elok-elok tak boleh ke? Macam nak roboh tahu tak bilik ni.” Marah Fahrisya
kerana lelaki itu sudah menganggu tidurnya.
“Dah kau tu tidur mati
memang lah aku ketuk sampai kau sedar diri. Kalau tak sampai tahun depan kau
duk buat peta dalam bilik tu.” Bebel Zefrieq lagi sambil merenung wajah
Fathrisya yang sedikit sembap itu.
“Tadi boss juga suruh
saya berehat dalam bilik sebab kaki saya yang cedera parah ni. Lepas tu bila
orang sedap tidur, dia sibuk nak kacau. Dah kenapa? Gila?” Perli Fathrisya
sambil menjeling bossnya yang sedang berpeluk tubuh itu.
“Kau jangan banyak
cakap boleh tak. Sekali aku pijak kaki tu lumpuh terus!”
“Haa pijak lah. Cepat.
Tunjuk sikit baran Encik yang tak bertempat tu. Berani sangat kan. Cepat lah!”
Bentak Fathrisya yang sudah mula panas hati itu.
“Kau jangan cabar aku
Risya. Kalau aku buat betul-betul teruk kau nanti. Jangan berani nak tunjuk
bagus.” Tegas kedengaran suara Zefrieq Ezzraf memarahi gadis itu yang semakin
berani melawan nya.
“Bosan lah layan mamat
sakit jiwa ni. Nak apa?” Tanya Fathrisya kasar.
“Tanya elok-elok tak
boleh? Tak belajar adab? Aku tak jawab soalan biadap macam ni.” Balas Zefrieq
yang juga sedang geram dengan kata-kata gadis itu.
“Encik Zefrieq
kesayangan hati, ada apa Encik Zefrieq menganggu lena tuan puteri yang comel
ini ya?” Soal Fathrisya dengan suara lembut yang sengaja dibuat-buat bersama
memek muka.
“Abang nak bagi baju
untuk sayang ni.” Ujar Zefrieq sambil tersenyum meleret-leret.
“Wellkk. Tak payah nak
abang sangat lah! Geli tekak ni dengar.” Ujar Fathrisya meluat.
“Kau ingat aku hadap
sangat nak sweet-sweet dengan kau.
Tak kuasa lah aku. Nah ambik ni barang mandi, baju seluar. Semua ada dalam ni.”
Ujar Zefrieq dan dengan kasar dia menghulurkan bungkusan plastik kepada
Fathrisya.
“Er..Boss…”
“Apa lagi kau ni? Semua
barang aku dah beli lah. Nanti tukar je lah baju busuk kau tu dengan baju yang
baru aku beli. Saiz tu taktahulah sebab aku pakai bedal je beli.” Balas Zefrieq
yang sudah berkira-kira untuk masuk ke dalam biliknya. Badannya yang terasa
sangat letih minta untuk direhatkan.
“Encik Boss! Tak kan ni
je?” Soal Fathrisya dengan wajah susah hati.
“Kau nak apa lagi? Nak
aku borong satu kedai baju tu? Serabut lah kau ni.” Ujar Zefrieq yang malas
mahu melayan gadis itu.
“Tu lah. Tadi saya nak
ikut tak bagi. Berlagak macam tahu semua. Saya nak beli barang dalam lah. Tak
kan nak pakai yang ni je sampai esok malam.” Perli Fathrisya yang masih lagi
geram dengan Zefrieq Ezzraf yang melarangnya untuk mengikutinya ke Bandar untuk
membeli pakaiannya.
“Kau memang tak reti
nak cakap ke dari tadi? Menyusah kan betul lah.” Marah Zefrieq seraya berlalu
ke arah pintu biliknya.
“Daripada tadi lagi
saya cakap saya nak ikut. Boss yang mengada sangat tak nak bagi pergi. Salah
boss lah.”
“Pakai je lah apa yang
ada. Tak pun hantar dobi je.” Ujar Zefrieq bersahaja tanpa memandang Fathrisya
yang sedang kegeraman dengan kata-kata spontan nya sebentar tadi.
“Boss! Boss ni memang annoying betul lah!” Bentak Fathrisya
seraya menghempas pintu bilik sekuat hati dengan wajah merah padam menahan
sebal di hati. Zefrieq sudah ketawa terbahak-bahak melihat tingkah gadis itu.
****
Malam itu Zefrieq
Ezzraf membawa setiausahanya makan malam di Medan Selera Ikan Bakar Umbai.
Sebelum mereka ke sini, Zefrieq terlebih dahulu membawa Fathrisya ke kedai
pakaian untuk membeli barang keperluannya. Fathrisya hanya menurut boss nya itu
yang tidak mahu makan di hotel. Ikutkan kaki nya yang sedang berbisa dan jalan
tak berapa nak betul, ingin sahaja dia makan di hotel. Namun Zefrieq berkeras
mahu makan di luar. Malas mahu bertekak, Fathrisya hanya menurut keinginan
lelaki keras kepala itu.
“Aku suka makan dekat
sini. Dulu masa arwah ayah aku ada, selalu dia bawa aku pusing-pusing Melaka. Bila
jalan dekat kota bersejarah malam-malam macam ni memang syok. Tak payah nak
pergi negara orang. Kat sini pun seronok.” Ujar Zefrieq sambil tersenyum nipis.
Fathrisya terkesima dengan kelakuan dan percakapan Zefrieq yang lembut itu.
Tidak seperti selalu yang wajahnya sentiasa masam dan mulutnya yang berbisa
itu.
“Encik minat sejarah
ke? Maaf kan saya kalau bertanya, arwah ayah Encik sakit apa?” Soal Fathrisya
sekadar ingin tahu. Kalau tidak dilayan mahu mengamuk lelaki itu.
“Minat tu tak adalah.
Bila kelas sejarah aku selalu tidur. Tapi aku suka pergi sini, sebab daripada
kecil lagi kalau musim cuti sekolah, arwah ayah aku selalu bawa ke sini.A
Famosa tu dah habis aku jelajah. Tapi tak pernah bosan.” Ujar Zefrieq sambil
disua pinggan yang berisi ikan jenahak masak berlada kepada gadis itu.
Fathrisya tersenyum seraya menyambut pinggan itu. Soalan Fathrisya mengenai
arwah ayahnya dibiarkan begitu sahaja. Tidak berhasrat mahu menjawabnya.
“Ingat kan boss memang
minat sejarah. Saya pun teringin nak pergi A Famosa tapi hajat selalu tak
kesampaian. Selalu tengok dalam tv je. Boss selalu ke makan dekat sini?” Tanya
Fathrisya sambil melemparkan senyuman manis. Terpesona sebentar Zefrieq melihat
wajah yang cukup ayu itu. Gadis itu mengenakan T-shirt lengan panjang bewarna
merah jambu, skirt labuh bewarna putih serta selendang bewarna putih juga.
Terserlah keayuan gadis itu meskipun penampilannya ringkas sahaja.
“Kau tak pernah pergi?
Hisy. Rugi tahu tak. Orang Malaysia tak kenal sejarah negara sendiri. Nak aku
bawa kau ke sana? Kedai makan ni tempat wajib aku singgah setiap kali aku
datang sini.”
“Mana ada masa nak
pergi boss. Lagi-lagi kerja dengan boss yang cerewet gila, tak sempat nak minta
cuti, dah disuruhnya kesana kemari. Buat kerja itu kerja ini. Bukan salah
saya.” Ujar Fathrisya sambil mencebik. Zefrieq hanya mempamerkan reaksi
menyampah kepada gadis itu.
“Salah aku konon. Itu
kau punya pasal lah tak nak usaha sendiri pergi tempat-tempat menarik macam tu.
Esok aku bawa kau ke sana.” Putus Zefrieq selamba. Fathrisya sudah menjengilkan
mata mendengar kata-kata lelaki itu.
“Nak pergi sana apa nya
dengan kaki saya macam ni. Tak payah nak mengarut lah boss, esok lepas tengah
hari kan kita kena balik Kl.”
“Siapa cakap esok kita
balik sana?” Soal Zefrieq sambil mengunyah sotong goreng tepung. Mulut penuh
dengan makanan, lagi kan mahu bercakap.
“Dah tu boss nak
bertapa dekat sini berapa lama? Kerja dekat ofis tu siapa nak tolong bereskan? Kalau
saya ni ada pembantu tak apa juga, boleh bercuti tenangkan otak dekat sini.
Sakit otak saya semenjak kerja dengan boss.” Bebel Fathrisya lagi. Zefrieq ini
ada sahaja arahan nya yang mengarut yang terpaksa diikutnya. Rimas dibuatnya.
“Suka hati aku lah nak
balik bila pun. Aku boss. Tak akan ada siapa berani nak marah aku lah.” Balas
Zefrieq dengan riaknya.
“Itu boss. Saya ni cuma
kuli je dekat pejabat tu. Saya terikat dengan policy syarikat boss.” Tegas Fathrisya mengingatkan boss nya.
“Kau kan tengah buat
kerja ni. Kerja kau teman boss kau melancong. Kita kan tengah honeymoon. Tak ada siapa nak pertikaikan
lah.”
“Saya tak kira, esok
kita kena balik Kl juga. Kalau boss tak nak hantar saya balik, saya naik bas je
senang. Susah betul berurusan dengan mamat sakit otak ni.” Ujar Fathrisya yang
geram dengan sikap Zefrieq yang bermain tarik tali itu.
“Kau balik lah
sorang-sorang. Sampai je Kl kau terima surat pemecatan daripada aku. Nak?” Ugut
Zefrieq bersama wajah serius. Fathrisya hanya membalas dengan jelingan sahaja,
tidak mahu terlalu mengikut emosi membalas kata-kata Zefrieq. Lelaki itu
sentiasa mahu menang, dia terpaksa mengalah untuk kesekian kalinya.
“Risya. Jom balik.
Lama-lama dekat sini karang orang ingat kita bercinta pula.” Ujar Zefrieq
seraya bangun dari duduknya. Lama juga mereka diam tidak bercakap sedari tadi. Zefrieq
tahu gadis itu bengang dengan dirinya namun sengaja dibiarkan begitu.
“Jom!” Ujar Fathrisya
bersemangat dan berusaha untuk bangun dari duduknya. Sewaktu dia ingin
menstabilkan dirinya, Zefrieq sudah berada di belakangnya untuk memastikan
gadis itu tidak terjatuh. Memandangkan kaki Fathrisya belum pulih sepenuhnya,
dia bertanggungjawab untuk memastkan keselamatan gadis itu.
“Meh, tangan.” Pinta
Zefrieq lembut sambil menghulurkan tangan kirinya kepada Fathrisya yang sedang
terkebil-kebil memandang dirinya. Spontan Fathrisya menyambut huluran tangan
Zefrieq dan kala itu hatinya berdegup kencang saat pandangan mereka bertaut.
Zefrieq juga bagaikan terpukau dengan kecomelan gadis itu. Baru hari ini sepanjang
berbulan-bulan mereka bekerja di bawah satu bumbung, Zefrieq mengakui Fathrisya
mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Wajahnya didekatkan kepada wajah
Fathrisya yang sudah merona merah itu.
“Er. Encik. Rasanya yang
sakit kaki saya. Kenapa tangan Encik melingkar dekat pinggang saya pula ni?
Pinggang saya tak patah lagi Encik.” Fathrisya bersuara mematikan lamunan
Zefrieq dan serta-merta lelaki itu menjatuhkan tangannya daripada melingkari
pinggang ramping Fathrisya. Dia sendiri tidak sedar bila tangannya merayap ke
pinggang gadis itu. Perasaan malu menebal dalam dirinya waktu itu.
“Sorry. Aku tak sengaja.” Tutur Zefrieq mendatar menutup malu yang
menyelubungi dirinya. Dia memimpin Fathrisya perlahan-lahan menuju ke arah
kereta. Baru beberapa langkah kaki berjalan, Fathrisya tiba-tiba menggigil
kesejukan dek kerana angin malam yang agak kuat. Perasaan simpati jatuh
serta-merta buat gadis itu. Zefrieq membuka jaket bewarna coklat yang
dipakainya dengan sebelah tangan lagi masih memimpin gadis itu, lalu dengan
perlahan dia menyarungkan jaketnya ke badan gadis itu untuk mengelakkan
kesejukan. Fathrisya sekali lagi terpana dengan kelakuan yang tidak diduga oleh
lelaki itu. Dia mendongak memandang wajah Zefrieq yang bersahaja itu.
“Terima kasih Encik.”
Ujar Fathrisya seraya meneruskan langkah dengan bantuan lelaki itu. Hatinya
sekali lagi terpaut dengan keprihatinan lelaki yang pernah dibenci suatu ketika
dahulu dan mungkin juga dia masih membenci lelaki itu meskipun hatinya sudah
mula menyukai Zefrieq Ezzraf. Dia sendiri keliru dengan perasaanya dan juga
layanan Zefrieq yang terlalu berbeza. “Hmm, mamat sakit otak ni bukan boleh
percaya sangat. Mesti ada muslihat dia ni.” Tebak Fathrisya dalam hati yang
kadang kala berfikiran negatif itu.
“Tak kan aku nak
biarkan kau sejuk macam tu. Kau tu perempuan, aku kena sentiasa lindungi kau.”
Ujar Zefrieq tanpa memandang ke arah Fathrisya yang sedang bersandar di pintu
kereta mewahnya. Zefrieq terus masuk ke dalam tempat duduk pemandu tanpa
memandang Fathrisya yang sedang merenungnya sedari tadi. Mungkin pelik dengan
tindakannya.
Nak, lagi.
ReplyDeleteBaru update (: enjoy reading
Delete