Zefrieq tiba di
rumahnya kira-kira pukul 5petang selepas menghantar Fathrisya pulang ke
rumahnya. Gadis itu berdegil tidak mahu Zefrieq membawanya ke klinik untuk
pemeriksaan tentang luka dikaki gadis itu. zefrieq malas mahu memaksa, dia
terus menghantar gadis itu pulang ke rumah seperti yang dipintanya. Sejurus
Zefrieq turun dari keretanya, mummy nya sudah menggamit Zefrieq untuk turut
menyertai bersama di laman rumah mekera. Dengan wajah yang penuh kepenatan dia
melangkah longlai ke arah mummy dan adik perempuannya.
“Abang Zef ni muka tu
cuba lah ceria sikit. Jalan pun lembik.” Kutuk Fyn selamba sambil mulutnya
mengunyah goreng pisang yang dibelinya tadi semasa mengambil mummynya pulang
dari butik.
“Zef pergi mana
semalam?” Kali ini Datin Zulaikha pula menyoal Zefrieq Ezzraf ketika anaknya
itu baru sahaja duduk di sebelah adiknya. Disiku kepala Fyn Airisha lembut
kerana geram dengan kutukan adiknya terhadap dirinya sebentar tadi.
“Sakit lah badak!”
Jerit Fyn lalu di cubit lengan sasa Zefrieq.
“Siapa badak? Kau tu
budak kecil jangan nak menyibuk tegur abang.”
“Kalau tak boleh nak
kena tegur, duduk lah dalam hutan!” Ujar Fyn Airisha seraya menjelir lidah.
Belum sempat Zefrieq mahu menangkap tangan Fyn, dia terlebih dahulu berlari
masuk ke dalam rumah sambil tersengih kemenangan. Zefrieq mendegus kasar.
“Sudah lah tu Zef.
Dengan adik pun nak ambil hati. Fyn kan memang macam tu. Ni, air.” Tegur Datin
Zulaikha yang pening melihat mereka berdua yang pantang berjumpa pasti
bertekak. Namun dua beradik itu cukup akrab.
“Mummy jangan manja kan
sangat Fyn tu my. Nanti makin mengada-ngada pula budak tu.” Ujar Zefrieq lembut
lalu dihirup sedikit air kopi yang diberikan olehya mummnya tadi.
“Zef tak jawab lagi pun
soalan mummy. Pergi mana semalam? Seharian tak balik rumah. Tak bagi tahu mummy
pun. Malas mummy nak call, ingatkan Zef pandai nak bagitahu sendiri. Rupanya
hampeh.” Bebel Datin Zulaikha.
“Zef kan pergi melawat
tapak projek di Melaka. Malas nak drive
balik sini semalam, tu yang tidur sana. Sorry
ya mummy, Zef terlupa sangat nak bagitahu mummy. Tak sengaja.” Tutur Zefrieq
jujur menyatakan yang dia memang bersalah. Mummy nya memang sangat mengambil
berat tentang anak-anaknya. Kemana mereka pergi meskipun kedua-dua anak Datin
Zulaikha sudah besar panjang.
“Lain kali bagi lah
tahu mummy. Bukan buat senyap je macam tu. Risau mummy tau.”
“Kadang-kadang Zef
terlupa my. Kalau Zef lupa nak bagitahu mummy macam semalam, mummy call lah Zef ya? Zef minta maaf lagi
sekali.” Zefrieq mengambil sepotong kek buah lalu disua di dalam mulut. Lapar
pula perutnya petang-petang begini.
“Yalah. Semalam tu saje
je mummy nak test Zef. Zef pergi
Melaka dengan siapa?” Soal Datin Zulaikha ingin tahu.
“Er Zef pergi sorang je
mummy. Rel tak ikut sekali sebab dia tolong uruskan syarikat masa Zef tak ada.”
Balas Zef berdalih tentang perkara sebenar. Dia tahu jikalau dia berkata benar
yang dia pergi ke Melaka bersama setiausahanya pasti mummy nya akan membuat
andaian sendiri. Isu perkahwinan pasti akan dibangkitkan lagi. Mummy nya bukan
boleh kira. Kusut Zefrieq memikirkannya.
“Semalam mummy pergi
rumah Datin Adilah ibu kawan baik kamu tu. Si Qaira ada sekali dengan anak dia.
Comel betul budak tu. Macam anak orang putih.” Cerita Datin Zulaikha mengubah
topik. Zefrieq dapat mengesan riak wajah mummy nya nampak gembira itu.
“Ada apa mummy pergi
sana? Wah. Mummy dah jumpa dengan anak Qaira. Zef sendiri pun tak pernah
bekesempatan lagi nak jumpa dengan anak dia my. Qaira pun dah lama tak keluar
dengan Zef sekali. Masing-masing busy.” Ujar Zefrieq yang tiba-tiba teringatkan
tentang Qaira Amanda. Sudah lama rasanya mereka tidak bersua. Kadang kala
sahaja mereka bertanya khabar masing-masing di lama sosial.
“Saja melawat Datin
Adilah sebab dah lama tak jumpa. Kebetulan Qaira ada dekat rumah semalam jaga
anak dia sebab si kecil tu demam. Kesian budak tu kecil-kecil lagi dah hilang
kasih sayang seorang ayah” Kata Datin Zulaikha bersama nada yang sedih. Hatinya
menjadi sebak melihat nasib si kecil itu yang tidak tahu apa-apa terpaksa
melalui zaman kanak-kanaknya tanpa kasih sayang dan belaian seorang ayah.
“Nak buat macam mana
mummy. Jodoh mak ayah dia tak panjang. Lebih baik diaorang bercerai daripada
Qaira terpaksa makan hati dengan perangai bekas suami dia tu. Teruk sangat ke
demam anak Qaira tu my?” Soal Zefrieq prihatin.
“Tak lah teruk sangat
tapi panas lah juga badan dia. Dah dua hari dia demam. Masa mummy datang tu dia
baru balik dari hospital. Mungkin rindu dekat ayah dia kot. Nanti Zef pergi lah
melawat mereka ya. Kesian mummy tengok Qaira susah hati.”
“Patut lah Qaira tak
balas pun whatsapp Zef dua hari
lepas. Anak dia sakit rupanya. Yelah, Zef memang ada terfikir nak jumpa Qaira
sebab dah lama sangat tak lepak minum-minum. Sekadar berhubung dekat telefon
je.” Balas Zefrieq sambil menguak lembut rambutnya yang sedikit panjang itu.
“Zef kahwin je lah
dengan Qaira tu. Tak payah nak jumpa dekat luar selalu. Tak elok lah kalau
orang-orang tengok. Mummy kesian juga dengan nasib anak dia tu.” Cadang Datin
Zulaikha sambil memandang wajah Zefrieq yang nampak bosan setiap kali dia
membuka topik tentang kahwin.
“How many times I have to tell you my? Zef tak ada perasaan apa-apa
pun dekat Qaira tu. Nak kahwin tu jauh sekali lah mummy.” Bangkang Zefrieq
sambil melepaskan keluhan kecil.
“Zef kena ingat, tempoh
2tahun yang mummy bagi dekat Zef bukan lama sangat tau. Kalau susah-susah
sangat, kahwin je dengan Qaira. Tak payah lah mummy nak tunggu cucu lama-lama.”
Balas Datin Zulaikha sambil tersenyum senang.
“Zef tahu my. Tapi buat
masa sekarang mummy tak payah cakap pasal Qaira ataupun soal kahwin ya. Zef
naik dulu sebab penat sangat ni. Naik dulu my.” Zefrieq pantas meminta diri
seraya melemparkan senyuman nipis buat mummy nya. Semakin lama dia duduk
bersembang dengan mummy nya, mungkin sahaja mummy nya akan mendesak supaya dia
segera berkahwin. Kusut juga dia memikirkan tentang itu.
***
Zefrieq termenung sejak
masuk ke dalam bilik pejabatnya. Beberapa fail yang tersusun di atas meja yang
perlu ditelitinya hanya dipandang tidak berperasaan. Masih malas mahu memulakan
kerjanya pada hari itu. Terasa dirinya sungguh tidak bersemangat. Sebelum dia
masuk ke dalam biliknya, sempat dia merenung meja setiausahanya yang kosong
itu. fathrisya masih lagi bercuti kerana kakinya belum pulih sepenuhnya.
Zefrieq tersandar lesu. Fikirannya masih memikirkan tentang gadis yang dalam
diam telah berjaya meruntuhkan egonya selama ini. Namun Zefrieq belum bersedia
ke fasa yang seterusnya. Dia juga tidak mahu Fathrisya dapat mengesan yang dia
sudah mula jatuh hati dengan gadis itu. Lamunan Zefrieq terhenti apabila
sepupunya Farel Aimar tiba-tiba meluru masuk ke dalam biliknya dengan wajah
yang serius.
“Kau ni dah kenapa?
Sakit? Ketuk lah pintu tu dulu kot ye pun. Ini tidak, salam pun tak bagi.”
Marah Zefrieq kepada sepupunya yang telah menganggu lamunan panjangnya tadi.
Wajah serius lelaki itu yang tanpa senyuman dipandang aneh.
“Risya mana?” Soal
Farel Aimar tanpa mempedulikan soalan Zefrieq.
“Kat rumah dia lah.
Apasal tanya aku pula? Bukan aku jaga dia pun.” Balas Zefrieq malas. Dia malas
mahu berbicara mengenai setiausahanya bersama sepupunya itu.
“Kau ni memang tak guna
lah Zef! Aku dah agak dah, kalau Risya ada dengan kau mesti macam-macam benda
buruk jadi dekat dia. Kau jaga dia macam mana hah?” Soal Farel kasar dengan
wajah yang menyinga menahan marah.
“Apa benda kau merepek
ni. Kau ni memang sakit agak nya. Datang terjah bilik aku lepas tu nak tuduh
aku bukan-bukan. Kenapa kau ni Rel?” Soal Zefrieq berpura-pura tidak faham.
Wajahnya yang bersahaja menyakitkan lagi hati Farel.
“Kau jangan ingat aku
tak tahu apa yang terjadi kelmarin dekat tapak projek. Kan aku dah cakap jangan
ajak Risya sekali. Disebabkan kecuaian kau, dia yang terpaksa tanggung sakit.
Kau memang lelaki tak guna Zef.” Farel sudah mula hilang sabar tika itu.
“Kau kalau tak tahu
apa-apa jangan memandai-mandai nak buat andaian eh. Perempuan kampung tu
mengadu dekat kau? Heh. Percaya lah sangat cakap dia tu. Rel, tak payah
bazirkan masa kau fikir pasal perempuan tu lah.” Balas Zefrieq dingin. Dia
dapat merasakan Farel juga menyukai gadis itu. peluang untuk dia mendapatkan
hati Ainur Fathrisya semakin tipis nampak nya. tambahan pula hubungan antara
Farel dan Ainur yang baik itu menyukar kan lagi laluan nya yang sudah mula
menaruh hati kepada Fathrisya.
“Risya tu sebaik-baik
perempuan yang aku pernah jumpa lah Zef. Walau pun kau buat macam-macam dekat
dia selama ni, kau buli dia. Dia tetap sabar dengan kau. Susah sangat ke kau
nak hargai dia sebagai setiausaha kau?”
“Rel kau memang
betul-betul dah salah faham ni. Insiden kaki Risya cedera tu bukan salah aku.
aku dah berkali-kali pesan dekat dia, jangan ikut sekali. Tapi dia tetap nak
ikut juga. Bila jadi macam ni kau tak perlu lah nak salah kan aku sepenuhnya.”
Ujar Zefrieq membela dirinya yang sememangnya tidak bersalah itu.
“Punca nya dari kau.
Kalau kau tak bawa dia sekali ikut kau ke Melaka tak akan jadi macam nil ah
Zef. Kau memang sengaja. Tak cukup ke selama ni kau hina dia? Kalau kaki Risya
bertambah teruk lagi dalam masa sehari dua ni, kau nahas.” Ujar Farel memberi
peringatan buat sepupunya itu.
“Kau nak buat apa? Apa
yang kau ada Rel kalau nak dibandingkan dengan aku. Heh! Tak payah nak bela
perempuan tu sangat lah. Nasib kau pun tak terbela.” Ejek Zefrieq bersama
senyuman sinis. Sikap angkuh dan bongkak nya itu memang sangat menyebalkan hati
Farel. Farel sudah mengepal penumbuk.
“Aku sedar siapa aku
dalam company ni Zef. Aku sedar kalau
bukan family kau yang banyak tolong family
aku masa kitaorang tengah susah. Mesti sekarang aku dah merempat dekat luar.
Tapi Zef, harta yang kau ada sekarang ni tak ada gunanya kalau kau tak pandai
jaga perasaan orang. Semua orang meluat dengan kau nanti.” Selesai
berkata-kata, Farel berlalu meninggalkan bilik Zefrieq dengan wajah yang puas.
Puas hatinya kerana dapat menasihati Zefrieq yang suka membangga diri itu.
Zefrieq hanya memandang
sepi kelibat Farel yang sudah hilang selepas lelaki itu menutup pintu bilik nya
itu. Dia mengeluh sendirian. Dia dan Farel memang sering sahaja bertelagah
pendapat dan bertengkar. Namun apabila mereka bertemu kembali atas urusan kerja
ataupun urusan keluarga, pertengkaran yang pernah terjadi dilupakan begitu
sahaja. Dia tidak menyangka yang sepupunya itu memendam perasaan terhadap setiausahanya
meskipun Farel tidak pernah bercerita mengenai perasaannya. Dari cara pandangan
Farel kepada Fathrisya, Zefrieq sudah dapat mengagak bahawa sepupunya itu
menyukai gadis yang dia juga sudah mula menyimpan angan untuk hidup bahagia
dengan Fathrisya. Zefrieq tersandar lesu ke belakang kemudiannya.
****
Farel memberi salam
berkali-kali di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Salam nya yang terkahir
disambut oleh seseorang dari dalam. Sebaik sahaja pintu pagar di buka, dia
melemparkan senyuman buat seorang gadis yang memandangnya pelik. Gadis itu
pantas meluru ke arahnya yang sudah masuk ke dalam perkarangan rumah.
“Assalamualaikum. Saya
Farel Aimar. Boleh saya tahu, ini rumah Ainur Fathrisya ke?” Soal Farel ramah.
“Waalaikumusalam. Ya
ini rumah Risya. Encik ni siapa ya?” Soal Nurin Aiman sambil tersenyum mesra.
“Saya Farel. Rakan
sekerja dia. Risya ada dekat dalam?”
“Ada. Dia tengah
berehat. Jemput masuk.” Pelawa Nurin Aiman ramah seraya melangkah masuk ke
dalam rumah nya semula.
“Hai Risya.” Sapa Farel
lembut bersama senyuman di bibir selepas gadis itu turun dari tingkat atas.
Penampilan Fathrisya ringkas sahaja namun dalam diam Farel memuji kencantikan
semula jadi gadis itu. Walau pun tanpa make up, Fathrisya tetap menarik
perhatiannya.
“Hai Encik Farel. Ada
apa Encik sampai cari saya ke rumah? Ada apa-apa yang penting ke?” Soal
Fathrisya yang pelik dengan kedatangan mengejut lelaki itu.
“Kenapa? Kalau nak
datang tengok awak memang kena tunggu bila ada benda penting je ke?” Soal Farel
Aimar membiarkan soalan Fathrisya sepi tidak dijawab.
“Bukan macam tu Encik.
Saya pelik lah, tak pernah-pernah pun Encik datang ke rumah saya. Tiba-tiba
hari ini muncul batang hidung Encik dekat rumah saya ni. pelik lah saya.” Ujar
Fathrisya seraya memandang Farel yang sedang leka meneliti sudut rumah sahabat baiknya itu.
“Saje. Hati saya bisik
sesuatu dekat saya. Tu yang saya datang tu.”
“Bisik apa Encik?” Soal
Fathrisya kehairanan.
“Rindu dekat awak
katanya.” Ujar Farel Aimar dengan riak muka yang cukup bersahaja. Wajah
Fathrisya sudah merona merah dek kerana usikan Farel itu.
“Orang tanya
betul-betul, dia jawab main-main pula. Tak apa, tak apa.” Balas Fathrisya
geram. Bantal yang sedang dipeluknya dihempas di atas sofa tanda protes.
Tergelak Farel dengan tindakan Fathrisya yang geram dengan usikannya tadi.
“Mana ada main-main.
Betul lah tu apa yang saya cakap.” Farel merasakan mungkin inilah masa yang
sesuai untuk dia meluahkan kepada Fathrisya yang dia sudah lama mencintai gadis
itu semenjak pertemuan pertama mereka.
“Mana Encik dapat
alamat rumah saya?” Soalan Fathrisya yang tidak mahu memanjangkan topik tadi
membuatkan Farel kecewa. Dilemparkan senyuman hambar buat gadis itu.
“Daripada Kak Dhieya.
Kaki awak macam mana Risya? Ada rasa sakit lagi tak?” Soal Farel seraya
memandang kaki Fathrisya yang masih berbalut itu.
“Dah okay sikit dah
Encik. Alah bukan nya cedera teruk mana pun. Ni mesti Encik Zefrieq bagi tahu
Encik Farel kan, dia tu memang risau tak bertempat. Saya luka sikit aje pun.”
Ujar Fathrisya sambil tergelak. Farel dapat mengesan yang gadis itu begitu
ceria saat dia mencerita mengenai Zefrieq Ezzraf. Kalau sebelum ini Fathrisya
sangat membenci sepupunya itu. Namun hari ini semuanya seperti sudah berubah,
Farel semakin pelik.
“Zef risau tentang kaki
awak? Dia ada bawa awak pergi klinik?” Soal Farel sengaja ingin tahu. Dia
menumpukan sepenuh perhatian kepada Fathrisya yang sedang tersenyum manis itu.
“Risau gila. Dia siap
marah saya lagi sebab degil sangat nak ikut dia masuk tapak projek tu. Masa nak
bawa saya pergi klinik, bukan main laju lagi bawa kereta. Gelabah sangat. Pelik
lah dia tu.” Ujar Fathrisya lagi. Farel hanya mendengar. Jauh di sudut hati dia
sangat terasa dengan cerita gadis itu. dia tahu Fathrisya bukan sengaja mereka
cerita itu. dia juga dapat merasakan gadis itu sedang membuka ruang buat
Zefrieq Ezzraf.
“Saya pun risau juga
bila dengar awak cedera. Zef tak pandai jaga awak betul lah Risya.”
“Saya yang tak pandai
jaga diri saya sendiri Encik Farel. Encik Zefrieq tak bersalah pun. Kalau bukan
kerana dia, mungkin kaki ni lagi teruk.” Balas Fathrisya yang tanpa dia sedar
dia telah membela lelaki itu di hadapan Farel. Semakin terguris Farel
mendengarnya.
“Tak apa lah. Asalkan awak
selamat. Lepas ni awak kena lebih berhati-hati ya? Ni saya ada belikan bubur
untuk awak. Nak masak sendiri tak reti. Mampu beli je lah.” Ujar Farel lembut
seraya menghulurkan bekas bubur ayam kepada Fathrisya yang dibelinya tadi.
“Susah-susah je Encik
Farel. Saya bukan sakit teruk sangat pun. Terima kasih Encik.” Ucap Fathrisya
seraya mengambil bekas makanan yang disua oleh Farel. Farel Aimar memang
sentiasa ada dikala dia dalam kesedihan.
“Tak ada susah mana pun
Risya. Saya akan susah kalau Risya sakit. Please
selalu sihat okay?” Pinta Farel Aimar separuh mengharap. Dia merenung bebola
mata Fathrisya yang sedang merenung matanya juga. Ingin sahaja dia ungkapkan
isi hatinya kepada gadis itu namun dia bimbang jikalau Fathrisya tidak dapat
menerima dirinya.
“Encik jangan lah risau
sangat ya. Saya kan budak kenit yang sentiasa kena kuat!” Ujar Fathrisya
bersemangat seraya tersengih. Farel sudah tergelak kecil melihat tingkah
Fathrisya yang sering sahaja membuat dia gembira.
Nak Bab 30 please....
ReplyDeleteSaya baru je update tadi. enjoy reading and thanks for reading (:
DeleteNak lagi boleh?
ReplyDelete