“Abang, teman lah Fyn….”
Fyn Airisha sudah memukul-mukul muka Zefrieq Ezzraf dengan bantal peluk
abangnya. Seawal pagi hujung minggu itu dia sudah bangun pukul 9pagi dan membantu
Mak Yam di dapur untuk menyiapkan sarapan. Mummy nya pagi-pagi lagi sudah
keluar.
“Abang!” Kali ini dia
sudah meninggikan suaranya. Geram sungguh kerana Zefrieq Ezzraf masih lagi
tidak bangun dari tidurnya. Walhal sudah berkali-kali dia mengejut abangnya
itu.
“Abang, jom kahwin!”
Fyn menampar kuat lengan abangnya itu sekuat hati.
“Hah? Kahwin? Kat mana
Risya? Jom sekarang!” Zefrieq yang baru sedar dari tidur terus duduk di atas
katil dan menghadap adiknya yang sedang berdiri memandangnya dengan pandangan
yang pelik.
“Risya? Siapa Risya?”
Soal adiknya pelik.
“Risya cakap nak kahwin
dengan saya?” Soal Zefrieq dengan mata terpejam rapat. Mulutnya sahaja yang
bergerak-gerak.
“Siapa pula Risya ni! Iesh
abang ni merepek lah! Pergi mandi cepat. Bangun!” Desak Fyn seraya menolah
badan Zefrieq Ezzraf supaya turun dari katil.
“Apa ni tolak-tolak
orang? Kacau orang tidur je lah Fyn ni!” Marah Zefrieq yang baru tersedar dari
mamai. “Apahal aku duk sebut-sebut nama perempuan tu pula eh? Siap nak kahwin
bagai. Dah gila agaknya aku ni.” Bebel Zefrieq dalam hati. Dia sendiri tidak
mengerti dengan dirinya yang tiba-tiba mercaua menebut nama gadis itu.
“Alang-alang abang dah
bangun ni kan, pergi mandi cepat. Teman Fyn pergi Pavillion.” Ujar Fyn serius
mengarah abangnya yang sudah mahu tidur semula.
“Apa Fyn ni.
Paksa-paksa abang bagai. Teman Fyn shopping
tu sama je macam masuk dalam library.
Bosan tak tahu nak buat apa-apa. Malas abang.” Ujar Zefrieq menolak permintaan
adiknya itu. Dia memang sukar untuk bangun pagi di waktu cuti begini.
“Ahh tak ada. Abang dah
bangun kan. Dah segar bugar mata tu so
pergi mandi sekarang! Fyn tunggu dekat bawah okay? Cepat!” Fyn berkata-kata
sambil menutup pintu bilik abangnya dan terus berlalu ke dapur untuk menjamu
selera.
“Kacau daun betul lah
dia ni! Ergh!” Bentak Zefrieq dan dengan langkah yang tidak seimbang dia
mengatur langkah ke kamar mandi. Bebal sungguh hatinya kerana hujung minggunya
dikacau oleh adiknya itu.
*****
Zefrieq sudah berdiri
tegak bersama wajah masam mencuka di hadapan keretanya di tempat letak kereta
pusat beli-belah itu. Dia yang baru sahaja sudah menemani adiknya membeli-belah
ingin beransur pulang. Namun sebaik sahaja dia sampai di keretanya, terdapat
sebuah kereta parking betul-betul di
hadapan kereta mewahnya.
“Keluar! Keluar
sekarang woi!” Bentak Zefrieq sambil jari jemarinya mengetuk kuat tingkap
bahagian sebelah pemandu kereta itu. Cermin tingkap yang gelap menyebabkan dia
tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan yang berada di dalam kereta itu.
“Keluar lah weh!”
Bentak Zefrieq sedikit kuat menyebabkan seorang gadis yang memakai cermin mata hitam terus turun dari
kereta itu.
“Kau fikir ni parking bapak kau punya ke? Suka hati
laki kau je nak park kereta dekat
depan kereta aku ni. Tak tengok dulu sebelum parking ke hah?” Zefrieq menghamburkan api kemarahannya. Lantas gadis
itu terus menanggalkan spek matanya apabila mendengar suara Zefrieq.
“Encik?” Soal Ainur
Fathrisya kaget.
“Kau?! Hah, kalau kau
yang buat salah macam ni memang tak heran lah aku. Otak tak ada. Ikut sedap kau
je nak block kereta aku kan!” Kutuk
Zefrieq Ezzraf bersama senyuman sinis. Dia sebenarnya tidak menyangka gadis
yang dimarahi sebentar tadi adalah setiausahanya. Wajah serba-salah Fathrisya
dipandang penuh debar. “Kenapa dengan hati aku ni? Berdebar semacam je. Sebelum
ni hari-hari juga tatap muka minah ni, tak adalah sampai rasa nak tercabut
keluar jantung ni. Hisy!” Bebel Zefrieq dalam hati.
“Er. Encik Zefrieq. Saya
minta maaf sangat-sangat. Cerita dia macam ni..”
“Tak payah nak cerita
dia macam ni sangat lah, telinga aku tak kuasa nak melayan alasan karut kau tu.
Alihkan kereta ni cepat!” Arah Zefrieq seperti biasa yang selalu dilakukan
terhadap gadis itu di pejabat. Fathrisya mendengus kegeraman.
“Amboi Encik! Apa Encik
pun buta ke tak tahu nak bezakan sama ada tempat awam atau pejabat? Suka-suka
nak arah saya buat itu ini.” Balas Fathrisya tidak mahu mengalah.
“Sedap nya mulut kau tu
mengata aku ni buta! Peduli apa aku ni pasar malam ke padang golf ke, yang aku
tahu sekarang ni kau dah halang kereta aku. Cepat alihkan atau aku pecat kau
terus. Serabut aku!” Bebel Zefrieq sambil memeluk tubuh.
“Saya mana reti nak
alihkan kereta, lesen pun tak ada.” Balas Fathrisya selamba.
“Aku tak peduli. Kau pergi
panggil kawan kau sekarang sebelum aku rempuh kereta ni. Dengan kau kau sekali
jalan nanti!” Marah Zefrieq mendengar alasan yang diberikan oleh gadis itu. Gemar
sungguh mencipta alasan demi alasan.
“Ewah-ewah seronok nya
dia berkata-kata ya. Nak rempuh kereta orang bagai. Dia fikir dia sorang je ada
kereta mewah? Mamat annoying!”
“Abang!” Jerit Fyn yang
baru sahaja keluar dari pusat beli-belah itu.
“Abang kata suruh Fyn
tunggu abang dekat entrance nanti
abang ambil. Naik sakit kaki Fyn ni tunggu abang tau! Rungut Fyn yang sudah
berdiri di sebelah Zefrieq Ezzraf. Ainur fathrisya memandang Fyn dengan
pandangan mata ingin tahu.
“Sayang. Abang minta
maaf sangat-sangat. Ada perempuan gila block kereta abang. Dah tak boleh
keluar. Sayang masuk dalam kereta dulu okay? Abang nak settle kan sekejap.” Lembut kedengaran suara Zefrieq memujuk
seorang gadis yang Fathrisya tidak kenali itu sambil memegang erat pergelangan
tangan gadis itu. Hatinya tiba-tiba menjadi cemburu yang amat melihat
kelembutan Zefrieq melayan gadis itu.
“Err kenapa dengan
abang ni?’ Soal Fyn yang aneh dengan bicara Zefrieq yang memanggilnya “sayang”.
“Dah buang tebiat agaknya abang Zef ni.”
“Sayang duduk dulu ya,
kejap lagi kita balik.” Pujuk Zefrieq lagi sambil membawa gadis itu dan
dibukakan pintu kereta supaya Fyn masuk ke dalam kereta.
“Kau apahal pandang
macam tu? Tak pernah tengok suami pujuk isteri?” Soal Zefrieq kasar sambil
menapak ke arah Fathrisya yang sedari tadi memerhatikan adegan mesra yang
sengaja direka oleh Zefrieq Ezzraf.
“Isteri boss?” Soal
Fathrisya kaget. Dia seperti tidak menyangka apa yang baru sahaja didengarinya.
“Tak lah. Orang gaji. Hei!
Jangan nak bazirkan masa aku bertekak dengan kau lama-lama dekat sini. Give me the key.” Pinta Zefrieq.
“Nak buat apa kunci?”
Soal Fathrisya lurus.
“Nak korek otak kau
dengan kunci kereta ni. Nak cuci sampai bersih biar tak bendul lagi otak tu!
Huh! Nak alihkan kereta lah. Aku nak balik ni.” Zefrieq yang sudah hilang sabar
dengan sikap lurus bendul Fathrisya sudah berkira-kira untuk masuk ke tempat
duduk pemandu minicooper itu.
“Encik!” Jerit
Fathrisya yang mahu menghalang Zefrieq yang ingin masuk ke dalam kereta itu.
“Risya! Sorry lah
lambat. Pergi toilet kejap.” Ujar
Nurin Aiman sambil mendapatkan Fathrisya yang sedang serba-salah dengan
tindakan Zefrieq yang tiba-tiba masuk ke dalam kereta sahabatnya itu.
“Siapa ni Risya?” Soal
Nurin Aiman sambil matanya tidak lepas daripada memandang lelaki yang sudah pun
keluar dari perut kereta minicooper nya.
“Hah, elok sangat lah
cik adik ni datang. Tolong alihkan kereta awak yang menyemak ni. Lain kali
kalau nak parking, tengok kiri kanan
dulu jangan main redah je nak letak kereta!” Marah Zefrieq sebelum berlalu ke
arah Ford Mustang miliknya.
“Cepat lah Yin. Yang kau
duk terkebil-kebil pandang dia tu dah kenapa!” Fathrisya menarik tangan Nurin
supaya segera memandu kereta itu keluar dari situ. Hatinya dihambat satu
perasaan yang aneh melihat adegan mesra antara Zefrieq Ezzraf dan gadis yang
didakwa isterinya itu.
No comments:
Post a Comment