Fathrisya melangkah masuk ke dalam bilik milik
Zefrieq Ezzraf dengan penuh debar. Dia sudah dapat mengagak yang boss nya itu
masih tidak berpuas hati dengan dirinya berkenaan kejadian sebentar tadi.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk, Zefrieq Ezzraf menghempas briefcase yang dibawa nya tadi ke atas
meja. Fathrisya terasa mahu mengetuk kepala lelaki itu. “Tak habis-habis dengan
baran dia. Dasar singa!” Bentak Fathrisya dalam hati.
“Kau memang tak boleh nak ikut arahan ke Risya?
Susah sangat ke nak ikut apa yang aku suruh buat?” Soalan itu terpacul keluar
dari mulut Zefrieq Ezzraf. Meskipun Fathrisya sudah terlalu biasa berhadapan
dengan bossnya yang tidak serupa seorang manusia normal, namun ada kalanya dia
berasa gentar. Mood Zefrieq Ezzraf sukar untuk diduga.
“Daripada tadi saya suruh boss terangkan dekat saya,
apa yang saya dah buat. Saya betul-betul tak faham lah. Boss suka sangat marah
tak tentu pasal.” Ujar Fathrisya perlahan. Dia memandang redup wajah masam
Zefrieq Ezzraf. Dan kala itu pandangan mata mereka bertaut. Zefrieq terpukau
dengan pandangan mata yang begitu menyenangkan hatinya yang sedang mendidih
itu. Lama dia mendiamkan diri daripada berkata-kata. Fathrisya semakin aneh
dengan tingkah Zefrieq yang diam membisu itu. “Tadi bukan main mengamuk macam
singa kebulur, sekarang ni diam seribu bahasa macam mulut kena gam. Err!” Omel
gadis itu sendirian di dalam hati.
“Boss. Boss okay tak? Kenapa senyum-senyum tu?” Soal
Fathrisya sedikit kuat menyebabkan Zefrieq tersedar daripada lamunan. Dia kembali
berpijak ke alam realiti.
“Aku tak faham! Aku tak faham kenapa aku kena sakit
hati tengok kau dengan Farel! Kau ada apa-apa dengan dia?” Soal Zefrieq di luar
sedar. Fathrisya mengerutkan dahi mendengar soalan pelik lelaki itu.
“Sakit hati? Kenapa nak sakit hati pula ni boss? Merepek
lah boss ni. Saya dengan Encik Farel tu cuma rakan sekerja je. Macam dengan
staf-staf yang lain. Mana ada hubungan serius pun.” Balas Fathrisya sejujurnya.
Meskipun Encik Farel rapat dengan dirinya dan sering ada di kala dia kesedihan,
namun itu bukan lah alasan yang kukuh untuk Zefrieq menebak yang mereka
mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan.
“Kenapa aku nampak kau begitu mesra dengan dia? Sedangkan
dengan aku kau dingin? Kenapa Risya?” Soal Zefrieq separuh mengharap. Dia
sendiri tidak faham mengapa dirinya berani menyoal soalan sensetif sebegitu
kepada si gadis Ainur Fathrisya.
“Boss? Boss sedar tak apa yang boss sedang
perkatakan sekarang ni? Ke boss tengah mamai?” Fathrisya semakin aneh dengan
pertanyaan demi pertanyaan yang dibangkitkan kepadanya pagi itu. Berkerut-kerut
dahinya memikirkan rasionalnya soalan Zefrieq itu.
“Answer
me
Risya.” Ujar Zefrieq tegas.
“Er. Mana lah saya tahu Encik. Saya dengan Encik
Farel biasa je. Tak ada apa-apa perasaan pun. Boss jangan lah salah faham.”
Balas Fathrisya lembut. “Sah mamat ni memang betul-betul ada tekanan perasaan,
tak faham betul lah. Perangai setiap saat berubah ikut cuaca. Eii.” Bebel
Fathrisya yang sedang kebingungan.
“Betul? Kau memang tak ada apa-apa perasan dekat
Farel? Anda yakin?” Soal Zefrieq bersama renungan mata tajam. Wajahnya masih
lagi tidak diserikan dengan senyuman.
“Ya boss. Sungguh. Yang boss nak risau sangat
kenapa? Boss dah falling in love
dengan saya? Mandi tak basah tidur tak kenyang?” Soal Fathrisya sengaja menduga
hati lelaki itu. Berdasarkan soalan-soalan pelik yang diajukan oleh Zefrieq,
dia sudah dapat agak ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin tentang perasaan
lelaki itu.
“Kau jangan nak perasan boleh tak perempuan? Kau tu
siapa aku siapa? Mana layak kau bercinta dengan orang education tinggi macam aku ni. Tak layak. Langsung!” Ujar Zefrieq
lantang menyembunyikan perasaan sebenar. Padahal dalam hati sudah berkocak
hebat.
“Eleh. Kalau dah tangkap cinta tu mengaku saje lah
boss. saya tak kisah pun. Paling tak pun saya ketawa kan boss 3hari 2malam. Itu
saje. Lepas tu kita boleh bercinta macam pasangan yang lain. Hidup bahagia
selamanya.” Ujar Fathrisya sambil tersengih. Sengaja dia mahu mengusik lelaki
itu. Sifatnya yang lurus bendul dan cakap ikut suka itu kadangkala menghiburkan
hati lelaki Zefrieq. Sudah lama Zefrieq tidak mempunya perasaan sebegitu. Dia sendiri
tidak mengerti tentang kata hatinya.
“Aku dah agak dah. Dalam kepala otak kau tu tak lain
tak bukan nak hidup senang dengan cara mudah. Kau fikir kau dapat? Hati aku ni
mahal tahu!” Balas Zefrieq dengan gaya bersahaja. Nadanya juga sudah tidak
tinggi seperti tadi.
“Hati saya ni lagi mahal. Kalau boss ada
berjuta-juta ringgit sekali pun, rumah mewah, syarikat berderet-deret, tapi
kalau iman didada tidak cukup hebat. Adab pun kelaut, jangan mimpilah nak tawan
hati saya.” Ujar Fathrisya selamba.
“Kau sengaja nak kutuk aku? Apa masalah kau ni hah? Dah
teringin sangat nak jadi penganggur tak bertauliah?” Soal Zefrieq yang sudah
mula panas dengan kata-kata gadis itu.
“Teringin tu tak adalah boss. tapi kalau dah
ditakdirkan jodoh saya dengan boss tak panjang dekat sini, nak buat macam mana.
Redha sahaja lah boss.” Balas Fathrisya sambil tersenyum.
“Layan mulut kau yang tak reti senyap macam itik ni,
boleh bankrupt company aku ni. Satu
kerja pun tak buat. Mana makanan aku?” Soal Zefrieq mengubah topik. Bekas plastik
di tangan gadis itu dipandang kosong. “Dasar bendul lah perempuan ni. Apa aku
suruh semua kau buat. Takut sangat hilang kerja. Huh.”
“Haa. Saya ingatkan boss tak nak tanya pasal makanan
ni sampai kesudah. Penat tau tangan saya dari tadi pegang makanan ni.”
“Tadaaaaaaaaaaaaaaa….. Mempersembahkan sarapan pagi
yang terhangat dari dapur chef Fathrisya. Dipersilakan boss untuk menjamu
selera. Wah, dah macam master chef
pula. Tak apa, harini saya masak special
untuk boss. Sila-sila.” Fathrisya dengan wajah yang ceria berkata-kata dengan gayanya
seperti seorang chef terkemuka yang baru selesai menyiapkan hidangan untuk
tetamu istimewa. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Zefrieq sudah
terpegun dengan senyuman gadis itu. Pada pandangan matanya, gadis itu cukup
sempurna pada hari ini. Gadis itu mengenakan skirt berwarna hitam serta blaus
berwarna unggu. Dikenakan pula dengan selendang berwarna unggu lembut.
“Weh! Kau nak suruh aku makan guna hidung ke?” Soal
Zefrieq memeranjatkan gadis itu.
“Hah? Saya tak pernah tahu pula ada orang makan guna
hidung. Macam mana eh boss? Tunjuk sikit?” Soal gadis itu lurus.
“Kenapa lah kau ni bendul sangat orang nya! Masa
kecil-kecil makan rumput agaknya! Sudu mana sudu?” Soal Zefrieq kegeraman.
“Oh. Cakap lah nak sudu. Hisy boss ni. Dia yang
cakap putar-belit macam keeling jual putu mayam.” Kutuk Fathrisya selamba
sambil tangannya lincah mencari sudu di dalam plastik putih yang dibawa
bersama. Dengan wajah ceria dihulurkan sudu kepada lelaki itu.
“Kau tunggu apa lagi? Pergi lah sambung buat kerja. Tengok-tengok
aku apahal?” Soal Zefrieq sambil membuka penutup bekas makanan yang diisi nasi
goreng.
“Tunggu boss lah. Cepat lah rasa boss. Sedap kan?”
Tanya Fathrisya teruja.
“Kau fikir aku nak puji
kau masak semua ni? Heh! Memang tak lah. Dah, blah. Semak je tatap muka kau
yang tak berapa nak cantik ni.”
“Tak berapa nak cantik?
Kira cantik juga lah kan boss? Ada mirip Fazura kan? Hehehe.” Balas Fathrisya
sambil tergelak kecil dengan jenakanya. Dicapai plastik putih lalu dibawa
keluar bersama. Sempat dia menghadiahkan sengihan buat Zefrieq Ezzraf yang
sedang memandang ke arah makanan yang ada di atas mejanya itu.
“Perempuan kampung tak
sedar diri. Fazura tu 100 kali lebih lawa dari kau lah!” Ujar Zefrieq sebelum
pintu ditutup. Fathrisya hanya tergelak mendengar bicara lelaki itu.
*****
Zefrieq merenung
pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja. Dipandang sepi makanan itu
tanpa ada niat untuk menjamahnya. Sebenarnya dia sengaja mahu mengusik gadis
itu, bukannya dia teringin sangat nak makan air tangan gadis itu.
“Hisy. Aku lah ni
gatal-gatal sangat suruh dia masak makanan berlambak macam ni. Dah berlambak
macam ni siapa nak makan?” Bebel Zefrieq seorang diri.
Perlahan-lahan dia
capai makanan yang berisi nasi goreng yang nampak sedap dan aromanya menusuk
lembut ke dalam hidung. Sudu ditangan disua ke dalam mulut.
“Fuih. Boleh tahan juga
minah ni masak. Kurang masin, pandai dia sukat garam.” Ujar Zefrieq sambil
tersenyum. Dia tidak sedar dalam diam dia memuji masakan gadis yang tidak
disukainya itu. Sotong goreng tepung yang berada dalam bekas makanan berwarna
kuning diambil lalu disua kedalam mulut.
“Hmm. Not bad. Boleh buat untuk makan tengah
hari nanti. Tak payah susah payah nak turun lunch
nanti.” Zefrieq menutup bekas makanan yang dibukanya tadi lalu diletak di atas
meja kecil di atas meja kecil. Dia kembali menghadap skrin komputer untuk
meneruskan kerjanya pada hari itu.
*****
“Welcome
home my dear Fyn Airisha” Zefrieq tersenyum tampan memandang ke arah
seorang gadis berumur dalam lingkungan awal 20-an yang berambut perang paras
pinggang, yang sedang mengatur langkah masuk ke dalam rumag banglo milik
keluarga Zefrieq.
“Abang! Orang rindu!”
Jerit gadis itu teruja lalu menerpa ke arah Zefrieq dan memaut kemas badan
Zefrieq. Zefrieq membalas pelukan Fyn Airisha sambil tersenyum mesra menyambut
kepulangan mummy nya.
“Miss you too. Come.”Zefrieq
menarik lembut tangan gadis itu lalu di bawa ke ruang tamu. Gadis yang mesra
dengan panggilan Fyn sudah duduk disamping Zefrieq sambil tangannya melingkari
leher lelaki itu.
“Mummy naik dulu Zef,
Fyn. Kau orang berdua ni kalau dah lama tak berjumpa, sehari pun tak cukup
kalau mummy bagi masa lepaskan rindu.” Ujar Datin Zulaikha sambil berlalu ke
tingkat atas. Dia yang sudah arif tentang keakraban mereka berdua hanya
tersenyum.
Fyn Airisha
satu-satunya anak yang ditinggalkan oleh arwah isteri kedua Datuk Ezlan, iaitu
arwah suami Datin zulaikha. Datin Zulaikha sendiri tidak menyimpan apa-apa
dendam terhadap bekas madunya itu. Malahan selepas ibu Fyn meninggal dunia
semenjak Fyn berumur 3tahun, dia dengan rela hati mahu menjaga Fyn. Kasih sayang
yang diberikan juga tidak berbelah bahagi terhadap anak tirinya itu. Zefrieq
juga sejak kecil lagi memang rapat dengan adik tirinya itu. Gadis itu baru
sahaja menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan dan pulang semula ke
Malaysia.
“Abang kata nak jemput
Fyn dengan mummy dekat airport. Abang tipu!” Fyn memukul lembut bahu Zefrieq
yang sedari tadi merenung bebola mata Fyn.
“Hei! Apasal pandang
orang macam tu? Orang cakap dengan dia ni!” Dek kerana geram dengan Zefrieq
yang tidak menjawab pertanyaannya, ditepuk kuat dahi abangnya itu.
“Kasar lah dia ni! Perangai
macam jantan!”Marah Zefrieq sambil mengusap lembut dahinya yang terasa sakit
ditepuk kuat oleh adiknya tadi.
“Padan muka. Orang tanya
bukan nak jawab, mata tu menggatal je lebih.”
“Abang ada kerja sikit
tadi, kata nak balik semalam. Semalam kan hari Ahad, kalau hari cuti boleh lah
abang ambil. Ni pun abang tak masuk ofis lepas lunch sebab nak jemput Fyn
balik.”
“Jemput apanya, kalau
jemput pergi airport bawa bunga untuk
orang. Hisy, tak romantik langsung lah abang ni!” Fyn sudah bangun dari
duduknya. Dia mencapai remote astro lalu dihidupkan TV.
“Ni abang dah ada dekat
rumah ni masa Fyn sampai sini. Tak bersyukur langsung. So how was UK? Mana calon menantu untuk mummy?” Soal Zefrieq
bersama senyuman nakal di bibir.
“Bila dekat sana Fyn
rindu nak balik Malaysia, bila dekat sini, Fyn rindu dengan mat salih-mat salih
dekat sana. Hmm menantu apanya. Fyn muda lagi tau. Abang tu bujang terlajak
tua!” Kutuk Fyn sambil menjelir lidah. Zefrieq mencampak kasar kusyen di
tangannya tepat ku badan Fyn.
“Kalau gatal sangat nak
kahwin dengan mat salih, pergi lah duduk sana tak payah balik Malaysia. Abang dah
nak kahwin ler.” Balas Zefrieq bersahaja sambil merangkul bahu adiknya.
“Hello! Fyn masih selera melayu okay. Wah! Abang dah nak kahwin? Siapa
gadis malang tu?” Soal Fyn teruja sambil mendongak memandang ke arah Zefrieq
yang sedang leka menonton rancangan Maharaja Lawak Mega.
“Gadis malang apa pula.
Bertuah tau dapat jejaka kacak macam abang ni, handsome pun handsome. Macho
tu memang semestinya lah. Yang paling penting abang seorang yang penyanyang dan
sweet okay.” Ujar Zefrieq penuh
bangga. Hubungan antara mereka berdua memang terjalin mesra sejak kecil lagi.
“Perasan sweet konon! Padahal diri tu cerewet. Siapa
yang dapat abang memang malang sangat. Hari-hari kena fikir nak tukar menu apa
untuk masak ikut tekak abang. Err!” Kutuk Fyn sambil bangun dari duduknya.
“Kemain kau dah kutuk
abang berlori-lori. Lepas tu kau nak blah ke mana pula tu Fyn?” Laung Zefrieq
apabila dia melihat adiknya seperti mahu berlalu ke biliknya.
“Nak mandi lah, nak
ikut ke?” Soal Fyn sambil mencebik.
“Nanti abang ikut. Mandi
lah dulu.” Balas Zefrieq selamba sambil tergelak kecil. Dia kemudiannya
mengikut jejak Fyn ketingkat atas untuk menukar
pakaian.
No comments:
Post a Comment