Seawal pagi lagi Fathrisya sudah bertungkus-lumus
menyiapkan makanan seperti yang dipinta oleh lelaki yang bernama Zefrieq
Ezzraf. Dengan wajah yang tidak ikhlas dan mulut asyik membebel, digagahkan
juga diri untuk masuk ke dapur. Dicapai kuali yang baru dibasuh lalu dihidupkan
api dapur. Nasi goreng sudah siap dimasak. Kemudian dicapai bekas makanan
bewarna merah jambu lalu diisi nasi goreng baru baru siap dimasak ke dalam
bekas makanan itu.
“Kenapa lah mamat annoying ni suruh aku masak makanan ni semua! Dia ni nak makan ke
nak sedekah dekat jiran-jiran. Banyak betul menu disuruh aku masak. Dengan jus
bagai. Kau ni memang sengaja nak kena kan aku lah!” Bersama omelan kegeraman,
Fathrisya sibuk menggoreng sotong. Sakit sungguh hatinya dengan arahan yang
tidak berasas daripada lelaki itu. Mahu sahaja dia angkat kaki dan bekerja di
tempat lain, namun dia tidak sanggup mahu melalui fasa temuduga lagi. Malas
rasanya mahu menghadapi saat-saat nervous dan gementar apabila di temu duga.
“Kalau ikut kan hati aku yang tengah mendidih ni,
nak aje aku bubuh garam berkilo-kilo dalam makanan ni. Gula berlambak-lambak
dalam jus tu. Hisy! Geram betul lah!” Dengan sekuat hati dia menghempas kuali
ke dalam sinki.
“Amboi, mengamuk nampak? Kau nak main pondok-pondok
ke Risya?” Tegur Nurin Aiman yang baru bangun tidur. Dia terjaga kerana
terdengar bunyi bising di dapur. Jarang sekali dia mahu melihat sahabatnya itu
memasak tambahan pula waktu pagi begini. Kebiasannya waktu-waktu macam ni
Fathrisya masih lagi setia dengan katilnya.
“Err. Awal bangun hari ini Yin?” Soal Fathrisya
teragak-agak. Dia kemudiannya membasuh kuali yang dicampaknya tadi. Sudah selesai
tugasan khas yang diberikan oleh bossnya. Jus jambu batu juga sudah siap
dituang di dalam botol bewarna biru muda.
“Aku yang patut tanya dekat kau. Awal sangat kau
bangun siap buat konsert kelentang kelentung dekat dapur ni apasal? Kau nak
buka restoran pula dah?” Soal Nurin yang pelik dengan tingkah laku Fathrisya
pagi ini.
“Kau fikir aku ni rajin sangat ke nak masak
pagi-pagi buta macam ni? Ni semua sebab mamat berlagak tu lah! Suka-suka dia je
bagi arahan mengarut macam ni. Tahu menyusahkan orang je kerja dia.” Luah
Fathrisya dengan wajah yang cemberut. Nurin Aiman sudah ketawa mengekek melihat
reaksi sahabatnya itu. Tahu lah dia siapa yang dimaksudkan oleh Fathrisya.
“Maksud kau, boss kau yang kau tak suka tu suruh kau
masak makanan banyak-banyak macam ni? Dah kenapa pula? Pelik je dia tu.” Ujar
Nurin Aiman. Dia sendiri pelik dengan sikap boss Fathrisya itu. Tidak pernah
dibuat oleh orang rasanya memberi tugasan merepek sebegini.
“Dia tu memang ada masalah mental aku rasa. Ada shot
kot dalam otak dia. Tu pasal jadi macam orang hilang akal. Alah, aku lewat
masuk kerja semalam. Bukannya lambat sangat pun. Lagipun aku ada alasan yang
kukuh, tapi dia taknak terima.”
“Sebab itu yang dia paksa kau masak makanan ni
semua? Wah! Dia memang betul-betul sakit jiwa. Tapi kan, mesti dia ada sebab
yang munasabah yang kau sendiri tak tahu. Well,
mana tahu dia sengaja nak test
kecekapan kau memasak. Hmm.” Tebak Nurin Aiman dengan gaya bersahaja. Dia
membuka penutup bekas makanan lalu dijamah sedikit nasi goreng sahabatnya itu.
“Kau jangan nak memandai buat andaian mengarut lah
Yin. Kau ni pantang betul kalau aku cerita pasal boss aku tu, mesti ada je yang
kau nak usik aku. Aku ni dah naik benci tau hadap muka dia setiap hari dekat
ofis tu.”
“Kurang masin! Hmm tapi tak apa, baik untuk
kesihatan. Sayang juga kau dekat dia kan, tak sanggup nak bagi kekasih hati
makan makanan yang masin-masin. Hmm, minyak pun kurang. Syabas!” Balas Nurin
Aiman yang sudah tersengih. Fathrisya menjengilkan biji matanya memandang
sahabatnya itu.
“Mana ada! Aku memang tak suka masak guna minyak
yang banyak lah. Kan tak elok untuk kesihatan, and lagi satu dia dah pesan
awal-awal dekat aku. Jangan letak garam berlori-lori. Aku cuma ikut arahan je
lah.” Balas Fathrisya membela diri.
“Boleh je kan kalau kau tak endahkan apa yang dia
cakap. Dah terbukti sekarang ni, kau tu sebenarnya memang ada hati dengan dia. Menyampah
konon, padahal dalam hati hari-hari lafaz kata cinta. Ohh abang Zefrieq, aku
cinta padamu!” Ujar Nurin Aiman yang sudah ketawa terbahak-bahak itu. Seronok
dia mengenakan sahabat baiknya itu.
“Kau ni karang ada yang masuk wad kecemasan karang
kejap lagi ni. Pergi mandi lah busuk! Sibuk je nak tahu hal orang!” Balas
Fathrisya kegeraman lalu dia menninggalkan Nurin yang masih lagi ketawa kepada
dirinya.
*****
Dengan penuh berhati-hati Fathrisya membawa
bungkusan plastik yang berisi makanan itu. Dia perlu segera meletakannya di
atas meja Encik Zefrieq sebelum lelaki itu masuk.
“Hai Risya. Sedap nya bau makanan. Awak nak bawa
makanan ni ke mana?” Tegur satu suara dari arah belakang. Farel Aimar sudah
berada betul-betul dihadapannya bersama senyuman manis tersungging di bibir.
“Er. Makanan ni untuk…”
“Untuk saya? Hmm, susah-susah je awak masak untuk
saya.” Farel terlebih dahulu memintas kata-kata Fathrisya. Sengaja dia mahu
mengusik gadis itu yang nampak serba salah itu.
“Encik ni memang kuat perasan tau! Buat apa nak
masak untuk Encik, saya bukan isteri Encik.” Fathrisya mencebik.
“Ohh. Kalau nak suruh awak masak, kena kahwin dengan
saya dulu lah eh? Macam tu?” Ujar Farel sambil mengenyitkan mata kirinya. Fathrisya
menjeling geram.
“Macam sedap je bau. Tak nak bagi saya rasa?” Farel
sudah membongkok kan badannya dan membuka penutup makanan itu untuk membau
aromanya. Fathrisya hanya diam membisu. Dia sebenarnya mahu segera meletakkan
makanan itu ke meja bossnya, namun kehadiran Encik Farel Aimar membantutkan
niatnya.
“Kau orang buat aksi apa dalam ofis ni? Kalau nak
bercinta, nak berkasih sayang, nak buat aksi manja bukan dalam ofis ni!” Tegur
Zefrieq dengan nada yang sedikit meninggi. Dia sudah berdiri di tengah-tengah
di antara sepupunya dan Fathrisya. Sponta, Farel terus berdiri tegak.
“Buat aksi terlebih mesra apa pula. Kau ni selalu
salah faham lah Zef, aku cuma bau makanan yang Risya masak ni. Nampak macam
sedap. Bukan buat apa pun.” Ujar Farel yang seperti biasa membela diri apabila
Zefrieq sering salah faham tentang hubungan dia dan Fathrisya.
“Aku nak ingat kan lagi sekali, ofis bukan tempat
untuk bercinta. Kalau rasa asyik nak bermanja 24jam, pergi berambus dari ofis
ni. Aku tak nak simpan staf yang tak tahu jaga batas.” Ujar Zefrieq tegas dan
matanya tajam memandang ke arah Fathrisya. Dia sebenarnya bengang melihat Farel
begitu mesra bersama Fathrisya sedangkan dirinya sering sahaja bergaduh dengan
gadis itu. Ada sahaja perkara yang akan menimbulkan persengketaan antara mereka
berdua.
“Aku rasa kau yang patut belajar cara nak hormat
orang, cara nak tegur staf. Bukan dengan cara biadap tak ada budi bicara macam
ni Zef. Apa yag kau fikir tu tak sama langsung dengan apa yang berlaku tadi.”
“Kau jangan nak tegak kan benda yang salah. Kau jangan
ingat kau sepupu aku, kau boleh buat ikut suka hati kau. Dan kau Risya! Sekali
lagi aku tengok kau mesra-mesra dengan mana-mana staf lelaki, kau siap!”
Tengking Zefrieq membuatkan gadis itu terkejut.
“Kau fikir kau siapa nak tentukan hidup dia? Zef! Jangan
bertindak macam orang tak ada education.
Rugi lah pegang jawatan CEO, belajar sampai luar negara tapi otak kolot.”
Sesudah menghabiskan ayatnya, Farel Aimar meninggalkan mereka berdua dengan
wajah yang masam. Baru pertama kali sepanjang Fathrisya bekerja disini, baru
hari ini dia melihat wajah Farel yang masam itu. Gerun juga dia melihatnya.
Zefrieq juga tidak patut mengeluarkan kata-kata sebegitu. “Ahh, dia mana ada
perasaan. Dia tak pernah peduli tentang perasaan orang lain” Bebel Fathrisya
sendirian.
“Kau duk pandang apa hah perempuan? Dah murah sangat
diri tu sampai tak tahu nak jaga tingkah-laku?”
“Saya buat apa boss? Cuba boss jelaskan dekat saya
sejelas-jelasnya biar lainkali saya jadi manusia paling sopan seluruh alam.”
Ujar Fathrisya yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Sungguh dia
benar-benar tidak mengerti sikap Zefrieq Ezzraf yang dianggap manusia paling
pelik!
“Orang dah buat silap memang pura-pura tak tahu
salah dia apa. Masuk bilik aku sekarang!” Kedengaran tegas arahanya itu. Dia
segera berlalu masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang tegang tanpa sebaris
senyuman terukir.
No comments:
Post a Comment