“Risya. Mamat tadi tu handsome gila kot. Cairnya aku tengok
weh.” Ujar Nurin Aiman sejurus mereka sampai di rumah. Ainur Fathrisya hanya
membuat riak selamba mendengar kata-kata pujian sahabatnya itu tentang Zefrieq
Ezzraf.
“Risya! Kau dengar tak?”
Soal Nurin sedikit kuat apabila dilihat Fathrisya hanya mendiamkan diri.
“Dengar.” Balas
Fathrisya malas seraya melabuhkan duduk di atas sofa. Dia sebenarnya
terkenangkan kata-kata Zefrieq Ezzraf sebentar tadi. “Laki orang rupanya. Hmm.”
Desis hatinya bersama keluhan kecil dilepaskan.
“Kau ni kenapa beb? Monyok
semacam je muka tu. Sejak balik tadi, kau diam tak bercakap langsung. Kenapa ni?”
Soal Nurin Aiman lembut sambil mengambil duduk di sebelah sahabatnya yang
sedang bermain-main dengan hujung rambutnya.
“Kau nak tahu sangat
kan siapa boss aku? Nak?” Soal Fathrisya tanpa memandang ke arah Nurin Aiman
yang sedang memandangnya itu. Sebelum ini sudah berkali-kali Nurin menyatakan hasratnya
mahu bertemu dengan Zefrieq Ezzraf kerana cerita-cerita yang disampaikan oleh
Fathrisya.
“Apa kaitan dengan boss
kau pula ni? Nak lah. Aku nak tengok sikit muka mamat kerek sakit otak tu.”
Balas Nurin sambil membuat memek geram.
“Well. Mamat handsome yang
kau duk puji-puji tadi tu boss aku. Zefrieq Ezzraf a.k.a lelaki sakit jiwa otak
tercabut.” Balas Fathrisya tanpa rasa. Fikirannya tidak habis-habis memikirkan
tentang kata-kata Zefrieq sebentar tadi. Luluh juga hatinya mendengarkan
sebaris ayat yang dituturkan oleh lelaki itu.
“Hah?! Mamat tadi tu
boss kau? Kau biar betul Risya?” Soal Nurin yang ternyata tidak percaya dengan
apa yang baru didengarinya tadi.
“Buang air liur je lah
cakap dengan kau ni. Bukan nak percaya.” Ujar Fathrisya seraya menepuk kuat
lengan Nurin Aiman. Wajah tidak percaya gadis itu ditatap bosan. “Orang dah
cerita tak nak percaya pula. Haih.” Bebel Fathrisya kegeraman.
“Beb. Jangan lah marah.
Aku bukan tak percaya apa yang kau cakap tapi aku cuma terkejut je. Gila handsome boss kau tu. Macam tak percaya
je mamat sakit otak yang suka buli kau tu memiliki paras rupa yang mampu
mencairkan hati wanita.” Balas Nurin teruja.
“Kau tak payah nak
teruja sangat lah. Biasa je dia tu aku tengok. Tang mana handsome pun tak tahu lah.”
“Banyak lah kau punya
tak handsome. Kau ni ada masalah mata
agaknya kot. Tapi pelik lah kalau tengok daripada rupa memang terbaik, tapi
perangai macam apa je.” Selamba Nurin Aiman mengutuk boss
sahabatnya itu.
“Yin. Hati aku sakit
bila dapat tahu dia dah kahwin.” Tanpa sedar Fathrisya sudah menceritakan
luahan hatinya kepada Nurin Aiman.
“Kau suka dekat dia ke
Risya? Serious?” Tanya Nurin Aiman
dengan riak wajah teruja.
“Aku tak tahu sejak
bila aku suka dia tapi hati aku ni sakit tengok adegan mesra dia dengan wife dia tadi. Haritu masa dekat ofis
ada sorang perempuan ni datang ofis then
diaorang nampak mesra sangat. Siap peluk-peluk lagi.” Cerita Fathrisya bersama
wajah muram. Nurin sudah tersenyum mendengar cerita gadis itu.
“Bila kita dah mula
suka dekat seseorang, kadangkala kita tak sedar bila kita mula sayangkan dia. Kata
hati tak pernah menipu tau.” Ujar Nurin Aiman dengan falsafah cintanya.
“Macam mana ni Yin? Boleh
pula aku jatuh sayang dekat suami orang. Hisy! Tak malu betul lah aku ni.”
Balas Fathrisya sambil menyembamkan mukanya di atas sofa.
“Kau pasti ke yang dia
memang betul-betul dah kahwin? Gaya dia macam bujang je aku tengok.” Balas
Nurin Aiman menyangkal kata-kata Fathrisya.
“Dia sendiri yang cakap
dia dah nikah. Kau nak suruh aku tak percaya ke Yin? Depan mata aku sendiri aku
tengok dia pujuk bini dia kemain lembut. Kalau dengan aku, macam singa jadian
je. Garang semacam.” Ujar Fathrisya seakan-akan begitu terasa dengan layanan
Zefrieq Ezzraf terhadapnya.
“Hmm. Kalau dia sengaja
tipu kau macam mana? Mana tahu dia tu saje je reka cerita macam tu sebab nak
sakitkan hati kau. Dia kan mamat paling annoying
sekalian alam.”
“Yin. Ni soal kahwin. Tak
kan lah dia nak main-main pasal kahwin. Lagi pun aku tak nampak apa-apa motif
kenapa dia kena buat macam tu. Aku yakin sangat yang dia tu suami orang.” Balas
Fathrisya sambil bersandar di sofa.
“Tu lah kau. Dari dulu
lagi aku cakap dekat kau kalau suka lebih baik berterus terang je dekat dia. Tengok
sekarang, kau sendiri yang frust
menonggeng. Cinta tak kenal siapa tau. Walaupun kau benci tahap gila dengan
perangai dia yang menyakitkan hati tu, dalam dia kau simpan perasaan dekat dia.”
Balas Nurin Aiman sambil mengusap lembut lengan Fathrisya. Wajah mendung
Fathrisya dipandang dengan senyuman manis. Benarlah sahabatnya itu sedang
dilamun cinta, dia sendiri tidak pelik apabila gadis itu meluahkan perasaannya
sebentar tadi. Malahan itulah saat yang ditungg-tunggu oleh Nurin Aiman kerana
dia sudah dapat menebak bahawa Fahrisya menyimpan perasaan terhadap lelaki yang
merupakan boss sahabatnya itu.
“Dia nak kahwin ke, dia
nak tertonggeng dengan perempuan lain ke. Apa kaitan dengan aku? Ikut suka dia
lah. Dah lah malas nak cakap pasal ni lagi, aku naik dulu.” Ujar Fathrisya mahu
mengundur diri. Dia berkata begitu untuk menyangkal perasaan yang semakin
menyesakkan dadanya.
“Dengan aku kau boleh
pura-pura tak kisah. Tapi dengan hati kau sendiri kau tak boleh nak lari
daripada kata hati Risya. Kau cinta kan dia.” Ujar Nurin Aiman seraya bangun
dari duduknya meninggalkan Fathrisya yang masih lagi duduk di atas sofa.
****
Zefrieq sedang menyemak
fail yang baru sahaja sampai di tangannya. Farel Aimar sedang duduk menghadap
Zefrieq Ezzraf sambil memeluk tubuhnya. Sebentar tadi mereka membincangkan
tentang projek pembinaan tama rekreasi di Melaka. Syarikat mereka telah
mendapat kontrak untuk membina sebuah taman rekreasi di kawasan Alor Gajah.
“Setakat ni aku berpuas
hati dengan progress pembinaan taman
rekreasi tu. Cuma aku rasa lebih baik kalau aku turun padang melawat tapak
projek.” Ujar Zefrieq Ezzraf seraya meletakkan fail di atas meja.
“Kau nak pergi melawat
bila-bila boleh. Nanti aku bagitahu Encik Affendi yang kau nak datang melawat.”
“Siapa Affendi tu?”
Soal Zefrieq ingin tahu.
“Jurutera projek
pembinaan ni lah. Kau lupa ke yang kita pernah berjumpa masa sebelum projek ni
dimulakan. Lupa?”
“Banyak sangat benda
aku kena fikir aku kena ingat. Mana lah nak ingat semua benda. Lagi pun projek
ni kau yang banyak handle. Aku sekadar
ambil tahu sikit-sikit je.” Ujar Zefrieq membela diri. Farel Aimar hanya
tersenyum dengan kata-kata Zefrieq yang tidak mahu mengalah itu.
“Yalah Zef. Dalam dunia
ni memang kau sorang aje yang betul. So, bila kau nak pergi melawat?” Soal
Farel Aimar sambil bermain-main dengan pen merah di tangan kirinya.
“Apa pula kau ni. Asyik
nak terasa pun tak boleh juga Rel. Tengah hari ni. Meeting petang karang dengan Datuk Yaacob kau tolong gantikan
tempat aku.” Ujar Zefrieq Ezzraf sambil mencatat sesuatu di atas kertas.
“Okay boleh. Kau nak
pergi sorang je ke?” Soal Farel Aimar sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya
pantas menekan papan kekunci telefon pintar itu.
“Tak lah. Dengan setiausaha
aku lah.” Ujar Zefrieq selamba.
“Hah? Dengan Risya? Kau
ni dah kenapa Zef? Apa pula plan jahat kau nak kenakan dia kali ni? kau fikir
aku tak tahu yang kau paksa dia masak macam-macam untuk kau tempoh hari?” Soal
Farel Aimar kaget apabila mendapat tahu yang Fathrisya yang mahu diajak oleh
Zefrieq Ezzraf unuk menemani lelaki itu ke Melaka.
“Yang kau nak gelabah
tak tentu pasal ni dah kenapa? Suka hati aku lah nak ajak siapa teman aku. Aku
boss dekat sini. Oh yang pasal aku buli dia tu kenapa? Tak puas hati?” Soal
Zefrieq sambil mengangkat keningnya.
“Memang aku tak puas
hati. Mentang-mentang kau boss dekat sini, suka-suka kau je bagi arahan tak
masuk akal tu dekat dia. Kau memang sengaja kan nak sakit kan hati dia. Kau
kenapa ni Zef? Layan Risya tu elok-elok tak boleh?” Ujar Farel Aimar yang
sememangnya tidak suka dengan cara Zefrieq yang sentiasa berkasar dengan gadis
yang sudah mula mencuri hatinya.
“Arahan tak masuk akal
apa pula? Aku bukan suruh dia pergi masuk club
ke pergi layan datuk-datuk ke. Aku cuma
suruh dia masak untuk aku. Suka hati aku lah.” Balas Zefrieq tanpa rasa
bersalah.
“Kau ni memang manusia
yang tak boleh nak mengaku salah sendiri. Aku tak setuju Risya pergi dengan
kau. Biar aku je yang pergi melawat tapak projek tu dengan dia.”
“Amboi. Kau punya cakap
macam kau tu boss besar dekat sini ya Rel. Tugas kau nanti gantikan tempat aku
untuk meeting petang ni. Pasal aku
dengan Risya, kau tak perlu sibuk.” Balas Zefrieq sambil matanya mengisyaratkan
Farel supaya segera keluar.
“Kau dengar sini
baik-baik Zef. Kalau aku dengar kau sakit kan hati Risya atau kau buat apa-apa
yang melukakan hati dia. Kau hadap aku bila balik nanti!” Ujar Farel Aimar
berbaur amaran lalu dengan segera dia menapak keluar meninggalkan Zefrieq
Ezzraf yang sedang membuang pandang ke luar bangunan.
No comments:
Post a Comment