Sudah berkali-kali dia cuba untuk melelapkan mata,
namun usahanya hanya menemui jalan buntu. Sudah hampir sejam dia berusaha
memejamkan mata namun matanya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu
tidur. Fathrisya mengeluh. Insiden siang tadi teringat kembali. Tidak semena-mena
hatinya sakit mengenangkan apa yang dilihatnya tadi. Dia sendiri tidak tahu
mengapa hatinya menjadi sakit melihat kemesraan wanita yang tidak dikenalinya
bersama bossnya itu.
“Aku suka dekat dia ke? Hmm. Rasanya tak. Tapi kenapa
dekat sini sakit?” Fathrisya membebel sendirian sambil tangan kirinya menyentuh
lembut dadanya.
“Siapa perempuan tu ya? Apa kaitan dia dengan Encik
Zefrieq? Hmm. Jangan-jangan tu girlfriend
dia tak.” Fathrisya sudah bangun daripada baring. Dia menguak perlahan
rambutnya yang sudah menutupi dahinya.
“Kalau mamat annoying
tu dah ada girlfriend sekalipun,
kenapa aku yang gelabah lebih? Lantak dia lah. Hidup dia. Hisy! Tak suka lah
ada perasaan macam ni. Aku benci kau tau monster!”
Fathrisya melempar bantak peluk ke bawah.
“Kalau dah sayang, kalau hati dah suka. Mengaku je
lah. Pergi dekat muka mamat annoying
tu, cakap yang kau suka dia. Habis cerita.” Nurin Aiman bersuara bersahaja
seraya menghidupkan lampu bilik temannya itu. Dengan selamba dia melempar
bantal peluk yang dikutip di lantai ke wajah Fathrisya yang jelas kegeraman
melihat dirinya itu.
“Kau ni kenapa Yin! Kalau tak sibuk tak boleh? Pergi
tidur lah.” Ujar Fathrisya lalu menyembamkan wajahnya ke bantal. Malu kerana
sedari tadi sahabatnya itu sudah mendengar luahan hatinya.
“Kau nak malu apa Risya, macam lah kita baru kenal. Kalau
kau berani, kau terus-terang je dengan mamat tu yang kau suka dia. Aku tahu lah
Risya, dari cara kau cerita pun aku dah boleh tangkap kau suka dekat dia.” Ujar
Nurin Aiman sambil menepuk lembut bahu Fathrisya.
“Jangan nak mengarutlah Yin. Aku tak suka dia. Dia tu
lelaki tak ada perasaan. Mana mungkin dia nak jatuh hati dengan perempuan macam
aku. Bukan taste dia pun.”
“Belum cuba belum tahu kan? Sebelum kena sambar
dengan orang lain, baik kau jujur dengan dia. Go Risya go!” Balas Nurin
Aiman bersemangat sambil tersengih.
“Tak ada maknanya Yin. Apa yang aku cakap tadi tak
ada kaitan dengan perasaan aku. Pergilah tidur. Nanti keluar tutup lampu. Goodnight.”
Ujar Fathrisya seraya melelapkan matanya tidak mahu memanjangkan topik
perbualan antara mereka.
****
Zefrieq membuang pandang ke arah luar bangunan.
Kesesakan jalan raya di bawah sana dipandang kosong. Insiden semalam terlayar
kembali di ruang mata. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia begitu marah
kepada setiausahanya itu. Jujur dia katakana apa sahaja yang berkaitan dengan
gadis itu, tidak disukainya. Mungkin kerana pertemuan pertama antara mereka
menimbulkan perasaan benci dalam hatinya. Tambahan pula gadis itu punca dia
terlepas projek yang bakal membawa keuntungan kepada syarikatnya. Zefrieq
mengatur langkah semula ke arah mejanya.
“Aku belum puas sakit kan hati kau lagi. Kau tunggu
lah perempuan kampung!” Bebel Zefrieq sendirian sambil senyuman sinis terukir
di bibirnya. Dia merencanakan sesuatu untuk gadis itu. Rasa seronok pula setiap
kali mereka bertikam lidah. Melihat wajah gadis itu yang sentiasa kegeraman
dengan bicaranya membuatkan dia terhibur.
Pintu diketuk dari luar mematikan lamunan panjang
Zefrieq. Dia kembali kepada realiti. Sudah dijangka, wajah Fathrisya terjengul
sejurus mendapat arahan untuk masuk ke dalam biliknya. Sempat gadis itu
menghadiahkan senyuman manis buatnya. Namun seperti biasa, zefrieq hanya
menayang wajah yang masam dan tegang. Perlahan-lahan Fathrisya melangkah
mendekati meja boss nya itu.
“Encik. Surat ni Encik perlu sign.” Ujar Fathrisya sambil menghulurkan sehelai kertas kepada
bossnya.
“Surat apa?” Soal Zefrieq tanpa memandang ke arah
Fathrisya. Huluran surat daripada gadis itu juga tidak disambut. fathrisya
mengumpul kesabaran untuk kesekian kalinya berhadapan dengan sikap angkuh
lelaki itu.
“Surat kelulusan budget
syarikat untuk bulan ini. Encik boleh semak dahulu, kalau ada apa-apa kesilapan
boleh bagitahu saya semula. Tapi surat ni sebelum esok, saya kena serahkan
semula kepada Encik Amar.” Ujar Fathrisya menerangkan satu persatu.
“Aku tak nak kerja yang tak lengkap sampai dekat
tangan aku. Kalau nak suruh aku sign apa-apa
surat, make sure semak berpuluh kali.
Supaya perfect.” Balas Zefrieq tegas.
Seperti biasa, riak wajahnya sentiasa masam ketika bercakap dengan gadis itu.
“Boss nak semak ke tak surat ni?” Soal Fathrisya
yang sudah hilang sabar dengan kerenah lelaki itu. Hari demi hari, perangai
Zefrieq terlalu merimaskannya. Sampai ada ketika dia terfikir untuk berhenti
kerja.
“Malas.” Balas tanpa perasaan.
“Mana boleh macam tu boss. Boss kan CEO syarikat ni.
Apa-apa perkara yang berkaitan dengan kewangan pejabat, mesti dapat kelulusan
boss.” Balas Fathrisya lembut. Geram sungguh dengan perangai Zefrieq yang
mengada-ngada itu.
“Kau je lah sign.
Kau kan terlebih bijak. Kau kan suci. Semua orang suka kau, so better kau lah turun kan tanda tangan.”
“Kenapa boss tak cakap dari tadi je? Kalau boss dah
amanahkan supaya saya yang sign,
sekarang juga saya boleh sign. Hmm,
macam nak naik kan budget lah, sikit
sangat ni. Nanti boleh buat family day.
Birthday party ke..” Ujar Fathrisya sambil tersengih. Pen yang berada di
dalam kotak yang terletak di atas meja bossnya diambil. Dengan penuh gaya
seperti seorang boss, dia sudah memegang kemas pen di tangan dan ingin
menurunkan tanda tangan.
“Apa benda kau buat ni bendul! Kalau aku pelempang
kau ni, pekak terus jadinya nanti. Lingkup lah syarikat ni!” Zefrieq merampas
kasar pen dan surat yang berada di tangan gadis itu. fathrisya hanya menahan
gelak daripada terhambur. Geli hati melihat sikap bossnya yang melucukan
hatinya itu.
“Tadi berlagak sangat, malas nak sign lah. Macam mana syarikat ni nak
berdiri setanding dengan syarikat luar negara yang hebat-hebat, kalau tapuk
pimpinan lembik macam boss ni.” Ujar
Fathrisya tanpa mempedulikan Zefrieq yang sedang menahan marah memandang ke
arah dirinya. Dicampak kasar pen mengenai tepat ke pipi gadis itu.
“Sakit lah!” Terjerit Fathrisya dibuatnya. Dia tidak
menyangka sama sekali dengan tindakan pantas lelaki itu.
“Mulut macam kereta api. Celopar sangat. Kalau dah
kena cili mulut tu jangan meraung pula. Weh perempuan! Kau tak payah sibuk nak
mengajar aku. Cermin lah sikit diri tu siapa, anak orang kampung jangan nak
berlagak bagus.” Zefrieq menyeluk kanan kirinya ke dalam poket seluarnya.
Sebelah tangannya lagi mengusap lembut dagunya yang runcing itu.
“Anak orang kampung tak apa boss. Jangan anak orang bandar
yang tak tahu adab. Itu parah boss. Lagi kritikal daripada orang tak tahu
mengeja.” Selamba Fathrisya mengenakan lelaki itu. Zefrieq kelihat sentap
dengan kata-kata yang baru sahaja dituturkan oleh setiausahanya itu.
“Apa kau cakap tadi? Ulang balik?” Pinta Zefrieq
dengan wajah yang sudah merah menahan amarah yang sedang merebak ke seluruh
hatinya. Fathrisya hanya menayang riak wajah selamba.
“Saya cakap boss tu tak tahu jaga adab, mulut macam
longkang.” Entah kenapa, hari ini dia mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk
membalas setiap kata-kata pedas yang meluncur dari mulut Zefrieq.
“Kau ni memang nak kena penampar agaknya!” Balas
Zefrieq seraya mengangkat tangan untuk menampar pipi gadis itu.
“Boss ni tak gentleman
lah. Sikit-sikit nak angin. Lepas tu bila baran dia dah sampai mula lah nak
tunjuk belang. Menyakiti perempuan tu berdosa tau boss.” Ujar Fathrisya sambil
tersenyum. Dia hanya memandang Zefrieq dengan pandangan mata yang tenang.
Perlahan-lahan Zefrieq menjatuhkan tangannya.
“Kau pergi sambung buat kerja. Now!” Arah Zefrieq seraya menghempas kasar punggungnya di atas
kerusi.
“I’m
so sorry kalau boss terasa dengan kata-kata saya. Niat saya
cuma untuk bergurau. Sebelum saya keluar, tolong zip seluar boss tu. Terbuka
sikit tadi, tapi saya tak nampak apa-apa pun. Lain kali sebelum datang ofis,
zip seluar. Pastikan semuanya perfect
ya boss sebelum keluar rumah.” Ujar Fathrisya sambil tersenyum mengejek. Puas
hatinya dapat mengenakan lelaki itu. “Yessss!
Padan muka kau monster bajet bagus!” Dia ketawa jahat dalam hati. Geli hati
sungguh melihat Zefrieq yang gelabah sejurus mendengar bicaranya tadi.
“Tak guna punya perempuan!” Zefrieq menghentak
tangan kirinya yang dikepal di atas meja. Geram sungguh kerana niatnya yang
mahu mepermainkan gadis itu, akhirnya dia pula yang terkena. “Kau tunggu lah
perempuan kampung. I will make sure
kau tak akan menang lepas ni. Ini Zefrieq Ezzraf lah. Kau tu bukan lawan aku.”
*Sorry sebab lambat update, semalam terbongkang taklarat nak menaip, satu hari takpegang lappy. enjoy reading readers (:
No comments:
Post a Comment