Fathrisya baru selesai mengemas rumah yang sedikit
bersepah itu. Sudah 2hari dia tidak menyapu rumah. Mahu harapkan sahabatnya
Nurin Aiman jauh sekali. Gadis itu tidak gemar mengemas rumah, tugasnya di
rumah ini hanya memasak makanan untuk mereka berdua. Kalau bab-bab mengemas
rumah, Ainur Fathrisya lah yang handal. Dia kemudiannya menghenyakkan punggung
di atas sofa sambil tangannya bermain-main dengan anak patung kesayangannya.
Rasa rindu akan kampung halamannya tiba-tiba menyelubungi diri. Dicapai telefon
bimbit yang terletak di atas meja bulat lalu dia dengan pantas dia menekan
papan kekunci itu.
“Assalamualaikum babah.” Sapa Fathrisya mesra
sejurus panggilannya dijawab.
“Waalaikumussalam. Anak babah sihat?” Sapa Encik
Hadi di hujung talian. Ceria suaranya menyambut panggilan dari anak sulungnya.
“Sihat. Patutnya Risya yang tanya dekat babah, hero
Risya sihat tak? Adik-adik macam mana? Rindu sangat dekat kampung. Rumah…”
Balas Risya menahan sendu. Sudah hampir 4bulan semenjak dia mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur, dia
tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Bebanan kerja yang semakin
bertambah hari demi hari membantutkan niatnya untuk menziarahi keluarganya.
“Babah sihat. Adik-adik semuanya sihat. Risya banyak
kerja ya dekat Kuala Lumpur? Dah lama juga Risya tak telefon babah. Babah nak
telefon Risya asyik lupa nak bayar bil je. Maklumlah orang dah tua.” Balas
Encik Hadi bersama ketawa halus.
“Maafkan Risya bah. Risya terleka dengan timbunan
kerja, sampai lupa nak tanya khabar babah. Boleh tahan lah babah. Kalau tak
banyak kerja, dah lama Risya terbang balik kampung tau. Rindu sangat.”
“Tak apalah kalau Risya sibuk. Kalau kampung kita ni
dekat dengan tempat Risya kerja tak apa jugalah. Babah faham. Anak babah cari rezeki,
bukan duk berseronok kat sana tu.” Balas Encik Hadi. Fathrisya mengulum senyum
mendengar kata-kata babahnya. Encik Hadi sememangnya seorang ayah yang memahami
dan sangat lembut dengan anak-anaknya.
“Risya minta maaf lagi sekali ya babah. Risya tak pernah
lupakan babah, adik-adik. Babah dah makan? Duit yang Risya kirimkan minggu
lepas babah dah terima?” Soal Fathrisya ingin tahu. Minggu lepas dia memasukkan
wang berjumlah RM600 ke akaun babahnya.
“Kan babah dah cakap babah faham. Tak ada apalah.
Dah habis pakai dah pun Risya. Motor babah buat perangai lagi. Duit yang kamu
kirimkan babah bayar yuran sekolah adik-adik kamu. Dua minggu babah minta
tangguh dengan cikgu diaorang. Rasa segan pula lambat bayar.” Balas Encik Hadi
melepaskan keluhan kecil. Fathrisya memahami kesempitan wang yang mereka
hadapi, dia bekerja keras untuk membantu meringankan beban babahnya. Tambahan
pula ketiga-tiga orang adiknya masih menuntut ilmu. Adik lelakinya, Amsyar
sudah melanjutkan pelajaran ke Universiti. Lagilah banyak perlukan duit.
“Nanti Risya masuk kan lagi ya babah. Bil telefon
babah tu nanti babah bayar tau. Kalau apa-apa hal senang. Amsyar macam mana?
Dia ada minta babah duit?” Fathrisya bertanyakan mengenai adik lelakinya yang
sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia.
“Kalau kamu perlukan duit tu untuk keperluan kamu,
tak usahlah kamu masuk kan lagi. Minggu lepas dia ada telefon minta babah
masukkan duit. Katanya duit pinjaman belum masuk lagi. Babah pun bukan ada duit
sangat masa tu. Babah cuma dapat masuk kan Rm100 je”
“Lain kali kalau Amsyar telefon babah, babah suruh
dia minta duit dekat Risya ya. Sementara dia tak dapat pinjaman lagi ni, Risya
tolong mana yang mampu. Babah jangan fikirkan sangat, nanti jatuh sakit pula.
Jaga kesihatan.” Ujar Fathrisya sangat prihatin akan kesihatan babahnya itu.
“Babah tak mahu dia susahkan kamu. Duit yang kamu
kirimkan setiap bulan ni dah banyak ringankan beban babah. Kalau Risya tak
sibuk nanti. Balik lah ya.” Balas Encik Hadi penuh mengharap.
“Susah kan apa pula babah. Amsyar tu bukan orang
lain. Adik Risya juga. Okay lah babah, nanti
Risya telefon lagi. Jaga diri ya babah. Assalamualaikum.” Fathrisya
meminta diri sebelum mematikan talian. Dia melepaskan keluhan berat memikirkan
tentang hal kewangan keluarganya yang agak meruncing.
****
Datin Zulaikha sibuk mengemas dapur bersama Mak Yam.
Zefrieq yang baru turun untuk makan malam bersama mummynya memandang mummy nya
pelik.
“Mummy tak masak ke malam ni?” Soal Zefrieq pelik
apabila melihat mummynya sedang mengemas dapur. Kebiasannya mummy nya akan
mengemas dapur apabila mereka selesai makan malam.
“Hari ni mummy tak masak. Kita makan pizza je boleh
Zef?” Soal Datin Zulaikha sambil menarik lembut tangan Zefrieq untuk duduk di
meja makan. Kotak pizza dibuka dan disua pinggan kepada anaknya itu. Zefrieq
hanya tersenyum.
“Bila mummy order pizza? Tak dengar bunyi motor pun.
Ke mummy pergi beli sendiri?” Soal Zefrieq sambil tangannya mengambil 3potong
pizza yang berlainan perisa.
“Mana lah Zef nak perasan kalau Zef leka menghadap laptop
dekat dalam bilik tu.” Balas Datin Zulaikha menyindir anaknya itu. Zefrieq
hanya tersengih mendengar sindiran mummynya sebentar tadi.
“Zef bukan buat kerja lah my. Zef main game je dalam laptop tu. Mak Yam tak
makan sekali?” Soal Zefrieq kepada mummy nya apabila dia lihat orang gaji
merekatidak menjamah pizza yang dibeli oleh mummy nya.
“Kamu ni macam lah baru kenal dengan Mak Yam kamu
tu. Dia mana makan pizza. Mak Yam dah makan nasi lemak tadi. Mummy belikan.”
Ujar Datin Zulaikha sambil menuangkan air gas berperisa pepsi kedalam gelasnya.
“Lupa pula Zef. Oh ya my, Zef dengar mummy nak ke
United Kingdom?” Soal Zefrieq yang terdengar perbualan mummy nya dengan
seseorang di telefon malam kelmarin.
“Haah Zef. Mummy nak pergi hari Khamis ni. Boleh Zef
booking kan flight untuk mummy?”
“Boleh my. Nanti Zef uruskan. Sorry my sebab Zef tak dapat ikut mummy sekali. Banyak sangat
kerja yang Zef kena uruskan.” Balas Zefrieq serba-salah kerana tidak dapat
menemani mummynya ke negara orang itu.
“It’s okay
Zef. Tapi Fyn mesti kecewa dengan Zef. Yalah, masa hari konvo dia, Zef pula tak
dapat datang. Padahal dia sangat harapkan Zef datang tau.”
“Nak buat macam mana my, kerja dekat ofis tu
berlambak sangat. Tak menang tangan Zef dibuatnya. Nanti Zef jemput mummy
dengan Fyn dekat airport ya. Bila
mummy nak balik sini?” Soal Zefrieq ingin tahu. Dia memang sangat prihatin
tentang ibunya itu.
“Itu je lah alasan Zef. Kerja banyak, kerja
berlambak. Apa guna Farel tu ada kalau nak pergi konvo Fyn sekejap pun tak
boleh? Seminggu. Mummy ingat nak jalan-jalan dulu kat sana dengan Fyn.”
“Kalau UK tu dekat Klang, anytime Zef boleh pergi my. UK tu jauh. Bukan nya Zef boleh pergi
sana sehari dua. Kalau dah jumpa dengan puteri mummy tu, mahunya dia paksa Zef
teman dia shopping.” Balas Zefrieq sambil tangan kanannya sibuk mengambil
sepotong pizza lagi. Datin Zulaikha hnya tersenyum melihat anak bujangnya yang
hantu pizza itu.
“Macam lah Zef tak kenal dengan kesayangan Zef tu,
tak boleh nak berenggang dengan Zef. Sebab tu lah Zef kena datang masa konvo
dia. Teman lah mummy Zef.” Balas Datin Zulaikha memujuk anaknya itu.
“Tak boleh my, zef ada meeting penting. Tak boleh
nak serahkan sepenuhnya pada Farel. Lagipun Zef dah bagitahu Fyn.”
“Apa kata dia?”
“Dia okay je. Mummy yang terlebih sedih. Zef naik
dulu my, nak check email daripada
klien. Goodnight my.” Balas Zefrieq
yang tidak mahu mendengar bebelan mummynya itu. Dengan pantas dia mengatur
langkah mendekati sinki untuk membasuh mulut dan berlalu ke tingkat atas menuju
ke biliknya.
*****
Fathrisya terkocoh-kocoh mengatur langkah menuju ke
arah meja kerjanya. Dia sudah terlewat setengah jam masuk ke ofis pada hari
ini. Dia mengeluh kesah, kebimbimbangan mula terbit di hatinya tatkala
terkenangkan bossnya yang bakal memarahinya di atas kelewatannya masuk ke ofis.
Sebaik sahaja melabuhkan punggung dan tangan kirinya sibuk mencari sesuatu di
dalam fail berwarna biru, matanya terpandangkan sehelai kertas putih yang
ditampal di atas mejanya. Tulisan pen marker bewarna merah dipandang aneh.
“Hi Risya, lambat masuk hari
ini? Meh masuk bilik saya meh, saya ada something special untuk awak sebab awak
buat ofis ni macam nenek awak yang punya.” –Mr. Boss
“Dah agak dah.
Annoying betul lah mamat ni. Dengan tulisan warna merah bagai, kau fikir
kau along kutip hutang? Hisy! Gila betul dia ni.” Dengan langkah lemah longlai,
dia menapak menuju ke bilik lelaki yang dibenci itu.
“Hi Risya, awal sangat masuk ofis hari ini ya. Kalau
kita buka gerai nasi lemak, dah licin nasi lemak orang beli. Batang hidung kau
masih lagi tak nampak.” Kata-kata sindiran yang pedas lagi berbisa itu menyapa
telinga Fathrisya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik bossnya.
Muka bersahaja sedaya upaya ditayang di hadapan lelaki itu.
“Saya minta maaf boss. Saya memang betul-betul tak
sengaja masuk ofis lambat hari ini. Saya sakit perut pagi tadi. Keluar masuk
toilet berkali-kali. Sungguh boss, tak tipu!” Ujar Fathrisya bersungguh-sungguh
dengan penuh jujur. Sungguh, dia sendiri tidak tahu mengapa pagi ini perutnya
buat hal. Padahal seingatnya malam tadi dia tidak makan makanan yang terlalu
pedas atau basi. Musykil dia dibuatnya.
“Kau memang sejak lahir dah belajar menipu ke? Patut
lah sampai besar mulut tu tak susah nak menipu.” Balas Zefrieq bersahaja sambil
tersenyum sinis. Fathrisya sudah mula geram mendengar kata-kata menyakitkan
hati daripada lelaki itu.
“Boss, saya cakap penuh jujur dan keikhlasan dah ni
boss. Betul lah boss, tipu apa pula. Saya pun taktahu lah apa yang kawan saya
bubuh dalam makanan semalam, sampai senak perut saya pagi ni.”
“Takpayah nak cari alasan lah Risya. Tak perlu nak
salahkan orang lain semata-mata nak berlagak bagus. Kau fikir ofis ni bapak kau
ada share? Yang suka-suka nak masuk
lambat.” Zefrieq masih lagi mahu mencari gaduh. Dia tidak pernah bosan
menyakiti hati gadis itu. walhal Fathrisya sudah terlalu penat kerana setiap
kali bersua muka pasti ada sahaja perkara yang akan buat mereka bergaduh.
“Boss ni nak suruh saya bagi bukti ke supaya boss
percaya? Kenapa susah sangat nak terima kekurangan orang? Bukan setiap hari
saya masuk lambat.” Balas Fathrisya dengan wajah masam. Sudahlah perutnya masih
lagi memulas saat itu, lelaki itu sengaja mahu memanjangkan cerita dan mencari
pasal. Bengang sungguh hatinya kala itu bagai dipanggang di atas api.
“Kau ada bukti? Boleh juga. Orang macam kau ni bukan
boleh percaya sangat. Mana?”
“Hmm. Kalau macam tu boss kena datang rumah saya
lah. Check sendiri. Tu pun kalau boss
tak.....” Balas Fathrisya dengan selamba sengaja mahu mengenakan lelaki hidung
tinggi itu.
“Weh! Yang kau ni bendul sangat kenapa hah? Aku
minta bukti lain. Bukan bukti tak senonoh macam tu. Kau ni, dah lah muka tak
lawa. Otak pun sama naik macam muka. Bendul!” Marah Zefrieq yang geram dengan
sikap gadis itu yang menduga emosinya.
“Dah boss yang gedik sangat nak bukti kan. Bila nak
bagi tak nak pula. Cakap je pandai.”
“Diam sebelum aku fikir untuk buang kau dari sini
sebab prestasi kau yang makin merundum. Lebih baik kau jangan nak lawan aku.”
Zefrieq menggunakan kuasanya sebagai seorang ketua untuk menakutkan gadis itu.
Fathrisya hanya diam membisu. Malas mahu membalas kata-kata lelaki itu. Baru
sekali masuk ofis lambat, dah nak kena buang kerja. Dasar lelaki annoying!
“Disebabkan kau dah terlebih pandai buat peraturan
sendiri masuk ofis ikut suka kau, so aku tergerak nak bagi tugasan khas untuk
kau.” Ujar Zefrieq sambil melangkah ke arah sofa lalu dilabuhkan punggunya di
atas sofa empuk itu. Dipandang dengan pandangan yang menyampah wajah Fathrisya
yang sedang memandang ke arahnya.
“Apa dia? Bila masanya yang boss tak pernah
menyusahkan saya dengan arahan mengarut boss tu. Saya dah bosan lah dengar
setiap arahan boss yang tak masuk akal tu. So kali ni nak suruh buat apa pula?”
Ujar Fathrisya yang sedari tadi hanya memasang telinga mendengar lelaki sakit
otak itu membebel seorang diri.
“Oh. Dah bosan, so dah ready nak blah dari sini? Kalau kau nak, anytime aku boleh pecat kau.”
“Okay! Tak! Saya tak pernah bosan kerja dengan boss
malah, saya terlalu seronok berurusan dengan boss ni.” “Seronok lah sangat,
macam kerja dengan pesakit mental.” Kata-kata itu hanya terluah di dalam
hatinya sahaja, tidak berani untuk membuat masalah lagi.
“Esok, tolong masak kan something untuk aku.” Arah Zefrieq seraya membelek sekilas surat
khabar Utusan Malaysia yang berada di atas meja kecil itu.
“Hah? Masak apa? Boss ingat saya ni chef ke?
Suka-suka boss main order.” Bantah
Fathrisya yang jelas terkejut dengan arahan yang baru sahaja diterima. “Apa kes
pula sampai nak suruh aku masak untuk dia? Dah tak boleh nak beli dekat kedai
ke? Duit berkepuk tak kan dengan tekak sendiri pun berkira.”
“Habis tu, kau fikir kau CEO syarikat ni. Suka-suka
kau nak masuk ofis pukul berapa?” Zefrieq memulang paku buah keras. Terkedu
gadis itu.
“Dah kenapa pula saya kena masak untuk boss?”
“Suka hati aku lah nak bagi arahan apa. Aku boss.
kau tu kuli je. Nak aku sedarkan dekat kau tentang kedudukan kau dalam syarikat
ni?” Soal Zefriq dengan angkuhnya.
“Masalahnya arahan boss ni tak ada kaitan dengan
kerja. Ni dah macam kes buli ni boss.” Ujar Fathrisya dengan riak wajah tidak
puas hati.
“Ada aku kisah kes buli ke, kes buang anak ke. Kes
gaduh ke. Yang aku kisah, kalau kau tak ikut arahan aku.” Balas Zefrieq yang
tidak mahu mengalah itu.
“Boss nak suruh saya masak apa?” Soal Fathrisya yang
sudah malas mahu bertekak dengan lelaki itu.
“Ada baiknya aku pergi sambung buat kerja daripada lama-lama bercakap dengan mamat annoying ni.” Desis Fathrisya dalam hati.
“Ada baiknya aku pergi sambung buat kerja daripada lama-lama bercakap dengan mamat annoying ni.” Desis Fathrisya dalam hati.
“Aku tahu kau memang bendul. Ikut je cakap aku.
Okay, aku nak kau buatkan nasi goreng untuk aku. Pastikan air tangan sendiri. Jangan
letak garam sampai berlori dalam makanan tu. Kau bukan boleh kira sangat.
Karang ICU aku perginya. Then,
gorengkan telur dadar sekali. Buatkan sekali udang goreng tepung, sotong goreng
tepung dan tolong masak kan sambal telur puyuh. Tapi jangan pedas sangat. Air..
Aku nak air jus jambu batu. Home made.
Jangan beli kat luar.” Sesudah habis ayatnya yang terakhir. Zefrieq melangkah
ke arah Fathrisya dengan wajah yang cukup menyakitkan hati gadis itu.
“Boss ni nak makan nasi goreng ke nak makan seefood? Order macam lah saya buka
restoran. Apa masalah boss ni sebenarnya?” Fathrisya menganggap arahan yang
baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu adalah sesuatu yang tidak logik.
Ikutkan hati mahu sahaja ditumbuk wajah bongkak itu sehingga puas.
“Kenapa? Kau ada masalah yang serius ke sampai
makanan mudah macam tu kau tak boleh nak buat. Ke kau tak reti masak. Pegang
kuali pernah?”
“Boss! Pernah okay! Saya ni jaguh dekat dapur tau.
Boss jangan nak memperlekehkan bakat saya.” Ujar Fathrisya penuh bangga.
Zefrieq hanya tersenyum mengejek mendengarnya.
“So aku
rasa setakat apa yang aku minta tu, apalah sangat kan. Kau kan hebat. Jangan
hangus dapur rumah kau sudah lah. Pergi blah sekarang. Ingat! Esok sebelum aku
masuk ofis, semua yang aku minta mesti dah ada atas meja. Jangan ada kurang
satu pun.”
“Err. Nak duit!”
“Duit buat apa pula?” Soal Zefrieq pelik dengan
permintaan gadis itu.
“Yalah, nak beli bahan-bahan yang boss sebutkan
tadi. Bukannya murah. Saya ditugaskan untuk masak je, bukan guna duit saya kan
beli semua barang tu?”
“Pandai-pandai kau lah korek duit. Yang aku tahu,
esok aku nak semuanya perfect. Kalau
tak, lagi teruk kau kena dengan aku. Lainkali jangan masuk lambat, aku pantang
betul orang taktahu disiplin ni.” Ujar Zefrieq sambil tersenyum puas. Wajah
Fathrisya yang muram itu ditatap meluat.
“Boss ni memang manusia paling pelik saya pernah
jumpa!” Kata Fathrisya kegeraman dan dengan langkah pantas dia meninggalkan
Zefrieq yang sedang ketawa mengekek itu.
“Padan muka kau
perempuan bendul!” Zefrieq sambung ketawanya lagi. Terasa puas apabila dapat
mengenakan gadis itu sepuas hatinya. Dia sambung menghadap timbunan kerja yang
perlu dibereskan dengan segera
No comments:
Post a Comment