“Rish. Berhenti lah
dulu. Dah masuk waktu rehat dah ni.”
“Sikit je lagi ni bang.
Abang rehat lah dulu.” Ujar Nedzrish lembut kepada pemilik bengkel motor itu.
“Kau ni kerja rajin
sangat lah Rish. Kalau semua anak muda macam kau, tak adalah bersepah pekerja
asing dekat negara kita ni.” Kata Abang Daud sambil menghulurkan sebotol air
mineral kepada Nedzrish.
“Terima kasih bang.
Saya ni kalau tak rajin bekerja macam mana nak dapat duit. Duit tak jatuh dari
langit bang.”
“Itulah, bagus cara kau
berfikir ni. Waktu muda macam kau ni lah kena kerja lebih sikit, bila dah
lanjut usia nanti. Tak larat dah nak aktif macam sekarang ni.”
“Saya ni biasa-biasa je
bang. Kalau tak kerja, saya tak ada duit nak beli apa yang saya perlukan. Nak
tak nak, kenalah kerja kan?” Ujar Nedzrish seraya meneguk minuman yang
diberikan oleh lelaki lingkungan 40-an itu.
“Betul lah tu. Kerja
rajin-rajin Rish. Nanti senang hidup kau. Abang nak balik rumah sekejap. Kau
dengan Alip tolong tengok-tengok kan bengkel ni.”
“Okay bang. Hati-hati.”
Ujar Nedzrish bersama senyuman manis. Kemudian dia bangun dari duduknya lalu
menapak perlahan memasuki bengkel itu.
“Hai sayang..” Baru
sahaja dia mahu melangkah, cuping telinganya disapa suara yang cukup tidak
asing dengan dirinya. Lantas dia terus menoleh ke belakang semula.
“Mel? You buat apa
dekat sini?” Soal Nedzrish dengan nada yang agak meninggi. Dia hairan bagaimana
gadis itu boleh tahu dia bekerja disitu.
“Relaks lah sayang. You
ni macam nampak hantu lah.”
“Aku tanya ni Mel. Kau
buat apa datang sini?” Dia mengulangi soalan yang sama. Seingatnya dia tidak
pernah memberitahu Amelda Imani yang dia bekerja disitu.
“Datang sini sebab nak
jumpa you lah sayang. Tak kan lah I nak shopping
pulak dekat sini kan?” Sindir Amelda
Imani seraya menyinsing lengan kemeja sehingga ke paras sikunya.
“Balik lah Mel. Panas
tempat ni. Tak sesuai untuk perempuan macam kau ni. Nanti kita jumpa dekat
tempat biasa.” Nedzrish tahu gadis itu tidak selesa dengan keadaan di bengkel
yang panas berbahang itu.
“Tak nak lah. I nak
jumpa you. Rindu you, tahu tak?” Amelda Imani memaut lengan Nedzrish manja.
Nedzrish tidak selesa dengan keadaan begitu kerana dirinya sendiri sedang berpeluh-peluh
dek kerana kerjanya yang memerlukan dirinya mengerah keringatnya.
“Aku berpeluh ni Mel.
Aku sendiri tak selera nak bau badan aku sendiri. Yang kau ni tak rasa apa-apa
ke duk meleset dekat aku ni?”
“Kalau dah sayang, you
tak mandi sebulan pun I sanggup bau.”
“Aku banyak kerja lah
Mel. Pergi lah balik.” Nedzrish menarik lengannya daripada dipaut oleh Amelda.
Dia ingin menyambung kembali tugasannya yang tergendala sebentar tadi.
“You jangan nak
mengelat. Tadi I sendiri dengar you tengah rehat kan sekarang ni. Jom lah duduk
dengan I sekejap. Lepas tu you sambung lah kerja you balik. Okay?”
“Hmm. Susah kalau ada
kucing miang dekat sini.” Meskipun mulutnya membebel memarahi Amelda Imani yang
terlebih mengada itu, namun kakinya tetap mengikut langkah teman wanitanya itu.
“You dah makan?” Soal
Amelda Imani setelah mereka melabuhkan duduk di atas kerusi batu tidak jauh
dari bengkel tempat Nedzrish bekerja.
“Aku makan roti je
sebelum masuk kerja tadi.”
“You belum lunch lagi?”
“Lunch roti je lah tadi. Kau ni banyak tanya lah.” Nedzrish sudah
mula membuat memeka muka bosan menjawab soalan yang hampir sama.
“You ni, I caring pun salah. Ni I ada bawa kan lauk
dengan nasi. I masak tau. You terharu tak?” Tangannya lincah membuka bekas makanan
yang dibawa. Sejurus kemudian dia menghulurkan bekas makanan itu kepada
Nedzrish.
“Kau masak sebab nak
suruh aku puji ke macam mana ni?”
“Mana ada. You ni tak
payah lah nak serius sangat. Nak ke tak nak ni? Ke nak I suapkan?”
“Kau ingat aku ni baby ke Mel? Aku tak lupa lagi cara-cara
nak pegang sudu. So, thank you.”
Nedzrish mencapai bekas makanan itu lalu selepas selesai membaca doa makan dia
terus menikmati hidangan itu.
“Rajin pulak hari ni kau masak. Selalunya muka
kau ni muka beli makanan kat luar je.”
“Tiba-tiba je mood nak memasak ni datang. So, I pun pergi lah beli bahan-bahan
mentah. I bosan lah duduk rumah. Itu yang masak tu.” Ujar Amelda Imani bersama
wajah kosong. Semenjak cuti semester bermula, hidupnya bagaikan tiada hala tuju
kerana terlalu banyak masa yang ada.
“Kalau dah tahu duduk
rumah tu bosan, pergi lah buat apa yang patut. Tolong mama kau dekat butik ke.
Ada jugak faedahnya.”
“You ni, you tahu kan I
tak minat bissnes. I malas lah, kalau pergi butik mama I tu, I takut nanti mama
I bising.”
“Kenapa mama kau nak
bising pulak? Kan bagus kau tolong dia dekat sana? Ringan sikit kerja dia,
kan?”
“Sebab… Nanti I angkut
semua baju yang mama I jual. Tak ke bankrupt mama I nanti?” Ujar Amelda Imani
bersama sengihan di bibirnya.
“Kau ni, cuba kawal
sikit nafsu nak membeli kau ni. Kalau aku suruh kau senaraikan berapa banyak
baju yang ada dalam almari kau tu, mesti tak muat kan satu buku? Kau jangan
membazir lah Mel.” Omel Nedzrish tidak senang dengan sikap Amelda Imani yang
gemar menghabiskan duitnya untuk membeli pakaian.
“Macam mana nak kawal,
dah memang sifat perempuan macam tu.”
“Boleh je kalau kau
nak. Mama aku pun perempuan jugak, tapi tak adalah setiap kali dia keluar pergi
shopping, dia bawak balik baju
berhelai-helai.”
“Yelah.. You ni sama
macam mama I. Tak habis-habis nasihatkan I pasal ni. Bosan tahu tak?” Amelda
Imani menguak lembut rambut Nedzrish yang sudah terjuntai ke bawah. Lelaki itu
hanya membiarkan sahaja tanpa mahu membantah. Dia meneruskan suapan demi suapan
ke dalam mulutnya.
“Kalau bosan, kalau tak
nak dengar aku membebel pasal ni lagi. Jangan membazir lagi lain kali.”
“Okay. I tak janji tapi
I cuba. You, kenapa you tak bagitahu I yang you kerja dekat sini? Sejak you
kahwin ni kan, banyak benda yang you rahsiakan dari I kan.” Dia memandang wajah
Nedzrish yang kelihatan berselera menikmati lauk yang dimasaknya. Dia mengulum
senyum dalam diam.
“Aku bukan tak nak
bagitahu lah. Tapi aku baru je 2hari kerja dekat sini. Sepanjang aku kerja
dekat sini, aku tak ada kesempatan lagi nak jumpa kau. Macam mana nak cerita.”
“Banyak betul alasan
you kan. Kita contact hari-hari kan.
Apa yang susahnya you nak bagitahu I apa yang you buat?”
“Alahai Mel. Tak kan
semua benda aku nak bagitahu kau. Aku terlupa lah tu.” Balasnya ringkas. Dia
malas mahu membesarkan hal yang sangat kecil padanya.
“Susah tau bercakap
dengan you. Semua benda you ambil mudah.”
“Dah memang itu
perangai aku dari dulu. Kau baru tahu ke?”
“I baru tahu? Hello, semua perangai buruk you,
perangai tak senonoh you semua I dah khatam lah. Semua ada dalam kepala I ni.”
“Oi Mel. Kau ni memang nak biar aku mati tercekik ke macam mana?
Daripada awal aku makan, sampai sekarang dah habis dah pun. Air mana air?”
Tiba-tiba Nedzrish menjerit ke telinganya sehingga membuatkan dia tersentak.
“Sayang! You ni cakap
lah elok-elok. Sakit tahu tak telinga I.”
“Pedas lah woi asam pedas kau ni. Mana air?”
“Sejak bila asam pedas
orang masak manis?” Amelda Imani masih tidak mahu mengalah. Dia sengaja ingin
mengusik buah hatinya yang sedang menahan kepedasan.
“Tak kelakar pun kau
nak tanya soalan macam tu sekarang ni. Amelda Imani!”
“Hahaha… Comel lah bila
you marah.” Puji gadis itu seraya menghulurkan sekotak air kepada Nedzrish.
Tanpa sempat dia mahu memberikan straw
kepada lelaki itu, Nedzrish sudah menyedut minuman itu dengan rakusnya.
“Hodoh nya perangai you
ni Rish!”
*****
Qalish Audrina yang
sedang leka menonton televisyen di ruang tamu rumahnya, tiba-tiba dikejutkan
dengan suara orang memberi salam serentak dengan bunyi loceng dari luar rumah. Dengan
langkah perlahan dia menghayunkan kakinya untuk mencapai tudung yang berada di
hujung sofa.
“Siapa pulak datang malam-malam ni? Tak kan
Rish terlupa nak bawa kunci kot?” Sambil tangannya membuka pintu rumah itu,
mulutnya mengomel sendirian.
“Ye. Cari siapa?”
Qalish Audrina menegur seorang lelaki yang sedang duduk di atas motornya. Oleh
kerana lelaki itu hanya menundukkan wajahnya, Qalish tidak dapat mengecam
siapakah lelaki itu.
“Cari bae saya.”
Terbuntang biji mata
Qalish Audrina bersama degupan jantungnya yang sudah tidak teratur dek kerana
terlampau terkejut ketika lelaki itu memalingkan wajahnya memandang dirinya.
“Macam mana awak boleh
ada dekat sini Ammar Riyadh?” Nafasnya sudah turun naik menahan marah yang
tiba-tiba datang tanpa dipinta. Kehadiran mengejut lelaki itu benar-benar
menganggu emosinya kala itu.
“Semua tentang awak,
saya tahu Qalish. Awak kan girlfriend
saya.”
“Excuse me Ammar Riyadh. Ex-Girlfriend.
Saya bukan kekasih awak lagi.”
“Whatever lah Qalish. Kebetulan awak dah keluar ni, apa kata kita
keluar makan sekejap?” Ammar Riyadh tidak mahu menambah kemarahan wanita itu,
dia hanya mahu keluar bersama wanita itu. Dia tidak punya niat untuk
menyakitkan hati Qalish Audrina.
“Awak dah hilang akal
ke ajak isteri orang keluar?”
“Keluar makan jelah
Qalish. Bukan nya saya nak buat benda tak elok dekat awak. Okay macam ni, awak
panggil suami awak. Biar saya sendiri minta izin nak bawa awak keluar.”
“Awak balik lah Yadh.
Jangan kacau hidup Qalish lagi. Berapa kali saya nak cakap yang antara kita dah
tak ada apa-apa. Balik lah.” Qalish sudah tidak keruan. Dia bimbang jikalau
Nedzrish pulang ke rumah waktu itu dan melihat dirinya bercakap dengan Ammar
Riyadh.
“Apa yang susah sangat
Lish nak terima Yadh balik ni Lish?” Ammar Riyadh masih tidak mahu mengalah.
Sudah hampir seminggu dia menjejaki Qalish Audrina namun gadis itu mengelak
untuk berjumpa dengannya.
“Susah sebab Lish
sekarang dah jadi isteri orang! Balik lah Yadh sebelum Lish jerit sekuat hati.”
“Okay, Yadh boleh balik
sekarang. Tapi Lish kena janji dengan Yadh Lish tak akan larikan diri daripada
Yadh lagi. Yadh penat lah main tarik tali macam ni.”
“Siapa yang main tarik
tali dengan Yadh. Yadh sendiri yang cari masalah. Lish tak ada masa lah nak layan
Yadh.” Selesai berkata-kata, Qalish segera mengatur langkah untuk masuk ke
dalam rumahnya. Semakin dilayan, pastinya lelaki itu akan merayu-rayu untuknya
kembali semula kepada lelaki itu.
“Lish tunggu sekejap.
Yadh datang sini nak bagi air kegemaran Lish. Ambil lah, Yadh buat ikhlas untuk
Lish.”
“Okay Yadh janji, lepas
Lish ambil air ni. Yadh balik.”
“Lish tak berminat nak
terima apa-apa pun daripada Yadh. Enough
lah Yadh. Jangan bodoh kan diri buat semua ni.” Dia tidak memalingkan wajahnya
sewaktu menuturkan kata-kata itu. Dia terpaksa menyakiti hatinya sendiri
walaupun dia amat mencintai Ammar Riyadh hingga ke saat ini.
“Okay kalau itu yang
Lish mahukan. Yadh akan balik. Tapi Yadh tak akan pernah give up untuk dapatkan hati Lish semula. Sebab hanya Ammar Riyadh
seorang sahaja yang mampu mewarnai hati Qalish Audrina. Kalau Lish masih ingat
lagi, ayat tu yang Lish selalu cakap.” Seketika kemudian dia menghidupkan enjin
motornya lalu dia memecut laju motornya.
“Woi! Kau buat apa tercegat macam tiang bendera kat luar rumah ni?”
Lekas-lekas dia menyeka
air matanya dengan hujung jarinya apabila dikejutkan dengan suara suaminya. Dia
pantas membuka pagar rumah itu untuk memberi laluan kepada Nedzrish memarkirkan
motornya di garaj rumah mereka.
“Kau ni kenapa duduk
sorang-sorang kat luar ni? Teringin nak jadi mak guard ke?” Tegur Nedzrish setelah mematikan enjin
motorsikalnya.
“Tak lah, saya saja
ambil angin. Awak dari mana ni?”
“Lepak dengan kawan aku
tadi. Eh sekejap, siapa punya air ni?” Nedzrish mencapai bekas minuman yang
diletak di atas tembok pagar rumahnya.
“Er...”
“Siapa punya ni Lish?
Macam baru lagi je air ni. Ada orang letak ke ataupun memang kau punya?” Soal
Nedzrish sambil membelek bekas minuman itu. Qalish Audrina dihadapannya sudah
telan liur berkali-kali.
“Yang susah sangat nak
jawab ni kenapa? Kau punya ke?” Soalnya lagi. Kali ini lebih tegas. Dia juga
bingung mengapa begitu sukar untuk isterinya menjawab soalan yang amat mudah
itu.
“Ya. Saya punya. Saya order tadi, baru sampai..”
“Order satu je? Tak nak order
untuk aku sekali? Coffee kan ni?”
Nedzrish memejamkan matanya sambil menikmati haruman coffee yang sangat meliurkan tekaknya itu.
“Awak suka coffee?”
“Gila tak suka. Cappuccino kan ni? Daripada umur aku 15
tahun lagi aku penggemar tegar kopi. Segala jenis kopi aku minum tau.”
“Oh.. Kalau macam tu
awak minum lah.”
“Eh, tadi kau cakap ni
kau punya? Nah ambil lah, aku gurau je lah. Nanti aku nak aku beli lah
sendiri.”
“Awak ambil je air ni.
Saya dah mengantuk, nak naik atas tidur. Jangan lupa kunci pintu, pagar semua.”
Qalish Audrina memulangkan kembali bekas minuman itu kepada suaminya, lalu dia
melangkah pantas untuk masuk ke dalam rumahnya.
“Aik. Pelik semacam je bini
aku ni.” Nedzrish yang tidak tahu menahu apa yang terjadi hanya menurut kata
Qalish Audrina. Perlahan-lahan dia menyedut minuman itu dengan tangan kirinya
menutup pintu utama rumah mereka.
best .
ReplyDeleteterbaik la
ReplyDelete