Sofina menjeling
makanan di dalam pinggan Qalish Audrina yang masih tidak terusik itu. Wajah
gelisah temannya ditatap penuh tanda tanya. Jarang sekali Qalish tidak
menghabiskan makanannya. Setahunya Qalish bukanlah seorang yang gemar membazir
makanan. Lagi pula restoran yang mereka kunjungi ini merupakan restoran
kegemaran Qalish.
“Lish, kenapa kau tak
cuit langsung pun nasi tu? Tak ada selera ke?” Sofina menyentuh lembut
pergelangan Qalish.
“Hmm. Aku risau lah
Sofi.”
“Ada masalah rupanya.
Kau ni macam budak kecil lah. Nak kena tanya, baru nak bagitahu masalah kau
kan. Ni kalau aku tak tanya, sampai ke sudah kau tak nak cerita.” Sofina
melepaskan keluhan kecil. Memang sejak dari dulu lagi dia mengenali Qalish
Audrina adalah seorang manusia yang terlalu sukar untuk bercerita tentang
masalahnya meskipun mereka sudah lama kenal.
Qalish tersenyum hambar
mendengar omelan sahabatnya. Bukannya dia tidak mahu bercerita, memang itu
sifat semulajadinya yang sangat susah untuk diubah.
“Apa masalah kau kali
ni? Ada kaitan dengan suami kau ataupun tentang Yadh?”
“Yadh, dia datang rumah
aku semalam.”
“Apa Lish?! Yadh datang
rumah kau semalam? Eh dia tu dah gila ke apa?” Sofina jelas terkejut dengan
cerita yang baru disampaikan oleh Qalish. Dia sendiri tidak percaya Ammar
Riyadh akan bertindak sejauh itu.
“Dia tu bukan sahaja dah
gila. Tapi dah buang tebiat agaknya. Entahlah Sofi. Aku pun dah taktahu nak
buat macam mana lagi dengan Yadh tu.” Qalish panggung kepala. Dia sendiri
pening memikirkan tentang kelakuan Ammar Riyadh yang banyak menggusarkan
hatinya kebelakangan ini.
“Macam mana dia boleh
tahu rumah kau dekat mana? Kau ada bagitahu dia ke yang kau dah pindah?”
“Memang aku sengaja
cari nahas lah kalau aku bagitahu dia aku tinggal dekat mana. Aku rasa mesti
dia ekori aku balik rumah. Sebab tu dia tahu aku tinggal dekat mana.” Dia hanya
meneka. Itu sahaja alasan yang releven pada saat itu.
“Erk. Tak kan sampai macam tu sekali?”
“Mungkin lah. Kalau
fikir logik, macam mana dia nak dapatkan alamat rumah aku sedangkan bukan semua
orang tahu aku dah pindah.”
“Betul juga tu. Habis tu
macam mana dengan suami kau? Dia tak pelik ke tiba-tiba Yadh datang rumah
kauorang?”
“Ha. Nasib baik mamat
tu tak ada dekat rumah masa dia datang. Beberapa minit selepas Yadh balik,
mamat tu pun sampai. Dia terkejut tengok aku duduk sorang-sorang dekat luar.
Nasib baik lah tak kantoi.”
“Apa yang si Yadh tu
nak dari kau Lish? Kau tak slow talk
dengan dia ke tentang ni?” Sofina juga ikut risau. Dia sendiri tidak mengerti
mengapa Ammar Riyadh masih tidak mengalah untuk mendapatkan Qalish semula
walaupun lelaki itu sudah tahu tentang status Qalish sebagai isteri orang.
“Aku tak sempat nak slow talk dengan dia, dia dah bertindak
di luar jangkaan aku. Memang gila betul mamat tu. Datang rumah aku sebab nak
hantar minuman kegemaran aku. Dia cakap dia buat ikhlas. Macam lah aku tak
boleh beli dekat tempat lain.”
“Kau kena bertindak
cepat Lish. Kau tak boleh nak tunggu-tunggu lagi. Nasib baik masa dia datang
semalam suami kau tak ada. Kalau mamat tu ada, tak ke haru-biru jadinya?”
“Ya Sofi aku tahu.
Semalam pun aku dah marah Yadh. Aku cakap aku tak nak pun dia susah payah buat
semua ni untuk aku. Dah berbuih mulut aku ni marah dia. Tapi dia tetap jugak
macam tu.”
“Susah kalau berurusan
dengan orang tak faham bahasa melayu ni. Kau terima ke air yang dia bagi tu?
Kau jangan sembarangan je terima apa yang dia bagi. Entah-entah dia letak something dalam minuman tu.”
“Hish, tak kan lah
sampai macam tu sekali?” Qalish pantas menggelengkan kepalanya. Dia membangkang
buah fikiran Sofina yang padanya tidak releven lagi pada masa kini.
“Kau jangan nak
geleng-geleng kepala sangat Lish. Apa kau ingat zaman sekarang ni tak ada lagi
ke orang gunakan cara halus? Ada je Lish. Manusia sanggup buat apa sahaja untuk
dapatkan sesuatu yang dia nak.”
“Tapi aku tak rasa Yadh
akan bertindak macam tu.” Qalish masih tetap dengan pendiriannya. Dia
sememangnya tidak mempercayai tentang perkara itu.
“Lish, jangan kerana
kau masih sayang kan dia. Kau nak pertahankan dia habis-habisan. Ya, aku tahu,
tak baik bersangka buruk dengan orang. Tapi aku nasihatkan kau ni sebab tak nak
kau ambil mudah tentang perkara ni. Nanti kau menyesal tak sudah.”
“Tak ada cara lain nak
atasi masalah ni. Kalau aku cakap dengan Yadh yang aku benci kan dia, dia tetap
akan datang cari aku.”
“Okay macam ni lah. Apa
kata kau terus terang dengan suami kau tentang Yadh yang selalu kacau kau?
Sekurang-kurangnya bila Yadh ganggu kau lagi, suami kau tak akan fikir
bukan-bukan.” Sofina memberikan cadangan yang dia rasakan amat berguna pada
waktu itu.
“Aku nak terus terang
dengan mamat tu pasal ni? Eii Sofi.
Memang tak lah. Kau nak suruh mamat tu gelak kan aku ke?”
“Kenapa pulak dia nak ketawa kan kau?” Sofina
yang tidak mengerti itu lurus bertanya.
“Mamat tu mana suka
aku. Dia bukan kisah pun. Aku risau bila aku bagitahu dia, nanti dia fikir aku ni sengaja nak cari perhatian
dia. Tak nak lah. Dia tu dah lah tahu menyakitkan hati aku je.”
“Habis tu, kalau dia
tahu sendiri. Tak ke dia akan fikir macam-macam?”
“Biarlah kalau dia tahu
pun. Aku cuma harap keluarga kitaorang tak tahu pasal ni. Kalau mamat tut ahu
sekalipun, aku tak rasa dia terkesan dengan benda ni. Dia bukan ada perasaan
pun.” Putus Qalish Audrina tanpa mahu memikirkan jalan penyelesaian yang lain.
Dia faham benar tentang perangai suaminya yang tidak mempedulikan tentang dirinya.
“Hmm. Kalau dah itu
yang kau rasa terbaik buat masa ni. Tak apalah, tapi kalau kau rasa idea aku
tadi tu rasional. Kau fikir-fikir kan lah balik.” Ujar Sofina seraya meneruskan
suapan ke dalam mulutnya.
“Thanks Sofi. Sebab kau tak pernah penat menasihati aku. Sayang
kau..”
“Tak ada apalah. Kau
kan kawan baik aku, dunia akhirat. Dah, cepat makan. Banyak lagi tau kerja kita
kat butik tu.”
“Kau ni dah macam owner butik tu. Kau yang terlebih kisah
pasal butik aku tu.” Selorohnya seraya meneguk sedikit air tembikai laici yang
tidak diusik sedari tadi.
“Tak apalah, kau kan
dah kaya. Bagi lah aku merasa nak jadi boss pulak.”
“Banyak lah kau punya
kaya. Aku pun makan gaji juga ni Sofi.”
“Makan gaji lah sangat
kalau setiap bulan income masyuk,
siap boleh tanggung laki sendiri lagi.”
“Sofi! Kau jangan
macam-macam. Aku sumbat garfu dalam mulut kau nanti, baru tahu.”
“Gurau je lah. Dah,
cepat makan. Kesian ayam tu, dari tadi menangis kau tak usik dia langsung.”
Ujar Sofina memujuk Qalish lembut supaya menjamah makanannya.
*****
“Kau nak pergi mana
malam-malam buta ni?” Nedzrish menegur Qalish Audrina apabila dilihat isterinya
sedang mengatur langkah untuk ke pintu rumah mereka bersama kunci kereta di
tangannya. Dia membelek isterinya yang berpakaian menutup aurat seperti mahu
keluar sahaja lagaknya,
“Nak keluar sekejap,
pergi butik.” Dia menyangka suaminya sudah tidur kerana sebelum dia menukar
pakaian, dia melihat Nedzrish sedang berbaring di atas sofa.
“Kau ni demam ke? Dah
lewat malam dah ni. Tahu lah kau tu worker
holic, tapi tak kan lah sampai nak tidur dekat butik kot.”
“Tidur dekat butik apa pulak ni? Saya tertinggal rekaan baju
dekat butik lah. Lepas saya ambil rekaan tu, saya balik lah rumah.” Qalish
malas mahu melayan Nedzrish yang banyak tanya itu, dia pantas membuka pintu.
“Aku ikut.”
“Hah? Nak ikut buat apa
pulak?” Gerutu Qalish Audrina. Bukan
ke selama ni suaminya tidak pernah kisah dia mahu kemana? Mengapa hari ini
suaminya ambil tahu pula? Dia menjadi pelik pula dengan sikap suaminya.
“Kau ni dah cukup hebat
ke nak keluar sorang malam-malam macam ni? Tak takut? Kita ni duduk dekat
bandar metropolitan Kuala Lumpur tau. Bukan duduk dekat Felda Air Tawar.”
“Apa kaitan Felda Air
Tawar dengan saya nak keluar pergi butik ni?”
“Kenapa lah aku ada
isteri bengap macam kau ni. Hoi! Kau tu perempuan, kan bahaya orang perempuan
keluar sorang-sorang waktu macam ni. Dah pukul 1pagi ni Qalish.” Hilang sabar
juga dia melayan pertanyaan isterinya yang dianggap tidak matang itu.
“Caring jugak sebenarnya awak ni kan?”
“Ini bukan soal caring. Ini soal keselamatan lah bijak.”
“Caring lah tu. Tak nak mengaku pulak.”
Qalish cebik bibir. Bosan dengan sikap Nedzrish yang tidak pernah mahu mengakui
kebenaran.
“Dah, bak sini kunci
kereta ni. Biar aku drive.”
“Kau tunggu apa lagi?
Kata nak pergi ambil design? Ke kau
nak suruh aku lukis muka kau dekat atas kertas? Baru kau nak pergi butik?”
Nedzrish berpaling menghadap isterinya yang masih lagi tercegat di muka pintu.
“Err. Yelah-yelah.. Nak
pergi lah ni.” Dia cepat-cepat menyarung selipar lalu mengunci pintu.
Nedzrish memberhentikan
kereta milik isterinya dihadapan butik isterinya. Matanya meliar memerhati
keadaan sekeliling yang agak sunyi itu. Hanya ada beberapa orang sahaja yang
sedang berbual kosong di hujung lorong bangunan itu. Dia pelik bagaiman
isterinya memberanikan diri untuk pergi ke butik itu seorang diri.
“Awak. Tunggu dalam
kereta eh? Saya nak masuk dalam.”
“Lish, kau selalu ke
pergi butik waktu-waktu macam ni?”
“Tak adalah selalu.
Tapi kalau saya ada tertinggal benda-benda penting macam ni, saya terpaksa lah
datang sini sorang. Saya dah biasalah Rish.”
“Kau dah biasa kau
cakap? Kau sendiri tengok kawasan butik kau ni gelap dan sunyi. Kalau orang
jahat nak ambil kesempatan atas kau, bila-bila masa je. Kau tu dah lah pakai
kereta mewah macam ni. Lagilah perompak suka tau.” Tanpa dia sedar, dia
menuturkan kata-kata berbaur kerisauan terhadap keselamatan isterinya. Qalish
Audrina terpegun mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut Nedzrish
dengan rasa tidak percaya.
“Rish. Apa yang awak
nak risau kan, kat sini bukan tak ada security
guard.”
“Ada ke tak ada ke. Itu
bukan masalah dia. Masalah dia sekarang ni kau jangan nak tunjuk berani pergi
butik sorang diri. Lepas ni, pastikan kau bawa balik segala benda yang kau rasa
penting. Jangan menyusahkan diri sendiri.”
“Awak ni, sama lah
macam kawan saya. Selalu fikir jauh kehadapan.” Tiba-tiba dia teringatkan
sahabat baiknya Sofina yang selalu menasihatinya tentang apa yang tidak
terlintas di dalam fikirannya.
“Sebab tu lah aku jadi
suami kau, fikiran aku lagi bijak daripada kau. Dah, kau nak ambil ke tak rekaan
baju kau tu? Nak aku teman?”
“Tak payah. Awak tunggu
je dekat sini. Saya pergi tak lama.”
*****
“Sorry, sebab terpaksa susah kan awak teman saya lewat malam macam
ni.” Qalish Audrina bersuara memecah kesunyian antara mereka semasa dalam
perjalanan untuk pulang semula ke rumah mereka.
“Tak ada hal lah.
Lagipun bukan kau yang suruh aku teman. Aku sendiri yang nak teman kan kau
kan.”
“Saya musykil lah
dengan awak ni. Kenapa tiba-tiba awak prihatin semacam je dekat saya? Awak dah
jadi baik eh?” Soal Qalish Audrina tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Dia hairan
melihat kesanggupan Nedzrish untuk menemaninya keluar waktu-waktu begini.
“Bila masa pulak aku ni jahat?”
“Sebelum ni, awak mana
pernah layan saya elok-elok. Asal bercakap dengan awak je, awak nak
marah-marah. Tak reti nak cakap baik-baik. Ni tiba-tiba ambil kisah pulak saya nak kemana. Dah kenapa?”
“Suka hati aku lah nak
ambil kisah ke nak ambil pusing sekalipun. Aku punya suka lah.” Dia malas mahu
melayan Qalish Audrina yang banyak tanya itu. Sejujurnya dia menemani isterinya
atas dasar tanggungjawab. Dia tidak mahu dirinya disoal siasat oleh kedua-dua
ahli keluarga mereka kerana lalai menjaga isterinya.
“Pelik lah awak ni.”
“Aku nak beli burger
dekat depan sana tu. Kau nak burger apa?” Nedzrish memperlahankan kenderaannya
saat keretanya hampir tiba di selekoh itu.
“Nak beli dekat mana?”
“Depan sana tu ada
kedai burger. Kat tepi jalan tu. Kau nak ke tak nak?” Nedzrish mulai mahu naik
angin. Bukan Qalish Audrina lah jikalau wanita itu tidak bertanya macam-macam
kepadanya. Ada sahaja yang ingin ditanya oleh wanita itu. Jawab sajalah, mahu
atau tidak. Itu pun susah.
“Awak nak beli burger
dekat tepi jalan?” Soal Qalish Audrina dengan nada yang tidak senang.
“Yelah. Habis tu tak
kan aku nak buat sendiri burger dekat rumah. Mana ada bahan. Haish kau ni.”
“Tak payah lah beli
dekat sini.”
“Kenapa pulak kau ni? Kalau kau tak nak beli kau
tunggu jelah dalam kereta ni. Perut aku dah menari-nari tahu tak. Lapar.” Dia
mula meninggikan sedikit suaranya kerana bengang dengan sikap Qalish yang
banyak songeh itu.
“Kita pergi McDonald
jelah. Tak jauh pun dari sini.”
“Aku nak makan burger
tepi jalan. Bukan nak makan burger McDonald lah sengal. Apa masalah kau ni nak
halang aku nak makan apa?” Dia mematikan enjin keretanya setelah memarkirkan
kenderaan itu di tepi jalan.
“Awak, McDonald buka
24jam kan. Kita pergi beli burger awak
dekat sana jelah. Tak payah lah beli dekat sini.”
“Tak payah nak membazir.
Dekat sana sebiji burger dah cecah RM6. Dekat sini baru Rm2.50 tau. Kau nak
lebih sos pun boleh. Kedai burger tepi jalan ni mengamalkan konsep JMS.”
“Erk. JMS tu apa Rish?”
“Jimat Murah dan Sedap.
Dah, tak payah banyak cakap sangat, aku dah lapar dah ni.” Ujarnya seraya
mencapai beg dompetnya yang diletak di dashboard.
“Apa salahnya kita
pergi McDonald. Sini tak bersih lah awak. Nanti awak sakit perut.” Akhirnya
berjaya juga dia menerangkan mengapa dia tidak mahu suaminya membeli di gerai
tepi jalan itu. Qalish Audrina sememangnya amat teliti tentang kebersihan. Dia
bukan lah seorang wanita yang ambil mudah tentang kebersihan.
“Apa benda yang kau
mengarut ni? Pandai-pandai kau je cakap dekat sini tak bersih. Aku dah lebih
50kali makan burger abang ni. Tak pernah pulak
aku sakit perut. Apa kau ingat restoran mahal-mahal tu bersih sangat lah?”
Wajahnya sudah cemberut mendengar kata-kata isterinya yang dianggap sombong dan
berlagak itu.
“At
least kita tahu tahap kebersihan dia macam mana. Sebab
tempat memasak dia pun proper. Ini
kalau kedai tepi jalan, dengan asap kereta. Udara yang tak bersih. Kan effect dekat makan tu sekali.” Dia hanya
menyatakan apa yang dirasakan benar, tanpa ada niat untuk menghina sesiapa.
“Sekurang-kurangnya
bila kau beli makanan tepi jalan macam ni kau boleh tengok dengan mata kepala
kau sendiri apa yang diaorang bubuh dalam makanan kau tu. Kalau kau beli dekat
restoran, diaorang masak dekat belakang. Macam mana kau yakin yang kebersihan
tu terjaga sedangkan kau tak nampak?”
“Awak jangan lah fikir
macam tu. Restoran-restoran macam tu kan berkualiti. Mestilah diaorang jaga
semua tu.” Qalish membangkang apa yang diperkatakan oleh suaminya. Sejak dari
dulu lagi dia tidak selesa dan betah untuk makan di gerai tepi jalan walaupun umi
dan abahnya selalu makan di tempat sebegitu.
“Untuk pengetahuan kau
Qalish. Aku memang dah biasa makan gerai-gerai tepi jalan yang pada kau tak
bersih. Tapi selama aku hidup, gerai-gerai tepi jalan ni lah tempat aku melahap
bila lapar. Aku bukan memilih macam kau.” Keras kedengaran suara suaminya.
Setelah itu Nedzrish segera keluar dari perut kereta dan menuju ke arah kedai
itu. Qalish Audrina tergamam seketika. Bukan niat dia untuk membuat suaminya
sentap dengan kata-katanya.
No comments:
Post a Comment