“Abang Rief dah semak
fail yang Syaq bagi semalam?” Syaqilah memulakan bicaranya setelah dia
melabuhan duduk di hadapan abangnya.
“Dah.” Balasnya sepatah
dengan wajah yang tegang.
“Is everything okay?”
“Kan abang dah cakap
dengan Syaq, abang perlukan arkitek yang berpengalaman untuk projek ni. Kenapa
tak ikut apa yang abang suruh?” Soalnya tegas. Wajahnya yang tanpa secalit
senyuman kadangkala membuatkan Syaqilah sedikit gerun berhadapan dengan
abangnya apabila melibatkan soal kerja.
“Abang tak bagitahu pun
abang nak arkitek yang macam mana kan? Kalau abang nak mempertikaikan soal
pengalaman, arkitek yang Syaq cari ni dah lebih 7tahun berkhidmat. Abang nak
berapa lama? 20 tahun?” Soalnya keras. Sedikit tertekan dengan karakter abangnya
yang terlalu cerewet jikalau ada sesuatu yang tidak memuaskan hati lelaki itu.
“Syaq dah kerja dengan
abang berapa lama?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Baru 2tahun. Kenapa?”
“Syaq rasa Syaq dah
cukup berpengalaman dalam bidang ni? Kalau abang bagi projek 1juta, Syaq boleh handle seorang diri?” Ujar Nazrief, cuba
untuk menggunakan kaedah psikologi.
“Mesti lah tak.”
“Okay, Syaq dah faham
dah apa yang abang nak sampaikan. Pengalaman bukan terletak pada berapa lama
kita bekerja, tapi ianya meliputi semua kriteria. Kan?” Syaqilah mengeluh
perlahan. Sepanjang bekerja dengan lelaki itu, tidak pernah satu pun kerjanya yang
memuaskan hati abangnya.
“That’s my sister. You know what you need to do?” Kali ini, senyuman
nipis menghiasi bibirnya.
“Ya, ada apa-apa lagi
tak yang tak puas hati? Syaq tak nak buat kerja dua kali.”
“Nope. Yang lain abang puas hati. Syaq bukan tak boleh jadi yang
terbaik, tapi Syaq belum cukup usaha untuk jadi yang terbaik. All the best.” Nazrief seorang yang
tidak banyak bicara, tetapi kalau sekali dia memberi nasihat, berguna juga
nasihat lelaki itu.
“Thank you.” Balasnya sekadar mahu mengambil hati abangnya.
“Syaq, apa pandangan
Syaq tentang Qalish?”
“Qalish? Wife Rish?” Soalnya bersama dahinya yang
sudah berlapis.
“Yelah, Qalish mana
lagi yang kita kenal selain daripada isteri adik kesayangan Syaq tu.”
“Kenapa dengan dia?
Syaq tengok dia tu baik, sopan. Dengan imej dia yang bertudung tu, Syaq nampak
Lish seorang perempuan yang boleh dikategorikan sebagai perempuan ayu. Kenapa
abang?”
“Abang terserempak
dengan dia semalam dekat hotel, masa abang tunggu kawan lama abang. You know what, abang rasa dia seorang
wanita yang sangat perfect. Dia ada
semuanya.” Entah kenapa, sejak kebelakangan ini dia sering memikirkan tentang
adik iparnya.
“Amboi, abang duk puji
isteri orang tu. Abang jumpa dia dengan Rish ke?”
“Rish nak pergi tempat
macam tu? Budak hingusan tu mana ada duit nak makan tempat mewah macam tu.
Abang jumpa Lish sorang je, kebetulan dia baru lepas jumpa klien.”
“Abang Rief ni, tak
baik cakap macam tu. Rish jadi macam tu pun sebab papa yang tak mewah kan dia
macam mana papa mewah kan kita.” Meskipun Syaqilah bekerja satu bumbung dengan
abangnya dan hubungan mereka agak rapat kerana sering bekerja bersama, namun
apabila berbicara soal adik kesayangannya. Sudah tentu dia akan menyebelahi
adiknya, tidak kira apa pun situasinya.
“Abang rasa mesti Lish yang
tanggung Rish sekarang ni kan. Yelah Lish tu duit berkepuk-kepuk, senang lah
hidup Rish sekarang ni. Nak duit je minta isteri. Makin pemalas lah budak tu.”
Tanpa rasa bersalah dia terus melemparkan tuduhan melulu ke atas adiknya.
“Abang. Abang tahu tak
kalau Lish dengan Rish dengar mesti diaorang kecil hati. Tak baik bersangka
buruk dengan darah daging sendiri.”
“Bukan bersangka buruk
lah Syaq, abang cakap apa yang abang nampak. Kita semua tahu yang Lish tu
seorang wanita yang ada kerjaya yang hebat, setakat Rish tu. Tak ada masalah
kan untuk dia support?” Dalam diam
dia mengharapkan Syaqilah bersetuju dengan pendapatnya.
“Biarlah, itu kan hal
rumah tangga diaorang. Buat apa kita sibuk nak masuk campur.” Syaqilah seperti
sudah bosan dengan topik perbualan mereka kerana ianya melibatkan tentang adik
bongsunya. Bukan nya dia tidak tahu abangnya cemburu kerana adik mereka
dijodohkan dengan perempuan seperti Qalish Audrina.
“Abang bukan apa, abang
cuma kesian dekat Lish je. Dia sebenarnya selayaknya untuk dapat lelaki yang
setaraf dengan dia. Bukan macam Rish tu, serba serbi pemalas.”
“Abang, ini Syaq nak
pesan eh. Kalau melibatkan soal jodoh, kita tak ada hak untuk mempertikaikan
kenapa dia kahwin dengan orang ni, kenapa bukan orang lain yang jadi suami dia.
Tak abang, jodoh tu tak kira siapa pun kita. Kalau ALLAH dah tetapkan jodoh
kita macam tu, kita kena terima.”
“Lish perlu kan seorang
lelaki yang matang. Macam abang, mungkin?” Bicaranya tanpa mempedulikan wajah
adiknya yang sudah berkerut mendengar kata-katanya.
“Abang tak payah nak
perasan boleh tak? Abang kalau nak sangat kahwin, cemburu tengok Rish dah jadi
suami orang. Pergi lah kahwin dengan mana-mana skandel abang. Abang kan lelaki
terhangat, pilih je lah yang mana abang suka.” Selesai memerli abangnya, dia
bingkas bangun. Lama-lama disitu hanya akan menyakitkan telinganya sahaja
terpaksa mendengar cercaan abangnya terhadap Nedzrish.
“Skandel-skandel aku
semua tu, tak ada seorang pun yang sama macam Qalish.” Perlahan sahaja
bicaranya, namun masih sempat didengari oleh Syaqilah sebelum dia meninggalkan
bilik abangnya.
*****
Haiqal menerima
kedatangan Nedzrish pagi itu dengan senang hati. Sudah lama Nedzrish tidak
berkunjung ke rumahnya sejak mereka cuti semester. Ada pun mereka cuma bertemu
di kedai makan, itu pun sekadar untuk berbicara mengenai masalah Nedzrish.
“Apa mimpi ni bro datang rumah pagi-pagi ni?” Sapa
Haiqal mesra setelah Nedzrish melabuhkan punggung di atas kerusi rotan.
“Semalam aku dapat
mimpi. Pasal kau.”
“Mimpi pasal aku? Eh,
macam pelik je. Aku tak ada rindu kan kau pun semalam.” Kadangkala Haiqal juga
boleh tahan lurus bendul orangnya. Nedzrish tahan tawa melihat sahabatnya yang
benar-benar serius bertanya itu.
“Mana aku tahu. Dah nak
termasuk dalam mimpi aku. Tak kan nak halang kot?”
“Mimpi pasal apa Rish?”
Soalnya bersungguh-sungguh ingin tahu.
“Aku mimpi, yang kau
nak masak kan something special untuk
aku pagi ni. Itu yang aku datang singgah ni.” Ujar Nedzrish sambil
tersengih-sengih. Haiqal yang sedar dirinya sedang dipermainkan, mendengus
kegeraman.
“Banyak lah kau mimpi!
Cakap saja lah yang kau tu nak makan dekat sini, apasal? Bini kau tak masak
eh?”
“Selalunya dia masak
untuk aku, walaupun ada kalanya aku tak makan apa yang dia masak. Tapi entahlah
hari ini, aku tengok tudung saji tadi tak ada apa pun. Dia terlupa kot.”
Nedzrish malas mahu memikirkannya. Mungkin isterinya bekejar untuk ke butik
sehingga terlupa menyediakan makanan untuknya. Biarlah, dia pun bukan kisah
sangat.
“Kira bagus jugak lah
isteri kau ni kan Rish. Walaupun kauorang kahwin secara terpaksa, tapi dia
tetap jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.” Ujarnya kagum dengan
sifat isteri Nedzrish. Selalunya apabila berbicara soal perkahwinan secara
terpaksa, sudah tentu pasangan suami isteri itu akan membuat hal sendiri. Tidak
mempedulikan langsung tentang tanggungjawab masing-masing.
“Yang itu jelah, kalau
lebih-lebih aku tak bagi. Sebenarnya aku tak suruh dia masak untuk aku, tapi
dia yang gatal sangat nak masak. Lantak dia lah.”
“Kau ni Rish, dah dapat
isteri baik macam tu pun kau masih tak nak bersyukur. Cuba lah hargai apa yang
dia buat untuk kau.” Ujarnya menasihati Nedzrish. Dia tidak senang mendengar
bicara sombong sahabatnya.
“Kau nak suruh aku
hargai macam mana, kau nak suruh aku julang dia macam piala?” Soalnya seraya
mencapai surat khabar Berita Harian.
“Ke situ pulak kau ni. Maksud aku, kau hargai lah
penat lelah dia masak untuk kau. Ini kau sendiri yang cakap, kadang-kadang kau
tak makan pun apa yang dia masak. Tak baik tau Rish buat isteri kau macam tu.”
“Dah memang aku tak
suka dekat dia, nak buat macam mana?”
“Yelah-yelah.. Aku
kalau bercakap dengan kau, aku yang tewas dulu. Kau tu kalau bercakap, asyik
tak nak mengalah je.” Haiqal sudah bosan bercakap dengan dirinya, ada sahaja
kata-kata Haiqal yang dibangkan oleh Nedzrish.
“Dah kau bercakap
tentang orang yang aku tak suka, memang lah aku reject habis-habisan.”
“Okay kalau macam tu,
aku nak tanya pasal Mel. Dah lama aku nak tanya kat kau, tapi asyik lupa je.”
“Apasal pulak dengan
perempuan gedik tu?”
“Eh, dengan Mel pun kau
tak suka ke? Perempuan gedik apanya, dia kan girlfriend kau Rish.” Ujar Haiqal kebingungan dengan respon
daripada sahabatnya apabila nama Amelda Imani dibangkitkan.
“Yelah.. Kau macam lah
tak tahu girlfriend aku tu gedik semacam,
sakit mata aku tengok dia tu.”
“Gedik-gedik pun, dia
lah satu-satunya perempuan yang sabar dengan perangai mengarut kau selama ni.
Kau jangan lupa tu Rish.” Sengaja dia ingin mengingatkan Nedzrish tentang apa
yang telah dilalui oleh temannya dengan Amelda Imani.
“Kau tak payah lah nak
membebel. Kau nak tanya apa tadi?”
“Kau dengan Mel masih
macam dulu lagi ke? Maksud aku, masih lagi keluar minum sama-sama?”
“Ha yelah. Bila masa
pulak aku break dengan dia?” Soalnya
agak keras. Apa punya soalan lah si Haiqal ni beri pada dia. Tidak mencabar
mindanya langsung.
“Tak adalah, aku bukan
nak menyibuk. Tapi kau kan dah ada isteri sekarang. Mana lah tahu kau dah tak
layan Mel lagi dan fokus dengan perkahwinan kau.”
“Apa benda yang kau
merapu ni Qal? Tak ada masa lah aku nak fokus dengan perempuan tu, aku kahwin
ni pun sebab terpaksa. Kalau ikut kan hati aku, nak aje aku bawa Mel jumpa
orang tua aku.”
“Dah kenapa kau tak
buat macam tu sebelum kau kahwin?”
“Kau sendiri tahu kan
yang papa aku tu singa jadian. Nak suruh aku ni kena sembelih hidup-hidup ke
kalau bagitahu dia yang aku tak nak kahwin dengan isteri aku?”
“Tahu pun kau. Kau tahu
papa kau jenis macam mana, tapi kau sendiri tak ambil peduli tentang isteri
kau. Kau dah lain sekarang Rish, kau dah ada isteri. Soal terpaksa ataupun suka
rela, itu jatuh nombor 2. Yang penting sekarang ni, perkahwinan ni sah. Kau dah
ada tanggungjawab. Jangan buat main soal tanggungjawab ni Rish.” Haiqal
sememangnya seorang yang matang apabila berbicara soal kehidupan. Dialah yang
banyak menasihati Nedzrish yang tidak ambil peduli tentang semua itu.
“Habis tu kau nak suruh
aku tinggal kan Mel ke? Kau tahu kan Mel kejar aku berapa lama? Tak kan aku nak
kecewa kan dia. Lagi pula aku memang sayang kan Mel. Tak ada yang kedua mahupun
ketiga.”
“Cinta tak semestinya
memiliki Rish. Kadang-kadang tu bila kita melepaskan seseorang yang kita sayang
pergi dari hidup kita, kita akan lebih bahagia. Sebab kita buat semua tu untuk
kebahagiaan dia juga. Bukan kah cinta perlu kan pengorbanan?” Ujarnya persis
seorang doktor cinta.
“Tapi aku belum
bersedia untuk lepaskan Mel pergi dari hidup aku. Aku dah lama dengan dia. Dia
tahu aku jenis macam mana, dia faham apa yang aku nak, apa yang aku tak suka.”
“Aku pun tak sanggup
nak tengok Mel sedih. Aku dengan Nadim yang jadi saksi kisah cinta kauorang ni.
Aku tahu walaupun kau nampak macam tak kisah, kau sayang sangat dekat Mel. Tapi
kau ada pilihan lain ke Rish?”
“Buat masa sekarang ni
aku tak nak Mel pergi jauh dari aku. Sampai bila-bila pun aku tetap perlu kan
dia.” Tuturnya penuh keikhlasan. Ya, hingga saat ini tiada apa pun yang dapat
menggugat kesetian cintanya terhadap gadis itu.
“Tak apalah, aku cuma
cakap apa yang aku rasa perlu untuk aku
nasihat kan kau. Jom lah kita makan, aku ada beli nasi lemak. Kebetulan ada
lebih, rezeki kau lah kawan.” Haiqal menepuk lembut bahu Nedzrish sebelum dia
berlalu untuk ke dapur. Nedzrish masih lagi duduk termenung disitu, mindanya
sedang mencerna setiap kata-kata sahabatnya.
*******
Bunyi deruan motorsikal
di luar rumah mematikan lamunan pendek Qalish Audrina. Dia yang baru sepuluh
minit tiba di rumahnya bingkas bangun untuk membuka pintu.
“Apa awak ni, duk
raba-raba dahi saya? Dah kenapa? Gila ke?” Laju sahaja mulutnya menyoal
suaminya. Tangan Nedzrish yang tiba-tiba melekap pada dahinya menimbulkan rasa
pelik.
“Tak panas pun.”
“Memang lah tak panas.
Dah saya tak demam, awak nak suruh saya sakit ke?” Soalnya agak sedikit
meninggi. Geram dengan sikap suaminya yang entah kenapa itu.
“Mana lah tahu kau
demam kus-kus ke, sebab tu balik awal
hari ni. Salah tengok jam ke?” Nedzrish selamba memerli isterinya. Terkejut
juga dibuatnya melihat wajah isterinya terjengul di depan matanya. Selalunya
waktu-waktu sebegini Qalish masih berada di butiknya.
“Haah lah, jam saya
rosak tadi. Baru pukul 6 eh?”
“Jam rosak ke kau
sengaja balik awal sebab rindu kan aku? Mengaku lah cepat.”
“Eii... Tak payah nak
perasan sangat boleh tak? Tak malu!” Dia sengaja menolak tubuh Nedzrish,
kemudian dia melabuhkan duduk di atas sofa.
“Dah kenapa kau balik
awal ni? Butik kau dah bankrupt ke?” Dush! Lancang sahaja mulutnya
berkata-kata. Tidak dihiraukan wajah Qalish yang sudah mula mahu naik hantu
itu.
“Amboi mulut dia kan,
serupa macam mulut orang tak pergi sekolah. Saya punya suka lah nak balik awal
pun, bukan kacau awak pun kan?”
“Siapa cakap kau tak
kacau aku? Selalunya waktu-waktu macam ni, aku sorang je ada dekat rumah ni.
Tiba-tiba hari ni kau ada, menyemak tahu tak?”
“Awak tak payah lah
risau, saya nak keluar pun ni. Duduk lah rumah ni sorang-sorang.” Dia bingkas
mencapai beg tangannya lalu selepas membetulkan selendang yang dipakainya dia
bangun untuk menuju ke arah pintu.
“Aku dah cakap dah, kau
ni mana boleh duduk dekat rumah lama sikit. Punggung tu asyik panas je nak
keluar rumah. Nak pergi mana pulak
ni?” Walaupun dia kelihatan seperti tidak kisah, namun dia tetap mengambil tahu
kemana isterinya mahu pergi.
“Nak pergi hantar
kereta kat car wash. Dah lama tak
basuh kereta ni.”
“Kenapa orang senang
macam kau ni suka membazir ek?”
Nedzrish turut bangkit. Sekarang dia betul-betul berdiri di hadapan Qalish
Audrina.
“Apa maksud awak?”
Soalnya tidak mengerti.
“Kau hantar kereta
pergi car wash, kau tak rasa membazir
ke? Sedangkan kau boleh basuh kereta kau sendiri? Tahu tak?”
“Mana ada membazir. Saya
bagi duit dekat orang tu, then dia
pun basuh kereta saya. Bila dah siap, saya bawa kereta balik rumah. Mana ada
membazir, kan?”
“Susah kalau bercakap
dengan orang yang tak tahu hargai nilai duit. Bak sini kunci kereta kau.”
“Awak nak buat apa pulak?”
“Nak bagi ke tak nak?
Kalau tak nak bagi aku cium kau. Nak?” Nedzrish sengaja mendekatkan bibirnya ke
hujung hidung isterinya. Qalish Audrina cepat-cepat menyerahkan kunci keretanya
kepada si suami tanpa dia mengetahui apa yang mahu dilakukan oleh Nedzrish.
“Duduk dalam diam-diam.
Kalau kau nak terbongkang atas katil pun pergi lah. Kau kan penat.” Ujarnya
sebelum segera menghayunkan kaki ke arah Nissan Teana milik Qalish.
i've waited fr kesinambungan cerita ni..... bestnyaaa. bila nak update lg kak?
ReplyDeleteSoon. Another 2days kite update. Kalau baik hati malam nanti will update lg ;) hehe anyway tq for readingg
DeleteSoon. Another 2days kite update. Kalau baik hati malam nanti will update lg ;) hehe anyway tq for readingg
Delete