“Yeay! Dah habis exam!”
Amelda Imani bersorak girang. Wajah ceria jelas terpamer di muka gadis itu
tiba-tiba memakai tudung pada hari terakhir peperiksaan. Nedzrish Eskandar yang
sedang berjalan menuju ke arahnya hanya membuat wajah kosong. Tak dapat jawab exam lah tu…
“Hai sayang. How
was your exam? Boleh jawab tak?” Sapa Amelda Imani manja. Dia kemudiannya
melambaikan sahaja tangannya ke arah rakan-rakannya yang sudah beransur pulang
ke rumah masing-masing.
“Boleh lah, apa yang I baca tak keluar.” Balas
Nedzrish dengan riak wajah bersahaja. Amelda Imani terasa mahu gelak sahaja
tapi pantas dia menekup mulutnya. Bimbang Nedzrish akan kecil hati dengannya.
“You belajar ke tak sebenarnya? Subject yang you tak minat kan tadi?”
“Belajar lah. Tapi baru buka buku malam tadi.”
“Rish Rish… I tak tahu lah nak cakap macam mana lagi
dengan you tau. Satu pun cakap I ni you tak nak dengar. Macam mana you nak
lulus dengan cemerlang kalau belajar pun ala kadar.” Amelda Imani sudah mula
tazkirahnya pada hari terakhir mereka berada di kampus UiTM Shah Alam untuk
semester itu.
“I tak suruh pun you nasihat kan I. Sebab you
sendiri tahu nasihat you tu sama macam mencurah air di laut yang tenang, tak
akan ada apa-apa yang berubah.”
“Wei bongok! Bukan mencurah air di laut yang tenang
lah. Cakap dengan you ni serupa macam mencurahkan air ke daun keladi.
Peribahasa pun masuk longkang you ni.” Bebel Amelda Imani lalu dia mengetuk
badan Nedzrish dengan hujung failnya.
“Sama je lah tu. I bukan Cikgu Bahasa Melayu pun nak
cakap dengan ayat yang betul. Asalkan ada bunyi macam peribahasa, cukup la.”
Nedzrish membalas. Dia tidak pernah mahu mengaku kesilapan dirinya.
“Cakap dengan you ni memang tak ada ruang langsung I
nak menang Rish.”
“Sebab you tu lembik, sebab tu lah you selalu kalah.
Lepas ni nak pergi mana?” Mereka sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke arah
tempat parking kenderaan.
“I bukan lembik lah. Sebab I malas nak bergaduh
dengan you ni, buang masa je bertekak dengan kayu balak. Hmmm. I ingat nak
pergi tengok wayang. Teman?” Amelda Imani mencuri pandang wajah Nedzrish yang
tegak memandang ke hadapan. Lelaki itu perasan gadis di sebelahnya sedang memerhatikan wajahnya namun dia buat tidak tahu sahaja.
“Nak tengok cerita apa? Patut lah you tak bagi I
bawa motor, you suruh I pergi kampus naik teksi. Rupanya nak paksa I teman you
tengok wayang. Kau mempergunakan aku eh?”
“Yang you pun satu hal, bendul sangat kenapa? Ikut
je apa yang I suruh buat. Padan lah muka, siapa suruh lurus sangat.” Ujar
Amelda Imani sambil tertawa kecil. Meskipun Nedzrish sering kasar dengannya
tidak seperti teman lelaki lain, lelaki itu tidak pernah sekalipun membantah
apa yang dia suruh lakukan. Nedzrish akan mengikuti meskipun mulut lelaki itu
membebel memarahi dirinya.
“Kalau aku tak ikut cakap mak nenek ni, nanti dia
tuduh kita ada perempuan lain pulak.”
“Sayang jugak you dekat I kan Rish.” Ujar Amelda
Imani sambil tersenyum comel. Nedzrish spontan terpandangkan wajah comel itu
lalu dia turut sama menguntum senyuman tampan.
“Tak ada perempuan lain yang aku nak sayang,
terpaksa lah sayang kau.” Ujar Nedzrish menutup debaran di hati, dia tidak mahu
terlalu hanyut mencintai gadis itu kerana dia bimbang akan berlaku sesuatu yang
tidak mereka inginkan di masa hadapan, dan saat itu dirinya akan kecewa.
“Hmm. Susah sangat nak mengaku you sayang kan I.
Tapi tak apalah, asalkan you selalu berkepit dengan I, I tahu you hanya untuk I
sorang je. Kan Rish?”
“Ye lah kot. Dah cepat lah, nak tengok wayang ke
tidak ni?” Nedzrish sudah berdiri di sebelah pintu kereta tempat duduk
penumpang Suzuki Swift milik kekasihnya.
“Hmmm sayang.. I rasa macam malas lah nak drive, you jadi driver I hari ni boleh tak?” Soal Amelda Imani sambil menayangkan
kunci keretanya ke udara. Nedzrish mengeluh kasar.
“Kau ni macam-macam hal lah. Kalau sehari tak buat
perangai gedik tak boleh ke?” Kata Nedzrish sambil berpeluk tubuh. Wajahnya
masam merenung wajah comel Amelda Imani yang masih lagi tersenyum memandang
dirinya
“Tak boleh. I gedik dengan you sorang je. Bukan
dengan lelaki lain. Tak suka ke?"
“Suka sangat, rasa macam nak termuntah je tengok kau
menggedik. Dah pergi masuk kereta cepat, lambat tinggal.” Nedzrish segera
menyambar kunci kereta di tangan Amelda Imani. Tanpa mengendahkan Amelda Imani
yang sedang tercengang itu dia terus masuk ke dalam perut kereta dan
menghidupkan enjin.
“Hish dasar kayu! Tak romantik langsung. Ingatkan
nak buka kan pintu ke cakap elok-elok ke.” Bebel Amelda Imani sambil kakinya
segera dihayunkan kea rah tempat duduk penumpang.
****
Jam tangan yang dipakai di tangan kirinya dilirik
sekilas. Sementara itu jari jemarinya sedang melukis sesuatu di atas sekeping
kertas. Sesekali dia mengeluh melihat hasil kerjanya tidak seperti yang
diharapkan. Untuk kesekian kalinya dia mencampak kasar keras yang sudah
direnyukkan ke dalam tong sampah.
“Lish.” Sapa Sofina dari luar bersama ketukan pintu.
“Ya Sofi, ada apa?”
“Aku tak faham lah apa yang terjadi antara kau
dengan Riyadh. Kenapa kau tak nak jumpa dia? Aku rimas lah tengok dia berdiri
terpacak depan butik kau ni. Menganggu customer
keluar masuk je lah.” Sofina yang tidak tahu apa yang sedang terjadi dalam
hubungan Qalish dan teman lelakinya menyuarakan ketidakpuas hatiannya. Sudah
hampir satu jam lelaki itu berdiri di hadapan butik Qalish. Qalish sendiri
tidak membenarkan Ammar Riyadh untuk masuk ke dalam butiknya.
“Dia tak balik lagi ke Sofi? Aku ingat kan mamat
lembik tu dah balik kafe dia. Apa dia buat kat depan tu?” Soal Qalish Audrina
lalu dia tunduk mengutip kertas-kertas yang berselerekan di atas lantai.
“Dia tunggu kau keluar lah. Sekarang kan dah lunch hour, dia nak ajak kau makan kot.
Kau ni pun satu, yang kau tak bagi dia masuk dalam butik ni kenapa? Selalu tak
macam ni pun?” Sofina masih lagi tidak berpuas hati selagi Qalish tidak
menceritakan hal sebenar. Di dalam kepala Sofina sudah memikirkan pelbagai
andaian yang tidak elok sedang berlaku dalam hubungan cinta teman baiknya itu.
“Dia ni tak faham bahasa ke, kan aku dah cakap aku
tak nak jumpa dia. Aku malas nak keluar hari ini. Aku nak siapkan design kita yang terkahir ni,
pertandingan tak lama lagi kan.” Ujar Qalish sambil mempamerkan riak wajah
bosan bercakap mengenai Ammar Riyadh.
“Aku tahu lah kau ada banyak kerja, tapi kau tolong
lah jumpa mamat tu sekejap. Aku tengok dah macam orang mati bini dah, sekejap
dia berdiri tegak macam nak nyanyi lagu negaraku, sekejap dia duduk bersimpuh.
Tak sampai hati aku tengok dia macam tu.”
“Lantak dia lah Sofi. Tak ada kaitan dengan aku
lah.”
“Tak ada kaitan kau cakap Lish? Dia tu cinta hati
kau, bukan ke kau sayang bagai nak gila dengan Riyadh tu. Tak kan lah
bertengkar sikit terus kau merajuk macam ni. Pergi lah jumpa dia sekejap.”
Sofina masih lagi tidak jemu memujuk Qalish yang berwajah masam itu. Tidak
dipedulikan jelingan tajam daripada sahabatnya.
“Aku dah tak ada kaitan lagi dengan dia. Sofi please, tolong bagitahu dia aku tak nak
jumpa dia. Kalau dia masih lagi berdegil tak nak tinggalkan butik ni, aku tak
akan jumpa dia sampai bila-bila. Please
sampaikan Sofi.”
“Er tapi Lish, dia kan..”
“Kalau kau rasa aku ni kawan baik kau, tolong jangan
banyak tanya boleh tak? Kepala aku dah cukup berserabut dah ni.” Qalish Audrina
bersuara dengan nada marah yang ditahan-tahan. Dia tidak berniat untuk memarahi
temannya namun sikap Sofina yang kadangkala susah untuk memahami situasi yang
dihadapinya agak merimaskannya.
“Hmm. Okay Lish. Kau sambung lah balik kerja kau.”
Sofina akhirnya akur lalu dia segera keluar dari bilik Qalish Audrina.
Seketika kemudian Sofina kembali ke bilik Qalish
bersama jambangan bunga dan bungkusan plastik di tangannya. Dia mendapatkan
Qalish Audrina yang sedang tekun melukis di atas meja kerjanya.
“Lish. Boyfriend
kau dah balik.”
“Balik jugak akhirnya. Faham bahasa pun, ingatkan
tak faham bahasa melayu.” Balas Qalish acuh tak acuh. Sofina yang berdiri di
hadapannya menggeleng berkali-kali.
“Aku tak pernah nampak kau marah kan Riyadh teruk
sampai macam ni sekali. Kenapa ni Lish? Apa yang dia dah buat sampai kau marah
sangat?”
“Sofi, aku ada banyak sangat kerja nak kena buat ni.
Boleh tak kita cakap pasal ni lain kali?” Qalish malas mahu berterus terang
kerana padanya Sofina tentu akan masuk campur apabila dia mengetahui Ammar
Riyadh seolah-olah tidak serius dengan hubungan mereka kerana tidak bersetuju
dengan cadangan bapa Qalish.
“Itu je lah alasan kau kan Lish. Hmm tak apalah dah
orang tak cerita, apa nak buat.” Balas Sofina berpura pura terasa hati.
“Aku bukan tak nak cerita dekat kau Sofi. Tapi aku
rasa nanti dulu lah. Lagi pun aku tengah cuba nak selesaikan masalah ni dengan
dia sendiri.”
“Banyak lah kau punya cuba untuk selesaikan masalah
ni. Kalau kau nak selesaikan masalah kau orang berdua ni, bukan dengan cara
larikan diri macam ni. Serupa macam budak kecil bercinta aje kau ni Lish.”
Qalish menjegilkan matanya mendengarkan kata-kata sinis yang baru sahaja
meluncur keluar dari bibir Sofina.
“Kau tak tahu apa-apa Sofi. Boleh lah kau cakap
macam macam pasal aku ni.”
“Sebab tu lah aku nak tahu. Tapi kau yang suka
sangat berahsia dengan aku. Selagi aku tak tahu, memang aku akan anggap kau
salah.”
“Suka hati kau lah Sofi nak fikir aku ni macam mana.
Bukan nya kita boleh puaskan hati semua orang pun.” Ujar Qalish mendatar.
“Hmm tak apalah Lish. Kau selesaikan lah ikut cara
mana yang kau rasa terbaik. Hah ni buah hati pengarang jantung kau tu bagi. Sweet nya Riyadh tu, girlfriend tak nak jumpa pun tetap setia
tunggu dekat luar. Siap bawa kan makanan untuk kau lagi.” Sofina sengaja
memerli Qalish dengan riak wajah bersahaja. Dia meletakkan bungkusan plastik
dan jambangan bunga di atas meja wanita itu.
“Bunga ni kalau kau tak nak, jangan buang dalam tong
sampah tau. Kalau rasa bunga tu tak membawa apa-apa erti lagi, silakan campak
dekat atas meja aku nanti. Aku keluar dulu.” Sofina segera menghilangkan
dirinya di sebalik dinding kaca itu. Qalish mengeluh perlahan melihat sikap
Sofina. Dengan teragak-agak dia mencapai bungkusan plastik untuk melihat apa
yang ada di dalamnya.
Qalish tersentuh melihat minuman kegemarannya serta
sebungkus nasi ayam madu di dalam bungkusan plastik itu. Meskipun sudah
seminggu Qalish menjauhkan diri daripada Ammar Riyadh, namun lelaki itu tidak
pernah berhenti memujuk dirinya. Hari ini lelaki itu bertindak lebih berani
dengan berdiri lama di hadapan butiknya. Kemudian matanya tertancap pula pada
sekeping nota kecil berwarna kuning.
“I know you’re angry but I want you to
think about all the beautiful memories, that have made us believe that we’re
meant to be. I am sorry, bae...”
Qalish melipat kembali nota kecil itu lalu disimpan
di dalam laci meja kerjanya. Perlahan-lahan dia membuka bekas makanan itu. Dia
buntu, dia tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya kerana baginya jikalau
Ammar Riyadh benar-benar mencintainya sudah pasti lelaki itu tidak akan
mencipta alasan demi alasan untuk menikahinya.
No comments:
Post a Comment