“Ingatkan siapa yang datang tadi. Kenapa tak bagitahu dulu sebelum nak datang?”
Sapa Dato’ Ezzudin ramah bersama senyuman lebar tersungging di bibirnya. Dia
baru sahaja turun menyertai isterinya yang sedang melayan tetamu mereka pada
hari itu. Dato’ Ezzudin mengambil tempat di sisi isterinya.
“Kebetulan kami jenguk sedara kami dekat sini. Itu
yang singgah sekali ke rumah Din. Kami menganggu ke?” Balas Haji Azman ceria.
“Tak menganggu pun Abang Man. Saya memang tak ke
pejabat hari ini. Anak-anak ada urusan syarikat, kita ni dah tua duduk rumah
ajelah berehat dengan isteri tersayang.” Ujar Dato’ Ezzudin sambil matanya
terpandangkan Qalish Audrina yang baru sahaja keluar dari bilik air rumahnya.
Gadis itu terus bersalaman dengannya.
“Uncle
sihat?” Soal Qalish Audrina sekadar berbasa-basi. Inilah kali pertama dia
bertemu semula dengan keluarga rakan baik abahnya itu setelah Dato’ Ezzudin
berpindah ke tempat lain.
“Sihat Lish. Lish tak ke butik ke hari ini? Butik
Lish tutup hari apa ya?” Dato’ Ezzudin mulai selesa bersembang dengan bakal
menantunya.
“Tak pun uncle.
Saja ambil cuti. Butik Lish tutup hari Jumaat uncle. Kenapa? Uncle nak
datang ke?”
“Kalau Idah dengan Din nak tahu, Lish ni buka butik
pengantin juga selain daripada mereka pakaian moden untuk wanita dan lelaki. Ha
nanti boleh lah tempah busana pengantin dekat butik Lish.” Hajah Razitah
bersuara menceritakan sedikit sebanyak tentang kerjaya anak perempuannya.
“Wah. Bagus lah kalau macam tu. Tak payah
pening-pening nak pilih butik mana yang okay. Nanti ajak bakal suami kamu pergi
tengok baju pengantin mana yang kauorang berkenan. Uncle dah tak sabar dah tau nak timang cucu.” Ayat terakhir yang
diungkapkan oleh Dato’ Ezzudin disambut tawa oleh mereka semua kecuali Qalish.
Gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja sambil tersenyum nipis. Dia
seboleh-bolehnya tidak mahu kedua-dua bakal mertuanya mengesan riak wajahnya
yang tidak suka dengan perkahwinan itu.
“Tujuan kami datang ke sini selain daripada nak
melawat bakal besan kami ni, kami nak kenalkan Qalish dengan bakal suami dia.
Iyelah mereka kan tak pernah berjumpa.” Ujar Haji Azman setelah tawanya reda.
Qalish Audrina yang duduk dihadapannya sudah menelan liur berkali-kali. Dia
tidak tahu menahu langsung tentang rancangan orang tuanya yang mahu menemukan
dia dengan bakal suaminya. Dia langsung tidak bersedia untuk berkenalan dengan
lelaki itu.
“Laaa. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Rish keluar
jumpa kawan dia.” Datin Khalidah yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dan
sesekali tersenyum nipis bersuara pula.
“Eh tak apalah, kita sembang-sembang dulu. Makan
malam dekat sini sekali pun boleh kan Abang Man, Kak Zie? Rish kejap lagi balik
lah tu.” Dato’ Ezzudin mencelah.
“Tak apalah Din, kami datang lain kali ajelah nanti.
Ada banyak lagi masa nak kenalkan budak berdua ni.” Tolak Haji Azman lembut.
Dia kalau boleh tidak mahu menyusahkan kedua-dua sahabat baiknya itu.
“Ha, itupun bakal suami Lish dah balik. Panjang umur
dia, baru je kita sebut nama dia tadi.” Nedzrish yang baru sahaja melangkah ke
ruang tamu tercengang apabila semua mata yang ada disitu terarah kepadanya.
Namun wajahnya tetap bersahaja seperti tiada apa yang berlaku. Bukan dia tidak
tahu bakal mentuanya singgah di rumahnya itu, semasa dia mahu memarkingkan
motornya dia terlihat sebuah kenderaan yang asing baginya berada di luar
rumahnya. Sudah tentu kereta itu milik keluarga bakal mertuanya.
“Ha Rish. Duduk dulu, bakal mertua Rish nak jumpa
dengan Rish. Tak lama lagi kan kamu berdua akan disatukan.” Arah Dato’ Ezzudin
menyuruh Nedzrish turut menyertai mereka bersembang sambil matanya melirik ke
arah Qalish Audrina yang kelihatan tergamam apabila matanya terpaut pada wajah
Nedzrish.
“Erk! Ni bukan mamat sengal tu ke?” Qalish Audrina
masih mengingati lelaki yang telah melanggar keretanya beberapa bulan yang
lepas. Air liur yang ditelan seakan-akan kelat sekali. Dia tidak pernah menduga
sama sekali lelaki yang pernah menghadiahkan perasaan benci kepadanya pada
pertemuan pertama mereka adalah lelaki yang akan menjadi suaminya tidak lama
lagi.
“Qamariah.” Spontan Nedzrish menuturkan sebaris nama
itu. Jikalau Qalish tersentak bukan kepalang melihat dirinya, Nedzrish berkali
ganda terkejut melihat gadis yang pernah bertekak dengannya di tepi jalan itu
kini berada di hadapannya.
“Qamariah? Siapa Qamariah?” Soal keempat-empat
mereka serentak kecuali Qalish. Jelas wajah terkejut terpamer di wajah mereka.
Adakah Nedzrish dan Qalish saling mengenali sebelum ini?
“Tak sangka kita jumpa dekat sini. So awaklah bakal isteri saya ya?” Soal
Nedzrish sambil tersengih-sengih. Dia masih lagi berdiri memandang Qalish
Audrina yang sudah berkerut memandang
dirinya.
“Kau orang dah pernah kenal ke sebelum ni?” Soal
Datin Khalidah pula.
“Mana pulak tak pernah kenal dia ni mama. Rish pernah
jumpa dengan cik adik manis ni masa Rish tengah jalan-jalan dekat Wangsa Walk.
Masa tu bukan main mesra lagi awak dengan boyfriend
awak kan. Siap main suap-suap aiskrim lagi.” Nedzrish sengaja memulakan
dramanya. Qalish Audrina sudah terpinga-pinga memandang wajah bersahaja
Nedzrish.
“Apalah yang mamat sengal ni merepek ya?” Qalish
Audrina bermonolog sendirian.
“Bila masa pulak awak nampak saya dengan boyfriend saya? Awak ni dah kenapa?”
Qalish Audrina berdiri tegak betul-betul di hadapan Nedzrish Eskandar. Bengang
pula apabila lelaki itu mahu mencari pasal di hadapan keluarga mereka.
“Ada. Kita pernah berkenalan tapi dah lama dah.
Mungkin awak lupa. Eh, awak dah break
ke dengan boyfriend awak tu? Sebab
haritu mesra sangat seolah-olah awak dengan dia je ada dekat dunia ni. Pelik
juga tiba-tiba nak kahwin dengan saya?” Nedzrish masih lagi hebat melakonkan
wataknya. Semakin seronok pula melihat wajah cemberut gadis itu. Ketiga-tiga
mereka yang lain hanya menjadi pemerhati lakonan Nedzrish yang sedang
berlangsung itu.
“Oh.. Sebenarnya Lish memang pernah ada teman lelaki
sebelum ni Rish. Tapi Rish jangan salah faham sebab hubungan mereka dah
terputus dah. Sekarang ni Lish bukan milik siapa-siapa pun.” Haji Azman pantas
bersuarau kerana bimbang Nedzrish akan berfikir bukan-bukan pula. Dia yang tidah
tahu menahu tentang lakonan bersahaja Nedzrish itu benar-benar menganggap apa
yang dikatakan oleh Nedzrish adalah benar.
“Nama awak sebenarnya Lish ke Qamariah?”
“Bila masa pulak
nama saya Qamariah? Nama saya Qalish Audrina. Awak jangan pandai-pandai nak
tukar nama saya.” Balas Qalish bersama jelingan tajam. Sakit hati sungguh
melihat wajah sempoi lelaki itu mengenakan dirinya di hadapan kedua-dua
keluarga mereka.
“Mana lah saya tahu, haritu awak yang kenalkan diri
awak sebagai Qamariah. Saya ingatkan awak jujur dengan saya.” Ujar Nedzrish
selamba meletakkan kesalahan di bahu Qalish. Bertambah bengang gadis itu namun
dia seboleh-bolehnya mengawal riak wajahnya.
“Gaduh manja pulak kau orang berdua ni. Elok lah tu
kalau dua-dua dah saling mengenali. Apa yang Rish nampak dulu tu masa silam
Lish. Tak perlu lah nak di ingat lagi.” Dato’ Ezzudin bersuara sambil tersenyum
senang. Dia tidak menyangka mereka berdua pernah berjumpa sebelum ini.
“Rish nak cakap dengan Lish sekejap. Nanti kitaorang
masuk semula. Jom Lish ikut bakal suami awak keluar sekejap.” Nedzrish
tersenyum penuh makna sambil matanya menatap wajah masam Qalish Audrina.
“Elok lah tu, kita boleh berbincang soal perkahwinan
diaorang berdua kan bang?” Balas Hajah Razitah teruja. Dia kemudiannya menyuruh
Qalish mengikut langkah Nedzrish yang sudah menapak keluar dari rumah. Dengan
wajah yang penuh keterpaksaan dia terus melangkah ke luar rumah.
“Apa masalah awak ni ha? Bila masa awak nampak saya
dengan boyfriend saya? Pertemuan
malang kita terjadi sekali je tau, semasa awak langgar kereta saya sebab awak
bawa kereta macam mat gian.” Qalish Audrina tidak menunggu lama, sejurus sahaja
kakinya melangkah keluar daripada rumah mewah itu dia segera menghamburkan
kemarahan yang tertahan-tahan.
“Amboi mulut kau, tak bertapis langsung ek? Sesuka hati kau je panggil aku mat
gian. Muka aku ni orang cakap macam baby
face tau, tak ada rupa mat gian langsung okay.” Balas Nedzrish sambil menyalakan lighter yang baru sahaja dikeluarkan
dari poket seluarnya.
“Awak ingat awak macho
ke smoke depan saya ni?” Marah Qalish
Audrina lantang apabila asap rokok dihembus tepat ke mukanya. Nedzrish
benar-benar mencabar kesabarannya. Baru sehari bertemu sudah mula rasa panas
hati. Bagaimana dia mahu melalui hari-harinya bersama lelaki sewel itu?
“Suka hati aku lah nak smoke ke nak main golf
depan muka kau. Ni rumah aku, aku punya pasal lah. Kalau kau tak suka, boleh
berambus.” Balas Nedzrish sambil memuncungkan bibirnya. Asap di dalam mulutnya
sengaja dihembus kuat ke muka Qalish Audrina. Terbatuk-batuk gadis itu
dibuatnya.
“Eiii. Sakitnya hati saya dengan manusia sewel macam
awak ni! Kalau nak smoke sekalipun,
pergilah smoke dekat tempat lain.
Muka saya juga yang awak nak sembur kan!” Qalish Audrina sememangnya tidak gemar
lelaki merokok bertambah menyampah dengan bakal suaminya itu.
“Okay, lepas ni aku smoke belakang muka kau. Eh perempuan, apa masalah kau ni sampai
paksa parents kau suruh aku kahwin
dengan kau? Terdesak sangat ke kau ni?”
“Amboi mulut awak ni memang taraf longkang ke? Saya
tak gila lagi lah nak paksa mak ayah saya kahwin kan saya dengan lelaki otak
tak betul macam awak ni.” Balas Qalish Audrina bengang dengan tuduhan melulu
yang dilemparkan kepada dirinya.
“Lebih daripada longkang aku boleh buat tau kalau
kau masih nak teruskan perkahwinan ni. Habis tu siapa yang pandai-pandai
aturkan supaya kita disatukan? Aku tak sangka aku kena hadap perempuan failed bawa kereta ni lagi. Ingatkan dah
lupus dah.”
“Rancangan perkahwinan ni tak ada kaitan langsung
dengan saya lah! Parents kita yang arrange semua ni, saya tak tahu apa-apa
pun. Saya pun tak hingin lah kahwin
dengan awak!” Bentak Qalish Audrina sambil matanya merenung tajam wajah
Nedzrish yang kelihatan sangat bersahaja.
“Bagus lah kalau macam tu sebab aku lagi lah tak
sudi nak hidup dengan kau. Kau sorang je yang boleh batalkan perkahwinan kita
ni. Kau pergi masuk dalam sekarang, cakap dengan parents kita yang kau tak nak kahwin dengan aku sebab kau dah ada boyfriend yang tak lama lagi nak masuk
meminang. Kau pergi suruh boyfriend
kau sediakan wang hantaran. Minggu depan kahwin. Settle masalah.” Qalish Audrina menjegilkan biji matanya mendengar
kata-kata selamba yang dituturkan oleh Nedzrish.
“Awak ni kalau bercakap boleh guna kepala otak tak?
Awak ingat saya ada peluang ke nak cancel
kan wedding kita ni? Kalau ada, dah
lama saya buat lah! Sekarang ni persiapan pun dah dijalankan, kad perkahwinan
pun dah tempah.” Ujar Qalish Audrina kegeraman.
“Kalau aku ada hak untuk bersuara dah lama dah aku
buat Lish. Aku tak ada peluang langsung nak luahkan pendapat aku dalam rumah
ni. Kau pergi lah pujuk parents kau
tu.”
“Senang nya awak cakap, boleh tak awak jangan tambah
masalah lagi? Saya kenal parents saya
macam mana, lagipun saya tak nak keruhkan keadaan. Terima jelah Rish. Malas lah
nak pening kepala.” Ujar Qalish Audrina pasrah. Dis sudah malas mahu memikirkan
tentang itu lagi. Meskipun dia terkejut apabila mengetahui lelaki yang dia
benci adalah bakal suaminya namun dia tidak ada pilihan lain lagi.
“Weh kau faham tak aku tak nak kahwin dengan kau?
Aku ni muda lagi, belajar pun tak habis. Kau nak ke kahwin dengan aku yang tak
ada apa-apa ni? Karang melarat hidup kau.”
“Saya mampu nak tanggung diri saya sendiri. Infact, nak tanggung suami saya yang jobless pun saya tak ada masalah.” Ujar
Qalish Audrina angkuh.
“Kan aku dah cakap, memang sah kau ni perempuan desperate! Buang masa je cakap dengan
kau ni, kau tengok je lah nanti hidup kau macam mana. Ada rupa manusia ataupun
rupa hantu.” Nedzrish mengeluh kasar. Gadis itu langsung tidak mahu bekerjasama
dengannya.
“Lepas kahwin nanti awak dengan hidup awak, saya
dengan hidup saya. Perkahwinan ni tak bawa apa-apa makna dalam hidup saya.
Langsung tak.” Selesai berkata-kata, Qalish Audrina segera menapak semula ke
dalam rumah. Bercakap lama-lama dengan lelaki itu hanya akan menambahkan sebal
di hatinya.
No comments:
Post a Comment