Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 31 October 2015

Be mine, eh? Bab20

“Hei kawan! Asal jumpa aku je muka kau monyok, asal aku lepak dengan kau je muka kau tak ceria. Kenapa ni kawan?” Haiqal menepuk lembut bahu Nedzrish untuk menyedarkan sahabatnya itu daripada lamunan pendeknya.

“Susah hati lah bro.. Itu pasal muka tak ada senyum.” Nedzrish membalas senyuman Haiqal dengan senyuman yang hambar. Dia meneguk sedikit air milo panas yang dipesannya sebentar tadi.

“Kenapa pulak ni Rish? Cuba cerita apa masalah kau, mana tahu aku boleh tolong.”

“Dah 3hari aku cari kerja, tapi tak ada satu  pun kerja yang berkenan dengan jiwa aku.”

“Lah, kau tak dapat kerja lagi? Bukan ke 2hari lepas kau kata kau dah dapat kerja dekat kedai kasut?”

“Itu 2hari lepas punya cerita, harini aku dah tak kerja. Aku kerja 1jam je, lepastu aku kena buang.” Cerita Nedzrish bersama wajahnya yang agak sugul.

“Hah?! Kerja hanya 1jam je? Kau buat apa Rish sampai kena buang?” Jelas wajah Haiqal mempamerkan reaksi tidak percaya mendengar cerita sahabatnya.

“Entah, mana lah aku tahu.”

“Hei Rish, mana ada majikan berhentikan pekerja dia tanpa sebab. Kau ni biar betul, cerita perkara yang sebenarnya dekat aku.” Desak Haiqal agak keras. Kadangkala dia tidak gemar dengan sikap Nedzrish yang sering saja tidak serius dalam semua perkara.

“Aku tertumpahkan cat warna merah dekat kasut yang berharga RM100 setiap satu.”

What?!! Kau kerja dekat kedai kasut ke kau kerja dekat kedai cat? Ataupun kau mengecat rumah orang?” Sindir Haiqal bersama sisa tawanya. Dia memandang Nedzrish seraya menggelengkan kepalanya mendengar kelakuan Nedzrish yang seperti budak kecil saja lagaknya.

“Aku kerja dengan along, simbah cat dekat muka kau! Tak kelakar pun Qal! Aku bukan sengaja lah. Tak kan lah aku ni bodoh sangat sampai susahkan diri sendiri.” Dia sudah mengetap bibirnya tanda geram. Insiden kelmarin terlayar kembali di ingatan nya disaat dia dimarahi teruk oleh bekas majikannya.

“Tak sengaja kau cakap. Kan dah menyusahkan diri kau sendiri sekarang ni. Berapa banyak kasut yang terkena cat tu?”

“Ada la dalam 4 pasang.”

“4pasang maknanya RM400 kau kena bayar dekat dia? Kau memang cari nahas lah Rish. Ni kalau bapak kau tahu teruk kau kena marah dengan dia ni Rish.”

“Aku dah malas nak fikir lah, buat aku sakit kepala je. Daripada otak aku serabut fikir soal ni, lebih baik aku kerja lain.”

“Nak tak nak kau kena fikir juga Rish. Kau kena cari jalan penyelesaian untuk bayar balik ganti rugi kat bekas majikan kau tu.” Haiqal sudah panggung kepala. Selalunya jikalau teman baiknya didalam kesusahan, dia yang akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah Nedzrish. Nedzrish seperti biasa, tidak ambil peduli setelah dia buat hal.

“Yelah.. Sebab tu lah aku datang jumpa kau ni Qal. Cina tu bagi aku tempoh 10hari je untuk aku bayar balik duit dia. Satu sen pun aku tak bayar lagi. Aku mana ada duit.”

“Kau nak guna duit aku dulu ke Rish? Aku boleh bagi, tapi aku cuma boleh bantu sikit je lah. Setakat RM150 tu aku adalah. Lebih-lebih aku sendiri pun nak guna jugak.” Ujar Haiqal jujur.

“Tak payah lah Qal. Aku tak nak susahkan kau pulak. Kau pun dah banyak tolong aku settle kan masalah aku yang mengarut-mengarut ni. Benda ni tak patut terjadi pun.” Dalam diam dia mengakui kesilapan dirinya yang tidak pernah cuba untuk bersungguh-sungguh dalam apa saja yang dia lakukan.

“Aku ingat kan hati kau ni konkrit sangat lah. Ada jugak hati sebenarnya kau ni. Dah tahu diri tu selalu cuai, tak pernah nak belajar untuk jadi lebih baik.”

“Ye tuan. Aku tahu aku salah, dah lah. Aku datang sini bukan nak dengar kau memekak ceramah aku. Salah aku, puas hati?”

“Kau nak minta tolong aku cari kan kerja untuk kau ke? Kau nak kerja macam mana?” Haiqal pantas mengubah topik perbualan mereka apabila dilihat Nedzrish sudah bosan mendengar bebelannya. Dia tidak mahu lelaki itu bertambah tertekan.

“Halal. Kerja yang mudah, tak serabut kan kepala otak aku. Yang penting aku tak nak kerja pagi-pagi buta. Selepas pukul12 okay.”


“Memang susah lah kau nak dapat kerja Rish. Kau ni memilih betul lah.”

“Bukan memilih lah, kalau kau suruh aku angkut sampah pun aku sanggup. Tapi jangan lah kerja tu ganggu tidur aku. Pagi-pagi untuk masa aku terbongkang atas kati. Ada faham?”

“Kau ni dah jauh tersasar sangat dah ni kawan. Setahu aku, pagi-pagi adalah waktu untuk keluar cari rezeki. Ini lah anak melayu, pemalas. Lebihkan tidur daripada keluar bekerja cari duit. Macam mana lah kau ni Rish.”

“Kau nak tolong aku tak ni Qal? Kalau kau nak teruskan hujah-hujah kau nasihat aku, aku rasa elok aku balik dulu.” Nedzrish yang mahu mencapai topi keledar di sudut meja makan itu, tiba-tiba tangannya ditepis oleh Haiqal.

“Kau ni lembik lah. Cakap sikit nak lari. Haish. Mana boleh aku biarkan kau terkontang-kanting sorang-sorang walaupun kau ni sebenarnya terlampau banyak susahkan orang.”

“Macam ni lah orang putih panggil, blood brother!” Nedzrish tersenyum nipis. Dia tahu meskipun Haiqal agak keberatan untuk membantunya pada awalnya, namun teman baiknya itu tetap akan membantunya walau apa pun masalah yang dihadapinya.

“Kebetulan kawan aku perlukan orang. Kau reti kan betulkan motor?”

“Motor? Kapal terbang pun boleh. Tak ada masalah bro.” Jawab Nedzrish seraya tersengih menampakkan giginya yang sedikit jarang.

“Kalau macam tu kau kerja atas kapal je lah senang. Kau kan hebat dalam semua benda.”

“Agak-agak lah bro nak perli aku pun. Bengkel dia buka pukul berapa?”

“Dah kau tu, bercakap pun nak main-main. Kau kerja dengan dia daripada pukul 12 tengah hari sampai pukul 6 petang. Boleh?”

“Eh, cantik sangat lah tu. Kira aku dah boleh kerja esok ke Qal?”

“Kau nak kerja sekarang pun boleh, itupun kalau kau rajin lah.”

“Qal aku serius ni!” Nedzrish menyepak kuat kaki Haiqal yang tidak jauh dari kerusinya.

“Tahu pun kau nak marah, bila aku serius, kau main-main. Ye Rish, esok kau dah boleh mula kerja dengan dia. Tapi kau kena janji dengan aku jangan malu kan aku dengan perangai tak semegah kau ni?”

“Kau ni sama lah macam papa aku. Tak boleh nak bagi kepercayaan dekat aku langsung.”

“Woi! Kalau aku sama macam papa kau, dah lama aku biar kau merana sorang-sorang cari kerja. Cakap biar elok sikit bro.”

“Heh. Cakap sikit nak sentap. Yelah-yelah aku kerja bagus-bagus. Tak buat hal dah lepas ni.”

“Boleh percaya ke kau ni?”

“Senang macam ni, kalau kau rasa muka aku ni macam muka penjenayah suka tipu orang. Kau tak payah tolong aku. Habis cerita.” Nedzrish bingkas mencapai topi keledarnya lalu dia menghanyunkan kakinya menuju ke arah motorsikalnya. Haiqal hanya mampu melakarkan senyuman sinis melihat sikap rakannya yang sukar untuk diduga itu.





*****
Qalish Audrina baru sahaja mahu memulakan kerjanya selepas dia pulang semula ke butiknya setelah menjamu selera. Dia yang hendak mengambil sehelai kertas di sisi kirinya, tiba-tiba dia terpandangkan beg kertas serta sejambak bunga ros merah yang terletak elok di sisi komputer ribanya.  Tanpa menunggu lama dia terus mencapai beg kertas itu untuk melihat apa yang ada didalamnya. Qalish Audrina melakarkan senyuman nipis saat tangannya menyentuh bekas minuman kegemarannya, dia sudah dapat mengagak siapa pemberi hadiah itu. Sudah tentu Ammar Riyadh, kerana lelaki itu sahaja yang mengetahui apa yang digemarinya dan apa yang tidak disukainya. Tiba-tiba dia terkenangkan saat manis mereka berdua sebelum dia dipaksa berkahwin dengan Nedzrish Eskandar. Setiap hari dia akan mengunjungi kafe Ammar Riyadh yang tidak jauh dari butiknya, lelaki itu pasti akan membancuh sendiri minuman kegemarannya. Kemudian tangannya beralih pula kepada kotak kecil yang mengandungi kek kegemarannya, red velvet. Di atas kotak kecil itu pula terdapat sekeping nota untuknya, dengan penuh teliti dia membaca setiap bait perkataan yang ditulis oleh Ammar Riyadh.


Yadh rindu semua tentang kita Qalish Audrina. Yadh rindu Qalish yang selalu datang teman Yadh kerja dekat kafe Yadh. Yadh rindu sangat nak tengok Lish tersenyum disamping Yadh. Yadh terlalu rindukan semuanya Lish. Kalau lah dalam dunia ni ada pilihan untuk kembalikan waktu, Yadh lah orang pertama yang akan kembalikan waktu kepada dulu. Sebelum Lish selamat bergelar isteri kepada lelaki tu. Yadh tahu semua ni salah Yadh, tapi tak ada ke peluang untuk Yadh sayang? Ataupun Lish sudah bahagia dengan suami Lish? Lish dah lupakan Yadh? I miss you.. So much. Yadh rindukan bae Yadh :(…”



Qalish Audrina sudah menangis teresak-esak sebaik sahaja dia selesai membaca surat daripada bekas kekasihnya. Dia tahu lelaki itu amat tersiksa dengan perpisahan mereka namun untuk menolak perkahwinan antara dia dan Nedzrish Eskandar, dia tidak punya kudrat untuk melakukannya.

“Kalau Yadh fikir Lish tengah bahagia sekarang ni, tak Yadh. Yadh silap. Setiap malam Lish menangis bila teringatkan semua janji yang pernah kita buat dulu. Lish rindu sangat.” Qalish bermonolog sendirian seraya memejam matanya rapat-rapat. Kertas itu dibawa ke dadanya dan di cukup merasakan ada sesuatu yang menyesakkan dadanya kala itu.

“Lish.. Kau okay?” Sofina menyapa lembut Qalish Audrina yang sedang bersandar di kerusi kerjanya. Dia dapat melihat ada air mata jernih mengalir di pipi mulus temannya.

“Eh, Sofi. Ada apa cari aku? Ada customer nak jumpa aku ke?” Soal Qalish kalut kerana tidak menyedari Sofina sudah pun masuk ke dalam biliknya. Dengan pantas dia terus menyeka sisa airmatanya.

“Tak. Tak ada siapa pun cari kau. Aku cuma nak inform dekat kau yang Datuk Izlan nak ubah appointment kau dengan dia. Esok malam dia ada hal.”

“Dia nak tukar kepada hari apa?”

“Lusa, lunch hour. Boleh?”

“Cuba kau check jadual aku, lusa tu aku ada apa-apa tak?” Pinta Qalish Audrina kerana dia sendiri tidak mengingati jadual kerjanya.

“Tak ada pun. Dalam jadual kau ni kau memang free.”

“Okay kalau macam tu kau tolong comfirm kan dengan Datuk Izlan.”

“Baik boss. Eh Lish, kau sihat tak sebenarnya?”

“Aku okay lah. Kenapa tanya macam tu?” Qalish memandang Sofina dengan pandangan yang pelik. Dia seboleh-bolehnya melakarkan senyuman manis untuk menutupi kesedihannya.

“Qalish.. Dengan orang lain mungkin kau boleh tipu. Tapi dengan aku, tak ada ruang sikit pun kau nak tipu aku tau.” Seperti biasa, Sofina sememangnya handal dalam bab-bab mengorek rahsia teman baiknya.

“Kan aku dah cakap, aku tak apa-apa. Aku sihat je ni, sayang. Apa yang kau nak risau sangat ni Sofi?”

“Macam lah aku tak tahu yang kau baru lepas menangis. Kenapa pulak ni Lish? Yadh ganggu kau lagi ya?” Tanpa disuruh Sofina terus melabuhkan punggungnya di hadapan Qalish Audrina yang sedang meneguk sedikit minuman kegemarannya.

“Mana ada dia kacau aku. Dia cuma hantar minuman dengan kek kegemaran aku. Itu je.”

“Kau tak rasa ke yang dia tu buat semua ni sebab nak dapat kan kau balik? Kau selesa ke dengan keadaan macam ni?” Sofina hairan mengapa Ammar Riyadh masih tidak mengalah daripada menganggu hidup Qalish Audrina meskipun lelaki itu sudah mengetahui perempuan itu telahpun berkahwin.

“Habis tu kau nak suruh aku buat apa Sofi? Dia sendiri yang nak bagi semua ni, aku tak minta pun. Bila orang dah bagi, tak kan nak tolak kan? Aku ambil je lah.”

“Senang nya kau cakap. Kau sedar tak status kau yang sekarang dengan kau yang dulu tu dah jauh berubah? Kalau kau dengan dia masih lagi kekasih, dia nak bagi kau satu lori kek red velvet pun aku tak kisah lah. Masalahnya sekarang ni kau dah berkahwin.”

“Aku dah pernah bagitahu dia yang aku tak nak ada apa-apa lagi dengan dia. Aku bukan tak pernah cakap dengan dia supaya jangan kacau aku lagi. Dah berbuih mulut aku ni marah dia. Tapi kau tengok sendiri lah, dia tu kan keras kepala.” Qalish Audrina menghela nafas berat. Dia juga bingung dalam menangani situasi ini. Walaupun tidak ada sekelumit cinta untuk suaminya namun dia tetap harus menjaga batasnya sebagai isteri yang sah kepada seorang lelaki.

“Kau kena tegas sikit dengan dia Lish. Ini dia baru kacau kau je tau, kalau dia kacau suami kau macam mana? Aku tahu kau dengan suami kau tak suka each other, tapi sebagai seorang lelaki. Suami kau tetap akan rasa tak selesa kalau ada lelaki lain kacau rumah tangga kauorang.”
“Hmm... Aku harap dia tak bertindak sejauh tu lah. Aku tak nak sampai Rish tahu aku tentang aku dengan Yadh.”

“Kalau kau tak nak benda ni berlarutan, kau sendiri kena ambil serius. Kau pergi jumpa Yadh. Terus-terang dengan dia tentang perasaan kau. Suruh dia lupakan kau kalau dia betul-betul sayangkan kau. Cakap dengan dia kau nak fokus dengan rumah tangga kau. Anggap sajalah antara kauorang berdua memang tidak ada jodoh.” Panjang lebar Sofina menasihati temannya kerana dia tidak mahu rumah tangga Qalish Audrina hancur angkara orang ketiga.

“Aku tak nak jumpa dia lah Sofi. Kau tahu kan aku masih sayangkan dia. Aku tak mampu nak berhadapan dengan dia selagi hati ni milik dia.”

“Kau kena lawan perasaan kau ni Lish. Jangan terlalu ikutkan sangat desakan hati kau. Kau perlu buat semua ni, kalau dibiarkan nanti aku takut keluarga kau dan suami kau tahu tentang ni.”

“Hmm. Yelah-yelah.. Nanti aku cuba slow talk dengan Yadh. Thank you for your advise.” Qalish Audrina memegang erat tangan Sofina. Dia berasa sedikit lega kerana telah meluahkan sedikit demi sedikit rasa hatinya kepada teman baiknya itu.

“Tak ada masalah. Kalau kau ada apa-apa nak cerita, kau cerita je dekat aku. Aku tak nak kau pendam masalah kau sorang-sorang.”

“Baik lah doktor cinta. Saya ikut nasihat awak. Awak tak ada kerja nak buat ke? Ke awak nak goyang kaki dalam bilik saya ni sampai bulan depan?” Sengaja Qalish Audrina ingin mengusik teman baiknya itu yang dilihat tidak mahu keluar dari biliknya untuk menyambung kembali tugasannya.
“Eh. Eh. Amboi. Tahu lah dia boss. Halau kita nampak?”

“Mana ada halau. Cuma tanya bila kau nak sambung kerja kau yang berlambak tu?”

“Yelah-yelah.. Aku nak sambung lah ni. Kau tu jangan nak berangan je, kerja pastikan jalan!”

“Eh, mengarah boss nampak?”



“Tak salah kan saling menasihati? Hehehe.. Lawa lah bunga ros ni. Kau mesti tak nak kan? Daripada kau biar dia terbuang, lebih baik kau bagi aku.” Tanpa sempat Qalish Audrina mahu berkata apa-apa, tangan Sofina pantas menyambar jambangan bunga yang terletak di atas meja Qalish. Dia berlalu keluar dari bilik temannya itu dengan sengihan di bibirnya. Qalish hanya menggelengkan kepalanya melihat kerenah Sofina yang amat sukakan bunga ros.




No comments:

Post a Comment