“You ni memang betul-betul buat kelakar lah Rish!
Sampai hati you nak terima dia sebagai orang gaji you, kalau gelabah pun jangan
lah sampai macam tu sekali!” Amelda Imani sudah ketawah terbahak-bahak apabila
teman lelakinya menceritakan tentang apa yang berlaku di majlis pernikahannya
dengan Qalish Audrina.
“I tak sengaja lah. Mana ada gelabah, I rasa macam
nak lari jauh dari situ je. I tak nak kan kahwin dengan dia, itu yang terkeluar
orang gaji tu.” Balas Nedzrish dengan selamba tanpa rasa bersalah.
“Mesti dia malu gila kan? Nampak sangat macam kahwin
paksa.” Ujar Amelda Imani dengan tawa yang masih bersisa. Sikap gila-gila
Nedzrish sering kali menghiburkan hatinya.
“Malu lah kot, I tak pandang muka dia pun. Tak
sempat nak toleh belakang, papa dah bising dah.”
“Nasib baik masa lafaz yang kali kedua you tak cakap
bukan-bukan. Kalau tidak naya je tau.”
“Lagi bagus kalau masa tu I cakap merapu-rapu. Mesti
majlis tu tak jadi berlangsung kan. Tapi kan you, I rasa bagus jugak I tersalah
cakap masa lafaz kali pertama tu. sekurang-kurangnya I puas hati dapat sakitkan
hati perempuan tu!” Ujar Nedzrish sambil tersenyum sumbing.
“Eish you ni, tak baik lah buat macam tu. Dia kan
dah sah jadi wife you dah pun. Layan
lah dia elok-elok, jangan nak garang sangat.” Saat ini Amelda Imani cuba untuk
berfkiran rasional dan tidak terlalu cepat melatah. Dia tidak seharusnya
menghasut Nedzrish supaya melayan wanita itu dengan teruk meskipun impiannya
untuk hidup bersama teman lelakinya hancur gara-gara perkahwinan itu.
“Yang kau ni bendul sangat dah kenapa Mel? Perempuan
tu dah rampas aku dari kau tau, kau masih lagi nak suruh aku layan dia
elok-elok? Heh. Memang tak lah!” Bantah Nedzrish dengan wajah masam. Pantang
disebut mengenai wanita itu, pasti angin satu badan dibuatnya.
“Laaaa. You ni, cuba relaks sikit. I bukan suruh you
bercinta dengan dia. Cukup lah kalau you tak berkasar dengan dia, layan dia
macam mana you layan orang lain.”
“Masalah nya sekarang ni aku tak suka dia. Kau lupa
ke aku ni susah nak jatuh cinta dengan mana-mana perempuan termasuk kau? Kau
tak ingat ke muka kau tu dah macam tembok cina dah, hari-hari duk mengorat aku.
Macam-macam kau buat, ajak aku pergi candle
light dinner, bagi hadiah mahal-mahal. Lambat jugak aku nak suka dekat kau
kan?” Ujar Nedzrish panjang lebar, dia tiba-tiba teringatkan saat mula-mula
hubungan mereka mula terjalin.
“Hish you ni! Saje nak bagi I malu kan ungkit semua
benda tu? Hal lama kan, I buat tu semua pun berbaloi apa. You jadi milik I
jugak kan?”
“Ya berbaloi sangat. Tapi aku terima kau bukan sebab
itu semua. Sebab aku rasa kau sorang je perempuan gila dalam dunia ni yang
kejar lelaki tak ada perasaan macam aku ni.”
“I memang tergila-gila kan you sampai bila-bila.
Walaupun you dah jadi suami orang.” Ujar Amelda Imani, tiba-tiba suaranya
bertukar sendu.
“Mel kau dengar sini. Hati aku ni bukan senang tau
nak terpikat dengan perempuan. Kau tak perlu nak risau, sebab aku dah lama
kunci hati aku untuk kau. Kalau kita tak bersama sekarang, satu hari nanti aku
akan pastikan kau jadi milik aku.” Nedzrish merenung seraut wajah yang sudah
muram itu. Dia tahu disebalik keceriaan gadis itu, dia menyimpan seribu duka
dalam hatinya.
“Ya, I tahu Rish. I percaya kan you. I tahu you buat
semua ni hanya sebab nak jaga hubungan you dengan papa you. I tak nak jadi
pemusnah hubungan anak beranak you all.
I akan sentiasa ada disisi you walau apa pun yang terjadi.”
“That’s my
girl.” Nedzrish mengusap lembut rambut Amelda yang panjang mencecah paras
pinggang itu.
“Ehemm. Biasanya kan, orang kalau baru lepas nikah.
Dia mesti berkepit dengan isteri dia. Tapi you lain pulak perginya, berkepit
dengan girlfriend pulak kan.” Sengaja
dia memerli Nedzrish yang sedang merenung wajahnya. Dia tidak mahu suasana
sedih merantai mereka berdua. Dia kalau boleh hanya mahu merakam saat-saat
indah mereka berdua sahaja.
“Biar lah, aku tak ada isteri. Yang aku nikah tadi
tu anak patung.” Balas Nedzrish dengan riak wajah bersahaja. Tergelak Amelda
Imani melihatnya.
“Tak baik gila you ni! Iesh, dah dah lah tu kutuk
isteri you, tersedak dia dekat rumah tu nanti.”
“Kau lah asyik sebut pasal dia je, aku datang sini
sebab nak spent time dengan kau.
Bukan nak cerita pasal perempuan beria tu.”
“Yelah-yelah.. I tak cakap lagi pasal dia. You, kata
nak spent time dengan I kan. Apa kata
you teman I tengok wayang? I nak tengok cerita seram lah sayang. Jom lah?”
Amelda Imani menguak lembut rambutnya ke muka Nedzrish dengan gaya yang manja.
“Rambut you ni macam sabut kelapa tahu tak? Jangan
lah nak duk leset dekat muka I pulak.” Marah Nedzrish seraya mengibas rambut
kekasih hatinya.
“Hish you ni! Memang dari dulu sampai sekarang tak
ada perasaan eh?” Balas Amelda Imani kegeraman. Sesuka hati lelaki itu saja
mahu mengutuk rambutnya yang selalu dibelai dan dimanjakan itu.
“Yang you ni, memang daripada awal I kenal you. Suka
ajak I pergi tengok wayang kan? You tahu kan nanti membazir je duit you bayar
tiket wayang untuk I. Sebab I akan tidur dalam wayang tu. Tak payah lah.”
“Biar lah. I tak kisah pun you nak tidur ke nak buat
apa pun kat dalam tu. Janji you teman I. Boleh lah sayang.”
“You tahu tak kenapa I akan tidur kalau tengok
wayang dengan you? Sebab daripada dulu semua cerita yang you pilih semua
membosankan.” Sesudah menuturkan ayat itu, dengan riak wajah selamba dia
mendekati motornya. Amelda Imani mendengus kegeraman melihat lelaki itu berlalu
begitu saja.
“Oi mak nenek. Tak kan nak tengok wayang dekat kedai
ni kot? Hantu nya nak keluar celah mana? Celah sabut kelapa kau tu?” Jeritan
Nedzrish memeranjatkan Amelda Imani yang sedang tunduk merenung lantai.
“Hah? Nak teman I tengok wayang ke?”
“Tak lah, nak main pondok-pondok dengan kau.” Ujar
Nedzrish seraya menghidupkan enjin motorsikalnya.
“Eiii! Tunggu lah I Rish!”
*****
“What??
Honeymoon?!” Soal Qalish dan Nedzrish serentak. Reaksi terkejut jelas
terpamer di wajah mereka sebaik sahaja Dato’ Ezzudin menyatakan hasrat supaya
mereka pergi bercuti.
“Haah. Honeymoon.
Kenapa kamu berdua ni? Macam tak pernah dengar pulak perkataan honeymoon tu.
Kauorang berdua kan baru je kahwin. Inilah masa yang sesuai nak rapatkan
hubungan suami isteri.” Jelas Dato’ Ezzudin seraya menanggalkan cermin matanya.
Datin Khalidah yang setia di sebelahnya hanya mendiamkan diri.
“Erk. Tak kan lah honeymoon pun papa nak tentukan jugak? Tak cukup lagi ke papa paksa
Rish kahwin dengan dia?” Soal Nedzrish lantang. Kali ini dia benar-benar rasa
mahu memarahi papanya sesungguh hati. Selepas satu perkara, ada saja perkara
yang papanya paksa dia lakukan.
“Papa bukan apa, papa cuma nak tolong rapatkan
hubungan kauorang ni aje. Yelah, kalau papa tak buat macam ni. Bila masanya
yang kauorang nak kenal hati budi masing-masing? Nanti bila Lish dah sibuk
dengan butik dia, lagilah tak ada masa nak bersama.” Jawab Dato’ Ezzudin tenang
berhadapan dengan kebengangan anak bongsunya.
“Papa tak payah lah nak campur tangan soal rumah
tangga kami. Rish sebagai suami, Rish tahu lah apa yang perlu Rish lakukan
untuk keluarga Rish. Tak perlu papa nak susah payah paksa kitaorang buat itu
ini.” Nedzrish semakin lantang menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Qalish
Audrina di sebelahnya mengerutkan dahinya mendengar perbualan dua beranak itu.
“Papa dah tempah dah pun pakej honeymoon 4hari 3malam untuk kauorang berdua. Papa tak nak dengar
sebarang alasan, sebab semuanya papa dah arrange
kan.”
“Kenapa papa pandai-pandai nak arrange kan semua ni? Yang baru jadi suami orang tu Rish tau, bukan
papa. Kalau papa teringin sangat nak pergi honeymoon.
Pergi lah nikah lagi satu.”
“Rish! Apa cakap macam tu? Tak elok lah cakap macam
tu dekat papa. Kalau kamu tak suka tak payah pergi, jangan nak cakap benda
bukan-bukan.” Datin Khalidah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati akhirnya
bersuara apabila dilihat Nedzrish semakin menjadi-jadi memerli suaminya.
“Pernah ke selama ni Rish ada peluang untuk bantah
apa yang papa aturkan? Rish tetap kena ikut jugak kan.” Ujar Nedzrish dengan
nada mendatar.
“Lish rasa soal honeymoon
ni biar lah kitaorang tentukan sendiri bila kitaorang nak pergi nanti. Lagipun
Lish kena masuk butik awal sikit, sebab sekarang ni banyak preparation kena buat untuk pertandingan fesyen minggu depan.”
Qalish mulai bersuara apabila Nedzrish menyiku lengannya beberapa kali memberi
isyarat supaya turut membantah arahan papanya.
“Kalau pergi dalam keadaan terpaksa pun, apa yang
papa harapkan tu tak akan terjadi. Membazir je kan.”
“Belum pergi lagi kamu dah kata macam tu. Kalau apa
yang diharapkan tidak tercapai, tak apalah. Sekurang-kurangnya dah cuba.” Ujar
Dato’ Ezzudin yang masih tegas dengan arahannya.
“Lish bukan nak bantah apa yang papa cuba rancangkan
untuk kitaorang. Lish sambut baik apa yang papa cuba lakukan ni, tapi Lish
memang betul-betul perlu fokus dekat butik Lish. Staf staf pun dah sibuk tanya
itu ini dekat Lish. Nak pergi honeymoon
boleh, tapi bukan dalam masa terdekat ni.”
“Betul apa yang Lish kata tu bang, jangan lah kita
desak budak-budak ni. Diaorang ni baru je kahwin, tak sampai sebulan pun. Tak
pergi bercuti pun diaorang boleh luangkan masa sama-sama. Bukan diaorang ni
tingal asing-asing.” Datin Khalidah memahami isi hati anak dan menantunya yang
tidak suka dengan rancangan suaminya turut cuba menasihati suaminya.
“Macam Rish cakap lah, selama dia bernafas dekat
dunia ni. Dia tak pernah ada kesempatan untuk tak ikut apa yang abang rancang
kan. Sama jugak lah dengan arahan kali ni. No
excuse.” Dato’ Ezzudin segera menghidupkan televisyen dan memalingkan wajahnya
yang sedang memandang anak dan menantunya. Nedzrish dan Qalish bangun serentak
lalu memanjat tangga dengan hati yang bengang dengan sikap papa mereka.
******
Nazrief sedang menyanyi kecil sambil mencuci
keretanya di luar rumah. Selalunya hari minggu begini dia keluar bersama
rakan-rakan niaganya bermain golf. Namun hari ini dia bertukar angin pula, mahu
berehat saja di rumah sambil meluangkan masa bersama keluarga.
“Rajin nya Abang Rief basuh kereta sendiri. Kalau
Lish, dah lama dah hantar pergi car wash.”
Entah bila adik iparnya muncul, Qalish Audrina sudah menegurnya dengan senyuman
manis. Nazrief pantas menoleh ke arah suara yang menegurnya.
“Lish, abang ingat kan siapa tadi. Abang memang dari
dulu lagi biasa basuh kereta sendiri, abang tak suka hantar car wash sebab abang tak nak orang lain
belai kereta kesayangan abang ni.” Balas Nazrief seraya memperlahankan air.
“Bagus lah abang ni, tak membazir. Lish pun teringin
jugak nak basuh kereta sendiri, tapi bila duduk dekat rumah. Rasa nak berehat
je, yelah dekat pejabat dah penat kerah idea bekerja. Jadi bila duduk rumah
rasa malas nak buat kerja pulak.”
Qalish Audrina melabuhkan duduknya di atas kerusi kayu yang tidak jauh dari
Nazrief yang sedang membasuh keretanya.
“Biasa lah tu Lish, abang pun bukan rajin sangat.
Tapi sebab abang sayang nak bagi orang lain sentuh kereta abang ni, itu yang
basuh sendiri. Awalnya Lish bangun?”
“Lish memang dah terbiasa bangun awal kalau hari
cuti. Kalau dekat rumah lepas tolong umi siapkan sarapan, Lish keluar berjogging.” Ujar Qalish ramah. Dia sudah
mula selesa berbual bersama Nazrief meskipun ini adalah kali pertama dia
menegur abang iparnya itu.
“Oh yeke? Lish suka jogging? Bagus lah Lish ni, jaga
badan. Untung Rish nanti. Sudah lah dapat isteri cantik, pandai jaga penampilan
pulak tu. Abang jadi cemburu tau.”
Kata Nazrief sambil tersengih-sengih.
“Abang ni ada-ada jelah. Lish suka jogging sebab daripada kecil memang abah
ajar macam tu. Dekat-dekat area rumah
ni ada taman tak? Kalau Lish rasa nak jogging,
boleh lah Lish pergi nanti.”
“Ada. Tak jauh pun daripada kawasan rumah kita ni.
Kalau Lish nak pergi abang boleh bawa kan. Abang pun dah lama tak pergi jogging, badan pun dah naik berlemak
ni.” Ujar Nazrief seraya berjalan mendekati Qalish Audrina. Dia yang baru selesai
mencuci keretanya mengambil tempat di hadapan wanita itu.
“Eh, tak payah susah-susah lah abang. Lish saja je
tanya, bukan nak pergi hari ni pun.”
“Tak apa, nanti kalau Lish rasa Lish nak pergi. Bagi
tahu abang ya? Rish tu tak suka pergi jogging, dia tak minat keluarkan peluh
ni. Lish tak payah lah ajak dia kalau nak pergi taman. Abang boleh bawa kan.”
“Yeke. Lish tak tahu pulak. Yelah Lish pun tak kenal
Rish dengan lebih dekat lagi. Kitaorang kan kahwin ekspress.”
“Banyak lagi masa boleh kenal hati budi
masing-masing. Oh, abang nak tanya, esok kauorang pergi bercuti kan? Abang nak
kirim buah tangan boleh?” Soal Nazrief sambil mengelap mukanya yang sedikit
berminyak itu.
“Haah. Esok pagi kitaorang bertolak lah. Tapi pergi
bercuti dalam Malaysia je bang. Abang nak kirim apa?”
“Abang tak kisah apa pun. Asalkan Lish yang pilih
untuk abang. Lagi best kan kalau Lish
yang belikan apa yang Lish berkenan untuk abang?” Nazrief mulai seronok
bersembang dengan wanita itu. Dalam diam dia tidak jemu memuji paras rupa yang
dikurniakan oleh tuhan kepada wanita itu, cukup beruntung adiknya mendapat
isteri seperti Qalish Audrina.
“Okay, boleh aje. Nanti untuk satu family ni Lish belikan buah tangan.”
“Belum pergi lagi dah sibuk nak kirim buah tangan
lah, cenderamata lah. Buku lima tak nak kirim?” Nedzrish menyampuk perbualan
rancak antara Qalish dan abangnya. Qalish memandang wajah tegang Nedzrish
dengan pandangan pelik.
“Aku bersembang dengan adik ipar aku. Tak kan tu pun
kau nak cemburu kot Rish? Bukan sembang merapu-rapu pun, sembang kosong je. Kan
Lish?”
“Haah lah Rish. Lish saja je kacau Abang Rief basuh
kereta, Lish bosan tak tahu nak buat apa kat dalam tu. Nak tolong mama buat
sarapan, mama cakap tak payah. Lish sembang lah dengan Abang Rief.” Ujar Qalish
membetulkan persepsi Nedzrish terhadap perbualan dia dan abang iparnya.
“Nak bersembang tu boleh, tapi tak perlu lah sampai
nak kirim itu ini. Nak mesra-mesra dengan isteri Rish. Kalau kemaruk sangat nak
berbini, pergi lah cari mana-mana perempuan kat luar tu, pergi nikah sana.
Jangan kacau isteri Rish.”
“Apa Rish ni? Abang Rief tak ada buat apa-apa pun
dekat Lish. Jangan lah nak tuduh orang sembarangan pulak.” Marah Qalish
Audrina. Dia yang tidak tahu menahu hubungan renggang dua beradik itu memarahi
suaminya yang naik angin tidak bertempat itu.
“Kau tak kenal dia lagi, boleh lah kau backup buaya darat ni. Aku tak nak kau
termakan dengan kata-kata manis dia ni.” Sindir Nedzrish yang memang arif benar
tentang perangai kasanova abangnya.
“Jangan nak hentam buta je cakap Rish. Aku belum
hilang akal lagi lah nak mengorat adik ipar aku sendiri. Kalau sekadar nak
sembang kosong pun kau nak cop aku sebagai gatal, pergi basuh sikit otak kau
yang mendap tu Rish.” Ujar Nedzrish yang mula panas hati dengan bicara adiknya
yang senang-senang saja membongkar rahsia dirinya.
“Bagus lah kalau kau masih ada otak untuk berfikir
dengan waras. So, apa yang kau duk
tenung isteri aku lagi? Blah lah.”
Nazrief tidak menunggu lama, semakin lama dia disitu semakin panas pula hatinya
dengan sikap adiknya pagi itu. Dia segera berlalu ke dalam rumah tanpa sebarang
kata.
“Tak baik awak cakap macam tu dekat abang awak.
Kalau nak cemburu pun tengok keadaan lah Rish.”
“Siapa cemburu? Hei, tak ada masa lah aku nak
cemburu sebab kau. Kau kalau tak tahu apa-apa lebih baik kau diam je. Jangan
banyak bunyi.” Ujar Nedzrish seraya mencapai surat khabar yang berada di atas
meja.
“Saya tak faham lah dengan awak ni. Dengan semua
orang awak nak bertengkar. Malas saya nak layan sikap budak-budak awak ni.”
Qalish Audrina yang kebengangan dengan tutur bicara suaminya turut bangun
meninggalkan Nedzrish. Nedzrish pula hanya tunduk membaca surat khabar tanpa
membalas apa yang dikatakan oleh isterinya tadi. Dia hanya membiarkan Qalish
masuk ke dalam rumah mengikut langkah Nazrief.
BEST 3X.
ReplyDelete