Qalish Audrina terpukau melihat pemandangan yang
indah terbentang luas di depan matanya. Dia dan suaminya baru tiba di Shari La
Island Resort, Pulau Perhentian seperti mana yang sudah ditetapkan oleh bapa
mertuanya. Sudah lama rasanya matanya tidak disajikan dengan pemandangan yang mendamaikan
jiwa ini. Sewaktu melewati private beach di resort itu, kakinya seperti mahu
mendekati air jernih yang membasahi pasir-pasir disitu. Namun langkah kaki
Nedzrish yang laju ke hadapan meninggalkan dirinya membantutkan niatnya.
“Cantik nya pulau ni. Rasa macam dah lama sangat tak
rasa perasaan indah macam ni bila pergi bercuti.” Bisiknya sendiri lebih kepada
dirinya sendiri.
“Kau ni tak pernah pergi bercuti ke? Kenapa yang nak
jakun sangat ni? Macam tak pernah nampak pantai je.” Kutuk Nedzrish seraya
menanggalkan topi yang dipakainya. Dia segera menghidupkan penghawa dingin
kerana badannya yang sedikit kepanasan dek kerana cuaca begitu panas di luar
sana.
“Biar lah saya nak jakun ke apa ke. Yang awak sibuk
ni kenapa?” Gerutu Qalish Audrina kegeraman. Disangkakan suaminya sudah
tergolek di atas katil, rupa-rupanya masih berada di sisinya.
“Mesti kau tak pernah pergi sini kan. Apa guna kau
simpan duit banyak-banyak tapi tak bawa diri tu pergi ronda-ronda Malaysia ni?
Jakun semacam je kau ni, macam orang tak pernah keluar dari KL je.” Nedzrish
masih lagi giat mengutuk isterinya. Dia juga sebenarnya tidak pernah sampai ke
pulau itu, namun dia sengaja berlagak seperti pernah ke sini.
“Saya simpan untuk masa depan saya lah. Kalau nak
harap kan awak, memang mati kebulur lah saya. Awak tu bukan berduit pun.” Balas
Qalish Audrina seraya menanggalkan selendang yang membaluti kepalanya.
“Siapa suruh kau kahwin dengan student? Kan dah merasa tak dapat duit belanja daripada suami
sendiri. Aku terus terang cakap, untuk diri aku sendiri pun aku tak ada duit.
Apatah lagi nak tanggung anak badak.”
“Hah?! Anak badak? Siapa pulak anak badak dekat sini?” Soal Qalish dengan suara sedikit
meninggi.
“Kau lah. Kau kan badak. Kalau makan nasi, bergelen
air kau teguk kan. Itu pasal badan kau kembung macam badak air. Muka kau tu
bulat macam bola. Best nya kalau
sepak. Terus goal.” Sakat Nedzrish
sambil gelak besar dengan jenaka yang sengaja direka. Sebenarnya susuk tubuh
Qalish Audrina yang tinggi lampai itu memang tidak sama langsung dengan badak,
namun dia sengaja mahu memanaskan hati wanita itu.
“Awak jangan nak bercakap ikut sedap mulut awak je
tau Rish. Karang ada yang masuk paper
esok, mati tercekik lesung batu.”
“Mana kau nak dapat lesung batu dekat sini? Jangan
nak berangan lah. Ni aku nak cakap sikit, selama 4hari kita dekat sini. Kau
buat hal kau, aku buat hal aku. Kau nak pergi merayap ke mana pun ikut suka kau
lah, kau nak selam ke dasar lautan, lagi lah bagus. Tak payah timbul-timbul
semula pun bagus jugak.” Ujar Nedzrish bersama senyuman senget di bibirnya.
Wajah bengang si isteri di tatap dengan rasa puas.
“Mulut awak ni memang ni memang busuk sebusuk
stoking yang dah berbulan tak basuh. Kalau ya pun tak nak jalan-jalan dengan
saya, cakap elok-elok boleh kan?” Qalish Audrina sudah bercekak pinggang di
hadapan Nedzrish yang sedang duduk santai di atas kerusi.
“Aku kena cakap macam ni, sebab dengan kau ni kena
cakap terang-terang. Supaya kau tak buat benda yang aku tak suka.”
“Oh ha lagi satu, katil kau dekat sebelah sana ya.
Kita tidur asing-asing. Jangan harap nak tidur sekatil dengan aku. Hanya dekat
rumah aku je sebab terpaksa berlakon untuk puaskan hati papa aku tu.” Sambung
Nedzrish lagi dengan wajah sombong.
“Apa awak fikir saya kebulur sangat ke nak tidur
sebelah awak? Ketiak dah lah bau hapak, gigi tak gosok sebelum tidur. Berbau
hanyir macam ikan tahu tak. Bersyukur sangat tau saya tak tidur sekatil dengan
awak. Thank you so much, Mr Husband.”
Sengaja dia menyakitkan hati Nedzrish sebelum berlalu ke kamar mandi untuk
membersihkan tubuhnya yang sudah melekit.
“Kau jangan sampai aku campak kau dekat dalam pulau
tu nanti, biar ditelan dek shark. Aman sikit dunia aku lepas ni.” Laung
Nedzrish kuat supaya Qalish mendengarnya. Dia kemudiannya merebahkan badannya
di atas katil kerana keletihan mengharungi perjalanan yang memenatkan.
******
Nedzrish menghela nafas lega sejurus selesai
memanjat untuk tiba di kincir angin. Memang dia sudah bercadang untuk mengambil
beberapa foto untuk simpanan peribadinya kerana pemandangan dari atas jauh
lebih indah. Sedang dia leka menikmati pemandangan indah itu, telefon bimbitnya
berbunyi meminta segera diangkat.
“Hello sayang.” Sapa suara manja di hujung sana.
Nedzrish mengukirkan senyuman nipis sejurus telinganya mendengar suara yang
amat dirindui itu.
“Ya Mel. Rindu I ke?”
“Of course.
Kalau tak buat apa I call you. You
buat apa tu? Hari ni you busy tak? Ke
you dah ada plan nak keluar dengan wife
you?”
“I tak ada dekat KL ni. You ada nak pergi mana?”
Soal Nedzrish sambil matanya meliar memerhatikan sekumpulan kanak-kanak kecil
yang sedang bermain kejar-kejar.
“You tak ada dekat sini? You pergi mana?” Soal
Amelda Imani dengan nada terkejut. Seingatnya lelaki itu tidak memberitahunya
apa-apa untuk keluar dari Kuala Lumpur.
“Papa I paksa I pergi honeymoon dengan perempuan tu. I dekat Pulau Perhentian ni.”
“Waaaa... You pergi honeymoon. Bestnya
sayang!” Balas Amelda Imani teruja. Berkerut seribu dahi Nedzrish apabila
mendengar suara girang gadis itu. Sangkaannya Amelda Imani akan memarahinya
kerana tidak memberitahu gadis itu kemana dia mahu pergi.
“Apa yang best
nya? Lain lah kalau I pergi sini dengan you. Boleh snorkeling sama-sama, tengok penyu. Ini kalau dah pergi dengan
perempuan tu, jawabnya I buat semua tu sorang-sorang je lah.” Rungut Nedzrish
seraya membetulkan cermin mata hitam yang dipakainya.
“Best lah
dapat pergi pulau. I dah lama tak pergi holiday,
rasa macam nak pergi je bila you cakap you ada dekat sana.”
“Nanti I bawa you pergi sini, nak?”
“Nak! Mesti lah nak Rish! Tapi bila? You tu suami
orang tau, tak kan I nak pergi bercuti dengan suami orang pulak?” Balas Amelda Imani sambil tertawa kecil.
“Boleh tak you lupakan sekejap status I sebagai
suami orang? I rimas lah dengar.”
“Okay, I tak cakap lagi dah. You dekat sana berapa
lama?”
“I baru sampai semalam, lagi tiga hari dekat sini.
Lepas tu I balik KL, kita jumpa okay?” Ujar Nedzrish memberi harapan. Dia yang
begitu merindui gadis itu tidak sabar-sabar untuk pulang semula ke ibu kota.
“Okay baby,
I sebenarnya call you sebab nak ajak
you pergi wedding kawan kakak I. I
tak ada partner lah nak pergi. Segan pulak, tapi kawan kakak I tu beria ajak
I. Serba-salah kalau tak pergi.” Celoteh Amelda Imani panjang lebar.
“Ajak lah kawan-kawan you. Tak kan semua orang tak
ada?”
“You lupa ke, sekarang ni kan tengah cuti sem. Bestfriends I sema duduk jauh. Yang ada
dekat sini pulak busy. Malas nak
kacau.”
“Tak payah pergi lah kalau macam tu.” Putus
Nedzrish. Dia sememangnya seorang yang simple,
padanya kalau sesuatu itu menyukarkan, dia akan mengambil jalan yang paling
mudah iaitu mengabaikan perkara itu.
“Eish, tak boleh lah macam tu. I ajak Haiqal boleh
tak? Dia kan duduk dekat dengan area
rumah I ni. Apa salahnya sayang, dia pun kawan baik you jugak kan?”
“Eh kau jangan nak pandai-pandai eh Mel. Aku tak
suka kau keluar dengan lelaki lain, walaupun lelaki tu aku kenal. Lainlah kalau
aku ada sekali. No, kau tak payah
pergi. Duduk je rumah diam-diam.” Ujar Nedzrish dengan nada suaranya sengaja
ditekankan.
“Ala you ni Rish. Tak sporting langsung lah. Nak suruh I duduk terperap dekat rumah ni
buat apa, kalau I pergi wedding tu.
Sekurang-kurangnya I boleh makan. Jumpa orang. Boleh lah Rish.” Pujuk Amelda
Imani lagi.
“Kau jangan nak mengada-ngada lah Mel. Ini yang aku
risau dengan kau ni bila aku jauh, mula lah nak buat perangai gedik kau tu.”
“Mana ada I buat perangai. I cuma nak ajak kawan you
teman I pergi wedding, itu je. You ni
semua benda nak jadi masalah bagi you.” Balas Amelda Imani kebengangan dengan
sikap Nedzrish yang kadangkala terlalu kuat cemburu.
“I tak suka, you dengar jelah cakap I ni. Kalau you
malas nak masak, call delivery. Nanti
you claim dekat I, I bayar. Settle masalah kan?”
“Yelah-yelah.. Daripada dulu sampai sekarang,
cemburu you tu tak habis-habis tau.”
“Mesti lah. Kau kan aku yang punya, lagi pun aku
sayang kau. Sebab tu aku jaga kau nak pergi mana, dengan siapa. Semua tu aku
kena tahu.” Ujar Nedzrish sambil tersenyum nipis. Amelda Imani di sana juga
mengulum senyum. Sepanjang dia menjalin kasih bersama lelaki itu, Nedzrish
Eskandar lah satu-satunya lelaki yang akan menemani kemana sahaja dia ingin
pergi. Lelaki itu juga akan pastikan dirinya selamat sampai ke rumahnya setelah
keluar berjalan, walaupun kadangkala dia tidak keluar dengan lelaki itu.
Nedzrish cukup mengambil berat tentang dirinya.
“Salah satu sebab kenapa I sayang sangat dekat you,
you jaga I macam I ni wife you.”
“I pun sayang kan you. Mel, nanti you call lagi eh? I nak balik chalet sekejap. You jaga diri baik-baik
dekat sana. Nak pergi mana-mana bagitahu I dulu. Boleh?”
“Baik lah boss. Saya akan ikut semua cakap boss. You
pun take care dekat sana tu, jangan
lupa kan I dekat sini pulak.”
“Memang tak lah nak lupa kan budak gedik ni. Bye Mel. Assalamualaikum.” Ujar Nedzrish
ringkas sebelum dia mematikan talian. Dia kemudiannya segera menuruni tangga
untuk pulang semula ke biliknya.
*******
Nedzrish menarik kasar kerusi lalu dengan wajah
masam di memandang Qalish Audrina yang sedang enak menjamu selera tanpa
menghiraukan dirinya. Dengan selamba Qalish meneruskan suapan meskipun Nedzrish
sudah berdehem berkali-kali.
“Amboi kau ni, sedap betul kau mengunyah ek? Tak peduli langsung aku dekat depan
mata kau ni. Buat tak tahu je.” Marah Nedzrish dengan nada suara yang
ditahan-tahan. Dia tidak mahu suasana menjadi kecoh pula kerana waktu sekarang
adalah waktu makan tengah hari.
“Memang lah sedap, makan kan? Siapa je yang tak suka
makan?” Balas Qalish Audrina sambil mengunyah keropok.
“Dasar badak kau ni. Tak cukup-cukup ke kau melantak
sarapan pagi tadi sorang diri, lepas tu makan tengah hari pun kau melantak sorang
jugak kan?” Soal Nedzrish bengang kerana wanita itu sarapan pagi tanpa mengajak
dirinya. Dia juga lupa untuk bersarapan kerana pagi-pagi lagi dia sudah keluar.
Namun dia tetap mahu salahkan isterinya.
“Makan sorang je lah, ada suami pun macam kahwin dengan
patung. Tak ada fungsi langsung tau awak tu jadi suami saya.”
“Kenapa kau tak tunggu aku dulu? Kenapa kau pergi
makan sorang-sorang pagi tadi? Breakfast
kita tu termasuk dalam package chalet ni sekali kan? Papa aku yang
bayar, sedap-sedap je kau bedal semua sorang kan.”
“Buat apa nak tunggu awak? Bukan ke awak cakap
semalam, saya nak pergi mana-mana tu saya punya suka. So, tak perlu lah saya nak ajak awak makan sekali dengan saya kan? Mind your own business, Nedzrish.”
Semakin membara hati Nedzrish melihat keberanian isterinya membidasnya. Qalish
pula hanya menayang wajah selamba tanpa rasa bersalah sedikit pun.
“Memang lah aku tak kisah kau nak pergi mana. Tapi
kalau bab makan, kena tunggu aku dulu lah makan sekali. Faham ke tidak?”
“Hm, ingat kan tak nak makan semeja. Tak takut
muntah ke nanti?”
“Kau ni banyak mulut betul lah, aku lapar ni. Bak
sini nasi.” Nedzrish terus menyambar nasi yang tidak terusik di dalam pinggan
tanpa sempat Qalish mahu menghulurkannya.
“Lauk ni saya ada ambil lebih, saya dah habis makan
ni. Awak ambil lah.” Ujar Qalish seraya menghulurkan lauk ayam masak kicap
serta sayur kalian ikan masin.
“Awak pergi mana pagi tadi?” Soal Qalish Audrina
selepas dia selesai membasuh tangan di sinki.
“Pergi mana-mana tempat yang aku suka.”
“Boleh tak kalau saya tanya tu, awak bagi jawapan
yang taraf orang dewasa?” Soal Qalish Audrina yang sedang berpeluk tubuh.
“Kenapa kau sibuk sangat nak tahu? Kau tak faham
bahasa ke yang kita ni pergi bercuti bersama, tapi apa pun yang kita nak buat
dekat sini. Sendirian berhad. Tak faham lagi?”
“Papa awak tu yang tak faham. Awak cakap lah macam
tu dengan papa awak. Senang sikit, saya tak payah lah nak cover kan kemana awak pergi setiap kali papa tanya kita dekat mana.”
“Papa ada call
kau ke tadi? Kau cakap aku pergi mana?”
“Saya cakap awak keluar jalan-jalan. Saya bangun je
awak dah tak ada.” Ujar Qalish selamba. Bulat biji mata Nedzrish mendengarnya.
“Kau cakap macam tu dekat papa?” Soal Nedzrish
dengan suaranya yang sedikit kuat.
“Kenapa? Tak betul ke apa yang saya cakap tu? Kalau
awak nak pergi menyelam sekalipun, boleh tak bagi tahu saya awak pergi mana?
Sekurang-kurangnya saya adalah alasan nak bagi dekat papa bila dia tanya.”
“Bendul nya kau ni! Bagi tahu je lah dekat papa tu
yang kita keluar jalan-jalan tepi pantai, yang kau pergi jawapan macam tu dah
kenapa? Sah-sah lah nanti papa bising kat aku. Kau ni memang sengaja cari pasal
kan.”
“Salah saya pulak?
Saya tak pandai lah nak tipu, lagi-lagi orang tua kan. Kalau kita tipu dia,
cepat je dia dapat hidu kebohongan kita tu.” Sempat pula dia menasihatkan
suaminya meskipun wajah itu sudah merah padam.
“Oh ya, papa pesan dekat saya tadi. Nanti send dekat papa gambar kita berdua. Papa
nak gambar kita atas boat, tepi
pantai.”
“Hah? Apa kena pulak dengan orang tua ni. Nak
paksa-paksa ambil gambar aku dengan kau pulak
dah. Mula-mula suruh kahwin, lepas tu paksa pergi honeymoon. Dah sampai sini pun kena ikut cakap dia lagi?” Nedzrish
mula berang mendengar arahan yang baru sahaja disampaikan oleh isterinya.
Bertambah panas hati apabila papanya tidak habis-habis mengarahkannya buat itu
ini seperti dia tidak punya perasaan.
“Mana lah saya tahu, papa awak kan. Awak lebih kenal
dia.” Ujar Qalish Audrina ringkas. Dia juga tidak mengerti mengapa bapa
mertuanya perlu mengaturkan semuanya untuk mereka berdua, kadangkala rimas juga
dibuatnya.
“Papa nak gambar kita… Maknanya aku kena jalan-jalan
dengan kau lah kan? Memang tak lah!”
“Awak ingat saya suka ke dengan arahan papa awak tu?
Kalau saya duduk sebelah awak, mesti orang cakap macam beauty and the beast. Ketara sangat.”
“Ha. Bagus lah kalau kau sedar. Kau lah si hodohnya
tu kan? Boleh pecah skrin handphone aku
kalau ambil gambar sekali dengan kau.”
“Eh tak lah. Awak lah si buruk rupa tu. Tengok
hidung awak tu penuh dengan kicap, orang makan dekat mulut. Awak memang
terlebih bijak kan bagi hidung makan sekali.” Ejek Qalish Audrina sambil
tergelak besar. Dia segera menekup mulutnya lalu dia bangun dari duduknya untuk
keluar dari restoran itu. Tidak dihiraukan Nedzrish yang melaung memanggil
namanya berkali-kali dari dalam.
No comments:
Post a Comment