Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Friday 17 July 2015

Be mine, eh? Bab14

Wajah masam mencuka Nedzrish menjadi tatapan Qalish Audrina. Waktu itu dia terasa mahu ketawa guling-guling sahaja melihat wajah penuh keterpaksaan lelaki itu menemaninya bersiar-siar di pulau itu. Mereka menaiki speedboat untuk ke Long Beach. Nedzrish terpaksa mengikut kehendak isterinya yang beria-ria mengajak dia untuk menaiki speedboat selepas mereka menikmati makan tengah hari.

“Biasanya orang pergi Long Beach ni malam, sebab pemandangan waktu malam lagi seronok. Tapi pergi siang pun tak ada masalah, cuma ramai pengunjung yang suka jalan waktu malam.” Mereka dan pengunjung yang menaiki bot hanya mendengar celoteh lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang membawa mereka mengelilingi pulau itu.

“Kau dengar tak, orang selalu pergi ke sana waktu malam. Bukan pergi masa matahari terpacak atas kepala ni. Tak nampak apa tahu tak.” Bisik Nedzrish ke telinga Qalish Audrina yang duduk bersebelahan dengannya.

“Malas lah nak pergi malam, malam nanti saya nak tidur je. Sebab dah penat berjalan kan.”
“Ini semua kau punya pasal tau, kalau kau tak bagi jawapan bendul dekat papa tadi. Tak adalah aku tak pasal-pasal kena teman kau jalan-jalan. Angin betul aku dengan kau ni.” Nedzrish yang masih tidak berpuas hati terus menerus menyalahkan Qalish Audrina yang hanya tersenyum menerima amarah suaminya.

“Mana saya nak tahu papa mintak gambar kita berdua atas bot ni. Papa awak tu suka minta benda yang kita tak terfikir pun tau.”

“Untuk pengetahuan kau, bapa mertua kesayangan kau tu memang suka arah aku buat benda pelik-pelik. Sebab perangai dia tu, alien pun kalah.”

“Apa lah awak ni Rish. Tak baik cakap macam tu pasal papa awak. Ada ke awak sama kan papa dengan alien. Tak baik betul awak ni.” Tegur Qalish Audrina yang tidak selesa dengan bicara lepas daripada suaminya.

“Kau tak kenal lagi papa aku tu macam mana. Kalau kau dah kenal perangai sebenar papa, mesti kau akan join aku untuk kutuk papa. Percaya lah cakap aku.”

“Kalau papa awak teruk sekalipun, tak perlu lah awak cerita buruk dia dekat saya. Apa guna awak sebagai anak dia kalau tak boleh nak jaga aib papa awak sendiri?” Balas Qalish Audrina seraya membetulkan selendangnya yang terusik ditiup angin.

“Kau pin betul-betul selendang kau tu dekat kulit kepala kau boleh tak? Rimas tahu tak kena muka aku. Dah lah kasar macam pasir.” Rungut Nedzrish kasar apabila selendang yang dipakai wanita itu terkena wajahnya.

“Kena sikit pun nak bising. Awak tahu tak kita sekarang dekat pulau? Normal lah kalau baju terbang, selendang terusik ditiup angin. Itu pun nak bising.” Bidas Qalish Audrina seraya memalingkan wajahnya.

“Apa awak ni main tolak-tolak pulak!” Jerit Qalish Audrina sedikit lantang apabila dirasakan badannya seperti ditolak oleh suaminya.

“Kau tahu tak kita sekarang dekat mana? Kalau setakat badan kena tolak, biasa lah tu. Nama pun dekat pulau kan. Angin laut kuat.” Ujar Nedzrish memerli isterinya. Ayat yang dituturkan oleh Qalish sebentar tadi, dibalas semula dengan rasa puas.

“Awak ni memang sengaja lah! Rimas saya dengan awak ni!” Bentak Qalish kasar lalu dia segera mengangkat punggungnya dan duduk di hadapan bersebelahan dengan seorang anak kecil yang tersenyum saja memandang dirinya. Lebih baik melayan anak kecil daripada melayan suaminya yang perangai menyakitkan hatinya sahaja. Nedzrish hanya tersenyum senang melihat wajah masam wanita itu. Sebenarnya dia rimas apabila bahu mereka bersentuhan, kerana itu dia menyakitkan hati isterinya.




*****
Nedzrish hanya menurut langkah kaki Qalish Audrina sejurus tiba semula ke chalet tempat mereka menginap. Qalish Audrina mengajaknya bersiar-siar di tepi pantai sebelum pulang semula ke bilik mereka. Nedzrish malas mahu bertekak, dia hanya menurut sahaja dengan wajah kosong.

“Awak. Tengok gambar ni, awak tak senyum pun.” Ujar Qalish Audrina seraya menunjukkan gambar yang diambil oleh mereka berdua sewaktu di atas bot. Nedzrish yang sedang duduk bersila disebelahnya hanya mengerling sekilas ke arah telefon bimbit isterinya.

“Panas lah. Kau tak nampak ke tadi cuaca panas bukan main. Nak senyum pun tak ada mood.”

“Bukan suruh buat apa pun, senyum sikit pun jadi lah. Nanti papa cakap awak terpaksa pulak.”

“Memang betul pun aku kahwin dengan kau sebab terpaksa. So semua benda yang aku buat lepas ni yang berkaitan dengan kau memang tak rela lah.” Ujar Nedzrish sambil membersihkan seluarnya yang kelihatan kotor terkena pasir.

“Sekejap lagi ambil gambar senyum lah sikit. Jangan lah tunjuk sangat awak tak suka. Jaga lah sikit perasaan papa awak tu.” Semenjak dia menghidu sendiri hubungan dingin suaminya dan bapa mertuanya, entah mengapa Qalish selalu menasihati suaminya tanpa sedar.

“Kenapa kau kisah sangat pasal hubungan aku dengan papa aku? Sedangkan kau tak tahu pun apa sebenarnya yang berlaku dengan kitaorang.” Soal Nedzrish hairan dengan sikap isterinya yang begitu prihatin dengan hubungan dia dan papanya yang telah sekian lama retak.

“Saya cuma tak suka awak dingin dengan papa awak. Walau apa pun alasan awak, dia tetap papa awak. Kita sebagai anak wajib hormat kedua orang tua kita.”

“Nak bersyarahan bukan dekat sini. Pergi ambil mikrofon, pergi bagi nasihat dekat semua orang. Kalau nak sebar kebaikan ni biar sebar ke seluruh dunia. Kan lagi bagus kalau ilmu tu dikongsi.” Sindir Nedzrish dengan nada suara dingin. Dia sungguh benci setiap kali bercakap mengenai papanya. Baginya papanya sendiri yang menjadi punca mengapa hubungan mereka anak beranak semakin menjauh.

“Saya bukan nak nasihat kan awak. Tak apalah, awak fikir lah yang mana baik yang mana elok untuk awak. Saya nak pergi main air kejap. Nak ikut?”

“Malas, kau pergi je lah.” Balas Nedzrish tanpa memandang ke arah isterinya yang sudah bangun dari duduknya dan berdiri di hadapannya. Tanpa menunggu lebih lama, Qalish Audrina segera melangkah pergi mendekati air laut yang membasahi pasir.

Nedzrish merebahkan kepalanya di atas pasir. Mindanya masih lagi memikirkan tentang kata-kata Qalish sebentar tadi. Dia pernah terfikir, sampai bila dia mahu berdendam dan dingin dengan papa kandungnya sendiri. Dia sendiri tidak punya jawapan. Bukan dia tidak pernah terfikir untuk berbaik semula dengan papanya namun sikap papanya sendiri kadangkala membuatkan dia melupakan niatnya untuk berbaik dengan papanya. Seketika kemudian, Nedzrish memejam matanya sambil menunggu isterinya yang sedang bermain air di tepi pantai.

“Tolong!!!!!.... Tolong!!...” Jerita nyaring daripada seseorang membuatkan Nedzrish yang baru memejamkan matanya beberapa minit membuka luas matanya. Alangkah terkejutnya dia melihat Qalish Audrina terkapai-kapai meminta tolong. Dengan langkah kalut Nedzrish segera mendekati isterinya yang sedang berusaha untuk naik ke atas.

“Ya ALLAH isteri aku!” Orang ramai yang mahu membantu Qalish memberi ruang kepada Nedzrish untuk berenang menyelamatkan isterinya yang hampir lemas.

Nedzrish kembali semula ke atas pasir dengan mengendong isterinya yang kelihatan lemah. Mata isterinya terpejam rapat, bibirnya juga kelihatan membiru. Hatinya dipalu keresahan. Dibaringkan tubuh langsing itu di atas pasir, dia segera melakukan cpr ke atas isterinya. Beberapa saat kemudian, isterinya terbatuk-batuk kecil. Qalish membuka sedikit matanya namun selepas itu matanya terpejam kembali. Nedzrish segera mengangkat isterinya lalu dengan langkah tidak teratur, dia segera mengatur langkah untuk pulang semula ke biliknya.




******
Selesai menggantikan pakaian isterinya yang basah lencun dengan pakaian yang bersih, Nedzrish menyelimutkan isterinya. Wajah isterinya masih lagi pucat ditatap dengan satu perasaan yang aneh. Sungguh saat itu dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap wanita itu. Namun entah mengapa dia begitu cemas menghadapi kejadian tadi. Segera diusir perasaan yang tidak diingini itu. Dia segera bangun dari duduknya untuk menukar pakaiannya pula.

“Awakkk…” Suara lemah Qalish Audrina memanggil dirinya membuatkan Nedzrish tidak jadi mahu meneruskan langkahnya. Dia kembali mendapatkan Qalish Audrina yang terbaring lesu.
“Aku ada ni. Kau dah okay sikit? Sejuk lagi tak?”

“Saya lemas ke tadi? Apa yang dah jadi?” Soal Qalish Audrina mahukan kepastian. Dirinya yang masih lagi lemah itu tidak dapat mengingati dengan betul kejadian yang menimpanya tadi.

“Hampir nak lemas. Kalau tak biasa main dekat tepi pantai, jangan gatal sangat nak pergi situ. Sekali kena tarik dengan air laut, kan dah susah. Macam ni lah jadinya.” Bebel Nedzrish sambil matanya merenung wajah isterinya.

“Awak selamatkan saya ke?” Soal Qalish Audrina sambil matanya merenung sepasang mata milik Nedzrish.

“Dah tu, tak kan aku nak biar kan kau mati kelemasan pulak? Nak suruh aku kena soal bertubi-tubi dengan keluarga kita?”

Thanks..” Tutur Qalish lembut. Air mata terharu mengalir lesu dari tubir matanya. Tidak dia sangka lelaki yang tidak sudi untuk menjadi suaminya menyelamatkannya. Walaupun Nedzrish memberi alasan dia berbuat begitu kerana bimbang akan reaksi keluarga mereka, Qalish tetap berasa terharu kerana bukan semua orang mampu menggadaikan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain.

“Aku buat ni semua sebab aku tak nak nanti kau tuduh aku suami tak bertanggungjawab. Kau tu lain kali boleh tak jaga diri sendiri elok-elok? Kalau aku tak ada tadi, kau dah menyusahkan orang lain tahu tak.” Bebel Nedzrish bersama wajahnya yang serius.

Sorry lah, saya mana tahu masa tu ombak kuat.  Masa saya lalu dekat tepi-tepi tu, air laut lembut je sapa kaki saya ni.”

“Ada je kau nak menjawab kan. Dah hampir nak lemas pun masih nak menjawab.”

“Bukan menjawab lah. Saya nak betulkan persepsi awak tu. Saya bukan sengaja nak lemaskan diri sendiri. Sorry lah kalau dah susah kan awak.”

“Memang sangat menyusah kan pun. Dah lah, aku nak mandi kejap. Lepas tu aku nak keluar cari makanan untuk kau.”

“Awak nak pergi sorang ke?”

“Eh tak lah, aku nak angkut semua pengunjung kat pulau ni ikut aku cari makanan untuk kau.” Perli Nedzrish seraya bangun dari duduknya.

Thank you awak..” Ujar Qalish Audrina perlahan. Nedzrish buat tidak tahu saja, dia segera menghilangkan dirinya ke kamar mandi.

*****
Nedzrish menghampiri Qalish Audrina yang baru selesai menikmati nasi goreng cina yang dibelinya sebentar tadi. Dibawa bersama segelas air lalu dihulurkan kepada isterinya.

“Awak tak makan ke?” Soal Qalish Audrina apabila dilihat Nedzrish hanya membawa sebungkus nasi untuknya. Sewaktu dia makan juga lelaki itu hanya duduk disampingnya menemaninya menjamu selera tanpa sepatah bicara keluar dari mulur suaminya itu.

“Aku dah makan dah tadi masa order nasi goreng kau tu. Kau macam mana? Ada rasa okay sikit tak? Ke masih lagi lemah?” Soal Nedzrish seolah-olah begitu prihatin. Hilang sekejap segala kedingingan lelaki itu terhadap Qalish.

“Okay sikit lepas makan ni. Tadi badan rasa lemah sangat.”

“Cuba kau cerita dekat aku macam mana kau boleh lemas? Kau tak pandai berenang ke apa?”

“Saya tergelincir sebenarnya. Mungkin pasir tu licin kot. Entah lah awak, benda nak jadi kan.” Balas Qalish ringkas. Dia malas mahu mengingati insiden petang tadi.

“Senang nya kau cakap. Memang lah benda dah nak jadi. Tapi sebelum sesuatu perkara tu terjadi, kita sebagai manusia ni boleh gunakan kepala otak untuk fikir macam mana cara nak elak kan? Ni mesti kau tak pandai berenang ni.” Nedzrish kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan mudah yang diberikan oleh Qalish Audrina mula membebel. Dia sebenarnya seorang lelaki yang amat mementingkan keselamatan, lebih-lebih lagi perempuan. Baginya seorang wanita haruslah dilindungi oleh sang lelaki sebaik mungkin.

“Memang saya tak pandai berenang pun. Sebab tu saya terkapai-kapai tadi. Saya pernah lemas masa saya umur 10 tahun. Lepas tu saya tak berani nak main air dah. Selama ni saya paling cuba elak kan untuk pergi ke pulau atau tepi pantai. Tapi tadi saya teringin saya nak pergi dekat dengan air laut. Sebab pantai dekat sini cantik sangat.” Terang Qalish Audrina panjang lebar.

“Aku dah agak dah. Kenapa lah kau tak bagi tahu awal-awal yang kau tak pandai berenang dan kau pernah lemas dulu? Kalau aku tahu, jangan harap lah aku nak bagi kau pergi main air tadi. Kau ni memang sengaja cari penyakit lah.”

“Saya tak tahu lah benda macam tu nak jadi. Awak ni jangan lah asyik nak salah kan saya. Bukan saya sengaja lemas kan diri saya sendiri.” Qalish mulai rimas dengan tingkah Nedzrish yang tidak habis-habis mahu mencari salahnya.

“Lepas ni jangan harap kau boleh pergi tepi pantai, main air laut. Memang aku tak akan izin kan. Faham tak?”

“Faham.. Saya tak buat awak susah hati lagi. Tapi kan saya pelik lah, kenapa yang awak nak risau sangat? Awak kan tak suka saya? Buat apa awak nak ambil kisah?” Soal Qalish Audrina seraya meletakkan gelas ke atas meja solek di tepi katilnya.

“Ini soal nyawa. Bukan boleh buat main tahu tak. Memang aku tak suka kau dan tak akan pernah jatuh cinta dengan kau. Tapi aku tak bodoh lah nak biarkan kau mati lemas tadi.”
“Okay Nedzrish Eskandar. Sekarang ni saya ada depan mata awak, saya selamat lah Rish. Awak tak payah lah bebel benda yang sama lagi.”

“Lain kali jangan cuai dengan diri sendiri. Kalau jaga diri sendiri pun tak lepas, macam mana nak jaga anak sendiri nanti?” Soalan Nedzrish itu dibalas dengan wajah berkerut Qalish. Nedzrish tayang wajah selamba dia, kemudian dia meneguk air yang tinggal separuh di dalam gelas Qalish.
“Ha? Awak ada terfikir ke nak ada cahaya mata dengan saya?”

“Apa kau merepek ni? Maksud aku, anak-anak kau dengan lelaki lain. Dengan suami kau nanti. Aku ni suami segera kau je. Kau percaya lah cakap aku, hubungan tanpa rasa cinta ni tak boleh pergi jauh.” Balas Nedzrish mendatar.

“Siapa kita nak tolak takdir tuhan?”

“Bukan menolak, tapi aku nak elak daripada berlaku. Masa depan kau bukan dengan aku, aku percaya. Masa depan kau dengan lelaki yang jauh lebih okay daripada aku.”

“Kita tak akan boleh tahu masa depan kita macam mana. Tapi sekarang ni saya dah pun jadi wife awak, nak tak nak kena lah hadapi apa yang akan terjadi lepas ni kan?”

“Kau cakap kau pening kan tadi? Aku ada beli Panadol, nanti sebelum tidur pastikan telan ubat tu dulu.” Nedzrish segera menukar topik. Tangannya dihalakan ke arah beg plastik kecil yang berada di atas meja. Qalish Audrina hanya mengangguk kecil tanda faham.

“Aku nak keluar kejap. Kau rest lah betul-betul. Pastikan diri tu sihat sebelum kita balik semula ke KL. Aku malas nak bersoal jawab dengan mak ayah kau nanti kenapa tak jaga anak diaorang elok-elok. Aku dah jaga cukup elok dah, kau tu yang tak pandai nak bawa diri.” Selesai menyampaikan tazkirah kecilnya, dia segera bangun lalu di bawa kaki keluar dari bilik mereka.




*****
“Rish.. Awak nak pergi mana?” Qalish Audrina menyoal Nedzrish yang sedang bersiap. Suaminya mengenakan T-shirt berkolar berwarna biru serta dipadankan dengan seluar paras lutut.
“Aku nak pergi snorkeling kejap. Bosan jugak duduk dalam bilik ni, bukan ada apa pun. Balik-balik kena hadap muka kau yang membosankan ni.” Balas Nedzrish seraya merapikan rambutnya supaya tampak lebih kemas.

“Awak nak pergi sorang? Habis saya macam mana?”

“Kau? Kau duduk lah sini diam-diam. Yang nak tanya lagi apahal?” Ujar Nedzrish acuh tidak acuh.

“Tak kan awak nak biarkan saya dekat sini sorang-sorang. Mati kebosanan lah saya nanti.”

“Aku tak pernah dengar lagi orang mati sebab bosan. Kau jangan nak mereka cerita pulak. Jangan pergi mana-mana. Jangan sesekali keluar dari kawasan chalet ni. Kalau aku tahu kau pergi tepi laut, siap kau.” Pesan Nedzrish seraya menundingkan jarinya hampir ke wajah Qalish yang beriak bersahaja itu.

“Saya nak ikut awak lah. Bosan tahu tak duduk sini sorang-sorang. Baik tak payah pergi bercuti kalau macam ni.” Rungut Qalish Audrina dengan mulutnya terkumat-kamit mengomel sendirian.

“Siapa benarkan kau ikut aku? Kau lupa ingatan ke apa yang semalam kau hampir nak lemas. Tak serik-serik lagi?”

“Awak ni berfikiran kolotlah. Tak kan lemas punya lah. Kan ada orang yang akan guide kita sepanjang snorkeling nanti. Lagi pun kan awak ada sekali, saya tak risau lah.”

“Tak ada maknanya aku nak jaga kau. Lebih kau tak payah nak menyusahkan aku. Kau dengar cakap aku, duduk dalam ni diam-diam. Nanti aku balik, kita pergi makan.” Nedzrish segera menghayunkan kaki ke luar, dia tunduk mengambil seliparnya lalu disarungkan ke kakinya.

“Bagi lah saya ikut Rish. Tak kesian ke saya sorang-sorang kat sini. Lain lah kalau saya ada teman untuk berbual.”

“Kau faham bahasa ke tidak ni? Aku cakap kau tak payah ikut, maknanya jangan ikut. Sebelum pipi kau merah kena lempang, lebih baik kau masuk dalam sekarang.” Nedzrish bersuara garang kerana isterinya tidak mahu mendengar kata-katanya. Dia bukanlah mahu menyekat kebebasan isterinya, dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berulang kembali.

“Kalau awak tak bagi saya snorkeling sekali dengan awak, saya bagitahu papa yang semalam saya lemas. Awak tak pandai jaga saya.” Ugut Qalish Audrina selamba lalu dia jarinya segera menyentuh skrin telefon pintarnya.

“Kalau kau berani call papa, aku tinggalkan kau dekat sini. Aku balik KL malam ni jugak.”

“Balik lah. Jawab soalan papa elok-elok tau nanti kenapa saya tak balik dengan awak sekali.”

“Kau ni memang mengada-ngada betul! Betul lah perempuan ni sangat merimaskan.” Wajahnya mulai memerah kemarahan. Dipandang wajah isterinya dengan perasaan bengang.


“Awak tunggu kejap ya, saya siap sekejap. Kalau tak nak bersoal jawab dengan papa, awak tunggu lah saya. Kalau tak, awak boleh pergi dengan senang hatinya.” Perli Qalish Audrina sebelum dia menghilangkan diri di sebalik pintu. Nedzrish menyepak dedaun di tepi kawasan chalet itu dengan rasa bengang terhadap kedegilan isterinya.


3 comments:

  1. Susah betul menyebut name hero die. Haha... kalo buat diorg begaduh teruk lagi best kat pantai tu. . Pepe pun kipidap


    http://norashaisyasiah.blogspot.com/2015/01/novel-kita-orang-best-friend-lah-sengal.html

    ReplyDelete
  2. Akak bila nak update lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sambung menulis dah. enjoy reading :)

      Delete