“Sayang, you betul ke
ni tak nak order apa-apa?” Soal
Amelda Imani sambil memulangkan kembali buku menu kepada pelayan di restoran
itu.
“Tak nak lah. I dah
kenyang.” Ujarnya seraya tersenyum nipis. Wajah Amelda Imani yang sudah lama tidak
ditatap berhari-hari direnung penuh kerinduan.
“You makan apa?” Pelik.
Sepanjang mereka keluar makan bersama, Nedzrish tidak pernah tidak memesan
makanan untuk dirinya sendiri.
“I dah makan kat rumah
tadi. I tengok you makan je lah okay?”
“You makan dekat rumah?
Rumah you? Siapa masak? Isteri you masak ke?” Soalan bertalu-talu yang keluar
dari mulut kekasihnya menyedarkan Nedzrish yang dia sudah terlalu jujur malam
itu.
“Eh, bila masa I cakap
I makan kat rumah?”
“Ada. You jangan nak
mengelak. Tadi you baru je cakap yang you dah kenyang sebab makan dekat rumah.
Isteri you masak ke Rish?”
“Oh. Memang lah I makan
dekat rumah. Tapi bukan perempuan tu yang masak. I beli makanan dekat luar.”
Dia tidak punya niat untuk berbohong. Namun dia sedaya upaya mahu menjaga
perasaan kekasihnya.
“Boleh percaya ke? You
dah tahu you nak keluar makan dengan I, kenapa you beli makanan dekat luar
pula?” Soal Amelda Imani yang mula curiga dengan jawapan yang diberikan oleh
Nedzrish.
“Betul lah Mel. Apa hal
pulak dia nak masak untuk I? Mel sepanjang I kahwin dengan dia, tak pernah sekalipun
dia masuk dapur. Perempuan bandar macam tu, mana reti masak.” Mujurlah dia
bijak untuk mencipta alasan yang dirasakan agak kukuh untuk meraih kepercayaan
Amelda Imani.
“Dia tak pernah masuk
masuk dapur langsung? Habis tu selama ni, you makan kat luar lah?” Soal Amelda
Imani denga nada yang tidak percaya. Masakan tidak pernah masuk dapur langsung?
Dia yang digelarkan gadis bandar oleh Nedzrish juga pernah masuk ke dapur masak
untuk diri sendiri.
“Yelah Mel. Biar lah,
mcam ni lagi bagus kan. Dah nama pun kahwin paksa, mestilah dia tak jalankan
tanggungjawab dia sebagai isteri. Kalau I ni you jangan tanya lah, apa tugas
seorang suami pun I tak ambil tahu.”
“Lahai. Kesian nya
sayang I ni. Tak sihat lah sayang hari-hari makan kat luar. Apa kata kalau
hari-hari I masak untuk you. You datang rumah I, kita makan sama-sama. Okay?”
“Er.. Tak payah lah
Mel. I tak nak susah kan you. I kan dah biasa macam ni, daripada dulu lagi I
selalu makan kat luar kan?”
“Mana ada, dulu masa
you duduk dengan mama you. Jarang lah you makan kat luar, you makan apa yang
mama you masak lah kan.”
“Dah lah Mel, you tak
payah risau okay? Rumah I dengan rumah mama I bukan jauh mana pun, kalau I
lapar. I balik lah sana.”
“Rish. Sampai sekarang,
you masih tak ada rasa apa-apa dekat isteri you?” Soalnya mengubah topik.
“Rasa apa? Rasa nak
lempang ada lah dia tu. Rimas tahu tak hidup dengan perempuan tu. Dia tu semua
benda tak kena. Dia tak macam you Mel. You teman I makan tepi jalan pun you tak
pernah merungut. Tapi dia tu, tak hingin
nak pergi tempat-tempat macam kita pergi ni.”
“You kena lah faham,
dia tu seorang pereka fesyen yang terkenal. You sendiri cakap dia tu perempuan
yang ada standard. Mestilah dia tak
suka tempat crowded macam ni.”
“Ada je orang kaya tapi
hidup bersederhana. Ini dah kes bongkak you tahu tak.” Jujur dia katakan dia
tidak gemar cara hidup isterinya.
“Kita mana boleh paksa
orang untuk ikut cara kita. You tak payah lah desak dia supaya ikut cara you.
Dah memang dia macam tu dari dulu. Susah lah kalau nak ubah.” Amelda Imani yang
memahami sikap Nedzrish yang mahukan orang lain ikut apa yang dilakukan olhenya
yang mana dia rasakan betul.
“I tak kuasa lah nak
paksa dia. Bukan ada makna apa-apa pun dalam hidup I.”
“Betul ni you tak ada
rasa apa-apa dekat dia? Sayang pun tak ada?”
Nedzrish membalas
pertanyaan kekasihnya hanya dengan gelengan sahaja.
“Sikit pun tak ada?”
“Kau ni dah kenapa? Nak
suruh aku betul-betul jatuh cinta dengan dia ke? Kalau kau nak, aku boleh paksa
hati aku sayang dia. Macam mana awal-awal dulu, aku paksa diri aku terima kau.”
Ujar Nedzrish serius. Dia cukup menyampah apabila berhadapan dengan syak
wasangka oleh Amelda Imani. Dia bosan untuk menerangkan perkara sama berulang
kali.
“Rish! Tak nak lah.You
tahu kan I sayang kan you? Sayang sangat.”
“Dah tu yang kau bijak
sangat tanya soalan sama kenapa?”
“I tanya untuk dapat
kan kepastian lah Rish. Tak ada niat pun tak percaya kan you.” Ujar Amelda
Imani lembut sambil meramas jari jemari Nedzrish. Lelaki itu hanya membiarkan
sahaja tanpa membalasnya. Namun dia hujung bibirnya melakarkan senyuman tipis
beberapa saat.
“Kau tahu hati aku pada
siapa kan? Cukup lah kalau kau tahu benda tu.”
“I tahu. I harap sampai
bila-bila pun perasaan you tetap tak berubah untuk I.”
“Good. Mel, esok aku tak dapat temankan kau pergi wedding kawan kau. Aku kena balik rumah parents aku, tidur sana.”
“Alaaa sayang. Tapi you
dah janji?” Amelda Imani sudah mula mahu membuat babak cerita Hindustan. Ini
yang Nedzrish rimas. Tidak kuasa dia untuk memujuk mana-mana wanita, padanya
itu hanyalah membuatkan rasa sayang kurang.
“Ya I tahu I dah janji
dengan you dari minggu lepas lagi. Tapi you sendiri kenal papa I macam mana
kan? Dia tu kalau sekali dah membebel, habis lah I.”
“Hmm...”
“Okay, I minta maaf. I
tak ada niat pun nak buat you kecil hati. Papa I tiba-tiba suruh I balik sana
sebab I dah lama tak balik rumah diaorang.” Nedzrish masih lagi cuba untuk
memujuk Amelda Imani.
“Satu syarat?”
“Apa dia? Teman you
pergi tengok wayang?” Soal Nedzrish. Aktiviti itu adalah aktiviti yang sangat
gemar dilakukan oleh kekasihnya. Meskipun dia bukan lah seorang kaki wayang,
tetapi kerana kasihnya terhadap wanita itu, dia gagahkan juga meskipun
seringkali dia tertidur di dalam wayang.
“Nope. Suapkan I. Sampai habis.” Matanya melirik kepada pinggan yang
berisi mee goreng basah yang masih tidak terusik.
“Permintaan kau tak
boleh lagi mengarut ke?” Nedzrish sudah mula menayang wajah tidak puas hatinya.
Namun dengan berat hati dia mencapai sudu dan garfu.
“Sayang I tak?”
“Tak pernah tak sayang.
Tapi perangai kau tu jangan lah macam orang tak pernah bercinta.” Walaupun
mulutnya membebel tidak puas hati, namun dia tetap menurut apa yang disuruh
oleh Amelda Imani. Gadis itu mengulum senyum. Kerana itulah dia terlalu
menyanyangi Nedzrish, lelaki itu lain daripada lelaki yang lain.
*****
Datin Khalidah begitu
ceria sekali menyambut kedatangan anak dan menantunya tengah hari itu. Meskipun
pada awalnya dia memarahi Nedzrish kerana tidak memberitahu kepadanya terlebih
awal untuk datang ke rumah. Mujurlah pagi itu dia tidak jadi untuk keluar
melawat rakan lamanya.
“Mama masak
banyak-banyak ni, macam tahu-tahu je Rish nak datang kan?” Nedzrish menyapa
Nedzrish mesra mamanya yang sedang sibuk menyusun hidangan di meja makan.
Mujurlah Datin Khalidah seorang yang cekap di dapur, cepat sahaja dia
menyiapkan lauk tengahari itu.
“Rish ni suka buat
suspen macam ni, nasib baik mama ni handal di dapur. Sekejap aje mama siapkan
lauk kegemaran Rish. Kalau tak, kempunan lah Rish.”
“Bukan salah Rish eh
ma. Rish tak rancang pun nak datang sini hari ini. Menantu mama tu yang ajak
Rish tidur sini sampai esok.” Nedzrish menjeling ke arah isterinya yang sedang
memotong timun.
“Eleh, tunjuk rajin lah
tu.” Kutuknya di dalam hati. Mana lah tahu Qalish Audrina sekadar mahu menjaga
hati mamanya.
“Oh, jadi Rish memang
tak nak balik ke sini lah ya? Kalau bukan kerana Qalish yang pujuk Rish,
agaknya tahun depan baru mama nampak batang hidung Rish.” Selamba Datin
Khalidah memerli anaknya. Bukannya dia tidak tahu anak bongsunya jarang balik
ke rumah ini adalah kerana tidak mahu bersua muka dengan papanya. Dia sudah
lali dengan semua perangai Nedzrish Eskandar.
“Mana ada ma. Rish
selalu ingat kat mama. Cuma tulah, malas nak bertekak dengan papa.”
“Jangan lah cari punca
untuk bertekak dengan papa. Papa tu okay aje Rish, Rish je yang fikir buruk
pasal papa.” Seperti biasa, nasihat lembut daripada Datin Khalidah hanya
dibiarkan begitu sahaja. Langsung tidak terniat oleh Nedzrish untuk mengikut
kata-kata mamanya.
“Awak, makanan dah
sedia ni. Awak tolong panggil kan yang lain boleh?” Tiba-tiba Qalish Audrina
menegur dirinya yang sedang tunduk merenung lantai. Wanita itu sedang mencedok
nasi ke dalam pinggan.
“Pandai lah diaorang.
Bukan nya budak sekolah nak kena bagitahu waktu makan dah tiba. Semua dah besar
kan?” Ringkas sahaja jawapannya. Dia terus mencapai pinggan yang telah siap
dibubuh nasi oleh isterinya, tanpa sempat isterinya mahu memberikan kepadanya.
“Tak ada siapa pun
dekat rumah ni Lish. Syaqilah awal-awal pagi lagi dah keluar dengan kawan dia.”
“Kakak pergi mana ma?”
Laju sahaja Nedzrish menyoal tentang kakak kesayangannya. Rasa rindu semakin
membuak-buak krana sudah lama tidak bersembang mesra dengan Syaqilah.
“Pergi Melaka katanya,
tapi balik hari. Kawan dia kahwin.”
“Yang lain, mama?” Soal
Qalish pula.
“Papa beli surat
khabar, Pak Awie cuti hari ni. Itu yang dia kena beli sendiri. Tapi dah lama
dah pergi, tak balik-balik pun lagi ni. Abang Rief kamu main golf.” Datin Khalidah seperti penyampai
berita pula. Setiap pertanyaan anak menantunya dibalas dengan informasi yang
tepat lagi benar.
“Oh..” Hanya itu yang
terluah di bibir wanita itu. Pelik. Sepatutnya hujung minggu begini semuanya
perlu ada di rumah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Keluarga
suaminya seperti lebih gemar untuk membuat hal masing-masing.
“Mereka memang macam tu
Lish. Pantang ada kelapangan, mesti tak lekat duduk di rumah ni.” Tambah Datin
Khalidah lagi yang seolah-olah mengerti apa yang sedang difikirkan oleh
menantunya.
“Yang kau ni apasal duk
tenung je makanan ni semua? Makan lah. Apa kau fikir lauk-lauk ni semua akan
melompat masuk dalam mulut kau ke?” Nedzrish yang sedang mencedok kuah kari
membebel apabila dilihat Qalish berdiri tegak di sudut meja tanpa ada
tanda-tanda untuk turut makan bersamanya.
“Rish, kenapa cakap
dengan isteri macam tu? Cuba cakap baik-baik. Tak baik tau asyik buat orang
sakit hati je.” Tegur Datin Khalidah seraya mengajak Qalish untuk makan bersama
mereka.
“Betul lah apa yang
Rish cakap tadi. Depan rezeki kan tak elok termenung. Tak payah kau nak fikir
soal orang dalam rumah ni. Diaorang tu jadikan rumah ni macam hotel, sama je
macam kau buat rumah kita tu.”
Mendengarkan sebaris
ayat terakhir yang dituturkan oleh suaminya, bebola mata Qalish Audrina terus
merenung tajam ke wajah suaminya. Gila apa! Bocorkan rahsia dia sering pulang
lewat ke rumah di hadapan ibu mertuanya? Dasar otak kurang cerdik.
“Lish selalu balik
lambat ke?”
“Haah ma. Dia ni kan
hantu duit. Mana cukup duit yang dia ada sekarang ni. Tu pasal dia kerja macam
orang tak ada rumah.” Belum sempat Qalish Audrina mahu membalas kata-kata Datin
Khalidah, Nedzrish pantas memberi jawapan yang menyakitkan hati isterinya.
“Rish.. Kalau nak tegur
isteri, tegur elok-elok. Sebaiknya tegur lah dia bila hanya ada kamu berdua
sahaja disitu. Rish seagai seorang suami, tak boleh terus nak hukum si isteri.
Kena cakap cara baik Rish.”
“Macam mana nak cakap
cara baik, kalau setiap kali Rish tegur je dia selalu tarik muka. Salah dia lah.” Semakin berbahang telinga Qalish
Audrina mendengar suaminya dengan selamba memburuk-burukkan dirinya. Terasa mahu
cekik-cekik sahaja lelaki itu.
“Awak tegur saya pun
tak pernah. Lepas tu awak nak cakap saya tak nak dengar nasihat awak pulak.
Persoalannya disini, bila awak tegur saya?” Sudah tiada kesabaran lagi, suka
hati dia sahaja mahu mengutuk dirinya, di hadapan Datin Khalidah pula. Sengaja
mahu menjatuhkan air mukanya lah tu.
“Sudah. Tak elok
bergaduh depan rezeki. Apa-apa masalah, boleh bincang lepas ni. Tapi ingat,
jangan tahu nak salahkan orang lain je Rish. Jangan nak buat perangai tak
bertauliah kamu tu. Dah Lish, makan.” Datin Khalidah segera menamatkan perang
mulut antara anak menantunya. Bimbang jikalau semakin dibiarkan, Nedzrish tidak
akan berhenti menganggu isterinya dengan kata-kata pedas nya.
*****
Dato’ Ezzudin menuruni
anak tangga bersama senyuman tersungging di bibirnya. Dia membatalkan niatnya
untuk bertemu dengan rakan niaganya petang itu apabila isterinya memberitahu
bahawa anak menantu mereka ada di rumah. Kemudian dia menuju ke ruang tamu
untuk menyertai isteri serta anak menantunya yang sedang bersantai menonton
televisyen.
“Eh papa. Papa sihat?”
Qalish Audrina segera bangun dan menyalami tangan bapa mertuanya dengan penuh
hormat. Berbeza dengan Nedzrish, tidak dihiraukan papanya yang sedang berdiri
memandangnya. Dia buat tidak tahu sahaja. Datin Khalidah hanya mampu menggeleng
kepalanya sahaja. Ingin ditegur, suaminya pantas menghalang.
“Sihat Lish. Kamu baru
sampai ke?” Ujarnya setelah melabuhkan duduk disisi isterinya.
“Tengah hari tadi. Papa
dah makan?”
“Sudah, papa makan di
luar tadi. Rish dengan Lish duduk dekat sini berapa lama?”
“Esok balik lah.
Kenapa? Tak sabar nak suruh Rish balik ke?” Nedzrish laju sahaja menjawab
meskipun Qalish Audrina sudah pun membuka mulutnya. Sengaja dia mahu memanaskan
hati papanya. Nedzrish sememangnya masih lagi tidak berpuas hati dengan setiap
tindakan dan arahan papanya yang lebih kepada memaksa dirinya membuat sesuatu
yang dia tidak suka.
“Papa tak cakap macam
tu pun. Papa ingatkan Rish dah tak jumpa jalan balik ke rumah ni. Ingatkan dah
lupa terus dah.” Datin Khalidah dan Qalish Audrina memandang sesame sendiri
mendengarkan bicara tajam daripada Dato’ Ezzudin. Dua-dua beranak itu tidak
pernah mahu mengalah. Macam itulah jadinya, berbalah tiada kesudahan.
“Hampir nak lupa lah
pa. Sebab kalau mama dengan Syaq tak tinggal dekat sini, Rish dah tak balik
langsung ke sini kot.”
“Sudah lah, abang
dengan Rish ni pantang berjumpa. Mesti nak bergaduh, tak malu ke dengan
Qalish?”
“Nak malu apanya,
biarlah menantu kita tahu perangai sebenar suami dia. Tak tahu nak hormat bapak
sendiri.” Sinis kedengaran perlian Dato’ Ezzudin. Namun tidak memberi apa-apa
kesan terhadap Nedzrish.
“Emm. Papa, sorry la sebab Lish dah lama tak balik
sini. Bukan Rish tak ada ajak, tapi Lish yang sibuk sikit kebelakangan ni.”
Qalish Audrina bijak untuk mengalihkan perhatian papanya. Mata bapa mertuanya
itu segera memberi fokus kepada dirinya.
“Tak apa. Papa faham.
Papa bukan tak tahu butik Qalish sekarang tengah maju. Papa ikut tau perkembangan
Lish.”
“Mana papa tahu?” Soal
Qalish sedikit teruja.
“Kalau dah pernah masuk
majalah, cerita pasal butik kamu tu. Macam mana papa tak tahu? Tak menang
tangan kamu nak siapkan tempahan customer,
memang kamu sibuk.” Semakin rancak Dato’ Ezzudin bercerita dengan menantunya.
Datin Khalidah serta Nedzrish, masing-masing leka menonton rancangan Jejak
Jepun Jihan.
“La.. Papa baca ke
pasal Lish? Lish ingatkan papa tak ikuti perkembangan dunia fesyen moden.”
Ujarnya seperti tidak percaya pula. Gelaran seorang pereka fesyen yang terkenal
sudah sebati dalam dirinya kerana dia selalu mendapat tempahan untuk mereka
baju para selebriti serta VVIP.
“Papa baca baca je
semua. Papa ni suka membaca, sebab bila kita membaca. Semakin banyak ilmu yang
kita ada. Kan bagus tu?”
“Betul lah tu pa.”
Ujarnya sepatah.
“Apa perkembangan
terbaru butik Lish? Ada pertandingan apa-apa ke bulan ni?”
“Ada. Minggu depan Lish
kena pergi Johor, ada pertandingan fesyen.”
“Berapa lama event tu berlangsung? Lish tak ajak Rish
teman ke?” Soal Dato’ Ezzudin sambil matanya melirik ke arah Nedzrish yang
sedang leka merenung telefon bimbitnya.
“Apasal nak kena ajak
Rish pulak? Dia dah besar la pa.
Pandai-pandai lah dia pergi sendiri. Bukan nya budak kecil, nak kena dukung
bagai.” Walaupun matanya leka menaip sms di telefon bimbitnya, namun telinga
tetap menangkap dengan jelas setiap perbualan mereka berdua.
“Memang lah dah besar,
tapi Lish kan dah ada suami sekarang. Kan lebih baik kalau Rish teman kan
isteri Rish pergi ke sana. Nanti orang kata, ada suami tapi tak boleh harap.”
Ujar Dato’ Ezzudin meluahkan pendapatnya.
“Kau boleh pergi
sendiri kan?” Dia menyoal garang. Tersentak Qalish yang sedang meneguk minuman
panas itu.
“Er.. Boleh. Tak ada
masalah pun pa.”
“Papa dengar sendiri
kan? Selama ni dia ada pertandingan fesyen dekat ceruk mana sekalipun, boleh
aje dia pergi sendiri. Apasal bila dah kahwin ni semua nak berteman? Macam lah
kita tak ada kerja lain.” Matanya tajam merenung isterinya. Sebenarnya yang
dimarahinya adalah papanya sendiri, namun dia tidak berani untuk merenung wajah
papanya yang kelihatan serius.
“Betul lah tu apa Rish
cakap. Lish dah biasa lah pa outstation
jauh-jauh macam ni. Bukan nya tak ada orang teman, pekerja Lish pun ada
sekali.” Tambah Qalish Audrina menyokong kata-kata suaminya. Dia sendiri tidak
mahu lelaki itu menemaninya ke Johor. Untuk apa lelaki itu ada di sisinya
jikalau kehadiran lelaki itu hanya akan menimbulkan rasa sebal dihatinya.
“Itu sebelum kahwin,
selepas kahwin ni sepatutnya kauorang kena luangkan masa lebih sikit. Lagipun
kamu berdua tak pernah bercinta sebelum kahwin kan, inilah peluangnya.”
“Biar lah abang, itu
kan soal rumah tangga mereka. Kalau Lish selesa pergi sorang, biarlah dia pergi
sorang. Tapi kalau Rish rela hati nak teman. Itu lebih bagus. Mereka kan dah
besar, biarlah mereka fikir sendiri.” Datin Khalidah yang sedari tadi hanya
memerhatikan gelagat mereka bertiga berbalah pendapat, menyuarakan apa yang
dirasakan betul.
“Rish. Papa nak kamu
teman isteri kamu ke Johor minggu depan. No
excuse. Papa tak nak dengar sebarang bantahan. This is an order. So, please.” Dato’ Ezzudin mula menggunakan
kuasa vetonya. Dia buat itu semua bukan atas dasar suka-suka. Dia tahu kalau
dibiarkan sahaja rumah tangga mereka itu, pasti tidak akan pernah berbaik anak dan
menantunya itu. Lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sikap Nedzrish yang suka
ikut kepalanya sendiri itu.
“Apa lagi papa ni?
Semua benda papa nak aturkan, semua benda papa paksa Rish buat. Boleh tak
sekali ni papa cuba faham perasaan seorang anak yang disisih oleh papa
kandungnya sendiri?” Matanya memerah menahan marah. Qalish Audrina di
sebelahnya sudah kecut perut melihat wajah tegang suaminya.
“Kalau aku sisih kan
kau, kau tak ada peluang langsung untuk berpijak atas lantai rumah aku ni.”
Selesai berkata-kata, Dato’ Ezzudin terus beredar dari situ. Dia berang kerana
apa sahaja permintaannya susah sekali ditunaikan oleh Nedzrish. Tidak seperti
abang dan kakaknya yang sangat patuh dengan arahan papa mereka.
“Ni semua kau punya
pasal tahu tak. Menyusahkan!” Nedzrish turut bangun dari situ setelah
menengking isterinya. Qalish Audrina hanya menggeleng kepalanya sahaja melihat
reaksi dingin mereka dua beranak. Datin Khalidah usah cerita lah, dia hanya
mampu berdiam diri setiap kali berhadapan dengan situasi itu.
No comments:
Post a Comment