Syaqilah sedang tekun
menyiapkan kerjanya di meja runag tamu rumah banglo mewah itu. Sesekali tangan
wanita itu menyemak beberapa buah fail yang dibawa bersamanya.
“Sibuk ke?” Tegur
Qalish Audrina bersama segelas mug di tangannya. Sedari tadi lagi dia mahu
menegur kakak iparnya kerana mereka jarang berbual. Sejak Syaqilah pulang dari
Melaka senja tadi, Nedzrish rancak bersembang bersama kakaknya itu. Qalish
hanya melihat sahaja tanpa mahu menyampuk.
“Eh, Lish. Tak tidur
lagi?” Soal Syaqilah bersama senyuman di bibirnya.
“Tak mengantuk lagi.
Err.... Minum coffee tak?” Soal
Qalish Audrina teragak-agak. Dia sebenarnya tidak tahu mahu panggil kakak
iparnya dengan panggilan apa. Ini adalah kerana umur Syaqilah yang 3tahun lebih
muda darinya.
“Kalau tak selesa nak
panggil akak, panggil Syaq je. Semua orang dekat dalam rumah ni panggil Syaq
je. Suami awak lah yang pandai-pandai bagi gelaran macam tu dekat Syaq. Dah macam
nama lelaki pun ada.” Syaqilah seperti dapat meneka apa yang sedang ada di
dalam fikiran adik iparnya.
“Pandai Syaq teka. So, minum tak?”
“Minum. Tapi Syaq ni
tak adalah hantu coffee macam Rish
tu. Syaq selalu minum coffee kalau
nak stay up. Malam ni ada nak buat
kerja sikit, so lucky you’ve made this
for me. Thank you.” Syaqilah cuba
untuk merungkaikan keadaan kekok antara mereka berdua apabila dilihat Qalish
seperti malu-malu untuk bersembang dengannya.
“Dekat rumah pun masih
menghadap kerja? Kan hujung minggu ni, tinggal sekejap lah kerja tu.” Bijak
pula dia menasihati kakak iparnya, dia tidak sedar dirinya juga seorang yang
sangat kuat kerja. Hampir setiap hari juga dia membawa beberapa rekaan baju
pulang ke rumah.
“Mana boleh Lish, nanti
abang ipar awak tu bising dekat telinga Syaq. Syaq kena siapkan sebelum hari
Selasa. Sebab Selasa ni Abang Rief nak buat meeting.”
“Kalau macam tu Syaq
sambung lah buat kerja dulu. Lish tak nak kacau. Nanti-nati kita sembang lagi
ya?” Qalish mahu memberi ruang kepada kakak iparnya untuk memberi sepenuh
perhatian terhadap tugasannya.
“Lish tak kacau Syaq
pun lah. Lagipun sejak Lish kahwin dengan Rish, ini adalah kali pertama kita
sembang berdua macam ni kan? Sebelum ni sekadar tegur-tegur macam tu je kan?”
Soal Syaqilah dengan wajah serius. Seingatnya ini adalah kali pertama dia dapat
duduk semeja, bersemuka secara terus dengan isteri adik kesayangannya.
“Itulah, Lish tegur
Syaq pun sebab Lish rasa selama Lish jadi isteri Rish. Tak pernah kita ada
peluang untuk duduk sekali macam ni. Tapi, kalau Syaq ada kerja, Lish tak nak
kacau.” Ujarnya sopan. Syaqilah tersenyum lalu dia menutup komputer ribanya.
Tumpuannya kini adalah untuk Qalish Audrina.
“Tak apa ke?” Soal
Qalish Audrina, sedikit bimbang jikalau kehadirannya menganggu konsentrasi
Syaqilah.
“Tak apalah. So, Qalish okay dengan gelaran sebagai
seorang isteri kepada adik Syaq tu? Perangai dia macam mana? Dia ada buli Lish
tak?” Soal Syaqilah. Dia cukup arif akan perangai adik bongsunya yang tidak
hipokrit. Nedzrish Eskandar, jikalau dia tidak suka akan seseorang itu,
pastinya segala tindak tanduknya akan menyakitkan hati seseorang yang tidak
digemarinya itu. Syaqilah bimbang jikalau Qalish Audrina tidak selesa hidup
dengan adiknya, kerana dia sendiri cukup tahu sikap Nedzrish yang kadangkala
menjengkelkan.
“Syaq pun tahu kan,
adik Syaq tu macam mana? Rasanya Syaq lagi kenal dia dari Lish.”
“Hmm. Syaq dah agak
dah. Rish ni memang tak pandai nak jaga hati isteri langsung.” Syaqilah
menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“Alaa Syaq, bukan salah
dia pun. Lagi pun kan kitaorang tak pernah kenal sebelum ni. Tahu-tahu je dah
disatukan. Mestilah dia perlukan lebih masa lagi untuk terima semua ni. Lish
okay je.” Ujarnya seraya tersenyum nipis. Dia bukanlah seorang yang gemar untuk
bercerita keburukan Nedzrish kepada orang lain. Dengan rakan baiknya juga dia
jarang bercerita mengenai Nedzrish melainkan dia dipaksa untuk bercerita.
“Rish tu memang macam
tu kalau Lish nak tahu. Dia susah nak terima orang baru dalam hidup dia,
lagi-lagi perempuan. Dia tu macam anti dengan perempuan sikit.”
“Anti dengan perempuan?
Hmm… Ada jugak lah selama kitaorang dah jadi suami isteri ni, Rish pernah cakap
yang perempuan ni menyusahkan. Tapi kenapa ya Syaq?” Melihatkan respon yang
baik dari Syaqilah, mungkin dengan kakak kesayangan suaminya, dia dapat
mengetahui perkara yang tidak diketahui tentang suaminya.
“Ha, ayat “perempuan ni
menyusahkan” tu memang tak lekang daripada mulut dia. Syaq pun tak pasti sebab
apa dia tak suka sangat dengan perempuan ni, tapi yang Syaq pasti. Rish tak
suka dengan perempuan yang mengada-ngada, banyak kerenah. Lebih kurang macam perempuan
gediklah. Dia benci betul.”
“Pelik lah Rish tu.
Bukan ke lelaki suka perempuan yang manja?”
“Manja dengan gedik
lain Lish. Rish tu cukup menyampah kalau perempuan tu banyak songeh, suruh dia
buat itu ini. Nak tergedik-gedik dengan dia, memang dia tak akan layan. Adik
Syaq tu memang pelik pun.” Syaqilah tidak hairan jikalau Qalish memberi respon
sebegitu apabila dia bercerita lebih lanjut sisi sebenar Nedzrish, kerana
Nedzrish memang seorang lelaki yang lain daripada lelaki yang lain. Aneh dan
sukar untuk difahami.
“Dia malas nak layan
kot. Ada sesetengah lelaki lebih suka dengan perempuan yang lebih matang dari
dia, senang nak berurusan.”
“Macam Rish dengan Lish
lah kan?” Ujar Syaqilah seraya tergelak kecil melihat reaksi kurang selesa
daripada Qalish. Segan lah tu!
“Mana ada Syaq,
kitaorang ni macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa, ada sahaja lah
perbahalan yang akan tercetus. Bila dengan Rish tu kadang-kadang, Lish jadi
macam budak-budak pulak. Terikut-ikut perangai dia yang suka cari gaduh tu.”
“Bagus apa, bukannya korang bergaduh yang serius sampai nak
bercerai berai kan? Gaduh manja, biasalah tu.” Ujar Syaqilah cuba memandang
dari sudut yang positif.
“Er.. Mungkin.” Hanya
itu yang mampu dibalas oleh Qalish Audrina. Gaduh manja lah sangat, terasa mahu
tercabut anak tekaknya hari-hari berbalah dengan lelaki itu. Setiap kata-kata
yang dikeluarkan oleh Nedzrish, tidak lain tidak bukan bertujuan untuk
menyakiti hati Qalish Audrina.
“Dalam rumah tangga ni
kan Lish, sebenarnya bertolak ansur antara satu sama lain tu adalah elemen yang
amat penting. Dalam perhubungan suami isteri, mengenali karakter satu sama lain
pun perlu ada. Bukan apa, bila kita dah kenal watak sebenar siapa pasangan
kita, mesti kita dapat tangani masalah-masalah yang bakal kita tempuhi dengan
rasional.” Qalish Audrina tekun mendengar kata-kata nasihat daripada kakak
iparnya. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh Syaqilah.
“Rish dengan Lish
dijodohkan sebab apa?” Syaqilah menyoal apabila dilihat tiada tanda-tanda untuk
Qalish bersuara.
“Sebab keluarga yang
paksa kitaorang kahwin?”
“Salah tu. Keluarga
cuma perantaraan sahaja. Ajal maut, jodoh dan siapa pasangan kita itu semua
sudah ditentukan oleh yang Maha Penyanyang, ALLAH. Walaupun mungkin Lish anggap
perkahwinan ni satu keterpaksaan, tapi kalau Lish renungkannya dari sudut yang
positif, mesti Lish akan bersyukur kenapa kalian berdua disatukan.”
“Maksud Syaq?” Dia
mahukan penjelasan yang lebih jelas tentang itu. Meskipun Syaqilah belum lagi
berumah tangga, namun pengetahuan yang ada dalam diri wanita itu cukup dikagumi
olehnya.
“Berapa ramai perempuan
dekat Malaysia ni bergelar anak dara tua? Berapa ramai orang yang dah lanjut
usia pun masih belum berkahwin? Ramai tak?”
“Hmm. Ramai.” Jawabnya
pendek. Dia masih lagi tidak mengerti apa yang mahu diterangkan oleh Syaqilah.
“Tak kisah lah
perkahwinan itu terpaksa ataupun tidak, sekarang ni Lish dengan Rish
masing-masing kena faham tanggungjawab yang sedang dipikul. Sekurang-kurangnya
ALLAH dah tentukan jodoh kauorang berdua, daripada orang yang masih tak bertemu
dengan jodoh mereka lagi. Siapa yang sepatutnya belajar untuk bersyukur?”
Syaqilah bijak memainkan peranannya sebagai seorang kakak ipar. Dia yang
mengerti rumah tangga mereka berdua tidak seperti pasangan suami isteri yang
lain, terpanggil untuk menasihati adik iparnya.
“Lish..” Jawabnya
sepatah. Dia sudah faham apa yang cuba disampaikan oleh Syaqilah. Kata-kata
kakak iparnya sedikit sebanyak meresap ke dalam hatinya.
“Lish, Syaq tahu sangat
sukar untuk kita mulakan hidup dengan seseorang yang kita tak pernah terfikir
untuk hidup bersama. Lish bukan sahaja berkongsi tempat tinggal dengan Rish,
tapi Lish kongsi everything dengan
dia. Syurga seoarang isteri itu di bawah telapak kaki seorang suami. Kita
sebagai seorang isteri, kena pandai mainkan peranan. Lagi-lagi bila berhadapan
dengan suami macam Rish tu, dia tu belum cukup matang nak tempuhi alam rumah
tangga. Beri dia sedikit masa ya?” Syaqilah menyentuh lembut jari jemari Qalish
Audrina.
“Syaq, Lish cuba untuk
faham keadaan Rish. Memandangkan umur dia yang muda beberapa tahun dari Lish,
dengan diri dia sendiri yang tak bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan. Lish
tak pernah menyesal pun berkahwin dengan dia, walaupun pada awalnya memang Lish
tak boleh terima semua ni. Lama kelamaan Lish faham, manusia merancang dengan
cita-cita. Tetapi ALLAH merancang dengan cinta. Perancangan ALLAH itu jauh
lebih baik, bukan?”
Tersenyum lebar
Syaqilah mendengarkan ayat-ayat positif yang keluar dari mulut wanita itu.
Tidak lah susah mana pun mahu berbicara dari hati ke hati dengan adik iparnya
meskipun ini adalah kali pertama mereka berbual panjang seperti itu. Qalish
Audrina seorang yang tidak susah untuk menerima pandangan orang lain. Dia agak
terbuka orangnya.
“Suka Syaq dengar adik
ipar Syaq cakap macam ni. Lish jangan salah anggap pula, Syaq pesan macam tadi
tu hanya sebab Syaq kisah kan hal korang berdua. Syaq tak nak sampai perkara
tak elok berlaku. Selagi boleh cegah, kita cegah.” Syaqilah cukup arif dengan
perangai adiknya Nedzrish. Oleh itu dia mengambil pendekatan mudah untuk
mendekati adik iparnya sendiri. Berbicara dengan Nedzrish lebih sukar kerana
adik lelakinya itu lebih suka untuk ikut rentaknya sendiri.
“Tak lah Syaq. Lish tak
fikir macam tu pun. Bila ada seseorang tegur kita, maknanya dia ambil berat
tentang kita. Kan itu lebih baik daripada tak ambil peduli langsung?”
“Pandai nya adik Syaq
ni. Okay, kalau macam tu. Lepas ni Syaq nak Lish cuba untuk berbaik dengan Rish
ya? Tentang Rish, Syaq akan cuba nasihatkan dia. Tapi faham sendiri lah, dia tu
susah sikit nak dengar cakap orang. Biasalah, budak degil memang macam tu.”
“Nanti dia berubah lah
tu Syaq. Semua orang boleh berubah untuk jadi manusia yang lebih baik. Doakan
yang baik-baik eh untuk rumah tangga kitorang ni?”
“Mesti lah. Syaq nak
tengok korang ni happy sampai masing-masing dah pakai tongkat makan durian dengan
gigi palsu. Kan sweet!” Tawa mereka
berdua bergabung. Lucu benar lawak yang dibuat oleh kakak iparnya. Jauh sungguh
Syaqilah berangan-angan. Angan-angan yang agak sukar untuk dicapai dek akal
fikiran Qalish.
“Jauhnya Syaq berangan
kan. Hahaha. Tang pakai gigi palsu tu yang tak boleh blah.”
“Apa salahya? Tak salah
kan kalau berangan kan sesuatu yang baik?”
“Tak. Tak salah pun.
Hmm Syaq, Lish naik atas dulu lah ya? Maaf ganggu Syaq buat kerja, sambung esok
sajalah kerja tu. Lewat malam dah ni.” Qalish Audrina baru tersedar yang lama
juga mereka bersembang sehingga jam sudah menginjak ke angka 12 malam.
“Tak apalah Lish.
Lagipula esok bukan kerja. Lish tidur dulu lah ya? Nanti Syaq dah siap semua
kerja-kerja ni, Syaq masuk tidur.”
“Okay, jangan tidur
lewat sangat. Tak baik untuk kesihatan. Goodnight
and… Thank you.” Ujar Qalish Audrina sebelum berundur diri. Syaqilah hanya
membalas dengan anggukan. Kemudian selepas meneguk air di dalam mug, dia
kembali menyambung kerjanya.
No comments:
Post a Comment