“Abang Rief dari mana?
Baru balik?” Qalish Audrina yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam
rumah berpaling semula ke belakang apabila dia terdengar bunyi deruan enjin kereta
abang iparnya. Senyuman manis automatik tersungging di bibirnya.
“Dari Ikea. Teman kawan
abang cari barang sikit. Lish baru sampai?” Soal Nazrief setelah keluar dari
perut keretanya. Dia tidak menyangka pula Qalish akan menjenguk mereka
sekeluarga di rumah ini. Seingatnya baru beberapa hari semasa dia terserempak
dengan Qalish dia menegur Qalish tentang hal itu, tiba-tiba hari ini wanita itu
sudah berada di hadapannya.
“Shopping ke bang? Baru tak baru jugak lah, tengah hari tadi.”
Ujarnya seraya membelek penampilan ringkas Nazrief. T-shirt berkolar berwarna
hijau cair serta dipadankan dengan seluar pendek paras lutut. Cukup santai
abang iparnya, seperti budak muda pula.
“Tak lah. Abang teman
kawan je. Tak ada benda pun nak dicari di Ikea tu Lish.”
“Mesti teman kawan
perempuan ni kan? Girlfriend abang ek? Share
lah dengan Lish, tak baik tau simpan sorang-sorang.” Ujar Qalish cuba untuk
mengorek rahsia abang iparnya. Hubungan mesra yang terjalin antara mereka
menampakkan seolah-olah mereka sudah lama kenal.
“Merepek ajelah Lish
ni, abang mana ada girlfriend. Kawan
sajalah.” Ujarnya berdalih. Walhal dia sememangnya terkenal dengan gelaran
seorang lelaki kasanova. Qalish Audrina sahaja yang tidak tahu tentang itu.
“Iyelah tu.. Abang dah makan
belum ni? Dah fikir kan dah abang nak suruh Lish masak apa?”
“Abang dah makan dah
tadi. Hmm, abang terasa macam nak makan goreng pisang lah. Boleh?” Nazrief
menanggalkan stoking yang dipakainya lalu dicampak tepi. Mereka masih lagi
berbual di muka pintu rumah itu.
“Kebetulan memang Lish
baru je siap goreng pisang. Lish macam tahu-tahu pulak abang nak makan goreng pisang.”
“Abang nak makan dekat
dalam ke nak makan dekat laman luar tu?” Sambungnya lagi. Nazrief tidak
menunjukkan tanda-tanda dia mahu masuk ke dalam rumah.
“Kat luar lah, boleh
ambil angin segar sekali. Abang tunggu Lish dekat sana okay?” Ujar Nazrief
seraya jari telunjuknya diarahkan kepada taman mini kesayangan mamanya. Qalish
Audrina hanya membalas dengan anggukan serta senyuman segaris, sebelum dia
segera masuk ke dalam rumah.
Sepuluh minit kemudian
Qalish Audrina keluar semula bersama dulang di tangannya. Dia mengatur langkah
berhati-hari membawa juadah petang itu. Nazrief turut membantu adik iparnya
dengan menuangkan air ke dalam cawan.
“Thank you si manis.” Si kasanova sudah mula memainkan sedikit
peranannya yang sememangnya bibirnya sering kali dihiasi dengan ayat-ayat manis
untuk memikat perempuan.
“Si manis? Siapa
manis?” Soal Qalish Audrina terpinga-pinga.
“Lish lah si manis tu. Kan
manis je bila Lish tersenyum. Lagi manis kalau senyuman Lish tu untuk abang.”
Amboi Rief, sedar tak yang kau tengah duk mengayat ni adik ipar kau sendiri?
“Abang ni macam-macam
lah. Merepek tak sudah.” Ujar Qalish seraya tergelak. Dia menganggap kata-kata
abang iparnya hanya sekadar gurauan.
“Mana ada merepek.
Betul apa, Lish ni terlalu sempurna abang tengok. Cukup semuanya, Lish jaga
aurat Lish sebaik mungkin. Tak macam perempuan lain kat luar sana tu, selagi
boeh dedah, selagi itulah diaorang dedah.” Ujar Nazrief sambil tangan kanannya
mencapai goreng pisang lalu dibawa ke dalam mulut. Dia mengutuk
perempuan-perempuan yang pakai tidak cukup kain, namun perempuan-perempuan
seperti itu juga yang dicarinya.
“Abang. Mana ada
manusia perfect dalam dunia ni.”
Qalish Audrina ingin membetulkan persepsi Nazrief terhadap dirinya. Dia tidak
suka jikalau ada orang yang terlalu memuji apa yang ada pad dirinya.
“Ya, memang tak ada.
Tapi macam abang cakaplah, Lish berbeza dengan perempuan-perempuan yang pernah
abang kenal. Abang rasa kalaulah Lish belum berkahwin lagi, abang dah masuk line kot.” Seloroh Nazrief seraya
tergelak kecil. Dia tidak mahu terlalu menyerlahkan sisi kasanovanya. Dia tidak
mahu Qalish Audrina berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya.
“Sama jelah bang.
Sebelum Lish pakai macam apa yang abang nampak Lish sekarang ni, Lish sama je
macam diaorang dulu. Tapi semua manusia ada peluang untuk berubah kan?”
“Tak kisah lah Lish
pernah jadi macam diaorang ke tidak. Apa yang abang cakap ni berdasarkan apa yang
abang tengok hari ini. Abang susah tau nak puji orang, tapi kalau abang dah
mula puji tu. Maknanya memang jujur dari hati.” Nazrief masih lagi berusaha
unuk memancing perhatian Qalish supaya termakan dengan kata-kata manisnya.
“Iyelah tu. Abang pun
Lish tengok tak kurang hebatnya jugak. Abang ada jawatan yang bagus, abang dah
boleh mengemudi rumah tangga dah ni. Kenapa tak kahwin lagi?” Qalish sendiri
pelik mengapa lelaki itu masih lagi hidup bujang. Sedangkan berdsarkan apa yang
dia lihat, Nazrief sudah layak untuk membina masjid sendiri.
“Abang tak jumpa yang
sesuai dengan abang lah Lish. Kalau ada pun, dah selamat jadi isteri orang.”
Nazrief memaksudkan apa yang diungkapkan olehnya. Namun lain pula bagi Qalish,
dia lagsung tidak perasan bahawa abang iparnya sedang cuba untuk menggodanya.
“Abang terlalu memilih
kot. Tipu lah kalau dalam ramai-ramai perempuan kat Malaysia ni, tak ada
seorang pun yang berkenan di mata abang.”
“Ada tu adalah, tapi
semua tu abang anggap kawan sahaja. Sebab zaman sekarang ni nak cari orang yang
betul-betul mahukan kita sejujur hatinya sangat payah Lish.”
“Betul lah tu bang, nak
cari seseorang yang boleh faham kita. Yang akan mencintai kita sepenuh hati
dia, sangat sukar untuk ditemui. Sebab hati manusia tu kan berubah-ubah. Harini
mungkin dia sayang kita, esok lusa tak mustahil dia benci kan kita.” Ujar
Qalish Audrina bersuara lirih. Tiba-tiba dia teringatkan tentang kisah cintanya
bersama Ammar Riyadh yang tidak kesampaian.
“Amboi, cara cakap ni
macam orang tengah frust je. Lish tak
bahagia dengan adik abang ke?” Nazrief dapat mengesan daripada riak wajah
Qalish, wanita itu seperti memendam sesuatu.
“Eh, tak adalah abang.
Lish cuma cakap apa yang Lish rasa betul. Memang itu pun yang selalu terjadi
sekarang kan?” Ujarnya tenang.
“Soal hati manusia yang
selalu berubah-ubah tu memang adat dan resam kita sebagai seoarang manusia.
Tapi yang paling penting adalah untuk kita berusaha mengekalkan seseorang yang
mula-mula curi hati kita, untuk tetap ada dalam hati kita sampai bila-bila.”
Kata-kata positif daripada Nazrief membuatkan Qalish Audrina tergamam seketika.
Kata-kata tu sedikit sebanyak meresap ke dalam hatinya.
“Abang ni, kalau
bercakap kadang-kadang kata-kata abang tu berguna juga ya.” Puji Qalish Audrina
seraya tersenyum manis.
“Kadang-kadang je
kata-kata abang tu kena dengan situasi. Selalunya tak pun.” Balasnya seraya
tergelak. Qalish juga turut tergelak sama mendengar seloroh abang iparnya.
“Patutlah aku panggil
kau tadi kau buat tak tahu je, rupa-rupanya sibuk dating dekat sini!” Entah bila Nedzrish muncul, lelaki itu sudah
terpacak di tengah-tengah antara Nazrief dan Qalish bersama wajah yang sukar
untuk ditafsirkan.
“Dating apa kejadahnya ni Rish? Kau tak nampak ke abang dengan Lish
tengah sembang kosong ni?” Nazrief membalas pertanyaan adiknya dengan nada yang
dingin.
“Seronok sangat aku
tengok kau orang berdua ni. Dengan aku tak ada pulak kau nak berbual mesra macam ni kan Lish, pandai berlakon.”
Nedzrish masih lagi tidak berpuas hati melihat keakraban mereka berdua.
“Macam mana dia nak
cakap elok-elok dengan kau, kalau kau sendiri ada mulut macam longkang. Macam
lah aku tak tahu kau tak pernah layan isteri kau baik-baik kan?”
“Kau jangan tuduh aku
sembarangan Rief. Kau tak payah nak ambil tahu hal rumah tangga aku. Ataupun
kau yang rancak bercerita dengan Abang Rief tentang hal rumah tangga kita?”
Matanya jatuh kepada wajah isterinya yang beriak kosong itu. Qalish tayang
wajah pelik. Bila masa dia bercerita mengenai keburukan suaminya kepada abang
iparnya?
“Tengok, aku baru je
cakap. Kalau macam ni cara kau layan isteri kau, tak payah tanya kenapa lah
kalau isteri kau sendiri tak suka kau.”
“Sudah lah tu Abang
Rief, Rish. Jangan nak bertekak macam budak kecil boleh tak? Rish, saya tak
pernah pun cerita buruk pasal awak dekat ahli keluarga awak. Lain lah macam
awak, semua pasal saya awak tak segan silu nak cerita dengan mama. Siapa yang
tak jaga hal rumah tangga kita ni?”
“Dia cerita apa dekat
mama, Lish?” Soal Nazrief begitu prihatin. Inilah masanya untuk dia memainkan
peranan sebagai hero Malaya.
“Yang kau sibuk sangat
nak tahu apasal?” Membulat biji mata Nedzrish memandang Nazrief dengan
pandangan yang penuh rasa marah.
“Dah lah, kalau Abang
Rief dengan Rish nak sangat bergaduh. Hah bergaduh lah sampai esok.” Qalish
sudah mulai bengang melihat perang mulut antara dua beradik yang seperti tiada
kesudahan. Dia kemudiannya terus menapak meninggalkan taman mini itu.
“Kau lah ni. Penyibuk
betul lah!” Nazrief menumbuk perut Nedzrish, namun belum sempat si adik mahu
membalas, Nazrief sudah mengatur langkah laju mengikut jejak langkah adik
iparnya.
No comments:
Post a Comment