Ruzail sedang sibuk menaip sesuatu di komputer
ribanya. Mindanya sedang fokus untuk menyiapkan kertas kerja untuk projek
pembinaan taman rekreasi di Pahang. Dia mahu menyiapkan dengan segera kerana
mahu memberi sedikit ruang buat dirinya untuk membuat persiapan kerana majlis
perkahwinannya dengan Adra Sofia akan berlangsung tidak lama lagi.
“Masuk.” Dia memberi arahan apabila pintu bilik
kerjanya diketuk oleh seseorang.
“Ni fail yang you
minta.” ujar Hana, setiausahanya sambil meletakkan fail berwarna hijau di atas
meja bossnya.
“Thank you Hana. Hari ini jadual I macam mana? Ada apa-apa appointment ke?”
“Tak ada. Hari ni you free. Cuma esok, you kena pergi ke Johor untuk berbincang dengan
wakil Megah Holding berkenaan dengan projek pembinaan masjid tu.”
“Okey, so
esok you ikut I ya.” ujar Ruzail memberi arahan.
“Baik lah. Er…
You busy ke Ruzail? I nak pinjam masa
you sekejap boleh tak?” soal Hana teragak-agak.
“Ada apa Hana?” soal Ruzail kembali. Dia berhenti
menaip di komputer ribanya dan dia memberi sepenuh perhatian kepada setiausahanya
itu.
“I tahu wedding
you dan Adra Sofia akan berlangsung tak lama lagi. I tak berniat nak rosakkan
apa yang you guys dah plan selama ni.
Tapi I rasa, you berhak untuk tahu tentang hal ni.” ujar Hana, riak wajahnya
sudah berubah serius.
“Kenapa? You nak bagitahu apa?”
“I pregnant.
I mengandungkan anak you. I bukan sengaja nak reka cerita untuk hancurkan
perkahwinan you dan Adra. Tapi I cakap perkara yang betul. Mula-mula I pun tak
percaya. Tapi lepas I pergi klinik untuk check sendiri dengan doktor, ya memang
betul I mengandung.” Berita yang baru disampaikan oleh Hana membuatkan hati
Ruzail berdegup kencang. Dia memang menjalinkan hubungan secara senyap dengan
setiausahanya itu sejak setahun yang lepas. Tiada siapa yang tahu, termasuklah
Adra Sofia.
“Dah berapa bulan?”
“Baru 2minggu kandungan ni. Ruzail, I tahu you dah
lama simpan impian untuk kahwin dengan Adra. Jujur, I memang tak ada niat
langsung nak hancurkan semuanya. Tapi I bagitahu you ni, sebab I nak minta izin
demgan you. Sebab you bapa kepada kandungan ni, so apa-apa yang I nak buat, you perlu tahu.”
“Apa maksud you? Apa yang you nak buat?”
“I nak gugurkan kandungan ni. Masih belum terlambat
kan.” balas Hana dengan riak wajah bersalah.
“What?! You nak gugurkan kandungan ni? You dah gila ke? Mana
akal fikiran waras you?!” jerit Ruzail yang sangat terkejut dengan tindakan
berani yang mahu diambil oleh Hana.
“Habis tu you nak suruh I simpan kandungan ni? Untuk
apa Ruzail? Budak ni tak ada ayah. Buat apa I nak simpan kandungan ni?” Hana
mempersoalkannya kembali. Bukan dia punya niat untuk menjadi seorang pembunuh,
namun dia sudah tidak nampak cara lain untuk menyelesaikan masalah ini.
“Budak ni masih lagi ada ayah. I ayah dia.” balas
Ruzail dengan wajah tegang. Memang silapnya, jadi dia harus bertanggungjawab
dengan apa yang sudah dia lakukan.
“Tapi you akan berkahwin dengan perempuan yang you
cinta. I tak nak jadi penyebab kenapa you tak bahagia nanti. I nak tengok you
bahagia Ruzail.”
“Habis tu you sanggup lah jadi seorang pembunuh? You
sanggup nak gugurkan darah daging you sendiri? You ni memang manusia yang tak
ada hati perut!” tempik Ruzail dengan wajah marah. Tidak sangka Hana ingin
membunuh zuriat yang dikandung oleh wanita itu. Dia sendiri tidak sanggup untuk
membunuh nyawa yang tidak bersalah.
“I tak ada pilihan lain Ruzail! I tersepit dekat
tengah-tengah ni. Tak mungkin I akan paksa you untuk berkahwin dengan I
sedangkan segala persiapan untuk perkahwinan you dan Adra dah dilakukan. I tak
nak Adra kecewa, bila tahu yang sebenarnya you curang dengan dia. I buat semua
ni untuk kebahagiaan you jugak
Ruzail.”
“No Hana. I sebagai bapa kepada anak yang you
kandungkan ni, I tak izinkan you gugurkan dia. I tak akan biarkan perkara tu
terjadi.” tutur Ruzail dengan wajah serius.
“You ni dah kenapa? You suka lah ya nanti orang
tuduh I mengandung anak luar nikah? Budak ni tak ada ayah, you faham tak, dia
tak ada ayah?! Nanti I yang kena tanggung malu semua ni, you tak fikir ke itu
semua?” Air mata yang ditahan olehnya akhirnya gugur jua di pipi mulusnya.
“Kan I cakap, I ayah kepada anak yang you kandung. I
akan bertanggungjawab dengan apa yang I dah buat. You tak payah nak risau
tentang tu.”
“Hah? Apa maksud you?” soal Hana tidak mengerti.
“I masih belum menjadi suami kepada Adra Sofia.
Majlis pernikahan kitaorang akan berlangsung lagi sebulan. Maknanya I masih ada
masa untuk batalkan perkahwinan kami.”
“Eh, you ni dah kenapa? Kenapa sampai nak batalkan
perkahwinan you pulak?” Hana
bertambah pening. Tujuan dia bertemu dengan Ruzail untuk memberitahu tentang keadaan
dirinya bukanlah berniat untuk menyuruh lelaki itu bertanggungjawab, dia cuma
mahu persetujuan lelaki itu untuk mengugurkan kandungannya.
“Sebab you lebih perlukan I. I yang menyebabkan you
mengandung. Kita terlanjur atas kerelaan kita bersama. Jadi, I tak nak lepas
tangan. You tahu kan, kita dah berzina? Itu satu kesilapan dan kesalahan yang
sangat besar. Tak kan lah you nak tambah lagi dengan gugurkan kandungan yang
tak bersalah ni?” Ruzail sudah berdiri di hadapan Hana yang masih lagi duduk di
atas kerusi. Wanita itu merenung wajahnya bersama deraian air mata.
“Tapi kalau you bertanggungjawab dengan semua ni,
you akan malukan keluarga you. You akan jatuhkan maruah kedua orang tua you.
Bukan saja keluarga you, tapi keluarga Adra jugak.
Kesannya besar Ruzail.” Hana memegang kepalanya yang tiba-tiba berdenyut hebat.
Sungguh, dia runsing memikirkan masalah ini. Kalaulah dia tidak terlanjur
dengan Ruzail, sudah tentu dia tidak perlu terbeban dengan rasa bersalah dan
berdosa begini.
“Mana lagi teruk? Kalau I kahwin dengan Adra, you
akan gugurkan kandungan ni. Tapi kalau I pilih untuk bertanggungjawab dengan
apa yang kita dah buat, kandungan ni akan selamat. Cukup lah Hana dengan dosa
yang kita dah lakukan, tak tertanggung rasanya untuk memikul beban yang lagi
berat. Please Hana, tolong fikirkan
tentang zuriat kita yang tak bersalah ni. Dia tak bersalah, dia berhak untuk
hidup di dunia ni.” Ruzail meraih jari-jemari Hana dengan perasaan yang sarat
dengan rasa bersalah. Ya, dia sangat mencintai Adra Sofia, tetapi dia juga
perlu berhadapan dengan apa yang telah dia lakukan, bukan melarikan diri
daripada masalah.
“I tak tahu nak cakap apa, I hanya fikir untuk tidak
rosakkan nama baik keluarga you. I tak nak rosakkan semua yang you dah plan
bertahun-tahun dengan Adra. I tak nak jadi perampas Ruzail.”
“You tak rampas I dari sesiapa Hana. Jangan fikir
tentang perkara yang tak perlu you fikirkan. Pandai lah nanti I berhadapan
dengan family I dan jugak family
Adra. Yang penting sekarang ni, you tolong jangan gugurkan kandungan ni. I akan
kahwin dengan you. Itu janji I.”
Hana melepaskan keluhan berat. Bukan dia tidak mahu
bernikah dengan Ruzail, bukan dia sengaja mahu mengambil jalan mudah untuk
mengugurkan kandungan itu. Dia terpaksa dan dia tidak sanggup untuk menghancurkan
apa yang telah dirancangkan oleh kedua-dua belah keluarga Ruzail dan Adra
Sofia. Dia tahu Ruzail sangat mencintai Adra Sofia dan dia telah melakukan
kesilapan kerana berhubungan dengan lelaki itu di luar pengetahuan Adra Sofia.
“Hana, kita sama-sama buat silap. So, ini peluang untuk kita sama-sama
betulkan keadaan, betulkan silap yang kita dah buat. Tolong lah, I merayu
dengan you ni. Jangan gugurkan anak kita, I nak kita sama-sama besarkan dia.
Kesian dia, dia tak bersalah sayang.” Lembut Ruzail memujuk Hana. Dia tahu
wanita itu terbeban dengan rasa bersalah, dia tidak mahu wanita itu terus hanyut
dengan dosa. Walaupun dia tahu keputusan yang dia akan ambil ini akan
menyebabkan dia berhadapan dengan kemarahan keluarganya dan keluarga Adra
Sofia, namun apa yang penting sekarang ini adalah, nyawa anak yang tidak
bersalah ini perlu diselamatkan.
“Tapi you tak cinta kan I Ruzail. Kita berhubungan
selama ini pun, I tahu you tak cintakan I macam mana you cintakan Adra. Sebab
itu I cakap, menjalinkan hubungan dengan you satu kesilapan.”
“Cinta atau tidak, itu tak penting. I tahu apa yang
I buat, ini untuk kebaikan kita jugak. Adra boleh cari kebahagiaan dia dengan
lelaki lain, I bukan lelaki yang terbaik untuk dia. Kalau I teruskan
perkahwinan I dengan Adra. I akan terbeban dengan rasa bersalah dengan apa yang
I dah buat dengan you, sampai I mati. I dah curang belakang dia, untuk apa I
teruskan perkahwinan I dengan dia?”
“Tapi Ruzail, dia tak tahu yang you pernah curang
dengan dia. You jangan toleh ke belakang lagi, sekarang ni, I nak you fikirkan
tentang Adra. Okey Ruzail?”
“No, I tak akan lepas tangan. I tak nak jadi lelaki yang
bila dah puas, tinggalkan perempuan yang dia pernah rosakkan. I tak nak
hancurkan masa depan you. I tak nak kahwin dengan Adra sebab you lebih perlukan
I untuk sama-sama besarkan anak ni. Tolong lah faham Hana. Jangan nafikan hak I
sebagai ayah kepada zuriat ni.” Ruzail masih lagi berusaha untuk memujuk Hana.
Dia tahu ini kerja gila, tetapi dia juga tiada pilihan lain.
“Maafkan I Adra.” bisik hati kecilnya.
“I faham apa yang you nak sampaikan. Memang nampak
macam I ni kejam sebab sanggup nak bunuh zuriat sendiri, tapi I tak ada pilihan
lain Ruzail. I tak nak you malukan keluarga you. I tak nak you dibenci oleh
mama dan papa you kerana I. I tak rasa diaorang boleh terima semua ni bila kita
berterus terang.”
“Soal itu you tak payah lah risau, I akan uruskan
semuanya. You jangan fikir apa-apa, you kena jaga kandungan ni dengan sebaik
mungkin, okey? Soal keluarga I dan Adra, I akan uruskannya sendiri.”
“Ruzail…” Hana menyeru nama Ruzail tanda dia tidak
bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.
“Kalau I betul-betul sayangkan Adra Sofia, I tak
akan mungkin ada yang kedua. Bila I layan you lebih daripada seorang pekerja I,
I layan you macam kekasih I, sedangkan I dah ada Adra waktu tu. Itu bukti yang
I belum betul-betul cintakan kita.
Because if you love the first one, you wouldn’t fall into the second one. I
pegang kata-kata tu. I belum betul-betul cintakan dia, kalau I cintakan dia, I
tak akan buka ruang untuk mana-mana perempuan mendekati I.” Ruzail
menerangkannya panjang lebar. Ya! Dia mengakui dia amat mencintai Adra, tetapi
dia juga tidak mampu untuk menolak kehadiran Hana sehingga dia menganggap Hana
lebih daripada seorang pekerja. Kesilapan yang dia lakukan bersama wanita itu
harus ditebus dengan sebuah perkahwinan.
“Macam mana you nak berhadapan dengan keluarga you?”
“Kan I dah cakap tadi, tentang hal tu, you tak payah
risau. I akan kahwin dengan you, secepat mungkin. Itu janji I.” ujar Ruzail
bersungguh-sungguh. Air mata yang masih bersisa di wajah Hana, diseka perlahan
dengan jemarinya.
“I tak sangka you akan bertanggungjawab sampai tahap
macam ni…” ujar Hana, terharu kerana Ruzail masih memikirkan tentang dirinya.
“I dah buat salah kan, jadi I kena berhadapan dengan
kesilapan yang I dah buat. Dah, you pergi lah sambung buat kerja.”
“Thank you so
much Ruzail…” Ruzail
membalas dengan senyuman nipis sahaja. Dia kemudiannya menyambung kembali
tugasannya yang tergendala.
Baik jugak Ruzail mahu menerima tanggungjawab dia
ReplyDeleteItulah nasib baik dia nak bertangunggjawab, dah buat salah kan huhu
Delete