“Kenapa you suruh I datang ofis you? Tak takut ke
kalau staf-staf you nampak? Nanti diaorang report
dekat isteri you pulak.” Nazhan hanya
tersenyum nipis mendengar ayat pertama yang keluar dari bibir Adra Sofia sebaik
sahaja wanita itu memasuki ruangan pejabatnya.
“Sebab I rindu sangat dekat you. Come, have a seat.” pelawa Nazhan ramah yang
sedang duduk di atas sofa. Dia menepuk lembut sofa itu supaya Adra Sofia duduk
menyetainya.
“Kalau rindu sekalipun, tak boleh tunggu malam nanti
ke? Jumpa dekat club, macam biasa.”
“Malas la, I tak rasa I akan ke club malam ni.” ujarnya seraya menanggal tali lehernya.
“Kenapa pulak? Habis tu malam nanti siapa nak teman
I pergi club?”
“You tak payah pergi la sayang. I tak pergi,
maknanya you pun tak payah pergi. I nak rest je kat rumah malam ni.”
“Why? Isteri you dah bising ke pasal kita? Sayang jugak you dekat bini you kan.” Sinis
Adra Sofia memerli Nazhan.
“Sayang? Tak ada istilah sayang untuk dia. I dah
ceraikan dia dah Adra.” Kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu membuatkan
Adra Sofia tercengang beberapa saat.
“What?! You dah ceraikan dia? You dah gila ke Naz?”
“Ye, I dah ceraikan dia minggu lepas. You tak payah
nak jerit-jerit la, sakit telinga I ni.”
“You bergurau ke apa ni Naz?” soalnya lagi, masih
lagi tidak percaya.
“I tak ada masa nak bergurau tentang perkara serius
macam ni. I memang dah ceraikan isteri I. Dia dah tak tinggal dekat rumah I
lagi, I dah halau dia dan anak-anak keluar dari rumah tu masa hari I ceraikan
dia.” cerita Nazhan dengan tenangnya.
“You ni dah kenapa? You tak fikir dulu ke sebelum
you ceraikan dia?”
“Kenapa? Suka hati I lah. Kuasa talak terletak pada
tangan I. So bila-bila masa yang I
rasa I nak ceraikan dia, I cerai kan ajelah. Lagipun you sendiri tahu yang
rumah tangga I dan dia dah tak bahagia macam dulu. Buat apa I nak pura-pura
bahagia semata-mata nak jaga perasaan dia?”
“Nazhan. Apa yang you buat ni terlalu terburu-buru.
You ni memang suka buat keputusan tanpa fikir dulu kan? I tak faham la kenapa
sampai you nak ceraikan dia. Bila you ceraikan dia, lagilah dia fikir I hasut
you supaya tinggalkan dia.” Adra Sofia menggeleng berkali-kali. Tidak sangka
sebegitu nekad Nazhan dalam membuat keputusan.
“I dah tak peduli la Adra. I sendiri tak nak tengok
dia semakin terluka dengan tingkah-laku I. Apa gunanya I teruskan hubungan I
dengan dia kalau I masih berhubungan dengan you dekat luar? Lebih baik I
lepaskan dia, dia bebas, I pun tak akan rasa serba salah.”
“Tak perlu pun sampai nak bercerai-berai ni Nazhan.
Sebab I dah bagitahu you yang hubungan kita ni cuma sementara sahaja. Lepas I
kahwin dengan Ruzail, I tak akan berhubungan dengan you lagi. You boleh kembali
pada isteri you semula. Ini you dah ceraikan dia. Hish you ni Naz.” marahnya lagi.
“Senang la you cakap kan. Habis tentang perasaan I
terhadap you ni macam mana?”
“Macam mana apa? You sendiri dah tahu jawapannya
kan? Kalau you setia mengejar cinta I, tak akan dapat jugak Nazhan. Sebab I
memang tak pernah cinta kan you. You sendiri tahu kan, you hanya teman untuk I
hilangkan kebosanan I. Dari dulu lagi you tahu tentang ini kan?”
“I dah cakap dengan you kan. I tak akan berhenti
untuk dapatkan you. I tak akan pernah give
up. Itu janji I pada diri I sendiri.”
“You, I tak pernah suruh you ceraikan isteri you
tau. Jujur, I memang terkejut dengan apa yang berlaku. You dah fikir
masak-masak ke ni? Ke you ceraikan dia masa you tengah marah? You fikir lah
balik Naz. Kalau boleh, rujuk la semula dengan dia.” ujar Adra Sofia dengan
nada memujuk. Dia berasa bersalah kerana dia punca mengapa Nazhan memutuskan
untuk melepaskan isterinya.
“Tak ada apa yang I perlu fikirkan lagi. I dah buat
keputusan, maknanya keputusan I tu muktamad. Sekarang ni, I nak you Adra. I nak
you jadi milik I.” ujarnya dengan bersungguh-sungguh. Dia mahu wanita itu tahu
dia sanggup melakukan apa sahaja demi wanita itu.
“Jangan buat I rimas la Nazhan. I dah banyak kali
cakap kat you kan. I tak akan jadi milik you. Since you pun dah ceraikan isteri you, I rasa I pun perlu buat
keputusan.”
“Keputusan apa Adra?” soalnya dengan rasa
berdebar-debar.
“I nak putuskan hubungan kita. I rasa lebih baik kalau
kita dah tak payah jumpa lagi. I tak nak sampai Ruzail tahu tentang kita. I tak
sanggup nak biarkan dia tahu yang I pernah curangi dia.”
“Wow! You nak blah
macam tu je Adra? Lepas apa yang kita lalui selama hampir setahun ni, you nak
buang I macam tu je?”
“You sendiri tahu kan hubungan ni memang tak akan
pergi jauh. You jangan nak salahkan I. I tak bagi apa-apa harapan dekat you.
Dah lah Nazhan, I dah tak nak berhadapan dengan semua ni. Cukup la dengan apa
yang kita lalui selama ni. I tak nak terbeban dengan rasa bersalah ni.” ujar
Adra Sofia yang sudah pun bangun dari duduknya.
“You boleh pergi sekarang Adra. Tapi tak ada jaminan
untuk you pergi selama-lamanya dari hidup I.”
“Whatever la Naz.
Nasihat I satu je sebelum I pergi ni, pergi la pujuk isteri you untuk terima
you balik. Masih belum terlambat. I tahu dia sayangkan you.” ujarnya lalu dia
segera beredar dari situ.
“Tapi aku sayang kan kau Adra. Kau dah buat aku
lupakan semua kenangan aku dengan Nuha, kau perlu bertanggungjawab untuk semua
rasa sayang dan cinta ni.”
*****
Ezzaidi menghampiri Adra Sofia yang sedang termenung
seorang diri. Dia baru sahaja selesai bertugas dan kafe itu juga mahu ditutup
sebentar lagi.
“Sorry, I ada kerja sikit dekat dapur tadi. Dah lama eh you
sampai?” sapanya bersama sebuah senyuman.
“Tak lah, baru jugak
ni. You dah makan ke?”
“Dah tadi, I makan dekat dapur. You dah makan belum
ni? Kenapa muka tu nampak macam kusut. Apa lagi masalah you kali ni?”
“Dah tadi dengan Wafa. I datang ni sebab nak
lepak-lepak je.”
“Yeke nak lepak-lepak je? Jarang you cari I tanpa
sebab. Biasanya mesti nak luahkan masalah you. Tak pun you akan paksa I teman
you pergi shopping. So mana satu?” soal Ezzaidi masih lagi tidak berpuas hati
dengan jawapan yang diberikan oleh gadis itu.
“You ni kan, susah la nak tipu you. You know me very
well.” balas Adra Sofia lalu dia mengulum senyum. Apa sahaja lah tentang
dirinya yang lelaki itu tidak tahu.
“I kenal you lama dah Adra, memang tak lah you nak
tipu I. Kenapa? Ruzail buat hal ke? Ataupun isteri kekasih gelap you tu serang
you lagi?”
“Tak, kali ni lagi teruk.” ujarnya seraya melepaskan
keluhan halus.
“Kenapa? Cerita lah, kalau you pendam sorang-sorang,
you yang makin serabut nanti.” ujar Ezzaidi dan tanpa dia sedar dia sedang
memujuk Adra Sofia dengan cara lembut.
“Siang tadi, I jumpa dengan Nazhan. You tahu tak apa
yang dia dah buat? Dia dah ceraikan isteri dia. Gila kan? I terkejut sangat Ez,
I tak sangka dia sanggup buat macam tu.”
“You tak payah nak terkejut sangat lah, you
sepatutnya lebih tahu tentang ni.” Adra Sofia sudah kerut dahi menerima respon
daripada Ezzaidi. Masakan lelaki itu tidak terkejut langsung?
“Apa maksud you Ez?”
“Ye lah, kenapa you mesti nak terkejut? You yang
gatal sangat kacau suami orang. Lepas tu bila si Nazhan tu ceraikan isteri dia,
you nak terkejut pulak? You sepatutnya dah boleh agak dah perkara macam ni akan
berlaku. Sebab tu lah orang cakap, mencegah lebih baik daripada merawati. Tak
sepatutnya you menjalinkan hubungan dengan suami orang. You tahu salah kan?
Tapi you buat jugak. So, nak salah kan siapa?” ujar Ezzaidi panjang lebar.
“Ez, I tak pernah terfikir yang Nazhan akan
bertindak sampai tahap macam ni. Dia sendiri tahu yang I tak akan terima dia
dalam hidup I sebab I dah ada Ruzail. Dia tu cuma sandaran je, bukannya I
cintakan dia pun. Dia pun tahu tentang ni.”
“Dah tu, kenapa dia ceraikan isteri dia? Dia ada
bagitahu you?”
“Dia ceraikan isteri dia sebab I. Sebab dia dah
jatuh cinta dengan I. Dia nak jadikan I isteri. Agak mustahil untuk perkara tu
terjadi sebab I langsung tak sukakan dia. Dia tu, bertindak tak guna otak.
Bukannya lepas dia ceraikan isteri dia, I akan terima dia.”
“See, semuanya berpunca dari you Adra. You dah
menyebabkan runtuhnya sebuah mahligai yang dibina atas restu ALLAH. You tak
rasa berdosa ke?”
“Apa pulak semua ni berpunca dari I? I dah cakap
dari awal lagi dengan Nazhan yang I sekadar habiskan masa dengan dia sebab I
bosan. Salah dia lah, siapa suruh dia jatuh cinta dengan I. I tak buat apa apa
pun okey, dia yang perasan seorang diri.” ujar Adra Sofia tanpa rasa bersalah
walau sedikit pun.
“Tapi Adra, dari awal lagi you memang dah buat silap
bila you berhubungan dengan suami orang. Kalau orang gelarkan you perempuan
murah, you marah kan? Tapi you sendiri yang rela untuk jadi semurah itu. You perempuan
Adra, tolong lah tinggikan sikit nilai diri you tu. Jangan biarkan lelaki
suka-suka pegang you, sentuh you. Hubungan you dengan Nazhan kira dah sampai
tahap serius lah ni. Sebab you dengan dia, dah sampai tidur sekatil. Cuma tak
kahwin je lagi.”
“Perkara dah jadi dah pun. Apa je yang I boleh
buat.” balasnya mudah. Dalam diam dia mengakui kata-kata yang dituturkan oleh
Ezzaidi adalah kebenaran yang terpaksa ditelan olehnya.
“Sebab itulah sebelum buat sesuatu perkara tu, fikir
sedalam-dalamnya. Jangan ambil mudah semua perkara. Kalau tak, macam ini lah
jadinya. Sekarang ni dah jadi satu masalah sebab Nazhan dah mula mengharapkan
you. Macam mana kalau Ruzail tahu Nazhan tengah cuba nak pikat you? Tak ke
rahsia you selama ni akan bocor?”
“Itulah yang I tengah fikir sekarang ni, I serabut
sangat fikir pasal ni. I tak nak sampai Ruzail tahu pasal ni. Haritu pun dia
dah mula curiga dengan I. I tak dapat bayangkan kalau Ruzail tahu I khianati
cinta dia.” Adra Sofia memicit kepalanya yang sedikit berdenyut.
“You kena slow talk dengan Nazhan pasal ni. Jelaskan
dekat dia yang you memang tak boleh terima dia dan you akan berkahwin dengan
Ruzail. Cara you sampaikan dekat dia tu kena betul. Takut dia tak faham nanti.
Fikiran dia pun tengah tak berapa nak okey kan. Yelah orang baru lepas cerai
ni, you faham jelah.”
“Dah, dah banyak kali dah I ulang ayat yang sama. Tapi
dia tetap macam tu. Gila bayang betul la mamat tu.”
“Eh, you yang buat dia gila bayang. Lepas tu you nak
salahkan dia pulak? You cermin tak
diri you Adra? You dah lah porak-perandakan rumah tangga orang. Lepas tu tak
nak mengaku silap sendiri pulak. Hati you tu, tak ada sikit ke nak terdetik
untuk rasa bersalah?” Air teh O ais yang berada di atas meja disambar olehnya.
“Hmm… I bukan bunuh orang, buat apa nak beria rasa
bersalah.”
“Agaknya la kan, hati you tu memang keras macam
batu. Ikut you la Adra, you nak rasa bersalah ke, nak rasa seronok ke dengan
apa yang berlaku ni. Tapi you tetap bersalah sebab hancurkan rumah tangga orang
lain. You kena ingat tu.”
“Nanti-nanti la I muhasabah diri I. Sekarang ni, I
nak buat apa? Nazhan asyik cari I je ni. I dah putuskan hubungan I dengan dia.
I dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia. Tapi dia degil, tetap jugak cari I.”
“You ada boyfriend
kan? Suruh la Ruzail kahwin dengan you. Sebab bila you dah kahwin dengan
Ruzail, mungkin masa tu nanti Nazhan akan sedar yang you memang bukan
ditakdirkan untuk dia.” ujarnya sekadar memberikan cadangan. Itu sahaja cara
yang dia nampak sekarang ini untuk menyelesaikan masalah sahabat baiknya itu.
“Masalahnya sekarang ni Ruzail tak bersedia. Dia
selalu beri alasan yang dia sibuk uruskan bisness dia. Untuk berkahwin dengan I
dalam masa terdekat ni, dia tak boleh. Nanti kalau I asyik cakap pasal kahwin,
dia kata I memaksa pulak.”
“Apa masalah si Ruzail tu? Ajak kahwin pun payah?
Bukan dia tak mampu. Kalau nak kata sibuk, semua orang sibuk. Apa yang susah
sangat dia nak kahwin dengan you ni? You dengan dia dah lama dah bercinta, elok
kahwin je Adra.” Ezzaidi juga ikut hairan mengapa begitu sukar untuk Ruzail
menikahi Adra Sofia. Ada saja alasan yang diberikan oleh lelaki itu.
“You tanya I? Mana la I tahu. Tak habis-habis dengan
alasan sibuk dengan syarikat. Telinga I ni dah muak dah dengar perkataan yang
sama keluar dari mulut dia.”
“Tak kan lah sibuk sampai tahap macam tu sekali?
Bukan lama pun nak prepare untuk
kahwin. Kalau dia sibuk sangat, you jelah yang tolong dia uruskan preparation
untuk perkahwinan korang.”
“Susah lah Ez, sebab dia sendiri cakap dia memang
tak bersedia lagi. I tak tahu la bila dia nak bersedia. I terpaksa la tunggu.”
“You cuba pujuk dia lagi. You dengan dia dah lama
kan, mesti you tahu macam mana caranya nak cairkan hati dia yang keras tu? You
hebat la Adra, bab-bab nak goda lelaki ni. You kena pujuk dia, sebab kalau tak,
nanti si Nazhan tu kacau hubungan korang
berdua pulak.”
“You nak suruh I berterus terang dengan dia tentang
Nazhan?” soal Adra Sofia sambil menongkat dagu.
“Tak la sampai macam tu sekali. Maksud I, you cuba
lah fahamkan dia yang you terlalu sayangkan dia dan kalau boleh you tak nak
hubungan you dengan dia tergantung macam ni tanpa ada ikatan. Nanti
pandai-pandai la you susun ayat supaya nampak lebih menarik. Kalau you pandai
cakap, mesti dia akan cair dan setuju untuk kahwin dengan you. Goodluck okey?”
“Hmm… Yelah, nanti I cuba. You tutup kafe eh hari
ni?”
“Ya, kejap eh, I nak masuk dalam kejap. Nanti I
hantar you balik.” Adra Sofia hanya membalas kata-kata Ezzaidi dengan senyuman
hambar sahaja.
jiranku seorang penulis novel
ReplyDelete