Hari ini merupakan hari pertama Adra Sofia bekerja
di syarikat keluarganya, iaitu Aloha Holding. Dato’ Haslan adalah insan yang
paling gembira kerana akhirnya Adra Sofia bersetuju juga untuk bekerja di Aloha
Holding.
“Ayah, tak payah lah kenalkan Adra dengan semua staf
dekat dalam syarikat ni. Nanti-nanti lah.” Adra Sofia bersuara ingin membantah
apabila Dato’ Haslan ingin memperkenalkan Adra Sofia kepada warga Aloha Holding
yang lain.
“Eh, mana boleh macam tu Adra. Hari ini kan hari
pertama Adra dekat sini, mesti lah ayah kena kenalkan Adra dengan semua staf
dekat sini. Nanti diaorang tak kenal pulak
dengan Adra. Macam mana?”
“Alah, nak kenalkan hari lain lah. Hari ni Adra masuk ofis
sebab nak lapor diri je. Adra tak nak buat apa-apa pun.” Dengan riak selamba
dia menuturkan kata-kata itu.
“Hah? Ajaran mana yang kamu ikut ni? Hari pertama
bekerja bermakna hari pertama kamu bertugas untuk syarikat ni. Hari ni jugak lah ayah kena kenalkan kamu dengan
staf yang lain. Apa lah Adra ni.” Dato’ Haslan merenung wajah kosong anaknya
itu. Ya, dari riak wajah Adra, dia tahu anak gadisnya itu terpaksa bekerja
disitu. Namun, dia tidak tahu apa yang memaksa Adra untuk membantunya di
syarikat itu.
“Adra datang ofis hari ni nak tunjuk muka je. Kejap
lagi nak balik.”
“Jangan nak memandai Adra. Kamu dah lapor diri
bermakna kamu dah bersedia untuk kerja. Dah, kejap lagi ikut ayah.” Tegas Dato’
Haslan memberikan arahan.
“Bosan lah ayah ni. Lunch hour pukul berapa?”
“Baru je masuk ofis, dah tanya lunch hour pukul
berapa? Macam mana nak kerja lama ni?” Dato’ Haslan menggeleng sahaja melihat
sikap sambil lewa anak perempuannya itu.
“Adra tanya je, bukan apa, nanti senang lah Adra
tahu pukul berapa sepatutnya Adra keluar makan.” ujar Adra Sofia membela
dirinya.
“Pukul 1, jangan nak keluar awal pulak.”
“Yelah ayah… Tepat pukul 1 nanti, Adra akan pastikan
yang batang hidung Adra tak ada dekat ofis ni.” Adra membalas selamba lalu dia
tersengih.
“Ni, ayah lupa bagitahu Adra. Sekejap lagi Wafa
datang, dia akan tunjukkan dekat mana bilik Adra.”
“Wow! Adra ada bilik sendiri ke? Tapi bukan ke ayah
cakap, yang ayah nak Adra mula dari bawah?” Bulat biji matanya memandang wajah
Dato’ Haslan. Sangkanya ayahnya akan beri jawatan yang biasa-biasa saja untuk
dirinya.
“Habis tu, apa kaitan bilik dengan kamu nak mula
dari bawah?” Kali ini Dato’ Haslan pula ikut hairan dengan pertanyaan anaknya.
“Yelah, kalau nak Adra mula dari bawah, kenapa bagi
Adra bilik? Macam Adra ni manager
dekat sini pulak.”
“Kenapa? Tak suka ke dapat bilik? Pelik lah kamu ni,
orang lain berebut-rebut nak ada bilik kerja sendiri. Kamu tak nak?”
“Alah, ayah fikir Adra kisah ke semua tu? Adra tak kisah
pun lah ayah. Lagi satu, position
Adra dalam syarikat ni apa?” soalnya ingin tahu.
“Hmm… Itulah yang ayah tengah fikirkan sekarang ni.
Kalau nak letak kamu sebagai pemangku CEO, terlalu awal sangat sebab kamu baru
je nak belajar dunia perniagaan. Mungkin ayah akan letak kamu untuk bekerja di
bawah Wafa. Adra okey kan?”
“Kerja bawah Wafa? Kenapa tak suruh Adra buat air
ke, hantar surat ke. Seronok sikit.” Dato’ Haslan menepuk dahinya sendiri.
Hairan dengan permintaan anaknya itu.
“Apa kena dengan kamu ni Adra? Kamu bakal pewaris
syarikat ni, tak kan lah ayah nak letak kamu sebagai pembancuh kopi?”
“Apa salahnya, janji kerja dekat syarikat ni. Alah,
tak payah lah bagi kerja yang mencabar dekat Adra. Adra bukan tahu sangat pun.”
“Sebab tak tahu lah Adra kena belajar. Tak apa, ayah
dah cakap dengan Wafa, dan dia pun tak ada masalah untuk tolong Adra. Dah, tak
payah nak risau sangat.”
“Ayah, ayah panggil Wafa ke?” Wafa terjengul di muka
pintu bilik pejabat Dato’ Haslan.
“Ya, ayah nak minta Wafa kenalkan Kak Adra dengan
semua staf kita. Lepas tu nanti tunjukkan Kak Adra bilik dia ya. Ayah nak
keluar sekejap.” ujar Dato’ Haslan ingin meminta diri.
“Wafa, tak boleh ke kalau akak tak payah kerja bawah
Wafa?” Adra tayang wajah risau. Wafa hapir tergelak melihat reaksi tidak puas
hati kakak tirinya itu.
“Kenapa? Akak takut Wafa marah akak ke? Akak jangan
risau lah, Wafa akan ajar akak, apa yang akak perlu buat. Dah lah, jangan risau
sangat.”
“Er… Akak kalau boleh nak kerja biasa-biasa je. Kalau
kerani pun tak apa.” Ya, dia langsung tidak kisah jawatan apa yang ayahnya
hendak berikan kepadanya. Tetapi bukanlah jawatan yang menuntut dirinya perlu
memberi komitmen terhadap projek yang bernilai ribuan ringgit.
“Hish! Memang tak lah ayah nak bagi position kerani dekat akak. Akak ni,
fikir lah sikit sebelum nak cakap tu.”
“Akak bukan apa, akak risau kalau akak uruskan
projek syarikat ni, nanti silap-silap, bankrupt syarikat ni dibuatnya.”
“Akak ni fikir jauh sangat lah, tak ada apalah.
Belum cuba belum tahu kan, janji akak ada minat untuk belajar, insyaALLAH
semuanya akan okey je.” ujar Wafa meyakinkan kakak tirinya.
“Masalahnya akak memang tak ada minat langsung nak
belajar.”
“Tak boleh lah macam tu akak, akak dah buat
keputusan nak kerja dekat sini kan? Ikhlas lah sikit kak, demi perkahwinan akak
dengan Abang Ruzail.”
“Hmm… Wafa nak kemana pulak tu?” Adra segera menegur Wafa apabila adiknya sudah
mengangkat punggung untuk keluar dari bilik kerja ayah mereka.
“Jom lah ikut Wafa, kita berkenalan dengan staf kat
sini. Jom, cepat. Sekejap lagi akak kena ikut Wafa pergi Bangsar, ada lunch appointment dengan klien.”
“What? Akak baru je masuk ofis hari ni, dah kena ikut Wafa
jumpa klien pulak?”
“Well, selamat datang ke dunia korporat, kak.” balas Wafa
sambil mata kirinya sengaja dikenyitkan.
*****
“Kak, akak tunggu Wafa dekat dalam kereta eh? Wafa
nak pergi jumpa kawan sekejap.” ujar Wafa setelah mereka selesai bertemu dengan
klien. Kebetulan, rakan lamanya turut berada di Sunway Putra Hotel untuk
menjamu selera.
“Okey, jangan lama-lama sangat. Kalau lambat sangat,
akak balik dulu.”
“Hish! Kan Wafa datang dengan akak tadi, mesti lah
Wafa balik dengan akak. Jangan nak tinggalkan Wafa pulak!” teriak Wafa yang sudah semakin menjauh. Adra Sofia hanya
membalas dengan cebikan di bibirnya sahaja.
“Hai Adra, you buat apa dekat sini? Jumpa jantan
yang mana satu?” Sebaik sahaja Adra Sofia ingin melangkah menuruni tangga yang
terakhir untuk menuju ke arah kenderaanya, dia disapa oleh seseorang.
“Suka hati I lah nak jumpa siapa pun, apa kaitan
dengan you?” Dia memberikan respon yang dingin. Tidak sangka pula dia akan
bertemu dengan Nazhan, kerana dia sedaya-upaya berusaha untuk melarikan diri
daripada lelaki itu.
“Ada kaitan lah sayang, you kan girlfriend I. Mesti lah I bertanggungjawab untuk ambil tahu kemana
you pergi.” Nazhan membalas dengan wajah ceria. Ya, hatinya gembira tidak
terkata dapat bertemu dengan wanita itu kerana dia sangat merindu Adra Sofia.
“Girlfriend? Hei! You ni memang lelaki yang tak tahu malu eh?
You memang tak boleh terima hakikat ke yang antara kita, memang dah tak ada
apa-apa, it’s over. Susah ke you nak
faham?”
“Susah lah untuk I faham, sebab dalam fikiran I
hanya ada you je sayang. You tak jawab lagi soalan I, you ke sini ada urusan
apa? Jumpa dengan Ruzail ke ataupun you ada skandel lain?” soal Nazhan yang
masih lagi tidak berpuas hati kerana Adra Sofia sengaja tidak mahu menjawab
pertanyaannya.
“You fikir I ni apa? Perempuan murahan? I dah ada
Ruzail, dan I akan berkahwin dengan dia hujung tahun ni. So, tak ada timbulnya isu I nak cari yang lain sebab dia dah cukup
sempurna untuk I.”
“You jangan nak main-main dengan I lah Adra. Apa you
fikir I akan termakan dengan kata-kata palsu you tu? You fikir I tak tahu yang
you sengaja cakap macam tu sebab you nak I berhenti kacau you kan?”
“Tak Nazhan. I tak main-main soal kahwin. I memang
akan berkahwin dengan dia tak lama lagi. Terserah pada you lah, nak percaya
atau tidak. You tunggu jelah kad jemputan daripada I okey?” balas Adra Sofia
yang malas mahu melayan Nazhan. Dia segera mengatur langkah untuk meninggalkan
lelaki itu.
“I tak habis cakap dengan you lagi ni Adra.” Dengan
cekap, Nazhan mengunci langkah kaki Adra Sofia. Lengan wanita itu segera dipaut
olehnya.
“Apa masalah you lagi ni?” Adra sudah mula rasa
hendak mengamuk. Ditenung wajah Nazhan dengan pandangan tajam.
“I nak you tahu yang I tak akan pernah berhenti
untuk kejar you. Selagi you tak jadi milik I, selagi itulah I tak akan berhenti
untuk berharap. Adra please, jangan
buat I macam ni. You cakap saja lah apa yang you nak, wedding yang grand, nak
kereta mewah, I boleh tunaikan sayang. Asalkan you setuju untuk kahwin dengan
I.”
“You belum cukup kenal I lagi Nazhan. I bukan
perempuan macam tu, sikit pun I tak pandang duit you sebab I pun bukan datang
daripada keluarga yang tak berduit. You simpan saja lah offer you, I tak berminat langsung.” Dengan angkuhnya dia menolak
tawaran yang diberikan oleh Nazhan.
“Okey sayang, kalau bukan kesenangan yang you cari.
Apa yang tak ada pada I, cakap lah Adra. I akan cuba untuk jadi yang terbaik
untuk you.”
“I tak nak apa-apa dari you sebab I tak mengharapkan
you untuk jadi suami I. Ini soal perasaan lah Nazhan, you mesti faham apa yang
I rasa kan? You boleh ke paksa diri you untuk terima isteri you semula? Tak
boleh kan. Sama la macam I, I tak boleh nak buka pintu hati I untuk you. Sebab
I memang tak cintakan you, langsung.”
“I tahu tu sayang, tapi you tak pernah cuba untuk
cintakan I. Sayang, dengan apa yang kita dah lalui selama ni, itu adalah sebab
yang kuat untuk I jatuh cinta dengan you.” Nazhan masih lagi merayu. Biarlah
dia nampak lemah di hadapan wanita itu, dia hanya mahukan Adra Sofia untuk
menjadi miliknya seorang.
“I dah ada kehidupan I sendiri Nazhan. Berapa kali I
nak cakap benda yang sama je? Oh ya lagi satu, I nak you berhenti kacau Ruzail.
Dia tak ada kaitan dengan kita. So
please, jangan nak keruhkan keadaan.”
“Oh, so
you dah tahu la tentang I pergi jumpa dia? Bagus la kalau you tahu, sebab I
memang nak you nampak dan buka mata you luas-luas yang I memang berusaha untuk
dapatkan you. I nak you tahu, kalau perlu untuk bersemuka dengan Ruzail lagi
sekali. I akan buat, demi untuk pastikan you kahwin dengan I.”
“You ni dah gila ke? You pergi jumpa dia tu, apa
yang you dapat? Dah la Nazhan, kan I dah cakap yang I memang tak akan terima
you. You buat lah apa cara sekalipun, jawapan I tetap sama. Macam ni saja lah,
you tunggu kad jemputan jemputan dari I okey? I tak main-main Nazhan. I harap
sangat you berhenti ganggu hidup I sebab lepas ni status I dah berubah.” ujar
Adra Sofia.
“I kena hormat status you? Tapi sebelum ni, ada you
hormat status I sebagai suami orang? Dulu, you tak kisah pun semua tu. Kenapa
tiba-tiba you berubah ni?”
“Itu you sendiri yang tak kisah kan? You sendiri I
buat I rasa selesa keluar dengan you, walaupun I tahu waktu tu you adalah suami
kepada Nuha. You jangan nak putar belit cerita boleh tak? Jangan nak ungkit
tentang apa yang pernah terjadi pada masa silam kita. Itu satu kesilapan, yang
sangat besar.”
“Adra! I will
not let you go. Itu janji I.” Nazhan menarik tangan Adra Sofia supaya
mengikutnya.
“Hei! Lepaslah!” bentak Adra Sofia yang terkejut
dengan tindakan spontan daripada lelaki itu.
“Ikut I! I tahu Ruzail tak akan mampu bahagiakan you
macam mana I bahagiakan you. I rindu kita yang dulu. Please Adra!”
“Lepas lah I kata!” jerit Adra Sofia yang berusaha
untuk melepaskan diri daripada Nazhan.
“Hei! Kenapa ni?” Wafa yang baru sahaja kluar dari
lobi hotel itu segera menerpa kalut ke arah mereka berdua yang sedang bergelut.
“Siapa pulak
ni Adra?” soal Nazhan lalu dia segera melepaskan Adra Sofia.
“Adik I. You boleh tak berambus terus daripada hidup
I? I nak you tanam dalam kepala otak you tu, yang I memang tak akan kembali
pada you!”
“Wafa, jom balik.” Adra Sofia segera menarik tangan
adik tirinya supaya segera meninggalkan Nazhan. Nazhan pula hanya berdiam tidak
berkutik, hatinya sungguh terkesan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh
wanita itu. Namun itu belum cukup untuk mengurangkan rasa cintanya kepada Adra
Sofia.
Di dalam kereta, Adra Sofia hanya berdiam diri. Wafa
disebelahnya pula fokus kepada pemanduan. Sesekali Wafa menoleh sekilas untuk
melihat reaksi kakak tirinya.
“Erm… Akak, akak okey ke?” soal Wafa, dengan
teragak-agak. Bimbang pertanyaannya akan menganggu emosi Adra Sofia pula.
“Okey je Wafa.” ujarnya pendek.
“Siapa tadi tu? Nazhan ke?”
“Ye, mamat tak faham bahasa tu lah, siapa lagi.”
balas Adra Sofia, jelas wajahnya mempamerkan reaksi bengang apabila bercakap
tentang Nazhan.
“Apa lagi dia nak? Sampai nak paksa-paksa akak
supaya ikut dia. Itu dah kira melampau dah tu kak.”
“Entah lah, akak pun tak tahu lah sampai bila dia
nak kacau hidup akak. Bukan sekali dua tau akak cakap dengan dia yang akak tak
nak dia, berkali-kali Wafa. Tapi tengok lah, dia tetap jugak tak berubah.” Adra Sofia memicit kepalanya yang sesekali
terasa sakit. Entah bila semua ini akan berakhir, dia sudah letih berhadapan
dengan sikap tidak reti bahasa Nazhan itu.
“Akak dah bagitahu dia yang akak akan berkahwin
dengan Abang Ruzail hujung tahun ni?”
“Dah, tapi dia tak percaya. Dia fikir akak sengaja
reka cerita sebab tak nak dia kacau akak.”
“Hmm… Susah lah macam ni kak, akak dah jelaskan
dekat dia pun, dia masih lagi nak kejar akak. Apa kata kalau akak bagitahu
Abang Ruzail yang dia masih kacau akak?” Wafa segera teringatkan bakal abang
iparnya, itu sahaja cara yang dia rasakan releven untuk diambil oleh kakak
tirinya.
“Akak rasa tak perlu kut, akak tak nak keruhkan
keadaan. Ye lah, sekarang ni Abang Ruzail dah setuju nak kahwin dengan akak.
Takut nanti, bila dia tahu yang Nazhan masih lagi kacau akak, dia akan give up dengan hubungan kitaorang pulak. Akak tak nak lah sampai jadi
macam tu”
“Tak kan lah sampai tahap macam tu pulak? Hish! Tak adalah, Wafa tahu Abang
Ruzail sayangkan akak. Mesti dia marah kalau dapat tahu daripada orang lain,
yang si Nazhan masih ganggu akak. Lebih baik akak berterus-terang je dengan
dia.”
“Tak apalah, akak rasa setakat ni akak boleh bersabar
dengan perangai Nazhan. Tengok lah nanti, kalau keadaan makin teruk, akak akan
beritahu Abang Ruzail.”
“Akak jangan fikir sangat lah ya? InsyaALLAH, lepas
akak kahwin dengan Abang Ruzail. Semuanya akan okey. Wafa harap sangat, Nazhan
boleh terima hakikat yang akak bukan ditakdirkan untuk dia.”
“Akak pun harap macam tu.” Kata-kata Adra itu
mengakhiri perbualan mereka tentang Nazhan. Wafa kembali fokus pada
pemanduannya manakala Adra membuang pandang ke arah jalan raya.
No comments:
Post a Comment