Hujung minggu itu, seperti yang dijanjikan, Ruzail
membawa keluarganya bertemu dengan keluarga Adra Sofia untuk berbincang
mengenai urusan perkahwinan mereka. Adra Sofia gembira bukan kepalang, akhirnya
teman lelakinya akur juga supaya mereka berkahwin hujung tahun ini. Tidak
perlulah dia susah payah memikirkan cara untuk melarikan diri daripada Nazhan.
“Rasanya, kalau tak ada apa-apa halangan, kita boleh
langsungkan perkahwinan diaorang berdua ni pertengahan bulan 12 ni.” Datuk
Razman mengutarakan cadangannya, memang dia mahu hubungan Adra dan Ruzail
dihalakan dengan segera. Sedari tadi, mereka sedang berbincang mengenai wang
hantaran dan juga lokasi dimana majlis kedua-dua belah pihak akan berlangsung.
“Kenapa tak hujung bulan 12 je? Lagipun bulan 12 ni
saya ada banyak projek kecil yang perlu saya pantau. Kalau hujung bulan 12, tak
boleh?” Ruzail menyampuk dengan wajah tidak senang.
“Ketepi kan lah dulu kerja kamu tu. Nikah sehari
je, bukannya sampai sebulan.” Datin Mariah, ibu Ruzail, cuba untuk membantah.
“Tak apalah lah Mar, kalau Ruzail sibuk uruskan
syarikat, kita setuju je lah untuk langsungkan perkahwinan diaorang hujung
bulan 12. Bukan apa, takut nanti ganggu konsentrasi Ruzail pula.” Datin Zureen
pula bersuara. Baginya permintaan Ruzail itu tidak terlalu keterlaluan, dia
cuba untuk memahami kesibukan bakal menantunya.
“Tak kisah lah, hujung ke pertengahan ke, sama saja.
Yang penting, hujung tahun ni, kamu berdua akan bersatu. Tak payah nak tunggu
lama-lama dah, buang masa saja.” Kata-kata Dato’ Haslan membuatkan Ruzail
sedikit lega.
“Adra macam mana? Adra setuju ke?” Pandangan Datuk
Razman beralih pada Adra yang sedari tadi hanya mendengar sahaja perbualan
mereka.
“Kalau semua dah setuju, Adra okey je. Adra tak ada
apa-apa masalah. Sama je kan, tahun ni jugak
kitaorang akan berkahwin.”
“Bagus la kalau macam tu. Cuma papa harap Ruzail
dapat bagi komitmen untuk persiapan perkahwinan kamu berdua ni. Jangan lepas
tangan pulak.” Bukan dia tidak tahu
anaknya yang terlalu gilakan bekerja. Dia sekadar menasihati, tidak mahu Ruzail
leka.
“Jangan risau lah Man, budak berdua ni dah besar
panjang. Pandai lah nanti mereka uruskan. Kita yang dah berusia ni, kena guide diaorang. Supaya majlis kedua-dua
belah pihak nanti, berjalan lancar.” Dato’ Haslan cuba untuk berfikiran
positif. Dia juga seorang ahli perniagaan, jadi dia faham akan kesibukan
Ruzail.
“InsyaALLAH, saya akan cuba bahagikan masa dengan
sebaik mungkin. Saya nak keluar ambil angin sekejap.”
“Adra, pergi teman Ruzail.” Arahan daripada Datin
Zureen dituruti oleh Adra tanpa banyak soal.
“Ruzail, kenapa you nampak macam tak happy je?” Adra Sofia menghampiri Ruzail
yang sedang berehat di hadapan kolam renang.
“Mana ada, I okey je lah. You kenapa tak join parents kita bincang tentang kita?”
“Nak join apanya, dah you tiba-tiba nak duduk luar.
Mama I suruh teman you.”
“I kan dah cakap, I okey je. I nak ambil angin
sekejap. You pergi lah masuk dalam, dengar apa yang diaorang bincangkan. Nanti
tak tahu apa-apa pulak.”
“Kenapa? Kenapa I sorang je yang kena dengar? Kenapa
you tak nak join sekali?” Adra memandang wajah Ruzail yang langsung tidak
menunjukkan minat tentang persiapan perkahwinan mereka. Dia mengenali Ruzail
bukan baru sehari dua, jadi dia boleh baca perubahan dari riak wajah teman
lelakinya.
“Apa masalah you ni Adra? Jangan nak cari punca
pergaduhan boleh tak?” Ruzail mula rimas apabila Adra mengasaknya dengan soalan
begitu.
“I tak cari pasal dengan you. I tanya je, sebab dari
awal perbincangan tadi. You nampak tak gembira. You terpaksa dengan semua ni?”
“I okey je Adra. Biasalah, penat sikit sebab I kan
baru je balik dari Dubai. Sampai je tadi, I terus ambil parents I bawa pergi jumpa parents
you.”
“Kan I dah cakap, kalau you penat, datang minggu
depan sajalah. I tak suka lah tengok muka terpaksa you ni.” Adra masih lagi
mahu menyalahkan Ruzail. Lelaki itu mendengus kegeraman mendengar kata-kata
Adra.
“Apa lagi yang tak kena ni Adra? You tak nampak ke
apa yang I buat ni semua sebab I sayangkan you? I ketepikan penat I semata-mata
tak nak tangguh lagi. Kalau I jumpa parents
you minggu depan, nanti you cakap I ni sengaja nak melengah-lengahkan perkara
penting. Ini bila I dah datang, you nak marah-marah pulak? Apa lagi yang you nak?” Kali ini nada suara Ruzail sudah
mula berubah intonasi.
“I nak keikhlasan you. I tak nak you buat semua ni
sebab terpaksa.”
“Ikhlas la ni Adra. I sanggup buat apa sahaja demi
kebahagiaan you. Dah lah, lebih baik you jangan nak over thinking sangat.”
“I tak fikir bukan-bukan kalau sikap yang you
tunjukkan dekat I tu positif. Ini I sendiri makan hati dengan sikap you.”
“I tak tahu la nak cakap macam mana lagi dengan you.
I serius dengan you ni Adra. Nanti bila you nak pergi fitting baju pengantin, bagi tahu I okey? Kita pergi sama-sama.”
“Esok I nak pergi butik pengantin. Nak pilih design dulu, you teman I okey?”
“Esok isnin kan sayang, I kerja lah. Lagipun esok I
kena pergi Melaka sekejap. Ada urusan penting berkaitan dengan syarikat.”
Alasan yang diberikan oleh Ruzail menyebabkan Adra
Sofia mendengus kegeraman.
“Ada je kan alasan you? You ni, tak boleh ke
ketepikan sekejap hal bisness you untuk fokus dengan perkahwinan kita?”
“I dah bagitahu awal-awal dah, I tengah uruskan
banyak projek besar. Projek-projek tu semua perlu kan pertolongan daripada I. I
tak boleh nak serahkan sepenuhnya dekat pekerja I. Sebab ini melibatkan untung rugi
syarikat yang agak besar. You kena faham lah sayang.” Ruzail merenung wajah
Adra sedalam-dalamnya. Dia tahu wanita itu mahukan perhatian daripadanya, namun
dia juga terpaksa beri perhatian lebih terhadap kerjanya.
“I tak kira, I nak you ada jugak esok.”
“Kita pergi hari lain boleh tak? You belum start kerja dengan ayah you lagi kan?
Nanti bila I free, I bagitahu you.”
“Nak tunggu you
free? Sampai ke sudah la kita tak
akan pergi.”
“Ikut suka you
la Adra. I dah jelaskan dekat you perkara yang sebenar. Kalau you nak teruskan dengan sikap degil you, fine!
I tak kisah.” Selesai sahaja berkata-kata, dia segera mengangkat punggungnya.
Namun belum sempat dia melangkah, lengannya dipaut kemas oleh Adra.
“You nak kemana pulak ni?” Adra tayang wajah tidak
puas hati. Dia masih belum puas mencari pasal dengan Ruzail.
“I terpaksa minta diri dulu, I baru dapat message daripada klien yang diaorang nak
jumpa I sekarang. Katanya ada hal penting dan I tak boleh bertangguh.”
“What? Perbincangan kita dengan parents kita tak habis lagi tahu tak? Kan dah janji tadi, nak makan
malam sama-sama?”
“I tahu, tapi I terpaksa balik dulu. I bukan nak
larikan diri ye sayang. Ini urusan syarikat, I perlu bertanggungjawab. I balik
dulu, nanti kita jumpa okey.” ujar Ruzail yang kelihatan agak tergesa-gesa itu.
“Ruzail! Parents
you, siapa nak hantar? Diaorang datang dengan you kan?”
“You la tolong hantarkan. Take care sayang.” Ruzail melaung dari muka pintu rumah. Dia mahu
masuk ke dalam rumah untuk meminta diri.
Adra Sofia hanya mampu melepaskan keluhan kasar
melihat sikap Ruzail. Hendak salahkan Ruzail juga tiada gunanya, kerana dia
tahu lelaki itu bersetuju untuk bernikah dengannya adalah kerana dia yang
memaksa lelaki itu. Jadi, dia harus bersedia untuk menerima sikap lelaki itu.
*****
“Hai kak.” Wafa menegur Adra Sofia yang sedang duduk
berehat sambil menonton televisyen seorang diri.
“Wafa dari mana ni? Nak kata hari ni hari kerja, hari ni cuti. Tapi dari pagi tadi akak tak
nampak Wafa. Keluar dengan boyfriend
eh?”
“Mana ada, memandai je lah akak ni. Wafa pergi
Melaka sekejap, ada wedding. Lepas tu
jalan-jalan dengan kawan sekolah. Kira macam reunion lah, dah lama tak jumpa kan.” cerita Wafa yang sudah pun
mengambil tempat berhadapan dengan kakak tirinya.
“Oh… Patutlah dah lewat malam baru balik.”
“Bukan selalu dapat kumpul sama-sama macam ni, yelah
masing-masing pun dah ada kehidupan masing-masing. Dah ramai dah kawan-kawan
sekolah Wafa yang dah berkahwin.”
“Kawan-kawan awak dah kahwin, awak tu bila lagi?” Sengaja
dia mahu mengusik adiknya. Bukannya dia tidak tahu adiknya sudah serik bercinta
kerana pernah dikecewakan satu ketika dahulu.
“Malas la cakap pasal ni. Kenapa Wafa pulak kena kahwin dulu? Akak tu ha, Wafa
dengar cerita Abang Ruzail bawa keluarga dia datang sini tadi. Betul ke?”
“Eh, mana Wafa tahu?” Adra sudah mengerutkan
dahinya. Hairan!
“Tak adalah, tadi Wafa ada call mama, itu yang mama bagitahu tu.”
“Haah, dia bawa mama dengan papa dia ke sini tadi.
Nak bincang tentang perkahwinan kitaorang.”
“Wow! Yeke kak? Macam mana akak boleh pujuk Abang Ruzail
untuk kahwin dengan akak? Kiranya, hujung tahun ni akak dengan dia akan jadi
suami isteri lah ye?” Wafa sudah memulakan sesi soal jawab. Seperti biasa, dia
memang suka ambil tahu hal kakak tirinya.
“Hmm… Tarikh pun dah dibincangkan tadi. Ya, hujung
bulan 12 ni akak akan berkahwin dengan dia.”
“Cerita lah kak, macam mana Abang Ruzail boleh
setuju nak kahwin dengan akak?”
“Akak kena berterima kasih dekat Wafa dan Nazhan.
Sebab kalau bukan kerana idea Wafa, akak rasa Abang Ruzail tak akan bersetuju
dengan cadangan parents dia supaya
kahwin dengan akak.”
“Oh! So
akak dah buat lah macam apa yang Wafa suruh? Eh kejap! Kenapa nak kena
berterima kasih dekat Nazhan pulak?
Apa dia dah buat?” Wafa memandang wajah kakak tirinya. Pelik!
“Yes! Akak dah gunakan kuasa wanita, macam apa yang Wafa
suruh akak buat tu. Oh, soal Nazhan. Kalau bukan kerana dia pergi bersemuka
dengan Abang Ruzail, akak rasa, abang Ruzail tak akan rasa tergugat. Terus dia
setuju nak kahwin dengan akak tau.”
“Serius lah akak? Apa mamat tu nak?”
“Mamat tu kan dah gila bayang kan akak. Dia gelabah
lah bila akak memang dah tak layan langsung dia. Dia fikir dengan berjumpa
dengan Abang Ruzail, masalah dia boleh selesai? Memang tak lah, akak tahu Abang
Ruzail sayangkan akak. Sebab itulah dia risau bila tahu Nazhan cuba untuk
rampas akak dari dia.”
“Hish! Gila berani si Nazhan tu! Memang betul-betul
lah Nazhan tu sukakan akak.”
“Berani sangat, tapi kadang-kadang akak rasa kesian pulak dekat dia. Sebab walaupun dia
berusaha keras untuk dapatkan akak, tapi akak tetap jugak pilih Abang Ruzail.”
“Hmm… Itulah, awal-awal dulu akak mainkan perasaan
dia. Bila dia dah jatuh cinta dengan akak, akak tolak dia pulak.” Seperti biasa, Wafa akan tetap menyalahkan kakaknya apabila
perbualan mereka berkaitan dengan Nazhan.
“Benda dah nak jadi dah Wafa, akak malas lah nak
ingat lagi.” ujarnya yang tidak mahu berterus-terusan dihuni dengan perasaan
bersalah.
“Wafa harap sangat akak boleh belajar daripada apa
yang berlaku. Mesti akak lega sangat kan, bila Abang Ruzail dah setuju nak
kahwin dengan akak?”
“Lega tu lega lah jugak, tapi ada satu masalah lain
pulak muncul.”
“Kenapa pulak? Bukan ke bila Abang Ruzail dah setuju
nak kahwin dengan akak, kira masalah akak dah selesai?”
“Dia setuju nak kahwin dengan akak tu, bersyarat
tau. Bukan setakat setuju je tau.”
“Eh, nak kahwin pun kena ada syarat ke? Syarat apa pulak?” Berkerut dahi Wafa menyoal.
“Dia nak akak kerja dengan ayah. Dia memang sengaja
tau, dia tahu yang akak memang tak minat bisness. Dia sengaja buat syarat macam
tu.” Jawapan daripada Adra Sofia disambut dengan tawa daripada adik tirinya.
“Yang Wafa gelak beria-ria ni dah kenapa?”
“Akak nak ugut dia, tapi dia pulak ugut akak. Syarat yang dia suruh akak ikut tu, bukan sesuatu
yang mudah untuk akak buat. Bijak jugak
Abang Ruzail ni kan. Lebih bijak daripada akak.”
“Itulah pasal, akak memang tak setuju pada awalnya.
Tapi nak buat macam mana, kalau akak tak ikut cakap dia, dia tak nak kahwin
dengan akak. So, akak terpaksa lah
kerja dekat syarikat tu nanti.” Adra memeluk tubuh. Kalau bukan kerana Ruzail,
dia tidak punya masa untuk memikirkan tentang syarikat milik arwah ibunya.
“Alahai, selama ni, bukan main susah lagi ayah
dengan mama cuba untuk pujuk akak. Ini tak payah nak pujuk, akak terus setuju.
Sepatutnya dari awal lagi, ayah kena berpakat dengan Abang Ruzail lah.”
“Akak terpaksa lah! Kalau nak ikutkan hati akak ni,
akak tak puas enjoy lagi. Tapi bila
bakal suami dah tetapkan yang dia nak isteri dia seorang wanita yang berkerjaya,
akak terpaksa dengar cakap dia.”
“Tak apalah akak, apa yang dia suruh akak buat ni
pun, untuk kebaikan akak jugak. Wafa rasa Abang Ruzail memang selayaknya untuk
akak. Dia bukan saja fikir tentang akak, tapi dia fikir tentang keluarga kita jugak.”
“Kenapa pulak?
Apa kaitan?” Adra menyoal untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Dia tidak
mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Wafa.
“Ye lah, dia tahu yang hubungan akak dengan ayah
dingin disebabkan akak tak nak kerja dengan ayah. Bila dia buat syarat macam
tu, secara tak langsung, dia sedang cuba untuk rapatkan balik hubungan akak
dengan ayah. Akak tak rasa macam tu ke?”
“Entah, tak terfikir pulak.” balasnya acuh tidak acuh. Seketika kemudian, dia menutup
televisyen dan ingin berlalu ke tingkat atas. Matanya sudah layu dan meminta
untuk direhatkan.
“Akak! Bila akak nak mula kerja?”
“Sepatutnya esok, tapi akak malaslah. Tengok lah
kalau rajin, lusa ke.”
“Hish, belum mula kerja lagi dah malas. Nanti Wafa report dekat Abang Ruzail, terus dia tak
setuju nak kahwin dengan akak.”
“Report lah, akak tak kisah pun.” Adra mencebik. Seketika
kemudian, susuk tubuhnya sudah hilang di pandangan mata Wafa.
No comments:
Post a Comment