Adra Sofia memarkirkan kenderaan miliknya di garaj
banglo mewah itu. Sebaik sahaja dia turun dari perut keretanya dan ingin masuk
ke dalam rumah, sebuah kenderaan berhenti di hadapan rumahnya. Sejurus kemudian,
terjengul wajah Nazhan keluar dari Honda Civic miliknya. Lelaki itu segera mendekati
pagar rumah itu.
“Nazhan? You buat apa dekat sini? Macam mana you
tahu rumah I?” soal Adra Sofia dengan wajah hairan. Selama dia berhubungan
dengan lelaki itu, tidak pernah sekalipun lelaki itu tahu dimana rumahnya
kerana dia sendiri merahsiakan perkara itu.
“Macam mana I tahu tu tak penting. Yang penting
sekarang ni, I dah ada depan rumah you.” balas lelaki itu sambil berpeluk
tubuh.
“Macam mana you tahu?”
“Adra, KL ni bukan besar mana pun. You pergi la jauh
mana sekalipun, I tetap boleh cari you.”
“I baru je sampai rumah, I penat. I nak masuk dalam
dan rehat. You balik je lah Naz.” ujarnya yang malas mahu melayan tetamu tak
diundang pada malam itu.
“Kenapa dengan you ni Adra? Apa you fikir I ni
manusia tak ada perasaan ke? Bila you nak I, you cari. Bila you dah bosan
dengan I, you blah macam tu je? You
fikir I tak terkesan ke dengan apa yang you buat ni?”
“Apa yang I dah buat?” soal Adra Sofia berpura-pura
tidak mengerti.
“You dah buat I gilakan you. You dah buat I tak
tidur lena Adra. Tolong lah jangan seksa hati I lagi. You tahu kan I sangat
perlukan you dalam hidup I? Please
Adra, kembali semula pada I. I nak kita macam dulu.”
“You sepatutnya cakap macam ni dekat bekas isteri
you, bukan cakap dekat I sebab I tak akan termakan dengan pujuk rayu you. So please la Nazhan, boleh tak you buka
mata you luas-luas yang I memang tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi.
Daripada you mengemis cinta dari I, lebih baik you pergi rujuk balik dengan
isteri you. I tahu dia rindukan you.”
“Pergi mampus la dengan dia. I tak kisah la dia
rindu kan I atau tidak. Sekarang ni I tak boleh hidup macam ni Adra. I nak you
ada dengan I sentiasa. Kita bahagia je Adra, tak ada sebab untuk you tinggalkan
I.” rayu Nazhan lagi. Dia sanggup merendahkan egonya semata-mata demi wanita
yang sudah meragut kesetiaannya pada Nuha.
“I kisah pulak you boleh ke tak hidup tanpa I. I tak
peduli langsung tentang perasaan you. You nak menderita sebab I tinggalkan you,
you punya pasal la. Tak ada kene mengena dengan I.”
“Senangnya you cakap? You dengan I dah hampir
setahun berhubungan macam suami isteri. Macam-macam yang kita dah lalui selama
ni. Sanggup ke you nak buang semua memori indah tu?”
“Sanggup je sebab you ni sebenarnya tak membawa
apa-apa erti dalam hidup I. Enough la
Nazhan, you tahu kan hati I keras? You merayu lah selagi you mampu merayu. Tapi
I nak pesan awal-awal ni, I tak akan tunduk dengan kata-kata you.” ujarnya
dengan nada angkuh. Susah sungguh untuk Nazhan melupakan dirinya. Adra Sofia
bimbang jikalau perkara ini berterusan, akan menjejaskan hubungannya dengan
Ruzail.
“You dah buat I jatuh sayang dekat you, now you kena
bertanggungjawab.”
“Nak bertanggungjawab apa? Bukan I perkosa you pun.
Dah lah, jangan nampak bodoh sebab mengemis depan I. Pergi balik la Nazhan,
jangan nak buat kecoh dekat sini.” Tanpa menunggu lama, Adra Sofia segera
mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.
“Kenapa lah susah sangat kau nak terima aku dalam
hidup kau!” bentak Nazhan sekuat hati. Seketika kemudian, dia segera masuk ke
dalam perut kenderaannya untuk pulang ke rumah. Hampa sungguh perasaannya waktu
itu, wanita yang dicintai sepenuh hatinya sanggup melihat dirinya terseksa.
Tiba di ruang tamu, Wafa yang sedang menonton
televisyen segera memanggil kakaknya supaya duduk bersembang dengan dirinya.
“Apa Wafa? Akak penat ni.” rungutnya namun dia tetap
juga duduk menyertai adiknya.
“Penat layan skandel ke?” perli adiknya bersama
sengihan.
“Intai akak ke? Sibuk je la!” marah Adra Sofia lalu
dia menolak bahu adiknya dengan wajah masam.
“Mana ada intai, tadi Wafa nak keluar ambil kasut
dekat depan pintu. Sekali ternampak akak berbual dengan seorang lelaki kat
luar. Rasanya tu bukan Abang Ruzail kan? Sebab Wafa nampak dari jauh je, gaya
macam bukan Abang Ruzail je.” soal Wafa yang mula mahu mengorek rahsia daripada
kakaknya.
“Bukan, yang datang tadi tu Nazhan. Ingat tak? Akak
pernah cerita dekat Wafa.”
“Oh, not bad. Dari jauh nampak macam kacak juga.”
“Wafa minat dia ke? Kalau Wafa nak, ambil lah. Akak
dah tak berminat lagi nak teruskan hubungan dengan dia.”
“Dia kan suami orang. Wafa tak nak la jadi macam
akak, kacau suami orang.” perli Wafa namun Adra Sofia buat tidak tahu sahaja.
Bukan dia tidak biasa diperli oleh adiknya.
“Untuk pengetahuan Wafa, mamat tu dah ceraikan
isteri dia. Sekarang ni dia tengah sibuk nak kejar akak. Memang tak la akak nak
terima dia, dia bukan tak tahu akak ada Ruzail.”
“Dia dah bercerai dengan isteri dia? Tapi kenapa?”
“Sebab dia tu buta, buta menilai cinta. Dah
terang-terang akak ni hanya jadikan dia sebagai teman bila akak bosan. Dari
awal lagi akak dah pesan dekat dia jangan jatuh cinta dekat akak sebab akak tak
akan mampu untuk curang dengan Ruzail. Akak dengan Ruzail dah lama kan, tak
mungkin akak boleh sayangkan lelaki lain.”
“Maksud akak, dia ceraikan isteri dia sebab dia
sukakan akak?” Adra Sofia membalas pertanyaan adiknya dengan anggukan sahaja.
“Ini dah kes berat ni kak. Akak tak boleh biarkan
keadaan berterusan macam ni. Sebelum ni dia tak pernah pun datang rumah kan?
Ini kenapa dia tiba-tiba terjengul depan rumah? Kalau ayah dengan mama tahu,
lagi bertambah marah lah diaorang dekat akak.” ujar Wafa yang juga ikut bimbang
dengan masalah yang dihadapi oleh kakaknya.
“Dia datang sini sebab akak tak layan dia. Akak ignore semua WhatsApp, call dari dia. Akak dah tak nak ada
apa-apa hubungan dengan dia sebab akak tak nak sampai Ruzail tahu tentang akak
dengan dia. Ya memang akak dah buat silap sebab ada hubungan dengan lelaki lain
selain Ruzail, tapi akak dah tak nak teruskan lagi dah. Nazhan perlu faham.”
Untuk pertama kalinya, Adra Sofia mengakui apa yang dilakukan olehnya selama
ini adalah salah.
“Hmm… Satu perubahan yang positif, bila akak sedar
apa yang akak buat ni salah. Kalau dari dulu akak sedar diri kan bagus. Bila
keadaan dah jadi teruk macam ni, baru akak sedar. Dah terlambat dah kak.”
“Wafa ni, jangan la nak tambah kusut kat kepala otak
akak ni. Tak ada idea ke?”
“Idea apa? Hmm… Apa kata akak kahwin je lah dengan
Abang Ruzail. Sebab Wafa ada dengar ayah dengan mama cakap yang diaorang nak
satukan akak dengan Abang Ruzail dalam masa terdekat ni. Tapi akak yang macam
tak nak. Kenapa? Kalau akak sayangkan Nazhan, Wafa faham lah, kenapa akak tak
setuju dengan cadangan ayah dan mama supaya akak kahwin hujung tahun ni. Ini
akak sendiri mengaku yang akak memang tak ada apa-apa perasaan dekat Nazhan.”
“Bukan akak tak nak lah Wafa. Wafa tahu je lah,
urusan perkahwinan ni kalau boleh, biarlah orang lelaki yang mulakan. Kalau
kita yang perempuan ni yang sibuk-sibuk, nampak macam terhegeh-hegeh nanti.”
“Kenapa? Abang Ruzail tak pernah cakap soal kahwin
ke dengan akak?” soal Wafa.
“Pernah je, tapi dia dah pesan dekat akak yang kalau
boleh dia tak nak terburu-buru. Dia selalu bagi alasan yang dia tak boleh nak
bagi komitmen untuk berumah tangga sebab dia sibuk uruskan syarikat. Itu ajelah
alasan dia setiap kali akak cakap pasal kahwin. Akak pun, terpaksa faham.”
“Tak boleh la macam tu akak. Akak kena tegas la
dengan dia. Kalau dengan ayah dan mama, boleh pulak akak paksa diaorang supaya
ikut kehendak akak? Kenapa dengan Abang Ruzail, akak tak buat macam tu?”
“Nanti dia rimas pulak dengan akak, kalau dia
tinggalkan akak macam mana?” soal Adra Sofia dengan wajah runsing. Itulah yang
dia selalu fikirkan. Dia tidak mahu terlalu mendesak Ruzail kerana dia bimbang
lelaki itu akan berasa tidak selesa dengan dirinya dan mengambil keputusan
untuk meninggalkan dirinya.
“Akak ni, fikiran tu macam budak-budak la. Wafa
percaya Abang Ruzail lebih berfikiran matang dari akak. Dia tak akan tinggalkan
akak atas sebab akak desak dia supaya cepatkan perkahwinan korang. Lagipun, nak
tunggu berapa lama lagi? Dah ada peluang nak kahwin, sengaja nak tangguh.”
“Susah la Wafa, Wafa tak kenal Abang Ruzail tu.
Kalau sekali dia cakap dia tak nak, memang susah la akak nak pujuk.”
“Akak cuba la dulu, ini untuk kebaikan akak dan dia
jugak. Macam ni lah, apa kata akak cakap dengan dia yang ada seseorang yang
cuba untuk dekati akak. Biasasnya, lelaki akan rasa tak senang duduk, bila dia
tahu ada lelaki lain cuba mengorat buah hati dia.”
“Wafa gila ke? Tak kan akak nak berterus-terang
dengan dia tentang Nazhan? Silap-silap, dia tak boleh nak terima akak nanti.”
balas Adra Sofia bersama gelengan.
“Bukan macam tu lah. Maksud Wafa, akak slow talk dengan Abang Ruzail. Terangkan
dekat dia, yang ada seseorang tengah cuba mengorat akak. Cakap la yang akak tak
berminat langsung dengan lelaki tu, tapi lelaki tu tak berputus asa untuk
dapatkan akak. Tak payah la sampai dedahkan identiti si Nazhan tu.
Pandai-pandai la akak reka cerita nanti.”
“Kalau Ruzail nak jumpa dengan lelaki tu macam
mana?”
“Kalau dia nak jumpa, pandai-pandai la akak halang
nanti. Yang penting akak kena sampaikan dekat dia, yang akak sedang diganggu
oleh seseorang sampai akak rasa tak selesa. Bagi dia pilihan, sama ada nak
jadikan akak isteri dia, ataupun dia sanggup tengok akak pergi dengan lelaki
lain. Pandai-pandai la nanti akak ugut dia. Kita kena pandai guna kuasa
wanita.” Adra Sofia diam sejenak. Dia sedang mencerna kata-kata yang dituturkan
oleh adiknya.
“Dah lah, akak pergi la tidur. Nampak muka akak tu
letih sangat. Entah apa lah yang akak buat kat luar sana tu sampai penat
sangat. Orang jobless macam akak pun
tahu erti penat eh?” Terbuntang biji mata Adra Sofia apabila Wafa selamba
sahaja mengutuk dirinya.
“Amboi, sedapnya kau berkata-kata ye Wafa. Dah lama
hidup ke apa ni?”
“Dah lama dah, sebab itulah boleh selesaikan masalah
akak. Bukan macam akak, tahu cari masalah je. Bila nak selesaikan,
terkapai-kapai macam orang tak pernah hadap masalah.” Tidak menunggu lama, Wafa
segera memanjat tangga untuk melarikan diri daripada dikejar oleh kakaknya yang
geram dengan bicara lepas darinya.
1st time smpai sni.. wow ade novel.. huhu.. :D
ReplyDeletep/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D