Dari jauh lagi Adra Sofia sudah mengukirkan senyuman
manis buat Ruzail yang sedang setia menanti dirinya di satu sudut tersorok di
dalam restoran itu. Dengan gaya menggoda dia mendekati Ruzail.
“Sorry sayang I lambat. Jammed tadi, dah lama sampai ke?”
“Dah, I dah order
makanan kegemaran you.” Ruzail tidak memandang wajah Adra yang setia merenung
dirinya.
“Kenapa tiba-tiba you ajak I lunch dengan you? Biasanya you kan selalu lunch dengan klien you, tak pun you makan dekat ofis je. Kenapa?
Rindu I eh?”
“I ada perkara penting nak tanya you.” Dari riak
wajah Ruzail, Adra tahu ada sesuatu perkara serius yang ingin dibincangkan oleh
lelaki itu
“You nak tanya apa?”
“Siapa Nazhan? Apa sebenarnya hubungan you dengan
dia?”
Adra Sofia menelan liur berkali-kali apabila nama
bekas kekasih gelapnya meniti di bibir Ruzail. Habis lah dia! Bagaimana Ruzail
boleh tahu ni?
“Adra Sofia. I tanya you ni, I perlukan jawapan,
jangan buat I tertunggu-tunggu.” desak Ruzail, keras kedengaran suaranya.
“Mana you tahu tentang Nazhan ni?”
“Penting ke dari mana I tahu? Sekarang ni, I nak
tahu perkara yang sebenar. Jangan nak tipu I lagi Adra. Jujur je dengan I.”
“Kalau macam tu, I pun malas lah nak jawab soalan
you.” Tanpa mempedulikan renungan tajam teman lelakinya, Adra segera mencapai
sudu dan garfu untuk menjamah makanan yang baru sahaja dihantar oleh pelayan
restoran itu.
“Adra, Nazhan datang jumpa I. I tak kenal pun siapa
dia. Tapi tadi dia cakap, yang dia dengan you dah lama bercinta. Dia plan untuk
jadikan you isteri dia. Apa ni Adra? You bercinta dengan siapa sebenarnya ni?”
Sebaik sahaja Ruzail mula bercerita, Adra Sofia meletak kembali sudu dan garfu
yang baru sahaja diambilnya.
“Okey, macam ni Ruzail. I memang nak berterus terang
dengan you. Tapi I rasa perkara ni tak penting, jadi itu yang I bertangguh.
Tapi I tak sangka pulak, dia datang
jumpa you.”
“You tipu I selama ni Adra? You mempermainkan hati
dan perasaan I?”
“Tak, bukan macam tu Ruzail. I memang sayang you
seorang sahaja. Nazhan tu kenalan I masa I selalu lepak dekat club. Kan I dah bagitahu you, I selalu
jumpa dengan ramai orang kat sana. So,
Nazhan ni salah sorang daripadanya. I kawan je dengan dia, tanpa ada perasaan
apa-apa.”
“Habis tu, macam mana boleh dia cakap dengan I yang
dia dengan you dah lama bercinta? Siap plan nak kahwin lagi tu.” Sinis Ruzail
menyoal. Tercabar naluri lelakinya apabila Nazhan mahu merampas Adra Sofia
darinya.
“Mana la I tahu. I memang tahu yang dia sukakan I.
Tapi I layan dia tak lebih daripada seorang kawan pun. I keluar dengan dia pun
tak pernah. I selalu jumpa dekat club
je lah, itupun tak plan. Tapi sekarang ni, I dah jarang pergi club. Itu yang dia gelabah cari I tu.” Dia
terpaksa berbohong, tidak mungkin dia akan memberitahu hal sebenar kepada
Ruzail.
“Kalau you tak layan dia lebih daripada seorang
kawan, tak kan lah dia sampai berani nak jumpa I dan suruh I tinggalkan you? Ni
mesti ada sesuatu yang you sengaja nak sorokkan dari I kan.” Ruzail masih lagi
tidak berpuas hati.
“Tak Ruzail. Tak ada apa pun yang I nak sembunyikan
daripada you. You kena lah faham, orang kalau dah gila bayang, macam tu lah
jadinya. Dia jadi macam tu, sebab dia tak dapat I cara baik. Dia mengorat I,
tapi I tak layan. Buat apa I nak layan, I kan dah ada you, sayang.”
“I tetap tak puas hati lagi Adra. Daripada cara dia
cakap dengan I tentang you, seolah-olah you yang tinggalkan dia. Dia nampak
macam orang hilang arah. Apa yang you dah buat belakang I Adra?” Ruzail menyoal
dengan nada curiga. Pandangan matanya juga tajam!
“Mana ada I buat apa-apa. Betul lah you, I tak
menduakan you pun. I tolak cinta dia mentah-mentah, itu yang dia meroyan tu.
Lagipun I dah cakap dengan dia awal-awal lagi, yang I dah ada boyfriend. Dia tahu je I dengan you.”
“Habis tu macam mana sekarang?”
“Macam mana apa? You tak payah lah layan dia tu.
Buat tak tahu je. Nanti dia penat, dia berhenti lah ganggu you.”
“Dia ada kacau you tak?” Ruzail menyoal, prihatin
sahaja nadanya.
“Ada, kalau you tak percaya dengan apa yang I
cakapkan tadi. You boleh check
sendiri phone I. Banyak kali dia call I, WhatsApp I ajak jumpa. Tapi, tak ada satu pun I reply. I memang tak ada apa-apa hubungan
dengan dia, buat apa I nak layan kan?”
“Ini tak boleh biarkan lama-lama ni Adra. I risau
lah, I risau kalau dia apa-apa kan you.”
“I pun risau jugak.
Dah lama jugak la dia selalu kacau I,
yang paling teruk, semalam. Dia datang rumah I sebab I ignore semua text and call dari dia. Gila kan dia tu? Padahal
selama I kenal dengan dia, tak pernah sekali pun dia tahu rumah I dekat mana.”
“What? Why you tak bagitahu I? You ingat perkara ni main-main
eh? Kira dah lama jugak la dia kacau
you?”
“I tak bagitahu you sebab I tak nak you salah faham.
Itu sebab lah I ajak you kahwin. I kalau boleh nak Nazhan tahu yang I memang
betul-betul sayangkan you. So I rasa,
bila you dan I dah jadi pasangan suami isteri, dia akan berhenti kacau I.”
“You yakin?” Hatinya sudah dipaut keresahan. Masakan
dia boleh berdiam diri sahaja apabila mengetahui ada lelaki lain ingin merebut
kekasih hatinya.
“Ye la sayang. Kalau dia berfikiran panjang, mesti dia
tak berani nak ganggu isteri orang. Ini dia berani kacau I, sebab I ni hanya
lah girlfriend you je. Girlfriend dengan isteri, tak sama.”
Kata-kata Adra Sofia membuatkan Ruzail terdiam seketika.
“Tapi itu bukan satu jaminan. I tengok dia macam
nekad je, dia macam sayangkan you sangat. Nampak macam, dia bersungguh nak you
jadi milik dia, walau apa pun yang terjadi.”
“Itu masalah dia lah, buat apa I nak fikir? Sekarang
ni, I rasa lebih baik kita kahwin. You setuju je lah dengan cadangan parents you supaya kita nikah hujung
tahun ni. I takut nanti perkara jadi makin teruk.”
“Adra, sekarang ni kita tengah cakap pasal lelaki
yang cuba nak rampas you. Kenapa you mesti nak bangkitkan soal kahwin ni?” Ruzail
menyoal, wajahnya jelas mempamerkan reaksi bengang dengan kata-kata Adra Sofia.
“Kenapa? I tak faham lah kenapa banyak sangat alasan
untuk you kahwin dengan I? Oh, so you
lebih sanggup lah tengok I pergi dengan Nazhan? Kalau macam tu boleh je, you
yang paksa I buat keputusan macam ni kan.”
“You cakap you tak cintakan dia? Apa ni Adra?”
“Ya, memang I tak cintakan dia sebab dalam hati I
hanya ada you. I selalu mengharapkan supaya you jadi suami I. Tapi tengok lah
diri you sendiri, you tak nak jadikan I isteri you. Ada je alasan you kan,
nampak sangat you tak bersungguh pun dengan I. Jadi, buat apa I nak buang masa
dengan you?” Perli Adra.
“I bukan tak bersungguh dengan you lah Adra. Tak
cukup ke apa yang I dah buat untuk you selama ini? You masih lagi nak meragui
I?”
“Tak cukup, selagi you belum angkat I, jadi isteri
you yang sah.”
“You tak boleh paksa I macam ni. You tahu kan I tak
suka orang atur hidup I?”
“I tak paksa you. I cuma nak bagi you dua pilihan.
Kahwin dengan I hujung tahun ni, ataupun kita putus. Jangan buang masa I
Ruzail, I tak ada masa nak main tarik-tali dalam percintaan.”
“Sayang… You
know how much I love you? Jangan buat I macam ni.” Kali ini nada suara
Ruzail seakan-akan merayu lembut.
“Then buktikan lah, yang you memang sayangkan I.”
balasnya lalu dia segera menjamah makanan yang tidak terusik dari tadi. Ruzail
pula hanya berdiam diri sambil merenung wajah Adra Sofia.
“Okey. I boleh kahwin dengan you, hujung tahun ni
macam apa yang you nak. I akan ikut cakap you sebab I sayangkan you. Tapi, ada
syarat.” Akhirnya Ruzail bersuara setelah lama berdiam diri.
“Apadia?”
“You mesti kerja dengan ayah you. I nak isteri I
seorang wanita yang berkerjaya. Sekarang ni, terpulang pada you, you fikir
lah.”
“Wah! You nak ugut I?” Adra menyoal dengan perasaan
geram. Terasa mahu dicekik-cekik sahaja leher lelaki itu. Suka-suka sahaja mahu
mengugut dirinya.
“I tak ugut. Kalau you nak I ikut cakap you, you
kenalah dengar cakap I jugak.”
“Not fair at
all!” Adra menepuk meja
makan itu sekuat hati. Mujur saja pinggan dan cawan tidak berterbangang ke
lantai.
“Kenapa pulak?
Adil lah tu, I akan kahwin dengan you, you kena kerja dekat syarikat ayah you.
Lagipun, syarikat tu milik you kan?”
“You tahu kan yang I memang tak minat bisness? You
ni sengaja la!”
“You pun tahu kan yang I tak boleh nak bagi komitmen
untuk perkahwinan kita? I minta you tunggu, you paksa I kan. So sekarang ni, take it, or leave it.” Mudah sahaja Ruzail memberi kata dua kepada
Adra Sofia.
“Fine! I setuju dengan syarat you.” Adra Sofia terpaksa
akur, dia sendiri yang mahu Ruzail bernikah dengan dirinya. Jadi, dia harus
akur dengan permainan lelaki itu.
“That’s my girl. I tahu, I je satu-satunya lelaki yang boleh
tundukkan keangkuhan you. I akan bawa family
I jumpa dengan family you, hujung
minggu ni jugak.”
“Okey, I tunggu.”
No comments:
Post a Comment