Qalish Audrina melangkah perlahan mendekati sofa
yang berada di ruang tamu rumah mereka. Kelihatan Nedzrish Eskandar sedang
menonton rancangan kegemarannya. Sesekali lelaki itu ketawa kecil, mungkin
terhibur dengan jalan cerita itu. Dia mengambil tempat tidak jauh dari lelaki
itu.
“Awak ni memang tak pernah bosan eh tengok cerita
ni?” Soalnya seraya bibirnya dimuncungkan ke arah skrin televisyen itu.
“Comel Hagemaru ni, sama macam muka kau. Sebab tu
aku suka tengok, kau kan bulat macam Hagemaru.” Ujarnya seraya ketawa kecil.
Matanya yang sedikit sepet itu bertambah kecil apabila dia ketawa.
“Apa awak ni sama kan saya dengan Hagemaru. Saya
bukan gemuk dan pendek macam dia pun. Awak memang tak reti beza kan yang mana
batu yang mana permata ke?”
“Retilah, kau lah batu. Permata tu aku.” Ujarnya tanpa
memandang wajah isterinya. Matanya masih lagi difokuskan ke arah skrin
televisyen.
“Amboi-amboi, ikut sedap mulut awak saja kan kalau
bercakap?” Qalish Audrina sudah tayang wajah geram. Disangkanya suaminya akan
memuji dirinya dengan menyamakan dia dengan permata. Rupa-rupanya Nedzrish
tetap berhati batu.
“Mummy marah daddy lah Bella. Daddy gurau je, cakap
dengan mummy. Daddy tak ada niat pun nak sakit kan hati mummy. Cakap cepat.”
Nedzrish segera mendukung arnab mereka yang kebetulan sedang bermain di ruang
tamu rumah mereka.
“Cakap dengan daddy, mummy tak ambil hati langsung.
Sebab mummy mana ada hati. Sebab tu daddy suka cakap ikut kepala dia je, sebab
dia tak fikir pun perasaan orang lain.” Balas Qalish Audrina memerli suaminya.
Nedzrish tergelak melihat respon isterinya yang sedang bengang dengan dirinya.
“Cakap dengan mummy, kalau marah-marah macam ni.
Hilang lah seri kecantikan mummy tu, tak mahu marah-marah lagi ya mummy?” Soal
Nedzrish seraya menoleh ke arah Qalish Audrina dengan melindungi wajahnya
disebalik Bella.
“Awak ingat comel ke buat macam tu?”
“Tak cakap pun comel, alah kau ni sensetif betul
lah. Aku gurau saja, tak payah lah ambil serius.” Ujarnya lalu dia meletakkan
kembali Bella di atas lantai.
“Saya perasan kan, sejak saya bawa masuk Bella dalam
rumah kita. Awak selalu habis kan masa dengan dia. Awak selalu curi-curi bawa
dia tidur dekat dalam bilik awak kan? Semalam saya tengok sangkar Bella tak
ada, dalam bilik kosong tu pun dia tak ada dekat situ. Mesti awak yang curi dia
kan?”
“Mana ada aku curi dia, kan kita dah cakap kita nak
jaga Bella sama-sama kan? So,
gilir-gilir lah. Jangan lah tamak, ini asyik kau saja nak bawa dia tidur dalam
bilik kau. Aku pun nak juga.”
“Awak memang suka arnab ke?” Soalnya ingin tahu
tentang suaminya. Terus-terang dia katakan, jikalau ada orang bertanya tentang
suaminya. Tidak banyak yang boleh dia ceritakan tentang Nedzrish kerana terlalu
banyak tentang lelaki itu dia tidak tidak tahu.
“Nak kata suka sangat tu tak adalah. Tapi kalau nak
cakap tak suka pun tak ada juga. Biasa-biasa je.”
“Tapi kenapa saya nampak awak macam sayang sangat
dekat Bella. Hari tu saya balik kerja, awak tidur dengan Bella dekat ruang
tamu. Nampak macam awak memang sukakan haiwan.”
“Kau suka arnab sejak bila?” Soalnya pula. Dia
mencapai alat kawalan jauh televisyen lalu ditekan button “off”.
“Sejak saya sekolah rendah lagi. Tapi masa tu saya
tak ada bela arnab, bila dah besar ni baru saya bela. Masa tu sekolah lagi, umi
tak kasi bela haiwan. Kenapa?”
“Aku sedang belajar untuk suka apa yang kau suka.
Apa yang kau suka, apa yang kau minat. Itu juga lah yang aku minat.” Tuturnya
dengan nada biasa. Dia tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan rasa sayangnya
terhadap wanita itu kerana dia bimbang untuk berhadapan dengan penerimaan
isterinya. Dia bimbang jikalau isteri yang dinikahi tanpa benih cinta, akan
menolak cinta nya jikalau dia berterus-terang.
“Aaaa. Apa dia?” Soalnya bingung. Mungkin tidak
dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Nedzrish Eskandar.
“Apa kau ingat aku ni astro ke duk ulang tayang
berkali-kali? Air liur aku ni banyak habis sebab kau tahu tak.” Ujarnya kembali
kepada karakter asalnya yang tidak berlembut dengan isterinya.
“Awak, awak ada girlfriend
ke sebelum kahwin dengan saya?” Soalan yang tidak diduga keluar daripada mulut
isterinya membuatkan Nedzrish tiba-tiba terbatuk kecil.
“Apasal
tiba-tiba kau tanya?” Soal Nedzrish dengan wajah gusar. Adakah isterinya pernah
ternampak ketika dirinya bersama Amelda Imani?
“Saja tanya, mana lah tahu kalau-kalau saya ni dah
rampas hak milik orang.”
“Kalau aku cakap aku memang ada kekasih sebelum aku
kahwin dengan kau, kau nak buat apa?”
“Lepas kan awak kot, awak pun tak cinta kan saya
kan? Jadi untuk apa kita terus kan perkahwinan ni?” Sebenarnya Qalish Audrina
tidak memaksudkan kata-kata yang diucapkan sebentar tadi. Dia hanya mahu
melihat respon lelaki itu. Dia ingin mendapatkan kepastian sama ada Nedzrish
juga punya perasaan yang sama sepertinya ataupun sebaliknya.
“Aku kahwin dengan kau sebab papa. Tapi sekarang aku
tak ada apa-apa sebab untuk lepas kan kau. Aku tak ada girlfriend, sebab aku dah ada isteri.” Tutur Nedzrish dengan wajah
serius. Dia berharap Qalish Audrina akan mengerti kata-katanya tanpa dia perlu
menerangkan dengan lebih lanjut.
“Tapi awak tak cinta kan saya. Kenapa nak terus kan
juga? Sebab papa?”
“Sebab aku.. Sebab aku tak nak nanti baju aku tak
ada orang basuh. Kalau aku hidup bujang semula, makan minum aku semua tak ada
orang jaga. Aku tak nak duduk dengan mama sebab aku dengan papa tak macam
hubungan kau dengan abah kau.” Nedzrish menghembuskan nafas dengan penuh
kepayahan. Aduhai! Sudah ada peluang untuk berterus-terang, boleh pula dia
tidak lafazkan saja kata-kata cinta kepada Qalish Audrina.
“Sebab tu jelah kan?” Soal Qalish Audrina seraya
tersenyum kecil. Dia cuba untuk menyembunyikan kekecewaannya. Bimbang jikalau
Nedzrish dapat mengesan dia sudah menyimpan rasa cinta buat lelaki itu.
“Dah tu kau nak suruh aku cakap macam mana? Kau nak
suruh aku cakap “I Love You, Aku Cinta Pada Mu, kau yang paling terindah.” Kau
nak suruh aku cakap semua tu ke?” Soalnya bersama memek muka cukup menyakitkan
hati. Bukan dia sengaja tidak mahu berterus-terang, lidahnya terasa begitu kelu
untuk berbicara soal itu.
“Heh, awak ingat saya menaruh hati dekat awak ke?
Orang hilang akal sajalah jatuh cinta dekat lelaki yang tak berperasaan macam
awak ni, macam tunggul batu.” Selesai menuturkan kata-kata itu, Qalish Audrina
segera berlalu ke dapur dengan berbagai perasaan di dalam hatinya.
“Betul ke dia tak suka kan aku? Nampak macam dia
suka, tapi kenapa dia kembali dingin ya?” Soalan itu hanya berlegar-legar di
dalam mindanya sahaja. Tidak berani untuk mengutarakan soalan tersebut kepada
si empunya badan.
No comments:
Post a Comment