Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Saturday 26 December 2015

Teaser Be mine, Eh? Bab39

Nedzrish membiarkan sahaja isterinya yang sedang leka melihat persembahan buskers di tepi jalan. Dia sengaja membawa isterinya mengikutinya berjalan-jalan di Bazar Karat sebelum membawa isterinya melihat persembahan pemuzik jalanan itu. Kelihatan isterinya sangat gembira sehingga tidak perasan Nedzrish sudah meninggalkannya dan berdiri di hadapan sebuah kedai tidak jauh dari situ.

“Awak.” Qalish Audrina menegur Nedzrish setelah pemuzik jalanan itu selesai membuat persembahan. Ada lagi persembahan seterusnya, namun apabila dia terpandangkan jam di tangan kirinya, dia membatalkan hasratnya. Sedar tidak sedar, sudah hampir satu jam dia melihat persembahan itu. Seronok sehingga tidak sedar ketiadaan suaminya disisinya.

“Dah puas dah layan abang-abang muzik tu nyanyikan lagu untuk kau?” Soalnya seraya menghembuskan asap rokok. Qalish Audrina kerut dahi melihat Nedzrish yang sedang merokok itu.

“Awak, kan merokok tu tak elok untuk kesihatan.” Ujarnya dengan nada tidak senang. Seingatnya selama mereka berkahwin tidak pernah lagi dia melihat Nedzrish merokok. Sebelum kahwin sahaja lelaki itu pernah menghembuskan asap rokok ke mukanya.

“Dah habis dah pun.” Balasnya lalu dia mencampak puntung rokok yang sudah habis dihisapnya. Dia menyimpan semula kotak rokok yang berada di tangannya ke dalam kocek seluarnya.

“Hmmm... Sejak bila awak merokok?” Soalnya lalu dia mengambil tempat di sebelah Nedzrish. Mereka duduk di atas bahu jalan sambil melihat orang ramai yang sedang lalu-lalang.

“Baru jugak lah. 3tahun yang lepas.”

“Baru 3 tahun awak cakap? Apa alasan awak merokok? Sebab stress?”

“Aku bukan macam perokok tegar yang lain. Aku merokok bila perlu je lah. Kau ni kenapa nak menyibuk?” Ujarnya dengan nada tidak suka. Selama dia dengan Amelda Imani, tidak pernah sekalipun wanita itu menegurnya tentang dirinya seorang perokok. Amelda Imani cuma tidak membenarkan dirinya merokok di hadapan wanita itu.

“Merokok bila perlu? Eh, saya tak pernah dengar pun ayat merokok bila perlu. Dah sah-sah awak sendiri tahu merokok tu kan tak bagus untuk kesihatan, mana ada istilah merokok bila perlu.” Ujarnya dengan wajah serius.

“Bising lah kau ni.” Nedzrish membalas dengan nada dingin. Dia sungguh tidak gemar sesiapa ambil tahu tentang apa yang ingin dilakukannya. Biasalah Nedzrish, lebih gemar mengikut rentaknya sendiri.

“Okay, sorry. Saya lupa yang awak pernah cakap dengan saya jangan masuk campur hal awak. Sorry...” Ujarnya mengalah. Bimbang kalau kata-katanya nanti bakal membuat suaminya naik angin pula.

“Kau suka tak?” Ujar Nedzrish setelah beberapa minit dia mendiamkan diri.

“Suka! Tapi saya peliklah, macam mana awak tahu yang saya suka tengok persembahan buskers ni?” Soalnya dengan rasa ingin tahu. Tak kan Nedzrish ni ahli nujum? Macam mana dia boleh tahu tentang apa yang digemari oleh Qalish?

“Kau suka kan? Itu dah cukup. Tak payah lah kau nak tahu dari mana aku dapat tahu pasal ni.” Balasnya, cuba untuk berahsia.

“Awak.. Tak baik lah biarkan saya tertanya-tanya macam ni. Bagilah tahu please..” Pujuknya sambil membuat wajah simpati. Nedzrish menayang wajah menyampahnya sebelum dia membuka mulut untuk membalas pertanyaan si isteri.

“Aku tahu dari Sofi lah. Tak susah pun kalau nak tahu apa-apa pasal kau, tanya sajalah kembar kau. Mesti dia buka mulut tanpa banyak songeh.”

“Amboi! Berkomplot dengan Sofi nampak. Sejak bila awak dengan dia jadi bestfriend?” Soal Qalish Audrina sambil mengangkat kedua belah keningnya.

“Hai, tak kan dengan Sofi pun kau nak cemburu?” Soal Nedzrish pula. Sengaja mahu mengusik.

Eeee.. Tak kuasa lah saya nak cemburu awak dengan dia. Buang masa sajalah. Saya nak tahu je.” Ujarnya seraya mencebik.

“Alah, aku berkomplot dengan dia pun sebab kau. Kan aku dah dapat buat kau happy, sekurang-kurangnya ada lah juga satu hari ni kau tak rasa menyampah dengan aku. Kan?” Ujarnya lalu tersenyum manis. Ikhlas kelihatan senyuman darinya.

Thank you Rish. Walaupun nampak macam simple, tapi bermakna sangat buat diri saya. Sebab awak bawa saya pergi tengok benda yang memang saya minat. Siapa tak suka kan?” Balasnya ceria.

“Okay, sekarang ni cuba kau bagitahu aku. Kenapa kau suka tengok persembahan live tepi jalan macam ni? Bukan ke kau tak suka tempat yang ramai orang? Tapi bila melibatkan muzik, kau tak kisah pulak?” Soalnya hairan. Semakin lama dia bersama dengan wanita itu, semakin banyak sikap pelik wanita itu dapat dirungkai olehnya.

“Hmm…. Awak nak tahu ke?”

“Dah aku tanya, mesti lah aku nak tahu. Kau ni memang tak reti tanya soalan cerdik sikit ke?” Ujar Nedzrish mulai bengang dengan pertanyaan isterinya. Orang menanya, mestilah mahu tahu.

“Okay, jangan lah marah.” Ujarnya perlahan. Nedzrish, susah untuk melihat lelaki itu tenang dalam jangka masa yang lama.

“Cerita lah, aku nak dengar.” Nedzrish menyuruh isterinya menceritakan tentang itu dengan nada biasa. Dia bersedia untuk menjadi pendengar malam itu.

“Sebenarnya daripada saya kecil lagi saya minat sangat tengok orang main muzik. Sebab dulu arwah abang saya pandai main gitar, selalulah dia main gitar sambil menyanyi untuk saya. Saya start minat muzik sebab arwah abang saya main muzik.” Qalish Audrina sudah mula membuka cerita.

“Arwah abang? Kau bukan anak tunggal? Kau ada abang?” Soal Nedzrish dengan wajahnya yang jelas terkejut. Dia tidak pernah tahu menahu tentang itu.

“Aah. Sebenarnya adik beradik saya ada dua orang. Kalau abang saya hidup lagi, sekarang ni mesti dia dah jadi pemuzik. Sebab dia belajar bidang muzik masa dia ambil diploma dulu. Tapi tak panjang umur. Ada lagi satu semester dia nak habiskan pengajian dia, ALLAH lebih sayang kan dia.” Ujar Qalish Audrina bersama keluhan kecil. Dia sebolehnya tidak mahu bercerita mengenai arwah abangnya kerana itu hanya akan membuatkan dirinya sedih.

“Kalau dia hidup lagi, umur dia berapa sekarang?”

“32tahun. Saya memang rapat dengan dia memandangkan saya ada dia sebagai abang, dan dia pun hanya ada saya. Kitaorang selalu habiskan masa sama-sama dekat belakang rumah. Dia main gitar, saya nyanyi. Tapi suara saya tak sedap pun. Nyanyi jelah sebab dia kata dia suka dengar suara saya.” Ceritanya sambil tergelak kecil.

So, sebab tu lah kau minat tengok orang main muzik? Tapi kau tak minat nak main muzik pulak eh?” Soal Nedzrish lagi. Dia semakin seronok mendengar cerita isterinya. Mungkin Nedzrish sedang cuba untuk mengenali isterinya dengan lebih dekat lagi.

“Itulah, arwah pernah ajar saya main gitar. Tapi tak sampai sehari saya belajar dengan dia, dia pun give up. Saya tak ada seni lah awak, bukan semua orang boleh main muzik. Pemuzik ni kiranya macam anugerah tau. Sebab diaorang ni talented sangat.” Dalam diam Nedzrish mengiakan apa yang diperkatakan oleh isterinya. Kerana aku juga seorang pemuzik, wahai isteriku.

“Tapi kau ada seni lukis. Okay apa, bukan semua orang boleh reka baju. Susah juga tu kan.” Tutur Nedzrish ikhlas. Dia tidak berniat untuk memuji tapi memang itulah kenyataannya. Kadangkala dia turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh isterinya.

“Semua orang ada kelebihan masing-masing.” Ujarnya optimis.

“Hmm, arwah abang kau meninggal sebab apa?” Soal Nedzrish sekadar ingin tahu.

Accident. Lori rempuh kereta arwah, masa tu arwah dalam perjalanan nak pergi pertandingan Battle Of The Band. Tapi tak kesampaian.”

Sorry sebab aku tak tahu. Aku minta maaf kalau pertanyaan aku tadi tu buat kau sedih. Aku tak ada niat.” Ujar Nedzrish serba salah apabila dilihat wajah isterinya sedikit keruh.

“Lah takapalah. Bukan salah awak pun. Tak salah pun kalau nak tahu. Sekurang-kurangnya bila orang tanya, awak ada la juga sesuatu nak dicakapkan tentang isteri awak ni. Tak adalah nampak macam kahwin paksa sangat. Kan?”

“Betul lah tu. Sofi ada bagitahu aku yang kau dah lama tak tengok persembahan buskers ni, itu yang aku bawa kau pergi sini.”

“Sejak arwah pergi saya jarang dah pergi tengok persembahan macam ni. Kalau dulu arwah yang selalu bawa saya ke tempat macam ni, tapi sekarang nak pergi sendiri tu rasanya tak kot. Lagipun dah sibuk dengan kerja.” Jelas Qalish Audrina lagi.

“Ni kau tak sedih ke aku bawa kau pergi sini?”

“Sedih? Tak lah saya seronok. Tapi dalam masa yang sama sedih tu ada lah juga. Kalau saya rindu sangat dekat arwah, saya akan ajak Sofi temankan saya ke Sogo. Kat sana pun selalu juga orang buat persembahan.”

“Mesti kau rasa kehilangan kan? Yalah, dia satu-satunya abang yang kau ada. Kau minat muzik pun sebab dia. Mesti banyak kenangan antara kau dengan dia.” Ujar Nedzrish yang sedang menyelami hati dan perasaan isterinya tika itu. Dia sendiri tidak dapat membayangkan jikalau dia kehilangan kakaknya Syaqilah, kerana dia sangat akrab dengan wanita itu.

“Kalau nak bercerita tentang kenangan saya dengan dia. Terlalu banyak Rish. Tapi saya redha, kami sekeluarga dah lama redha lepaskan dia pergi. Cuma sesekali tu rasa rindu. Saya ingat lagi, selepas arwah meninggal, saya ada suruh umi cari kan calon suami untuk saya. Tapi, ada syarat.”

“Apa syaratnya?”

“Saya nak seorang ahli muzik menjadi yang halal untuk saya. Saya taktahu lah kenapa, kalau saya sedih ke atau rasa sunyi. Saya suka kalau orang mainkan muzik untuk saya. Kadang-kadang tu sampai boleh tertidur masa arwah abang main gitar untuk saya.” Ujarnya seraya menggelengkan kepalanya. Tidak sangka dia begitu meminati muzik sehingga mahukan lelaki yang pandai bermain muzik untuk menjadi suaminya.

“Umi tak cakap apa-apa ke dengan permintaan kau tu?” Soal Nedzrish bersama senyuman. Kalaulah isterinya tahu yang dia juga pandai bermain gitar, apa agak-agaknya reaksi isterinya ya?

“Umi geleng kepala je lah awak. Umi cakap kadang-kadang apa yang kita nak, kita tak akan dapat. Tapi belajar lah untuk terima apa yang dikurniakan untuk kita. Betul juga kata-kata umi tu.”

“Okay, andai kata kau ditemukan dengan lelaki yang kau cari selama ni iaitu seorang pemuzik. Kau nak buat apa?” Soalnya penuh minat.

“Kalau saya bujang lagi, saya ajak dia kahwin kot. Hahaha. Tapi masalahnya saya dah kahwin. So memang tak akan dapat lah kan bersuamikan ahli muzik?” Ujarnya lalu tergelak kecil.

“Siapa cakap? Mana tahu apa yang kau nak selama ni, ada depan mata kau sebenarnya.” Ujar Nedzrish berkias. Qalish Audrina sudah kerut dahi tanda tidak memahami kata-kata suaminya.

“Maksud awak?”

“Mungkin impian kau akan tercapai. Tapi bukan sekarang. Mungkin lah.” Ujarnya. Belum bersedia untuk berterus terang.

“Ada-ada sajalah awak ni. Saya tak berharap pun lah. Kalau tak jumpa pun, saya still boleh pergi sini lagi kan? Dengan awak, maybe?” Ujarnya seraya mendongak memandang wajah bersahaja Nedzrish.

“Tengok lah kalau rajin. Dah lah, berembun lama-lama kat luar ni dapat apa? Balik jom.” Ujar Nedzrish lalu dia segera berdiri dan menghulurkan tangan kepada isterinya untuk bangun.

Erk....” Qalish Audrina terkesima melihat perubahan suaminya. Sejak bila Nedzrish pandai hulur tangan untuk membantunya bangun dari duduk? Selalunya lelaki itu akan pergi begitu sahaja dan membiarkan dia bangun sendiri.

“Apa? Kita kan suami isteri? Salah ke?” Nedzrish tayang wajah masam. Salah ke apa yang dia lakukan itu?


“Tak salah. Cuma awak pelik sikit malam ni. Anyway, saya boleh bangun sendiri.” Ujarnya bersama senyuman tanpa menyambut huluran tangan Nedzrish. Nedzrish hanya membalas kata-kata isterinya dengan menjuihkan bibirnya.



No comments:

Post a Comment