“Ada lagi rupanya you ni. I ingat kan I dah tak
jumpa you dah.” Tegur Amelda Imani kasar seraya menumbuk perlahan siku Nedzrish
yang sedang duduk bersantai menunggu kehadiran dirinya.
“Kenapa? Kau ingat aku dah mati ke?” Balas Nedzrish
lalu dia menarik kerusi plastik di sebelahnya untuk memberi ruang unuk gadis
itu melabuhkan duduknya.
“Haah. I ingat you dah lupakan I terus. Yelah, orang
dah ada isteri. Mana nak layan kita dah. I call
pun, you buat tak tahu je kan.”
“Kau merajuk ke Mel?”
“Merajuk? Hei, kalau I merajuk dengan you. I dapat
apa Rish? Nothing. Buang tenang je
merajuk dengan kayu.” Balas Amelda Imani sambil membelek menu di restoran itu.
Tiada satu pun yang berkenan dengan seleranya. Sejak dua menjak ini dia tiada
selera untuk menjamah makanan.
“Aku busy
lah. Bukan sengaja tak nak contact
kau. Kan aku dah ajak jumpa ni, kita dah okay kan? Tak payah lah nak ungkit
benda yang dah lepas.”
“You ada sorok apa-apa dari I ke Rish?”
“Sorok apa? Tak ada apa pun. Kau kan dah macam diari
bergerak aku. Aku pergi mana, aku buat apa semua aku bagitahu kau. Ada apa-apa
yang tertinggal ke?”
“Ada. I rasa you sengaja tak nak bagitahu I.” Amelda
Imani masih berusaha untuk menyuruh Nedzrish memberitahunya hal sebenar.
“Ok.. Aku dah pindah rumah. Aku dah tak duduk dengan
parents aku lagi. Itu kan yang kau
nak tahu sangat?”
“Dengan wife
you?”
“Yelah. Dah tu kalau aku dengan dia duduk
asing-asing. Lebih baik aku tak payah kahwin dengan perempuan tu. Soalan tu
biar lah cerdik sikit.” Nedzrish meneguk sedikit air sirap limau yang dipesannya.
Mee goreng yang baru sahaja sampai di mejanya di hidu penuh berselera.
“Ini yang buat I risau ni. Kalau you duduk dengan parents you, I tak adalah risau sangat.
I takut you jatuh cinta dengan dia nanti Rish.” Amelda Imani meluahkan
kerisauan dihatinya. Dia tidak sanggup untuk menghadapi saat-saat untuk dia
menerima hakikat lelaki yang dia cinta jatuh ke tangan wanita lain.
“Kau merepek apa ni Mel. Aku tak reti lah nak cakap
dengan kau macam mana lagi. Aku dah cakap hati aku ni keras, kau sendiri tahu
kan. Bukan senang-sennag lah perempuan boleh cairkan aku. Yang nak risau sangat
kenapa?”
“I risau, sebab I rasa benda tu mungkin akan
terjadi.”
“Mel. Aku cakap aku tak ada hati langsung dengan
perempuan tu. Maknanya aku tak ada perasaan sikit pun dekat dia. Clear kan fikiran kau. Aku tak nak
benda-benda negatif menganggu minda kau.” Nedzrish menuturkan satu persatu ayat
itu dengan sabar. Kadangkala statusnya sebagai suami orang membuatkan Amelda
Imani berfikir dia akan jatuh cinta pada isterinya.
“Hopefully
apa yang I rasa tu tak akan terjadi lah. Rumah baru you dekat mana?”
“Seksyen 7. Mel, kau tak nak makan ke?” Soal
Nedzrish prihatin apabila dilihat Amelda Imani hanya memesan air limau ais
sahaja.
“Tak nak. I tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan
ni I kurang berselera nak makan.”
“Apahal pulak kau ni. Macam orang putus cinta je
gayanya. Selalunya kau yang makan banyak
sampai naik kempis wallet
aku.”
“Bagus apa, jimat sikit duit you.”
“Ini bukan soal jimat lah bengong. Kalau kau sakit
sebab tak jaga makan, siapa yang susah? Kau jangan nak mengada-ngada tak ada
selera nak makan lah apalah. Bila dah sakit nanti, muka aku juga kau cari.”
“I yang susah. Sebab I sendiri yang cari penyakit.
Biar je lah. I tak lapar pun Rish.”
“Kau order
makanan sekarang. Cepat!” Nedzrish menghentak meja separuh kuat sehingga teman
wanitanya tersentak.
“I hanya akan makan. Kalau you yang suap.”
“Kau jangan nak mengada-ngada boleh tak Amelda
Imani. Kau jangan sampai aku mandi kan kau dengan air sirap sejuk ni. Jangan
nak banyak songeh.” Wajahnya yang tenang sedari tadi terus berubah menjadi
masam. Nedzrish tidak menggemari wanita yang terlalu manja dan mengada-ngada.
Padanya tidak perlu itu semua, kerana dia rimas mahu melayannya.
“Kalau macam tu, tak payah makan. Habis cerita.”
“Buka mulut cepat.” Arah Nedzrish tanpa memandang ke
arah Amelda Imani. Matanya masih tertancap pada skrin telefon bimbitnya.
“Nampak sangat tak ikhlas. Pandang muka I pun you
tak nak. Lebih baik tak payah suap. You makan ajelah.”
“Sayang, buka mulut cepat sayang sebelum garfu ni
melayang ke muka kau. Buka mulut sayang.” Nedzrish bersuara dengan nada
mendatar sambil matanya merenung tajam wajah mulus gadis itu. Amelda Imani
kemudiannya tertawa sendirian melihat reaksi Nedzrish.
“Hahahah… Sah, kalau kayu dari awal. Memang sampai
bila-bila lah keras macam kayu! Tak tahu romantik langsung.” Sempat saja dia
membebel sebelum membuka mulut untuk menikmat mee goreng yang disua oleh
Nedzrish ke mulutnya.
“Kalau nak romantik, kahwin dengan mat bunga. Aku
tak kuasa nak tergedik-gedik macam kau.”
“Sayang… Nak lagi. Macam sedap lah.” Rengek Amelda
Imani manja sambil memaut lengan Nedzrish. Lelaki itu baru saja mahu menyuap
makanan ke mulutnya sendiri terus memandang Amelda Imani dengan pandangan
sinis.
“Hei, dah macam kucing miang dah aku tengok kau ni!”
******
“Lish! Rindu nya aku dekat kau!” Qalish Audrina baru
sahaja melangkah masuk ke dalam butiknya, sahabat baiknya Sofina sudah meluru
mendapatkannya dengan wajah ceria. Qalish membalas kembali pelukan sahabat
baiknya. Lalu mereka berdua beriringan masuk ke dalam bilik Qalish.
“Lama nya kau cuti, honeymoon sungguh kau kan! Tak ingat langsung soal kerja.” Usik
Sofina sambil tersengih, Qalish Audrina sudah menayang wajah meluat mendengar
kata-kata sindiran Sofina.
“Honeymoon
abah awak! Bukan honeymoon ni Sofi, nightmare adalah.”
“Hahaha.. Kenapa kau cakap macam tu? Mamat tu ada
buat kau sakit hati lagi ke?”
“Dia tu mana pernah tak buat aku sakit hati.” Balas
Qalish Audrina tanpa perasaann.
“Mamat tu buat hal ke Lish? Eh, cerita lah macam
mana honeymoon kau dengan dia, best tak Pulau Perhentian? Aku teringin
nak pergi sana, tapi belum ada rezeki lagi.”
“Nak cerita apanya Sofi? Mana ada istilah honeymoon yang indah untuk orang yang
terpaksa berkahwin macam aku ni.”
“Dia buat apa dekat kau? Dia ada dera kau ke Lish?”
Soal Sofina kalut, dia meneliti setiap inchi tubuh Qalish Audrina sehingga
temannya itu berasa tidak selesa.
“Sofi, cuba jangan nak fikir bukan-bukan. Mamat tu
sentuh tangan aku pun tidak melainkan terpaksa, macam mana dia nak dera aku?
Kau ni merepek betul lah.”
“Aku terlalu risaukan kau, yelah mamat tu bukan nya
suka kat kau. Lagi pulak, dia kan lelaki. Dia boleh buat macam-macam dekat kau
lah Lish. Kau tak risau ke?”
“Dia nak buat apa dekat aku? Cuba kau bagitahu aku?
Dia tu nak pandang muka aku pun tak selera, nak duduk dekat-dekat dengan aku
lagi lah dia tak sudi. Tak ada apa yang kau nak risaukan lah Sofi.” Qalish
menepuk lembut lengan Sofina sambil tersenyum lembut. Kadangkala hatinya
tercuit melihat keprihatinan Sofina meskipun temannya itu selalu berfikiran
yang bukan-bukan.
“Mana lah aku tahu. Aku cuma nak kau berhati-hati
je.”
“Cara kau cakap ni seolah-olah aku kahwin dengan
penjenayah je. Dia tak buat macam tu lah. Aku tak tahan dengan mulut dia, cakap
macam orang tak ada perasaan. Itu yang aku bengang sangat dengan dia. Setakat
ni yang lain dia okay, dia tak kacau aku pun.”
“Orang macam dia tu seronok kau cari pasal bila kau stress, mesti kau gelak je layan dia.”
“Tak ada maknanya, makin serabut kepala aku adalah.”
Balas Qalish Audrina sambil mencebikkan bibirnya.
“Eh aku lupa nak tanya, suami kau kerja apa ya?”
“Tak kerja lagi, dia belajar lagi.”
“Hah?? Belajar lagi? Biar betul?”
“Betul lah, nak tipu buat apa? Mamat tu muda 4tahun
dari aku.”
“Seriously?
Jauhnya beza umur kau dengan dia.” Ujar Sofina bersama wajahnya yang sudah
berkerut seribu.
“Yelah Sofi, kenapa susah sangat kau nak percaya apa
aku cakap ni? Muka aku muka penipu ke?” Qalish sudah mulai bengang dengan
kerenah Sofina yang sedari tadi tidak mempercayai kata-katanya.
“Erk.. Sorry.
Tapi aku memang betul-betul tak sangka mamat tu lagi muda dari kau. Aku
ingatkan dia sebaya dengan kita.”
“Yelah, kau kan tak attend wedding aku haritu. Lupa pulak,
kalau kau tengok muka dia. Macam budak sekolah. Baby face sangat.”
“Bukan tak datang lah, aku ada emergency. Kalau tak aku dah temankau sampai malam tau. Kau ada
gambar dia tak?” Pinta Sofina sambil memaut lengan Qalish yang sedang
membetulkan pin tudungnya.
“Eh yang kau teruja sangat nak tengok gambar laki aku dah kenapa?”
“Hehehe. Kau macam lah tak tahu yang aku ni minat
lelaki bawah umur dari aku, comel je.”
“Kalau nak minat sekalipun, bukan laki aku. Pergi lah bercinta dengan
budak U ke, budak sekolah ke. Ini laki aku juga kau nak.”
“Kenapa kau nak marah pulak? Eleh! Kau dah
jatuh cinta dengan dia ke Lish? Baik kau mengaku!”
“Jangan nak mengarut lah Sofi! Masalahnya mamat tu laki aku, kalau kau nak pun. Kau tak
akan dapat.”
“Aku tak cakap pun aku nak laki kau. Kau yang terlebih risau ni, amboi! Hati dah mula sayang
lah tu!” Sofina tidak henti-henti menyakat sahabat baiknya sehingga Qalish
menampar kuat lengannya.
“Tak kuasa aku nak jatuh cinta dengan lelaki tak ada
perasaan tu. Hati aku masih pada Yadh, walaupun aku dah sah bergelar isteri
orang.” Tiba-tiba Qalish teringatkan bekas kekasihnya, hatinya sayu
mengenangkan cinta yang sudah bertahun-tahun terbina namun tidak kesampaian.
“Tak apa, aku yakin kau akan bahagia jugak dengan
mamat otak tak betul ni. Jodoh tu kan rahsia ALLAH.”
“Hmm. Kau ada apa-apa lagi nak cakap tak? Aku nak
buat kerja ni.” Jari kirinya segera menekan button
“on” untuk menghidupkan komputer di atas meja itu.
“Aku nak ambil fail sekejap, ada rekaan terbaru yang
aku nak kau semak.” Sofina segera menghilang dari pandangan mata Qalish.
Kemudian, perlahan-lahan Qalish memejamkan matana dan tanpa dia sedari ada
airmata jernih mengalir di pipi mulusnya. Hatinya terlalu merindui Ammar
Riyadh.
******
Qalish Audrina yang baru sahaja selesai menunaikan
solat maghrib, keluar mendapatkan Nedzrish yang sedang bersiap-siap seperti
mahu keluar berjalan.
“Awak nak pergi mana Rish?” Soal Qalish yang masih
lagi memakai telekung. Nedzrish pantas menoleh ke arah isterinya dengan
pandangan wajah yang pelik.
“Keluar. Tak kan lah aku duduk rumah nak pakai
seluar jeans bagai.” Seperti biasa,
Nedzrish tidak pernah membalas pertanyaan isterinya dengan lembut.
“Mana lah tahu, awak sejuk sangat duduk dalam rumah
ni. Sampai pakai seluar jeans.”
Sindir Qalish Audrina pula.
“Makin panas pulak hati aku bercakap dengan kau ni.
Kau nak apa sebenarnya ni?”
“Awak nak kemana?”
“Yang kau sibuk sangat nak tahu ni kenapa eh? Nak report dekat papa ke yang aku selalu
keluar malam?”
“Eh, saya tak terfikir pun. Bagus jugak awak bagi
cadangan yang sangat bernas. Saya pun ada rasa nak singgah rumah papa esok,
boleh bagitahu papa sekali perangai buruk awak kat rumah ni.” Ujar Qalish
Audrina tanpa mempedulikan wajah Nedzrish yang sudah berubah warna.
“Itu bukan cadangan lah pandai! Itu warning, kau jangan nak mengada-ngada report dekat papa. Aku nak pergi mana tu
aku punya suka lah. Ada kacau hidup kau?” Nedzrish mula meninggikan suaranya.
Sepanjang mereka bergelar suami isteri, tidak pernah sekalipun dia bercakap
lembut dengan isterinya. Pasti ada sahaja kata-kata isterinya yang membuatkan
dia bengang.
“Tak ada, tapi sekurang-kurangnya bagilah tahu saya
kemana awak pergi. Senang sikit kalau apa-apa jadi. Kan?”
“Amboi mulut kau ni kan, kau memang nak benda buruk
jadi dekat aku ke macam mana?” Nedzrish semakin panas hati apabila setiap
kata-kata sinisnya akan dibalas dengan kata-kata pedas dari isterinya.
“Okay, sorry.
Saya tak nak gaduh pun dengan awak. Saya cuma nak bagitahu awak, sebelum awak
keluar. Makan lah dulu. Lepas tu awak nak pergi mana awak pergilah.”
“Siapa yang pandai-pandai suruh kau masak ni? Kan
aku dah cakap, tak payah nak beria buat semua ni untuk aku. Kita bukan macam
pasangan romantik yang lain. Tak payah nak buang masa.”
“Sekurang-kurangnya saya nak jalankan tanggungjawab
saya. Jaga makan minum awak, lagipun nak buat apa duit yang papa bagi tu. Kalau
tak beli barang dapur untuk masak.” Ujar Qalish lembut.
“Papa bagi kau duit? Untuk apa?” Soal Nedzrish
dengan nada mendatar.
“Yelah awak kan tak kerja lagi, papa bagi duit untuk
beli keperluan dapur.”
“Kenapa aku tak tahu? Kau berkomplot apa dengan papa
kali ni?”
“Komplot apa pulak ni awak? Papa bagi duit untuk
kita, bukan untuk saya sorang. Kalau awak dah kerja nanti, papa tak adalah bagi
duit dekat kita lagi. Itu pun nak marah ke?”
“Ini bukan marah, aku bengang dengan papa. Dengan
aku, tak ada pulak dia tanya ada duit ke tidak. Tahu-tahu je dia bagi kau duit
beli barang dapur. Bagus bapa mertua kau ni.” Nedzrish mencapai topi di hujung
meja lalu diletak di atas kepalanya. Wajahnya yang masam mencuka dipandang aneh
oleh isterinya yang tidak tahu apa-apa itu.
“Papa terlupa kot.
Apa salahnya, papa bagi dekat saya, sebab saya yang nak masak. So, kan lebih baik kalau papa bagi duit
tu dekat saya.”
“Papa ni macam sengaja perlekehkan aku. Apa dia
ingat aku tak ada duit ke nak bagi dekat kau? Aku memang tak kerja lagi Lish,
tapi aku cukup tak suka kalau papa masih lagi nak masuk campur soal rumah
tangga kita. Aku tak suka.”
“Awak, bukan macam tu lah. Kalau papa tak bagi duit
sekalipun, saya boleh je beli barang dapur, masak untuk awak. Tak ada masalah
pun. Jangan lah nak jadikan isu.” Qalish Audrina menasihati lembut suaminya.
Dia sendiri hairan mengapa setiap perkara yang berkaitan dengan bapa mertuanya,
pasti akan membuatkan suaminya melenting.
“Kau tak tahu apa-apa. Boleh lah cakap macam-macam.
Aku balik lambat, takpayah simpan makanan untuk aku.” Ujar Nedzrish lalu dengan
kasar dia menutup pintu utama rumah mereka. Qalish Audrina hanya mampu
menggeleng melihat tingkah aneh suaminya.
#Saya tak hilang kemana pun, tak update novel sebab busy dengan final semester diploma, okay skrang dah habis diploma, so bleh lah menulis tuk awak semua. hehe enjoy reading ^^
No comments:
Post a Comment