Datin Khalidah sedang membersihkan taman mini rumah
mereka sambil menikmati angin pagi yang mendamaikan. Itulah rutin hariannya
setiap hari, suasana dirumahnya yang sering kali sepi kerana suami dan dua
orang anaknya keluar bekerja. Tiba-tiba dia teringatkan anak bonsgunya Nedzrish
Eskandar yang sudah seminggu tidak menjenguknya di rumah.
“Oh mak kau!”
“Mak siapa ma? Mama Rish ada depan mata Rish ni, dia
tengah melatah.” Ujar Nedzrish sambil tersengih-sengih kerana berjaya membuat
mamanya terkejut dengan kehadirannya. Dia sengaja memeluk mamana dari arah
belakang semasa mamanya sedang sibuk menyiram pokok.
“Budak bertuah ni kan! Mujur lah tak gugur jantung
mama ni, kamu ni memang sengaja cari pasal lah.” Omel Datin Khalidah seraya
menutup paip air lalu dia mengikut jejak langkah anaknya masuk ke dalam rumah.
“Hehehe.. Mama jangan lah marah. Nanti cepat tua
lah.”
“Memang dah tua dah pun Rish. Dah dimamah usia dah
pun.” Balas Datin Khalidah seraya melabuhkan duduk disebelah anak bongsunya.
Diusap penuh kasih rambut anaknya.
“Mana ada. Pada Rish mama tetap cantik. Walaupun
mama tua kerepot, mama tetap perempuan yang paling cantik dalam hati Rish.”
“Amboi budak ini, puji mama bukan main
bersungguh-sungguh lagi. Ada nak minta apa-apa ke ni?”
“Mama ni, selalu fikir yang bukan-bukan pasal Rish.
Rish rindu mama lah, dah lama tak jumpa mama.” Nedzrish memeluk erat mamanya
yang berada disisnya. Datin Khalidah hanya tersenyum melihat kerenah anak
bongsunya yang sememangnya sangat manja dengan dirinya.
“Dah ada isteri pun nak manja dengan mama macam ni,
malu je kalau Lish nampak.”
“Biarlah, dia bukan ada pun.”
“Ni mama nak tanya, kenapa Rish datang pagi-pagi ni?
Selalunya waktu macam ni Rish terbongkang lagi atas katil. Ke perangai buruk tu
dah berubah sejak kahwin?” Soal Datin Khalidah kehairanan menerima kedatangan
anaknya pagi-pagi begini. Setahunya Nedzrish amat sukar untuk bangun pagi.
“Rish cari kerja lah ma. Sebab tu Rish bangun pagi.
Tapi dari semalam Rish cari kerja, tak ada satu pun yang berkenan.” Ujar
Nedzrish melepaskan keluhan kecil.
“Buat apa nak kerja?”
“Mama lupa ke, suami mama tu mana bagi duit dekat
Rish bila cuti semester ni. Pandai-pandai lah Rish nak cari duit sendiri.”
“Rish, tak elok cakap macam tu. Suami mama kan papa
Rish.”
“Papa lah sangat, menyampah lah cakap pasal papa ni.
Daripada Rish bujang sampai Rish terpaksa kahwin dengan Lish, papa tak
habis-habis masuk campur hal Rish. Apa masalah papa sebenarnya ni ma?” Nedzrish
meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia yang sememangnya masih lagi bengang dengan
tindakan papanya mengatur kehidupannya, mempamerkan wajah tidak puas hati.
“Kejap. Mama tak faham, kenapa Rish tiba-tiba marah
dekat papa ni? Papa buat apa?”
“Kenapa papa pandai-pandai nak sibuk hal rumah
tangga Rish? Sibuk nak bagi duit kenapa? Qalish tu mampu lah nak tanggung makan
minum dia sendiri, Rish bukan kahwin dengan perempuan kampung. Dia tu wanita
bekerjaya lah ma.”
“Oh.. Pasal tu ke?”
“Mama tahu?” Berkerut dahi Nedzrish memandang
mamanya seperti tidak percaya.
“Mama yang suruh papa bagi duit dekat kauorang
berdua, tapi mama suruh papa bagi dekat Rish setiap bulan. Yelah Rish kan ketua
keluarga. Lagipun Rish belum kerja lagi, bila Rish dah kerja nanti Rish
tanggung lah segala keperluan isteri Rish.” Terang Datin Khalidah panjang lebar
dan penuh berhati-hati. Dia tidak mahu Nedzrish salah faham dengan apa yang
cuba dilakukan olehnya.
“Masalahnya papa tak bagi dekat Rish. Itu yang Rish
bengang sangat. Jatuh lah air muka Rish ni depan Qalish. Dah lah Rish ni umpama
semut kecil je kalau nak bandingkan dengan dia. Rish belajar pun tak habis lagi
ma.” Meskipun dia tidak pernah merelakan perkahwinan ini, tetapi kadangkala dia
terfikir tentang perbezaan dirinya dan isterinya. Kadangkala dia berasa sangat
kerdil berbanding dengan isterina yang punyai segala-galanya.
“Kenapa cakap macam ni sayang? Rish bukan tak ada
apa-apa. Rish belum habis belajar lagi, lepas Rish dah habis belajar nanti Rish
setandinglah dengan isteri Rish. Dah lah, jangan fikir bukan-bukan ya?” Pujuk
Datin Khalidah lembut, dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh anaknya. Itulah
perkara yang dirisaukannya ketika dia mendapat tahu status Qalish Audrina adalah
seorang pereka fesyen yang terkemuka. Dia khuatir Nedzrish tidak selesa dengan
status isterinya itu.
“Mama cakap dekat papa, takpayah sibuk hal Rish
lagi. Rumah tangga Rish, nak karam ke nak musnah ke. Biar Rish yang tentukan.
Papa tak payah masuk campur.”
“Rish. Jangan cakap macam tu. Sepatutnya kita doa
yang baik-baik untuk masjid yang baru dibina ni. Bukannya doa yang tak elok.”
“Biarlah, bukan Rish nak sangat kahwin dengan
perempuan tu.”
“Hmm, anak mama dah makan belum ni?”
“Rish datang sini nak makan lah ma, Rish mana ada
duit. Ada seringgit je dalam wallet.”
Ujar Nedzrish jujur.
“Duit dalam bank
pun dah habis?”
“Dah lah ma, dah lama habis. Berapa sen sangat lah
yang papa masuk kan setiap bulan. Kalau harap kan duit papa, boleh mati kebulur
Rish.”
“Tak apalah, kita makan dulu. Nanti lepas makan mama
bagi duit. Rish tak payah kerja lah ya sayang? Rish nak duit, Rish bagitahu je
mama.” Ujar Datin Khalidah lembut. Sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup
melihat anaknya susah payah mencari duit. Sudah berbuih mulutnya menasihati
suaminya supaya tidak melayan anak mereka sebegitu, namun nasihatnya hanya
dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja.
“Tak payah lah ma. Rish tak nak susahkan mama. Mama
bagi Rish RM50 je, lepastu nanti pandai lah Rish cari duit. Rish dah terbiasa
hidup susah walaupun keluarga Rish kaya raya, harta tak pernah nak habis.”
Tutur Nedzrish mendatar lalu dia bingkas bangun menuju ke arah meja makan untuk
menikmati sarapan paginya. Datin Khalidah tidak sempat berkata apa-apa, dia
yang turut merasa kekecewaan anaknya hanya mampu mengeluh.
*****
Qalish Audrina menapak keluar dari kenderaannya
sejurus dia tiba di rumahnya. Tangan kirinya memegang beberapa keping fail yang
perlu disemak. Begitulah rutin harian Qalish Audrina sejak dari dulu lagi,
bukan senang untuk melihat dia tidak membawa pulang kerja ke rumahnya. Dengan
langkah longlai dia melangkah masuk ke dalam rumah. Semasa dia ingin memanjat
naik ke tingkat atas, dia terpandangkan suaminya yang sedang membaca komik di
atas sofa. Lantas dia mematikan niatnya untuk terus naik ke tingkat atas, dia
mengatur langkah lemah ke arah suaminya.
“Awak... Umi kirim salam.”
“Kau pergi rumah umi ke tadi? Kenapa tak reti nak
ajak aku?” Nedzrish mencampak komik yang dipegangnya ke atas lantai. Dia
membetulkan duduknya.
“Kenapa nak kena ajak awak pulak?”
“Eh kau ni, soalan tu jangan nak bengap sangat boleh tak? Aku ni dah jadi
sebahagian daripada keluarga umi dan abah kau. Apa pulak umi cakap nanti kalau
kau pergi rumah diaorang tanpa aku.”
“Saya singgah sebab ada kerja dekat sana. Kebetulan
saya jumpa customer saya dekat area rumah umi. Itu yang saya singgah.”
Ujar Qalish Audrina sambil membuka pin diselendangnya. Perlahan-lahan dia
menanggalkan selendang yang dipakainya.
“Tak payah nak reka alasan sangat lah. Kau suka lah
tu nanti umi dengan abah kau cakap aku ni suami tak guna. Biarkan isteri balik
kerja lewat malam, pergi rumah diaorang sorang-sorang. Kau suka lah kan?”
Qalish Audrina sudah telan liur. Dirinya yang
sememangnya letih dan perlukan rehat jadi bingung mendengar tuduhan melulu
suaminya. Ingin sahaja dicekik-cekik leher suaminya yang duduk tidak jauh dari
dirinya.
“Rish. Awak ni memang suka menggelabah eh? Abah dengan
umi tak cakap apa-apa pun, mereka faham kenapa saya datang seorang diri tadi.
Yang awak nak risau sangat ni dah kenapa?”
“Risau? Bukan risau, aku tak suka kau pergi rumah
umi sorang-sorang. Lainkali kalau nak pergi sana ajak aku sekali, nanti tak pasal-pasal
aku dicop menantu tak peramah, tak ambil tahu soal diaorang.”
“Memang itupun kenyataan nya kan? Mengaku sajalah
Rish. Awak tu mana pernah ambil kisah.”
“Buruk-buruk perangai aku ni, aku masih tahu lagi
nak hormat orang tua macam mana. Buku Pendidikan Islam darjah 4 ada belajar
cara-cara hormat orang tua, muka surat berapa kau pergi buka sendiri.”
“Saya tahu lah Rish. Dah tu, kalau awak sendiri tahu
tanggungjawab awak, kenapa tak buat?” Sengaja dia ingin menguji sejauh mana
keikhlasan lelaki itu menuturkan bicaranya sebentar tadi.
“Nanti aku buat lah.” Seperti biasa riaksi yang sama
sering diberi olehnya. Qalish Audrina hanya mampu melepaskan keluhan kecil,
bercakap dengan suaminya perlu kesabaran yang tinggi. Perbezaan umur diantara
mereka kadangkala menyebabkan dia semakin sukar untuk memahami jiwa muda
suaminya.
“Hmm. Ikut suka awak lah, awak dah makan belum ni?”
“Belum. Malas nak keluar beli makanan.”
“Siang tadi awak makan tak? Lauk yang saya masak
tu?” Soal Qalish Audrina prihatin. Meskipun perkahwinan ini adalah bukan atas
kerelaan dirinya, tetapi dia sebolehnya tidak mahu cuai dalam melaksanakan
tanggungjawabnya untuk menjaga makan minum Nedzrish Eskandar.
“Kau ada masak ke? Aku ingat kau tak masak, aku
makan kat luar lah.” Ujar Nedzrish tanpa rasa serba salah. Dia mencapai kembali
komik yang sudah selesai dibacanya, lalu dibaca sambil lewa.
“Awak ni. Macam mana lah awak nak tahu saya masak ke
tidak kalau awak sendiri tak nak buka tudung saji.”
“Kan aku dah cakap, tak payah sibuk nak masak. Aku boleh
cari makanan sendiri.”
“Lain kali awak tak payah makan kat luar, duit yang
ada tu simpan. Ni awak ada nak makan apa-apa tak?”
“Nanti aku lapar aku masak lah Maggie. Kau pergi lah tidur sana, penat kan. Tengok muka pun dah
macam orang tak jumpa bantal seminggu.”
“Tak elok lah makan Maggie. Saya order pizza
boleh? Saya tak larat lah nak masak, badan saya letih sangat. Boleh tak awak
makan pizza je malam ni? Ke nak order masakan panas?”
“Tak payah nak tunjuk caring. Aku dah cakap aku boleh masak sendiri. Tak payah sibuk.”
Tolak Nedzrish kasar, meskipun jauh disudut hatinya sedikit tersentuh melihat
kesungguhan wanita itu menjaga dirinya.
“Patutlah badan tu macam cicak kobeng! Makan makanan
yang tak berkhasiat. Macam mana badan nak tough.”
Qalish Audrina menjuihkan bibirnya tanda menyampah dengan kesombongan suaminya.
Orang mahu tolong, lagi dia mahu tolak.
“Hei mulut kau tu elok-elok sikit. Cicak kobeng
apanya, ini bukan kurus tapi ni tough. Tengok lengan aku, lagi berisi dari
lengan kau!” Nedzrish menyinsing lengan bajunya untuk menunjuk lengannya yang
berisi itu. Qalish Audrina tergelak melihat keletah suaminya. Tough lah sangat!
“Kalau lengan macam ni saya pukul dengan besi dah
bersepah dah isi awak yang tak berapa nak ada isi tu. Awak ni perasan lah Rish!”
“Kau tunggu, nanti aku work out. Kau jangan terkejut tau tengok ada badang kat rumah ni.”
Ujar Nedzrish bersahaja seraya menjongketkan keningnya.
“Yelah tu… Saya tunggu je lah janji mat jenin awak
tu. Awak, saya order pizza, awak
makan ya?”
“Order lah
apa pun, asalkan bukan batu.”
“Okay, ingat kan nak makan besi. Tadi bukan main
berlagak tak nak makan pizza.”
“Nanti kau membebel pulak cakap aku ni sombong lah
apalah, lagipun ada orang nak belanja kan. Bagus apa, jimat sikit duit aku yang tak berapa nak
ada ni.”
“Kalau dari tadi cakap kan senang.” Ujar Qalish
Audrina seraya mengeluarkan dua keping wang kertas bernilai RM50 setiap satu
lalu diletak di atas meja.
“Awak order
lah, awak pilih nak makan apa. Call
sendiri boleh kan?”
“Yelah, tak kan benda senang pun aku tak reti buat?
Kau memang selalu tanya soalan kurang cerdik, kenapa eh?”
“Saya tanya je, mana tahu awak tak pernah order pizza.”
“Lebih baik kau pergi mandi sekarang sebab aku rasa
hidung aku hampir nak tersumbat dengan bau badan kau yang macam kandang lembu
ni.” Nedzrish sengaja menutup hidungnya seraya membuat memek muka tidak selesa.
“Hampir je kan? Belum nak tersumbat lagi kan? Kalau
macam tu apa kata saya duduk dengan awak sampai orang delivery pizza ni datang.” Qalish Audrina menginjak punggungnya
untuk merapatkan kedudukan dia dan suaminya. Nedzrish pantas menolak kasar bahu
Qalish Audrina yang baru sahaja mahu berlaga dengan bahunya.
“Eh kau jangan nak macam-macam. Aku tepuk jugak dahi
kau ni. Pergi mandi lah gila, dah pukul berapa ni. Tak elok mandi lewat malam.”
“Tak sangka pulak awak kahwin dengan orang gila.
Orang gila ni jugak yang sudi jadi isteri awak kan, rasanya kalau bagi awak ni free dekat mana-mana perempuan.
Awal-awal lagi awak dah kena tolak kot.” Seronok pula dia melayan Nedzrish yang
senang saja naik angin apabila bercakap dengan dirinya.
“Heh, cakap baik sikit. Aku tak hingin lah kahwin dengan kau, kau tu yang miang nak kahwin dengan
lelaki muda macam aku ni. Maklumlah kau kan dah tua, kalau tak kahwin dengan
aku nanti orang panggil kau anak dara tua!”
“Erk! Awak
ni memang biadap lah!” Qalish mencampak kasar dua biji bantal yang berada
disebelahnya tetap ke muka Nedzrish. Lelaki itu sudah ketawa mengekek kerana
akhirnya dia berjaya menyakitkan hati isterinya. Dipandang saja langkah kaki
isterinya yang sudah memanjat tangga dengan wajah masam.
No comments:
Post a Comment