Nedzrish melabuhkan duduknya di atas sofa di ruang
tamu rumah itu. Dia dan isterinya baru sahaja berpindah ke rumah teres dua
tingkat yang dihadiahkan oleh bapanya kepada mereka berdua. Sebelum dia membawa
isterinya berpindah ke sini hari ini, terlebih dahulu dia sudah menjenguk
setiap sudut di dalam rumah ini. Tujuannya hanya satu, dia mahu cop terlebih
dahulu bilik.
“Awak, amboi senang-lenang nampak? Tolong lah angkat
barang-barang ni naik ke atas.” Omel Qalish Audrina bersama wajah kepenatan
dengan kiri kanan tangannya penuh dengan beg pakaian. Nedzrish hanya berwajah
selamba sambil berpeluk tubuh.
“Malas aku nak layan kau yang mengada-ngada ni.
Setakat angkat barang pun nak merungut, baik takpayah kahwin.”
“Eh awak fikir saya teringin sangat ke nak kahwin
dengan awak? Kalau ikutkan hati saya ni, saya lebih rela kahwin dengan orang
yang saya tak kenal, tapi perangai dia tak sewel macam awak.” Qalish Audrina
mulai berang. Sudahlah dia terpaksa mengangkut semua barang-barang mereka
seorang diri. Nedzrish tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membantu dirinya.
“Hei, nama pun pindah rumah. Mestilah penat, kalau
tak larat sangat nak angkat. Biar je semua barang-barang tu dekat dalam kereta.
Hujung tahun nanti baru kau angkut. Okay?”
“Susah lah bercakap dengan awak ni. Minta tolong angkat
barang pun sampai nak jadi perbalahan. Suka hati awak lah.” Qalish Audrina
sudah malas mahu melayan suaminya yang tidak mahu beralah dengan dirinya. Dia
kemudiannya membawa kakinya melangkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
“Oii. Oi.. Audi.” Teriak Nedzrish secara tiba-tiba.
Hampir terlepas beg tangannya akibat terkejut. Dia berpaling dengan wajah merah
membahang.
“Apa audi audi?” Soalnya garang. Dia meletakkan
barang-barang yang dipegangnya ke atas lantai. Dia mara ke hadapan menghampiri
Nedzrish yang masih duduk bersantai di atas sofa sambil menyilangkan kakinya di
atas meja kecil.
“Nama kau kan audi. Nama dah lah macam nama kereta.”
“Hello!
Nama saya Qalish Audrina! Bukan audi! Boleh tak fikiran tu jangan macam
budak-budak sangat. Tak ada lagilah manusia gila nak bagi nama anak dengan nama
kereta.” Balas Qalish Audrina bersuara lantang. Sakit sungguh hatinya apabila
suaminya sesuka hatinya sahaja memperlekehkan namanya.
“Nama kau tu, serupa macam kereta audi tahu tak.
Lepas tu, satu benda yang aku tak faham. Kenapa kau tiru nama aku? Banyak lagi
nama lain yang ada dekat Malaysia ni, tapi kenapa nama yang hampir sama dengan
aku jugak yang dipilih?”
Erk! Qalish terasa mahu mengetuk kepala Nedzrish
dengan kayu golf sahaja. Sungguh bengang dirinya dengan kelancangan mulut
lelaki itu.
“Ya ALLAH, sabar kan lah diri ku ini.”
“Tercengang apasal? Weh, susah lah kalau nama kita
hampir sama ni. Nanti kalau mama panggil nama kau, aku yang perasan. Esok kau
pergi tukar nama.” Selamba saja dia berkata-kata tanpa berfikir terlebih
dahulu. Bertambah bengang Qalish ketika berhadapan dengannya saat ini.
“Amboi! Sedap je awak suruh saya tukar nama. Awak ni
sebenarnya ada masalah apa ya? Kenapa tak puas hati sangat ni? Saya lahir dulu
dari awak, jadi awak lah yang tiru nama saya!”
“Aku tak kira, aku nak kau tukar nama jugak.
Menyusahkan jelah nama sama dengan aku ni. Aku rasa hidup aku terancam tahu
tak.”
“Kalau awak rasa menyusahkan sangat, awak panggil je
lah saya dengan nama lain. Senang cerita.”
“Okay, aku panggil apa yang aku suka eh? Kalau macam
tu aku nak panggil kau bibik. Sesuai jugak muka kau tu dengan gelaran macam
tu.” Ujar Nedzrish sambil tersengih seperti kerang busuk.
“Kalau saya tak fikir awak ni suami saya, dah lama
saya cincang awak sampai lumat!”
“Kau nak kemana tu? Aku tak habis cakap lagi dengan
kau.” Nedzrish pantas bangun lalu dia berdiri betul-betul di hadapan isterinya.
“Apalagi yang tak puas hatinya ni?!”
“Aku tak nak pun pandang muka kau lama-lama. Sebab
aku rasa meluat. Tapi aku cuma nak bagi tahu kau, rumah ni ada tiga bilik. Master bedroom aku dah cop terlebih
dahulu, so kau jangan nak berangan-angan untuk tidur dekat bilik besar. Kau
pergi duduk dalam stor.”
“What?!
Saya duduk dalam stor?!” Soal Qalish Audrina separuh menjerit.
“Yelah, dah tu kau nak duduk dekat mana? Kau rasa
aku akan sediakan mahligai indah untuk kau beradu? Heh. Memang tak lah.”
“Ya ALLAH, saya tak tahu lah berapa lama lagi saya
boleh bersabar dengan kerenah awak. Rasa macam tak sanggup dah nak hidup dengan
awak di hari-hari yang mendatang.”
“Bagus lah kalau macam tu, cepat aku boleh ceraikan
kau.” Ujar Nedzrish selamba tanpa memandang wajah isterinya. Qalish tergamam
mendengar kata-kata yang tidak dijangka akan keluar dari mulut lelaki itu.
Tahulah dia pada awalnya suaminya sudah memasang niat untuk bercerai dengannya.
Qalish hanya mampu mengeluh melihat sikap suaminya yang terlalu amat dingin
dengan dirinya.
******
“Kenapa tak angkat call ni. Susah sangat ke nak pickup
call I.” Amelda Imani membebel
sendirian. Sejak semalam dia berusaha untuk menghubungi kekasihnya, Nedzrish
Eskandar namun hanya lah sia-sia. Sudah hampir seminggu lebih dia tidak bertemu
dengan lelaki itu semenjak lelaki itu pergi bercuti bersama isterinya.
“Kau kenapa ni Mel. Okay tak? Gelisah je muka tu aku
tengok.”
“Eh Qal. Bila sampai? Tak perasan pun.”
“Mana nak perasan kalau dah mata tu asyik fokus
dengan telefon je. Aku nak main badminton dekat hujung sana. Kebetulan aku
ternampak kau dari jauh. Duduk sorang pula tu. Itu yang aku datang sekejap.”
“Aku okay lah. Kau main badminton dengan siapa? Rish
je?” Soal Amelda Imani sambil matanya meliar mencari kelibat seseorang.
“Eh kau ni, macam lah baru kenal si Rish tu. Dia
manalah minat main badminton, kalau pegang raket. Boleh sakit jantung aku
tengok, serupa ajar budak kecil je. Kayu betul.”
“Hahahaha… Tak baik lah kau ni. At least dia power main
futsal. Kau pun kalah.”
“Yelah, aku kalau bab-bab futsal ni memang looser sikit. Tapi kalau bab badminton,
kau mesti cakap prestasi aku setaraf dengan Chong Wei.” Ujar Haiqal sambil
tersenyum nipis memuji dirinya sendiri.
“Sudah lah kau Qal. Kalau nak angkat bakul sendiri,
sampai esok pun tak habis. Kau ada nampak Rish tak? Aku cuba call dia daripada semalam. Tapi tak
dapat lah.” Amelda Imani meluahkan keresahan yang bertamu dihatinya.
“Rish kan baru je pindah rumah baru. Dia tak ada
bagitahu kau ke? Rish busy sikit lah Mel. Nanti bila dia dah tak sibuk, dia
cari lah kau. Dia tak kemana pun.”
“Pindah rumah baru? Dengan isteri dia ke? Maksud kau
dia dengan isteri dia dah tak tinggal dekat rumah mak ayah Rish lagi ke?” Soal
Amelda Imani bertalu-talu. Dahi Haiqal berkerut mendengarkan pertanyaan demi
pertanyaan. Mungkin Nedzrish tidak menceritakan apa-apa kepada gadis itu.
Haiqal kemudiannya hanya diam membisu tanpa menjawab pertanyaan Amelda Imani.
“Eh Qal. Kau ni apasal tiba-tiba jadi bisu pulak ni?
Jawab lah aku nak tahu.”
“Er. Nanti kau tanya lah Rish sendiri.”
“No. Aku
nak tahu sekarang jugak. Lebih baik kau bagitahu aku sekarang sebelum aku naik
hantu. Kau jugak yang malu nanti.” Amelda Imani menggunakan pendekatan untuk
mengugut teman baik Nedzrish.
“Erk. Kau ni boleh tahan jugak. Garang macam singa.
Macam ni, ikut apa yang aku tahu lah. Rish bagitahu aku semalam yang dia dah
pindah rumah baru. Dekat mana tu aku tak tahu, dia cuma cakap rumah tu dekat
dengan tempat kerja isteri dia dan UiTM kita.”
“Dia tinggal berdua je ke dengan isteri dia dalam
rumah tu?”
“Yelah, tak kan bertiga pulak? Kau ni pun soalan.”
“Sampai hati Rish tak bagitahu aku. Dia ingat
benda-benda macam ni seronok sangat ke sorok dari aku. Aku ni dah tak ada erti
apa-apa agaknya dalam hidup dia. Cepatnya dia berubah Qal.”
“Hoi! Inilah orang perempuan. Suka sangat fikir
bukan-bukan. Macam mana tak berlakunya pergaduhan kalau asyik nak fikir negatif
je. Cuba bersangka baik pada dia. Mana lah tahu dia memang betul-betul sibuk
bersihkan rumah, kemas apa yang patut. Orang baru pindah rumah kan.” Haiqal
membebel panjang lebar. Geram pula melihat Amelda Imani yang terlalu cepat
membuat konklusi.
“Tapi tak kan lah sampai tak ada masa langsung nak
sms aku ke, ini aku telefon pun dia tak angkat. Entah-entah diaorang dah….”
“Woi! Fikiran tu jangan nak jauh sangat. Tak mungkin
lah Mel. Kau kenal kan Rish jenis lelaki macam mana. Dia susah lah nak sayang
perempuan. Nak jatuh cinta dengan kau pun bukan main payah. Dah, tak perlu lah
fikir macam tu. Esok lusa dia cari lah nanti.”
“Kalau dia tak cari aku macam mana?”
“Kalau dia tak cari kau, kau dah boleh
perlahan-lahan move on. Senang cerita
kan?” Mudah sahaja jawapan yang diberikan oleh Haiqal. Amelda Imani menampar
kuat lengan lelaki itu.
“Macam mana lah Rish boleh bertahan dengan kau. Baru
duduk semeja dengan kau tak sampai satu jam, dah berbirat tangan aku kena
pukul. Eii, nasib badan lah Rish dapat girlfriend singa.”
“Padan lah muka kau. Aku dengan kau je garang,
dengan Rish aku manja macam kucing tau. Kau kata nak main badminton tadi?”
“Nak pergi lah ni, dari tadi lagi. Tapi kau yang duk
tahan aku. Gerak dulu Mel. Kalau ada apa-apa masalah, hello-hello je aku.”
“Okay Qal. Thanks.”
Ujar Amelda Imani seraya dia turut bangun dari duduknya untuk pulang ke
rumahnya. Dalam kotak fikirannya masih lagi memikirkan mengapa Nedzrish
seolah-olah cuba untuk menjauhkan diri darinya. Resah fikirannya memikirkan
kemungkinan dia akan kehilangan lelaki yang dicintai sepenuh hatinya.
*****
“Awak. Saya dah sediakan makan malam.” Tegur Qalish
Audrina ramah. Sememangnya dia adalah eorang perempuan yang berbudi bahasa
kerana sudah didik sebegitu sejak dari kecil lagi oleh kedua-dua orang tuanya.
Meskipun Nedzrish seringkali melayannya dengan kasar, dia berusaha untuk
berbaik dengan lelaki itu.
“Mmmm..” Gumam Nedzrish perlahan. Matanya setia
tertancap di skrin komputer ribanya menonton cerita. Kadangkala dia tergelak
seorang diri, langsung tidak mempedulikan kehadiran Qalish Audrina yang
melabuhkan duduk di atas sofa berhampiran dengannya.
“Awak tak nak makan ke? Tak lapar?” Soal Qalish
lembut. Dia masih berusaha untuk bercakap dengan suaminya meskipun dirinya
tidak dilayan.
“Kalau aku lapar nanti pandai lah aku makan.”
“Mama cakap awak suka makan nasi ayam. Saya tak
adalah reti sangat masak, tapi sikit-sikit tu boleh lah. Nanti lepas awak dah
makan, kalau tak keberatan komen lah tentang masakan saya.”
“Ok.” Balas Nedzrish ringkas.
“Awak. Boleh tak awak tinggalkan laptop awak tu
sekejap. Saya tak selesa lah bercakap macam ni. Seolah-olah saya bercakap
dengan tembok saja.”
“Kau nak cakap apa kau cakap lah, aku bukan pekak
pun. Tak perlu lah sampai aku kena hadap muka kau yang meloyakan tu.”
“Awak bukan dengar pun saya cakap apa. Saya ada
benda penting nak bincang dengan awak ni Rish.”
“Apadia yang penting sangat. Cakap sajalah.” Balas
Nedzrish yang sudah mulai rimas dengan kerenah isterinya yang menganggu
konsentrasinya menonton cerita kegemarannya.
“Awak pandang lah saya Rish.” Rengek Qalish Audrina
separuh mendesak. Nedzrish menutup kasar komputer ribanya lalu dia segera
menghampiri isterinya. Dirapatkan wajahnya ke wajah isterinya. Kedua belah
tangannya terlekap ke atas bahu sofa. Qalish Audrina sudah telan liur. Nedzrish
masih lagi berkeadaan begitu, hembusan nafas lelaki itu terasa tepat mengenai
wajah Qalish.
“Erk. Rish.. Apa yang awak buat ni.” Ujar Qalish
Audrina terketar-ketar.
“Hah. Tadi kau nak sangat aku hadap muka kau kan.
Sekarang ni muka aku betul-betul dekat depan muka kau. Cuma ada jarak beberapa inchi je. Kau nak cakap apa cakaplah.”
“Er. Bukan ini maksud saya. Saya nak awak pandang
saya bukan pandang komputer riba awak. Tapi tak perlulah sampai keadaan macam
ni. Nak bernafas pun susah macam ni.”
“Aku tak rasa sesak pun. Bertambah-tambah oksigen
bila kita macam ni.” Usik Nedzrish dengan wajah serius.Hampir mahu terburai
tawanya melihat wajah resah isterinya. Itulah sibuk menganggu dirinya, sekarang
rasakan.
“Apa kata kalau kita buat cpr, rasanya aku lagi boleh bernafas dengan baik. Aku ada asthma tau.” Nedzrish masih lagi ligat
mengusik Qalish Audrina. Perlahan-lahan di halakan bibirnya untuk mendarat ke
bibir merah si isteri. Qalish Audrina memejamkan matanya serapat yang mungkin
sambil memalingkan wajahnya.
“Huh! Baru acah sikit dah takut. Boleh mati lemas
aku macam ni tahu.” Nedzrish segera menjauhkan wajahnya selepas dia rasa puas
mengenakan isterinya. Kemudiannya dia melabuhkan duduk berhadapan dengan
isterinya. Qalish Audrina mengecilkan matanya memandang wajah bersahaja si
suami.
“Awak ni memang sengaja kan nak kenakan saya!”
“Memang lah. Kau ingat aku ni berselera sangat ke
nak bermanja-manja dengan kau? Lebih baik aku gomol kucing kat luar sana tu.”
“Apa yang penting sangat kau nak cakap tu sampai
kacau ketenteraman aku? Cakap lah cepat!” Sambungnya lagi dengan nada agak
tinggi. Qalish Audrina yang mudah terkejut mengurut dadanya sendiri.
“Cakap perlahan sikit tak boleh ke? Memang perlu eh
bila bercakap tu terpekik terlolong?”
“Tak lah. Bila bercakap dengan kau je. Sebab telinga
kau kan dah expired date. Takut tak
dengar pulak. Aku bukan radio nak
ulang banyak kali.”
“Saya nak tanya awak. Saya ni boleh tak masuk bilik
awak untuk kemas katil awak, kemas barang-barang awak? Awak izinkan saya basuh
baju awak tak?” Setelah beberapa saat dia mendiamkan dirinya, dia terus
melontarkan soalan yang dia mahu bertanya sedari tadi lagi.
“First and
foremost, aku tak suka kau sentuh barang-barang aku termasuk lah motor
kesayangan aku kat luar tu. Maksudnya disini kau dilarang sama sekali melangkah
masuk ke dalam bilik aku. Sentuh pintu bilik aku pun tidak dibenarkan sama
sekali. Pasal baju aku? Kalau kau rasa nak basuh kau basuh lah, kalau tak kau
biar je. Hujung bulan aku basuh.”
“Okay, saya tak akan sentuh barang-barang awak dan
tak akan sesekali masuk bilik awak. Ha? Awak basuh baju sebulan sekali ke? Serious?” Soal Qalish Audrina dengan
wajah yang jelas tidak percaya.
“Buang tebiat agaknya laki aku ni.” Bebelnya di
dalam hati kecilnya.
“Aku malas lah nak basuh baju. Kalau dekat rumah
bibik yang basuh. Yang kau sibuk kenapa? Baju aku kan, ikut suka hati aku lah.”
“Erk. Apa
guna ada saya ni? Saya boleh tolong basuhkan baju awak sebab itu memang
tanggungjawab saya sebagai seorang isteri walaupun awak tak pernah anggap saya
macam tu.”
“Kau ni memang kemaruk nak jadi isteri aku ke macam
mana ni?” Soal Nedzrish pelik. Setahunya isterinya juga tidak setuju dengan
perkahwinan mereka, namun entah kenapa Qalish Audrina berusaha untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Okay, biar saya jelas kan. Saya buat semua ni sebab
saya sedar walaupun perkahwinan kita tanpa rela, tapi saya taknak saya disoal
di akhirat nanti kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Tanggungjawab seorang isteri itu untuk menjaga makan pakai dan segala keperluan
suami dia kan? Saya cuma jalankan tugas saya. Itu saja. Harap awak tak fikir
lain lah ya.” Terang Qalish Audrina panjang lebar.
“Tak perlu kot kau buat semua ni. Sebab aku tak
kisah pun.” Balas Nedzrish tanpa perasaan.
“Awak tak kisah itu awak punya pasal lah.”
“Okay, terpulanglah kalau kau memang nak sangat
laksanakan tanggungjawab kau sebagai isteri tak diiktiraf oleh aku, teruskan
lah. Tapi kau kena ingat satu benda ni. Kau jangan sesekali tuntut apa-apa dari
aku. Sebab aku tak berminat nak jadi suami kau. So, apa pun tanggungjawab seorang suami. Aku tak nak ambil tahu.”
“Saya tak ada masalah. Saya faham, saya tak akan tuntut
apa-apa dari awak.”
“Bagus lah kalau faham. Kau tak nak keluar ke? Aku
rimas lah kalau kau ada dekat rumah.”
“Ei. Awak
ni dah kenapa nak halau saya?” Qalish Audrina kembali berangin dengan sikap
suaminya yang sering sahaja berusaha untuk memanaskan hatinya.
“So, kau
memang tak ada plan nak keluar? Kalau
macam tu tak apalah, aku keluar. Duduk rumah hadap muka kau ni, boleh kena
serangan jantung bertubi-tubi.” Nedzrish bingkas bangun lalu dibawa kakinya ke
tingkat atas. Qalish Audrina hanya memandang kelibat suaminya dengan pandangan
kosong.
best.
ReplyDeleteThank you
DeleteBest...akk cpat sikit update...cter lame tergantung lupa kna baca balik beberapa bab yg sblm nye...sy suka cter akk....cpat update taww
ReplyDeleteBerrrres dik. I will update sokmo pasni. Tq for readingg
DeleteBerrrres dik. I will update sokmo pasni. Tq for readingg
DeleteBerrrres dik. I will update sokmo pasni. Tq for readingg
Delete