“Sayang, kenapa you ajak I jumpa waktu I tengah
kerja ni? I tak boleh lama ni, sekejap lagi I ada meeting.” Nazhan bersuara sebaik sahaja dia tiba di restoran itu.
Sebentar tadi Adra Sofia mendesaknya supaya bertemu dengan gadis itu sebentar.
Katanya ada perkara yang perlu dibincangkan.
“Ada I kisah? Bisness you tu, tak ada kaitan dengan
I.”
“Kenapa you bad
mood ni sayang? Tak sihat eh?” soal Nazhan sambil tangannya segera meraba
dahi gadis itu.
“You ni apahal
pegang-pegang I?” marah Adra Sofia bersama jelingan tajam. Nazhan yang murah
dengan senyuman sedari tadi tersentap untuk seketika. Tidak tahu mengapa begitu
dingin sekali layanan kekasih gelapnya pada hari ini.
“Kenapa dengan you ni? Cuba cerita dekat I, apa kena
dengan you ni, ada masalah apa?”
“I dah cakap dengan you kan, yang I tak nak isteri
you bersemuka dengan I. Ini apa cerita ni Nazhan? Isteri you serang I, you tahu
tak?”
“What? Isteri I jumpa you?” soal Nazhan dengan wajah yang
jelas terkejut. Sungguh! Dia tidak tahu menahu tentang perkara itu, wajarlah
Adra Sofia bersikap dingin dengan dirinya.
“You tak payah nak buat-buat terkejut la. Isteri you
kan, you sepatutnya lebih tahu.”
“Sumpah sayang! I memang tak tahu apa-apa. Bila dia
jumpa you?”
“Dua hari yang lepas. Dia siap warning dekat I lagi supaya tinggalkan you. You tahu tak, sekarang
ni nama baik I dah tercemar. Macam mana kalau orang lain tahu yang I ada
hubungan dengan suami orang? I risau sangat, kalau Ruzail tahu tentang ni.”
soal Adra Sofia bersama wajah resah.
“Habis tu you nak salahkan I lah ni? I memang tak
tahu apa-apa pasal dia nak serang you. Kalau I tahu, tak kan la I nak biarkan
je?”
“Ini memang salah you pun. Kalau you tak mengaku
dengan isteri you yang you ada hubungan dengan I, perkara macam ni tak akan
terjadi. Sebab you la, tak fikir panjang. Ikutkan sangat nafsu marah you tu.”
“You tak boleh nak letak semua kesalahan dekat I je
Adra. I tersepit masa tu, lagipun I dah tak sanggup nak tipu isteri I. Pada I,
biarlah dia tahu. Walaupun kenyataan yang dia terpaksa hadapi tu memang
menyakitkan. Tapi ni kehidupan, dia kena redha.” ujar Nazhan yang tidak mahu
mengaku kesilapannya.
“You tersepit, yang jadi mangsanya I. Malu muka I ni
tahu tak, bila dia serang I dekat tempat awam. Hei, kalau ikutkan hati I,
memang dah makan penampar dah isteri you tu. Celupar sangat mulut dia,
suka-suka je nak tuduh I macam-macam. Macam mana you jaga isteri you eh?”
“Dia cakap apa dengan you?”
“Dia panggil I perempuan murah, dia cakap I ni
perempuan tak tahu malu nak menggoda suami dia. Hei, I ke yang goda you? Bukan
ke you tergoda dengan sendiri nya? I tak cari you tau Nazhan, you yang datang
dekat I. You juga penyebab I curang dengan Ruzail.”
“I minta maaf bagi pihak isteri I. I tahu la macam
mana nak uruskan dia nanti. I betul-betul minta maaf. You jangan fikirkan
sangat lah apa yang dia cakapkan dekat you tu. I tetap dengan keputusan I, I
tetap tak akan tinggalkan you.” Nazhan menyentuh lembut jemari Adra Sofia yang
berada di atas meja. Wanita itu hanya memandang wajahnya dengan pandangan
kosong.
“I nak you selesaikan cepat dengan isteri you.
Jangan sampai I buat sesuatu di luar kawalan I. Jangan sampai sabar I habis. I
masih lagi boleh bersabar bila dia tuduh I perempuan murah la apa la, tapi
kalau dia serang I lagi sekali. I tahu la apa yang I akan buat dekat dia.” ujar
Adra Sofia lalu dia menyisip sedikit minumannya.
“Ye sayang. I akan selesaikan cepat dengan isteri
I.”
“I nak bagitahu you ni, tak lama lagi kita dah tak
boleh macam ni. I tak nak terikat dengan you sampai bila-bila. Kita perlu
noktahkan semua ni Nazhan.” ujar Adra Sofia dengan nada serius.
“Apa maksud you? You nak tinggalkan I macam tu je
ke?”
“You tahu kan yang I memang tak akan kahwin dengan
you sebab I terlalu cintakan Ruzail. Lagipun you dah ada keluarga sendiri, I
rasa I terlalu kejam kalau I sanggup rampas kasih sayang you terhadap keluarga
you. Cukup la selama ni apa yang I dah lalui dengan you. We should end this.”
“No Adra. You tak boleh buat keputusan terburu-buru
macam ni. I masih perlukan you dan I akan tetap perlukan you. You milik I
Adra.”
“Nazhan, I tak nak bagi you apa-apa harapan. Dari
awal lagi kita kenal, you sendiri tahu I memang pasang impian untuk kahwin
dengan Ruzail. Tapi you jangan la risau, I belum nak kahwin dengan dia lagi. So
you releks dulu okey? Kita masih boleh berhubung macam biasa. Cuma, satu hari
nanti, I kena pergi juga dari hidup you.” Adra Sofia bangkit dari duduknya
setelah selesai berkata-kata.
“I merayu dekat you, untuk masa terdekat ni, jangan
pergi lagi.” Nazhan juga sudah berdiri. Dia merenung bebola mata wanita itu.
Sungguh, kasihnya buat wanita itu seperti tiada pengakhirannya.
“Ye Nazhan. I ada, you jangan lah risau. Cuma nanti,
kita kena berpisah juga sebab haluan kita berbeza.”
“I sentiasa berdoa supaya pintu hati you akan
terbuka untuk I. I tak pernah berhenti mengharapkan you terima I. Kalau you
sudi terima I, I akan tinggalkan keluarga I. Demi you sayang.” Nazhan sudah
nekad, padanya tiada gunanya untuk dia meneruskan perkahwinannya bersama Nuha
jikalau seluruh jiwanya kini sudah beralih pada Adra Sofia.
“You tak payah nak beria sangat doa, jawapan I tetap
sama. I tak akan terima you sebab hati I dari dulu lagi hanya ada Ruzail. I
pergi dulu, malam nanti jumpa dekat club.”
“Adra, I hantar you balik okey?”
“I drive
la, you pergi la meeting you tu. Anything, you call I okey?”
“Okey, you drive
elok-elok. I nak you tahu, yang I selalu sayangkan you. Cinta I untuk you, tak
pernah terpadam.” Adra Sofia hanya membalas kata-kata Nazhan dengan senyuman
sinis sahaja. Meskipun mereka akrab dan kadangkala seperti pasangan suami
isteri, namun dia hanya menyanyangi Ruzail seorang sahaja. Tiada yang kedua
mahupun ketiga dihatinya.
*****
“Adra, duduk dulu. Ayah dengan mama ada perkara
penting yang nak bincangkan dengan kamu.” Sebaik sahaja Adra Sofia menjejakkan
kaki untuk masuk ke dalam rumah, namanya sudah diseur oleh ayahnya. Dia yang
ingin segera merehatkan badannya di atas katil empuknya mendengus kegeraman.
“Ada apa? Kalau ayah dengan mama nak cakap pasal
syarikat, lupakan je lah okey? Adra tak berminat langsung nak dengar.” balasnya
lalu dia meneruskan langkah kakina untuk ke tingkat atas.
“Adra! Kenapa biadap sangat ni? Boleh tak tunggu
dulu? Dengar dulu apa yang ayah nak cakap ni?” Kali ini kesabaran Datin Zureen
diuji apabila Adra Sofia seperti tidak mengendahkan mereka berdua.
“Apa lagi? Nak cakap apa?” soalnya dengan wajah
memberontak kemarahan.
“Duduk dulu Adra.” arah Dato’ Haslan dengan tegas
sekali.
“Okey, ayah dengan mama nak cakap apa? Penting
sangat ke?”
“Berapa lama lagi kamu nak berhubungan dengan Ruzail
tanpa ada sebarang ikatan? Dia tak pernah cakap pasal kahwin ke dengan kamu?”
soal Dato’ Haslan setelah beberapa saat dia berdiam diri.
“Ada je. Tapi dia cakap, bila dia dah bersedia, bila
semuanya dah stabil. Barulah dia akan datang jumpa ayah dan mama untuk
bincangkan pasal kahwin. Kenapa?”
“Sebab ayah rasa dah tiba masanya untuk kamu berdua
ni kahwin. Adra, kamu tu bukan muda lagi. Ayah suruh kerja dekat syarikat kita
kamu tak nak, jadi ayah rasa lebih baik kamu kahwin jelah. Daripada hidup tak
tentu arah macam ni, susah hati kami ni.” Luah Dato’ Haslan yang sememangnya
sangat risau tentang kelakukan anak sulungnya.
“Relaks la ayah, mama. Adra rasa, ayah dengan mama
tak payah lah susah payah nak fikirkan pasal perangai Adra ni. Sebab Adra ni
dah besar tau, dah boleh fikir mana yang baik dan buruk. Lagipun ini tentang
masa depan dan hidup Adra, biarlah Adra yang tentukan sendiri.”
“Kalau Adra boleh tentukan sendiri, tak adalah mama
dengan ayah nak susah hati. Ini Adra tengoklah diri Adra sendiri, tak terurus.
Dengan tak kerja nya, setiap hari Adra keluar. Tapi mama dengan ayah tak tahu
kemana Adra pergi.” Kali ini Datin Zureen pula bersuara. Tetapi nada suaranya
tenang sahaja.
“Adra bukannya budak kecil yang nak kena bagitahu
dekat ayah dengan mama kemana Adra pergi. Bosan lah cakap pasal ni, boleh tak
ayah dengan mama tak perlu nak sesakkan kepala otak fikir pasal Adra? Adra tahu
nak jaga maruah keluarga kita. Jangan risau.” ujarnya yang sudah mula bosan
dengan perbincangan pada petang itu.
“Minggu lepas ayah ada terserempak dengan Uncle Razman,
ayah si Ruzail tu. Secara tak langsungnya kitaorang bercerita tentang hubungan
kamu berdua. Ayah dia pun risau jugak, anak dia bawa kamu kehulur kehilir tanpa
ada ikatan. Jadi kami dah berbincang supaya kamu dan Ruzail disatukan dalam
waktu terdekat ni. Senang, lagipun bukannya dia tak mampu. Nak tunggu apa lagi
kan?”
“Eh? Ruzail tak ada cakap apa-apa pun?” soal Adra
Sofia kehairanan.
“Ayah pun tak faham la apa yang dia nak tunggu lagi.
Rasanya semuanya dah stabil sekarang ni. Syarikat yang dia tengah uruskan ni
pun, bukan calang-calang syarikat. Dia serius tak dengan Adra ni?”
“Serius la ayah, tapi Adra ni jenis yang tak suka
nak mendesak dia. Dari awal lagi dia cakap, bila dia dah bersedia nak jadi
suami, nanti dia akan bagitahu. Setakat ni dia tak ada cakap apa-apa lagi. Dia
pun tahu Adra masih muda lagi dan Adra nak enjoy
dulu.”
“Adra Adra… Adra dengan Ruzail tu bukan baru lagi
tau. Dah bertahun-tahun dah kamu berdua bercinta. Kalau dia cakap macam tu,
kamu tegas la sikit. Nak tunggu sampai bila? Sampai masing-masing dah berumur
baru nak kahwin? Sampai bila nak buat maksiat?” soal Datin Zureen dengan
pandangan matanya tajam merenung anak tirinya.
“Macam ni la, kalau Ruzail dah bersedia nak kahwin.
Adra akan segera bagitahu ayah dengan mama okey? Dah la, kita bincang macam ni
pun bukannya esok Adra boleh kahwin dengan dia.” Adra Sofia sudah mengangkat
punggungnya untuk berlalu ke tingkat atas.
“Kamu desak sikit si Ruzail tu supaya cepat-cepat
masuk meminang. Kalau tak nak kahwin dalam masa terdekat ni, elok putus jelah.
Bercinta tapi tak ada hala tuju untuk kahwin. Tak guna juga.” ujar Dato Haslan
dengan wajah serius.
“Ayah ni dah kenapa? Pandai-pandai nak suruh Adra break dengan Ruzail pulak? Pandai la Adra uruskan tentang urusan peribadi Adra. Ayah tak payah sibuk lah, jaga je lah rumah
tangga ayah ni. Sibuk sangat nak uruskan hidup Adra.”
“Kurang ajar kamu ni Adra! Sampai bila ayah nak
hadap perangai kamu ni?” tengking Dato’ Haslan yang sudah berdiri.
“Sampai ayah mati la kut.” balasnya selamba. Tanpa
mempedulikan ayahnya yang melaung memanggil namanya berulang kali, dia segera
menghanyunkan langkah kaki untuk ke tingkat atas.
No comments:
Post a Comment