Qalish
Audrina melangkah santai ke dapur tanpa menghiraukan Nedzrish yang asyik
memerhatikan dirinya sebaik sahaja dia turun dari tangga. Bukan dia tidak tahu
mata suaminya asyik merenung tingkah laku dirinya. Qalish Audrina terasa kekok
pula berhadapan dengan situasi itu. Dia mengeluarkan air kotak dari dalam peti
ais lalu dituang ke dalam cawannya.
“Dia
tak nak tegur aku ke. Tegur lah dulu Rish, aku nak tegur. Tapi aku malu.. Hmm..”
Omelnya dalam hati. Nedzrish yang sedang menyapu jem di atas roti masih lagi
merenung wajahnya dengan pandangan bersahaja.
“Hai,
tak kan dah tak nak cakap dengan aku lepas apa yang jadi. Dia marah kan aku
ke?” Nedzrish menyoal dirinya sendiri. Lidah masing-masing tiba-tiba menjadi
kelu pula, selalunya mereka rancak bersembang. Kalau tidak bergaduh manja,
bukan mereka namanya.
“Oi,
kau ni apasal? Bisu ke?”
“Awak
ni kan, tak ada bahasa lagi elok ke nak tegur saya?” Qalish Audrina mendengus
kegeraman. Semalam, bukan main romantik lagi Nedzrish menuturkan kata cinta.
Pagi ini, lelaki itu berubah menjadi karakter lamanya. Kalau kayu, selamanya
kayu lah gamaknya.
“Habis
tu aku nak cakap macam mana? Nak suruh sweet-sweet,
tunggu malam nanti lah. Baru ada mood
sikit.”
“Saya
tak suruh awak romantik sepanjang masa. Tapi sekurang-kurangnya belajar lah
untuk berkomunikasi dengan baik, bukannya ikut sedap mulut je.”
“Hmm..
Okay-okay.. Aku minta maaf. Eh, kau kata kau ada appointment pagi ni? Dah pukul10 pagi dah ni, lewat kau ke pejabat
hari ini. Tak apa ke?” Soal Nedzrish apabila matanya terpandangkan jam dinding
yang jelas menunjukkan angka 10 pagi.
“Saya
bangun lambat hari ini, semua pasal awak tahu tak.” Ujarnya seraya menjeling
suaminya.
“Aik,
kau tak suka ke? Kau marah kan aku ke Lish?”
“Tak,
itu kan memang tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Saya tak boleh nak
lari daripada itu semua. Tapi awak tu, kalau ya pun. Jangan main terjah saja.
Tengok, saya dah missed appointment
saya pagi ni. Semua awak punya pasal.” Ujarnya menyalahkan Nedzrish. Gara-gara
perangai pelik si suami malam semalam, dia terbabas pagi itu.
“Alah,
aku rasa semalam adalah masa yang terbaik. Sorry
lah Lish, sebab main terjah je. Tapi kau jangan risau, lepas ni kalau aku nak
lagi. Aku akan minta dengan penuh berhemah. Jangan risau.” Nedzrish mencuit
lembut hujung hidung Qalish Audrina.
“Tak
apalah Rish, bukan saya tak faham sikap awak. Asal boleh saja kan, dah faham
sangat dah.”
“Sorry
lagi sekali.. Habis tu, kau tak jadi lah jumpa klien kau?”
“Tak,
saya terpaksa batalkan. Tak apalah, next
time boleh buat temu janji lain. Nasib baik klien saya tu faham.”
“Okay
lah kalau macam tu. Aku nak keluar sekejap. Kau drive elok-elok eh, nanti kalau ada apa-apa masalah. Bagitahu aku.”
Qalish Audrina tersenyum senang mendengar ucapan prihatin daripada Nedzrish.
Selama mereka berkahwin, baru sekali itu Nedzrish mengucapkan kata-kata seperti
itu. Kerana sebelum ini mereka tidak peduli antara satu sama lain.
“Rish,
saya ada satu soalan.” Ujarnya yang sudah pun selesai menikmati sarapan
paginya. Dia turut berdiri mengikut Nedzrish untuk ke ruang tamu.
“Soalan
apa?”
“Awak
betul ke sayang kan saya?” Soalnya yang sedang memeluk tubuh.
“Betul
lah. Kan semalam aku dah luahkan semuanya dekat kau. Aku hanya ada kau, aku
cinta kan kau. Kau nak suruh aku ulang suara berkali-kali ke?”
“Bukan
macam tu, cuma saya nak awak tunjuk kan bukti.”
“Bukti
apa?” Soal Nedzrish tidak mengerti.
“Bukti
yang awak sayang kan saya. Bahasa pun masih lagi aku-kau. Tak boleh ke kalau
lembut kan sikit bahasa komunikasi kita?” Qalish Audrina terasa dia seperti
bercinta dengan lelaki yang baru pertama kali bertemu dengan wanita. Kaku
habis!
“Erk…
Perlu ke tu semua?”
“Rish,
kan lebih elok kalau kita panggil pasangan kita dengan panggilan yang agak
lembut dan sopan. Ini kalau sampai ke tua duk panggil aku-kau, nanti anak-anak
dengar. Diaorang fikir apa pulak?”
“Tunggu
lah ada anak dulu, nanti tukar lah.” Nedzrish tayang wajah selamba. Bukan dia
tidak memahami apa yang mahu disampaikan oleh si isteri.
“Okay
fine, terserah pada awak lah ya.”
Ujarnya yang malas mahu bertekak dengan Nedzrish. Dia mencapai beg tangannya
yang di letak di atas meja.
“Okay-okay,
aku faham apa yang kau maksud kan.. Kau nak panggil aku apa?”
“Macam
dalam novel-novel melayu, abang. Ada nama panggilan lain ke?”
“Sebenarnya
daripada dulu lagi memang kau nak panggil aku dengan panggilan “abang” kan?
Tapi kau segan, betul tak?” Nedzrish sudah tersengih-sengih. Sengaja mahu
mengusik isterinya pagi itu.
“Tolong
lah ya, jangan nak perasan sangat. Saya baru terikir ni. Tapi kalau awak tak
suka dengan panggilan tu. It’s okay.
Kita boleh teruskan dengan apa yang kita dah biasa guna sekarang ni.”
“Bie,
malam ni jangan balik lewat eh? Teman abang, abang sunyi lah Bie selalu balik lambat…” Qalish Audrina
kaget mendengar suaminya memanggilnya dengan panggilan itu.
“You call me Bie?”
“Yes,
sebab aku rasa macam comel je panggilan tu. Tapi sebenarnya ejaan betul yang
aku maksud kan tu adalah “Bee”. Yang
membawa maksud, lebah. Kau kan macam lebah, kalau usik sikit. Habis tangan
lebam kena sengat dengan kau.”
“Awak
ni memang menyakitkan hati saya sajalah!!” Dek kerana terlalu geram kerana
dipermainkan oleh Nedzrish, dia menarik kedua-dua belah pipi suaminya dengan
rasa geram.
“Bieeeee….
Sakit lah pipi abang.”
“Tahu
pun! Lain kali kacau Lish lagi!”
“Abang
gurau dengan isteri abang, sebab abang nak Bie
selalu tersenyum sorang-sorang bila teringatkan semua gurauan kita berdua. So sweet of me, right? Abang tahu.”
“Sweet
lah sangat.” Ujarnya lalu menjuihkan bibirnya.
Terkebil-kebil
Qalish Audrina dibuatnya apabila dirinya bagaikan keras untuk beberapa ketika.
Bibir suaminya mendarat sebentar di bibirnya.
“Kalau
rindu, Bie call lah abang anytime. Abang akan selalu ada untuk Bie.” Ujar Nedzrish seraya mengusap
lembut kepala isterinya yang ditutupi selendang berwarna putih. Qalish Audrina
bagaikan tidak mampu bergerak, dia hanya memandang langkah santai Nedzrish
mendekati motorsikalnya.
“Awak
buat saya…. Gila lah!”
No comments:
Post a Comment