Klikk Jangan Tak Klik!! Duit Nikah 2016

Wednesday 7 December 2016

Sandaran Terakhir Bab3

Bunyi alarm di telefon pintar itu menganggu lena Adra Sofia. Lambat-lambat dia membuka matanya. Sejurus dia membuka matanya dia terkejut bukan kepalang kerana jam sudah menunjukkan angka 12 tengah hari. Dia bercadang hanya mahu lelap untuk seketika, tidak sangka pula dia bermalam di hotel itu sehingga terbabas.

“Naz… Bangun la, dah pukul 12 tengah hari ni. You tak kerja ke?” Dia menolak tubuh Nazhan yang melekap di tubuh langsingnya. Tangan lelaki itu yang melingkari pinggangnya cuba dialihkan namun Nazhan sengaja mengeraskan anggota badannya.

“Nazhan! You tak nak masuk ofis ke?” soalnya lagi, kali ini nada suaranya sedikit meninggi.

“Hmm… Malasnya I nak masuk kerja. Kita check out petang nanti je lah. I tak puas lagi bermesra dengan you.” Nazhan membuka sedikit matanya lalu dia mencapai jemari Adra Sofia dah dikucup perlahan.

“You ni dah kenapa? Kan semalam I dah spent time dengan you. You nak apa lagi?”

“Semalam kita tidur sama-sama. Tak buat apa-apa pun, memang lah I tak puas.”

“Selama kita masuk hotel, pernah ke kita buat lebih-lebih? You sendiri dah setuju kan, kalau nak tidur dengan I boleh. Tapi jangan nak buat benda-benda tak senonoh.” marah Adra Sofia. Bukan sekali dua Nazhan cuba untuk menggoda dirinya untuk melakukan maksiat, setiap kali mereka bertemu pasti lelaki itu menyatakan hasratnya.

“You cuba cakap dengan I, lelaki mana yang boleh kawal nafsu bila tengok perempuan seksi dan tak cukup kain depan mata dia? Tambahan pula, dekat dalam bilik ni hanya kita berdua je. Memang tak lah, tak ada siapa yang boleh kawal nafsu lelaki diaorang.”

“I tak kisah you nak sentuh I, you nak peluk cium I. Go ahead, tapi bukan rosakkan diri I. I masih lagi nak jaga dara I untuk my husband.”

“Kita kahwin jela sayang, senang sikit. I tak payah nak kena sembunyi-sembunyi keluar dengan you, nak kawal nafsu ni. I terseksa seorang diri tau hanya dapat tengok you je. Tapi tak boleh buat apa-apa.” Nazhan bersuara seakan-akan merajuk. Itu memang idea gila untuk bernikah dengan gadis itu. Dia sendiri tahu Adra Sofia hanya menjadikan dirinya sebagai teman dikala kebosanan. Dia tahu gadis itu amat mencintai Ruzail dan dirinya langsung tidak mempunyai ruang di hati Adra Sofia.

“You gila ke Naz? Nak kahwin dengan you yang berstatus sebagai suami orang? Kerja gila you tahu tak!”

“Tapi lagi gila kalau I tak dapat kan you.” Nazhan sudah bangun dan melunjurkan kakinya. Dia merenung wajah masam gadis itu dengan pandangan yang redup. Dia mengakui semenjak mereka menjalinkan hubungan, rasa cintanya buat isterinya semakin berkurangan kerana Adra Sofia bijak melayan dirinya. Terutamanya ketika dia keletihan dan tertekan dengan bebanan kerja, sikap manja Adra Sofia mencairkan hati lelakinya.

“You know how much I love my boyfriend, kan? You, dari awal kita kenal, I dah cakap dengan you. Tolong jangan jatuh cinta dengan I. Sebab I tahu, kalau kita suka antara satu sama lain pun, tak akan kemana. You dah ada keluarga dah Naz. Sanggup ke you hancurkan keluarga yang you bina bertahun-tahun?” Adra Sofia turut membalas renungan lelaki itu. Tiada rasa sayang buat lelaki itu namun untuk meninggalkan lelaki itu buat masa ini, dia juga tidak punya sebab.

“Kalau you sayang dia, you tak akan cari lelaki lain. Maknanya, you bukan betul-betul cintakan dia. Adra, tolong lah fikir secara logik. Kalau you sayangkan dia sepenuh hati you, you tak akan curang dengan dia.”

“Kalau Ruzail tak sibuk dengan kerja dia, kalau dia tak abaikan I. I tak rasa I akan kesunyian dan cari you untuk hilangkan kebosanan I.” Adra Sofia mengeluh halus. Dia sangat mencintai Ruzail dan tidak pernah sekali pun dia terdetik untuk menduakan lelaki yang sudah bertakhta di hatinya sejak 3tahun yang lepas. Namun dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya untuk berhubungan dengan Nazhan kerana ianya berlaku di luar kawalannya sendiri. Semuanya berlaku terlalu pantas dan dia tidak mampu untuk menoktahkan semua ini.

“Kalau nak cakap tentang sibuk, sesiapa yang ada kerjaya sendiri memang akan tak lari daripada kesibukan dan kesuntukan masa. Tapi dia kena bijak lah bahagikan masa. I tahu la dia tu CEO syarikat terkemuka dekat Malaysia ni, tapi tu bukan alasan untuk dia abaikan you. Kalau dia sayangkan you, dia akan cari jugak masa untuk you. Sekarang ni pun, you dah boleh nampak perbezaan I dan Ruzail. You dah cukup dewasa nak fikir semua ni Adra. Pilihan ada dekat tangan you, kahwin je la dengan I. Tak payah nak pening kepala dan makan hati dengan sikap Ruzail. Dia bukan peduli kan you pun.”

“I sayang dia sangat-sangat. Walaupun dia selalu sakitkan hati I, dan I selalu ragu-ragu dengan dia. Tapi I percaya yang dia memang betul-betul sibuk, bukan sibuk dengan perempuan lain ataupun dia dah tak sayangkan I.”

“Okey, terpulang lah pada you. I tak boleh nak paksa you. Tapi Adra, tawaran I untuk kahwin dengan you tetap akan terbuka sampai bila-bila. Kalau you ubah fikiran, tolong bagitahu I dengan segera.” Nazhan sudah berkira-kira untuk ke bilik air. Dia mahu membersihkan tubuh badannya sebelum keluar dari hotel itu.





******
“Adra. Adra pergi mana semalam? Kenapa tak balik rumah semalam? Tidur dekat mana?” Dato’ Haslan sengaja tidak masuk ke pejabat pada hari ini. Dia mahu menanti sehingga anak sulungnya pulang ke rumah. Dia tahu, Adra Sofia tentu akan pulang ke rumah apabila dia sedang berada di pejabat.

Aduhai, ada pulak orang tua ni. Macam mana nak kelentong dia ni.

Adra Sofia menelan liur berkali-kali. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab pertanyaan ayahnya.

“Adra tidur rumah kawan. Bukan tak nak balik rumah, tapi semalam berborak dengan dia sampai tak sedar yang hari dah lewat malam. Nanti kalau Adra balik puku 3, 4 pagi, ayah bising pulak kan? So, lebih baik Adra tak payah balik.”

“Kawan mana satu ni? Setahu ayah, kamu tu bersepah kawan lelaki, bukan kawan perempuan. Tidur rumah jantan mana semalam?” soal Dato’ Haslan dengan wajah yang sudah menyinga. Sejak akhir-akhir ini dia sering mendengar cerita kurang enak tentang anak sulungnya yang gemar keluar masuk kelab malam.

“Rumah jantan mana pulak ni? Ayah ni kan, kalau tak tahu apa-apa. Tak payah nak main tuduh ikut suka ayah je. Adra cakap, Adra tidur rumah kawan perempuan Adra, maknanya betul lah. Tak payah nak mempertikaikan apa-apa la.” bidas Adra dengan beraninya. Tidak dihiraukan suhu kemarahan Dato’ Haslan yang memuncak itu.

“Berapa kali ayah nak cakap dengan Adra yang ayah tak suka Adra keluar masuk kelab malam? Selalu sangat dah ayah dengar cerita tak best tentang anak ayah ni. Mana ayah nak letak muka ayah ni? Dulu Adra tak macam ni pun, sejak belajar dekat Australia, perangai dah makin meliar. Dah makin susah nak bentuk. Ayah hantar kesana untuk cari ilmu, bukan untuk jadi rosak macam ni.”

“Adra belum rosak lagi lah ayah, setakat keluar malam, balik lewat pagi. Itu perkara biasa la ayah. Anak muda zaman sekarang ni memang susah nak dikawal, jadi ayah tak payah susah hati. Sampai masa nanti, bila Adra rasa nak berubah, Adra akan berubah jugak.” ujarnya dengan penuh selamba.

Dato’ Haslan sudah mengepal penumbuk. Kalau ikutkan hatinya, sudah lama dia kerjakan anak daranya yang semakin hari semakin biadab. Dulu, Adra tidak bersikap begini. Sejak dia pulang dari luar negara, perangainya semakin sukar untuk dijangka. Adra Sofia juga sudah hilang hormat kepada dirinya. Anak gadisnya itu bertambah biadab terhadap dirinya apabila kemahuan gadis itu untuk menceburkan diri dalam dunia fesyen ditentang keras olehnya.

“Tak rosak apanya Adra kalau dah kamu mengamalkan gaya hidup bebas macam ni? Kamu ni macam tak ada agama pula. Soal solat jangan cerita lah, bukan main payah lagi nak tunaikan kewajipan tu. Keluar rumah, pakai pakaian tak pernah sopan. Mana kamu belajar cara hidup macam ni?” Tubuh anaknya yang hanya memakai singlet dan skirt paras lutut dipandang dengan pandangan yang tajam. Berbeza sungguh Adra Sofia dengan adiknya, Wafa. Wafa bertudung litup dan menjaga maruah dirinya dengan baik sekali. Jarang sungguh Wafa membuat sesuatu yang menggusarkan hati Dato’ Haslan.

“Ayah. Adra tak tahu lah sampai bila kita ni, asal berjumpa je nak bergaduh. Can you please stop all this, ayah? Ayah tak penat ke asyik nak mengamuk je dengan Adra? Adra dah letih, letih dengan semua nasihat-nasihat ayah tu. Ayah tu dah tua tau, tak sepatutnya ayah bebankan fikiran ayah dengan fikir masalah Adra. Infact, Adra tak menyusahkan sesiapa pun.”

“Tak menyusahkan sesiapa Adra cakap? Hei! Kalau kamu ni bukan anak ayah, ayah tak akan susahkan kepala otak ayah untuk fikirkan pasal kamu. Tolong ubah perangai kamu ni Adra, sakit mata ayah tengok perangai kamu. Semakin hari semakin liar. Seolah-olah ayah ni tak pandai nak didik anak.”

“Ayah, Adra dah balik rumah ni pun dah cukup bagus tau. Macam ni je lah, kalau ayah nak membebel, ayah membebel lah seorang diri. Sebab Adra penat sangat semalam, Adra nak masuk bilik dulu dan berehat.” Selesai sahaja berkata-kata, dia segera menghayunkan kakinya untuk ke kamarnya di tingkat atas.

“Kenapa lah kau ni degil sangat Adra!” Dato’ Haslan menghempas kasar punggungnya di atas sofa. Sakit kepalanya memikirkan sikap degil dan kurang adab anak sulungnya.




*****
Ezzaidi Farhad sudah menjangka gadis itu akan berkunjung di kafe tempatnya bekerja pada hari ini. Ketika dia menghubungi gadis itu untuk bertanya khabar, wanita itu meluahkan ketidak puasan hatinya terhadap ayahnya, Dato’ Haslan. Mereka tidak bercakap lama di atas talian kerana Ezzaidi mempunyai kerja untuk diselesaikan di dapur. Kafe tempatnya bekerja itu adalah kafe milik ibu dan ayah saudaranya. Sejak dari kecil lagi, dia dibela oleh Encik Amran dan Puan Laila. Dia sudah menganggap kedua ibu dan ayah saudaranya itu seperti ibu bapa kandungnya sendiri.

“Kenapa you pandang I macam tu Ez? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan muka I hari ni? Apa muka I ni dah berubah jadi alien ke?” marah Adra Sofia melihat Ezzaidi hanya merenung wajahnya tanpa mahu memulakan bicara.

“Muka you sentiasa nampak macam alien, apatah lagi bila you monyok macam ni. Terserlah muka pelik you tu.” Sengaja dia mahu memanaskan hati gadis itu. Sehari tidak mencari pasal dengan Adra Sofia, seperti tidak lengkap pula hidupnya.

“You jangan nak cari pasal boleh tak? I tengah tak ada mood ni.”

“I tahu la Adra, kalau muka you masam mencuka macam ni, memang sah-sah la you datang kafe ni untuk mengadu. So, tak payah la nak buang masa sebab I banyak sangat kerja dekat dapur tu. Ni I break sekejap, semata-mata sebab you tau.”

“So sweet, I tahu walau apa pun yang terjadi. You tetap luangkan masa untuk dengar masalah I kan?” ujar Adra Sofia dengan nada yang sudah kembali tenang. Dia tidak menafikan setiap kali dia mempunyai masalah, sudah tentu Kafe Lazathia menjadi destinasi untuk dituju kerana hanya Ezzaidi Farhad yang paling setia mendengar masalahnya.

“So, apa masalah you hari ni? Gaduh dengan papa you lagi? Pasal syarikat tu? Tak habis-habis lagi ke Adra?”

“Hisy! Kali ni bukan pasal dia bertekak dengan I sebab syarikat, kali ni pasal dia marah I tak balik rumah semalam.”

“You tak balik rumah semalam? Dah tu you pergi mana?” Ezzaidi juga ikut hairan. Walaupun Adra Sofia agak liar dan kerap keluar malam, namum jarang sekali wanita itu tidak balik ke rumah dan bermalam di tempat lain.

“I tidur hotel semalam.”

“Tidur dekat hotel? You ni tak puas bercuti lagi ke? Dekat dalam KL ni pun you nak tidur dekat hotel. Lawak la you ni.”

“Bukan macam tu la. Semalam I pergi club, lepas tu I check in la hotel. Ingatkan nak lelap sekejap je sebab I penat sangat semalam. Tapi bila I sedar je, dah pukul 12 tengah hari. Tak perasan I yang tertidur dekat hotel.” cerita Adra Sofia.

“You check in hotel dengan siapa?” soal Ezzaidi dengan nada serius. Masakan wanita itu tidur bersama Ruzail?

“Okey la Ez, I rasa dah sampai masanya untuk I berterus-terang dengan you. Sebelum ni you hanya tahu kewujudan Ruzail dalam hidup I kan? Dia memang boyfriend I dan I sayangkan dia. Tapi I sendiri manusia biasa, I tak boleh nak lari daripada rasa bosan dan sunyi.”

Ezzaidi yang setia mendengar bicara gadis itu sudah tercengang. Tidak sangka pula gadis itu bermain kayu tiga belakang Ruzail.

“You ada lelaki lain? Siapa lelaki tu?”

“Nama dia Nazhan. Bisnessman jugak, tapi I pelik la, dia selalu je ada masa untuk I. Ruzail tu selalu sangat bagi alasan yang dia terlalu sibuk. Macam mana I tak cari lelaki lain kan?”

“Adra Sofia! You sedar tak yang you sedang bermain dengan api?”

“Bermain dengan api apanya? I tahu la apa yang I buat. You tak payah la nak nasihatkan I. Benda dah jadi dah pun.”

“Kalau la sampai si Ruzail tahu tentang you ada lelaki lain, apa you fikir dia boleh buat dekat you? You sendiri tahu kan yang Ruzail selama ni setia dengan you, kenapa you balas macam ni dekat dia? Kalau dia tahu tentang perkara ni, I tak tahu la dia masih boleh teruskan hubungan korang berdua ataupun tidak. Masa tu, you jangan melalak cari I pulak.” Keras kedengaran suara Ezzaidi. Sungguh dia langsung tidak menyangka Adra Sofia sanggup curang dengan lelaki sebaik Ruzail hanya kerana lelaki itu sibuk dengan urusan kerjanya.

“Ez, you tak ada dekat tempat I, sebab itulah you boleh salahkan I seratus peratus. I nak ajak dia makan malam dengan I pun terlalu payah, I nak ajak dia teman I shopping, lagi lah tak payah cerita. Telinga I ni, dah muak dengar alasan yang sama. Sibuk sangat ke dia sampai tak ada masa langsung untuk I?”

“You fikir boyfriend you tu kendalikan kedai runcit ke? Kalau dia tu buka kedai runcit, boleh la you nak marah kalau dia bagi alasan yang dia selalu sibuk. You kena la faham keadaan orang, you tak boleh nak paksa orang untuk ikut je kehendak you. Apa you ingat Ruzail tu macam you ke? Tak ada hala tuju dalam hidup?” bidasnya dengan kata-kata perlian. Padanya Adra Sofia tidak sepatutnya menduakan Ruzail kerana dia juga mengenali lelaki itu dan pada pandangannya, Ruzail adalah lelaki terbaik untuk Adra Sofia.

“Sebab tu la I malas nak cerita dekat you pasal ni. I dah agak dah, you mesti nak salahkan I.” Adra Sofia tayang wajah bosan. Air limau ais diteguk sehingga habis.

“Dah memang you bersalah dalam hal ni, takkan I nak jadi bodoh semata-mata nak backup you?”

“I tak suruh pun you backup I.”

“Kejap, tadi you cakap you check in hotel dengan kekasih gelap you tu kan. You ada buat apa-apa ke?”

“I nak buat apa dengan dia?” soalnya kembali. Bukan dia tidak tahu Ezzaidi bertanyakan soalan itu kerana lelaki itu risau tentang dirinya.

“Adra, you tahu apa maksud disebalik soalan I tu kan?”

“Of course la I tak ada buat apa-apa. I mengaku memang I tidur satu katil dengan dia. Tapi I tak buat perkara yang tak elok pun.”

“Oh, so tidur satu katil dengan lelaki bukan muhrim, perkara yang baik lah ye Cik Adra Sofia? Mazhab mana you ikut ni? Mazhab kepala otak you?” Bengang sungguh dengan jawapan mudah yang diberikan oleh gadis itu. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia menyampaikan tazkirah kepada gadis itu hingga esok pagi. Biar insaf sikit.

“Tak la. Maksud I, I tak serahkan diri I dekat dia. I cuma izinkan dia peluk, cium I bila-bila dia nak. Dia boleh peluk I sepanjang I tidur dengan dia, tapi I tak benarkan dia ragut mahkota I.” jelasnya untuk membetulkan persepsi Ezzaidi yang sudah salah faham dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Sempat lagi you fikir pasal kesucian you kan? Habis tu, you biarkan tubuh badan you disentuh oleh dia, you rasa you masih suci lagi ke?”

Merah padam wajah Adra mendengar soalan celupar yang diutarakan oleh Ezzaidi. Ezzaidi hanya beriak selamba sambil menanti jawapan daripada gadis itu.

“Tapi I tak buat seks. Apa yang penting pada I, I nak biarkan suami I yang sah yang boleh buat apa saja dekat diri I, sebab dia lebih berhak. Ya, I mengaku, I memang tak kisah dia peluk cium I. Sebab pada I, I tak luak apa-apa pun. Bukannya dengan ciuman yang dia hadiahkan dekat I, akan menyebabkan I mengandung ataupun hilang dara.”

“Okey, kalau macam tu, I pun boleh pegang you lah kan? Sebab you sendiri tak kisah lelaki sentuh anggota tubuh you.” Ezzaidi yang duduk bersebelahan dengan gadis itu segera meletakkan tangannya di atas peha gadis itu. Wajah Adra Sofia sudah berubah riak, bengang kerana Ezzaidi sengaja berbuat begitu bertujuan untuk memperlekehkan dirinya.

“Apahal? Marah ke? La, I letak tangan I atas peha you, lepas tu I usap-usap peha you. Tak menyebabkan you mengandung pun kan? Nak risau apa?” soal Ezzaidi bersama senyuman sinis.

“Stop it Ez! Tak payah nak perli-perli I. I tahu la I ni teruk, I tak jaga maruah I. I biarkan lelaki suka-suka je pegang I. You nak anggap I ni perempuan murah ke, terpulang pada you la.” marah Adra Sofia lalu dia segera berpeluk tubuh.

“I tak faham la kenapa you boleh jadi liar sampai tahap macam ni. Sebelum you pergi Australia, you tak macam ni pun. Walaupun you memang tak pakai tudung dari dulu lagi, tapi perangai you tak seteruk ini. I macam dah tak kenal kawan baik I sendiri.” Ezzaidi mengeluh perlahan. Hendak dimarah, sudah berbuih-buih mulutnya memberi nasihat namun gadis itu tidak hairan akan nasihat yang diberi.

“You tak payah la nak risau sangat, muka tu tak payah nak over sangat boleh tak Ez? I sendiri tak kisah, I lagi enjoy tau hidup macam ni.”

“You masih muda lagi Adra, memang lah you seronok dengan cara hidup macam ni. Tapi sampai bila? Sampai bila you nak bergelumang dengan dosa?”

“Stop it! I datang sini bukan nak dengar you bersyarah, you boleh simpan semua kata-kata nasihat you tu. I tak perlukan langsung.” Adra mulai rimas kerana sejak dari tadi dirinya dibebel oleh Ezzaidi.

“Okey, kalau macam tu, I pun tak ada masa nak duduk dengan you dekat sini. Nanti jangan tak bayar pulak minuman ni.” Ezzaidi segera bangkit dari duduknya. Malas mahu bertekak dengan gadis itu kerana hatinya cepat sahaja mahu mengamuk mendengar bicara selamba gadis itu.

“Ezzaidi! Berani you blah macam tu je?”

“Berani lah, sebab you pun berani belakangkan hukum Tuhan semata-mata nak hidup bebas. You sedarlah yang you tu dilahirkan sebagai seorang muslim, tak payah nak acah-acah mat salleh sangat la.”

Adra Sofia mengetap bibirnya kerana geram dengan kata-kata perlian yang menyentap hatinya. Tanpa suara, dia segera bangun dari duduknya dan sekeping not berwarna merah diletak dibawah cawan minuman. Seketika kemudian dia segera berlalu meninggalkan kafe itu. Ezzaidi yang masih lagi berdiri disitu hanya diam tanpa mahu bersuara. Not berwarna merah dicapai lalu dia melangkah santai untuk ke dapur.


No comments:

Post a Comment