“Kenapa makan sikit je sayang? You tak sihat ke?”
Adra Sofia bersuara apabila dilihat Ruzail menjamah sedikit sahaja makanan yang
dipesannya. Hairan juga, kerana menu yang dipesan oleh Ruzail adalah menu
kegemaran lelaki itu sendiri.
“I dah kenyang.” balasnya dengan nada kurang mesra.
Adra Sofia memandang wajah Ruzail dengan pandangan yang pelik.
Apa kes mamat ni? Tiba-tiba je nak bad mood, mengalahkan perempuan pulak dah.
“Kenapa dengan you ni? Ada masalah ke?”
“I memang ada masalah, masalah dengan you. Tak cukup
sempurna ke I di mata you? Kenapa you sampai nak cari lelaki lain? You boleh
terangkan dekat I tak, kenapa you curang dengan I?” Tidak menunggu lama, Ruzail
segera memuntahkan persoalan demi persoalan yang berlegar di mindanya sejak
tadi.
“Apa you cakap ni Ruzail? I tak faham, I curang
dengan you? Bila masa pulak ni? You ada bukti ke nak cakap I macam tu?” Adra
Sofia cuba berlagak tenang, meskipun dalam hatinya sudah berdebar-debar untuk
berhadapan dengan soalan maut daripada Ruzail.
“You nak tunggu I dapatkan bukti dulu, baru you nak explain dekat I?”
“Ye la, you main tuduh je kut. Tak adil la untuk I.”
“Jangan sampai, bila I dah dapat semua bukti-bukti
kecurangan you, you menangis melutut depan I. I boleh buat macam tu Adra, you
jangan cabar I.” Tajam pandangan matanya menikam wajah selamba Adra. Dia
mahukan kepastian, namun gadis itu seolah-olah mahu bermain tarik-tali pula.
“Atas sebab apa you nak tuduh I ada lelaki lain
belakang you? Sayang, selama ni I dah cukup setia dengan you. Kalau ada pun, I
memang selalu keluar lepak dengan Ezzaidi. You sendiri kenal dia kan, apa yang
you nak marah sangat ni?”
“Ezzaidi tu lain, dia memang kawan baik you sejak
dari dulu lagi. You kenal dia dulu daripada I, I tak ada hak nak halang
persahabatan you dengan dia. I tak ada masalah apa-apa dengan dia, I tahu dia
memang tak ada perasaan dekat you. I tak bercakap tentang dia, I cakap tentang
lelaki yang teman you keluar masuk club. Siapa dia pada you, Adra?” soal Ruzail
dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan. Tak dapat dia bayangkan jika wanita
yang dicintai sepenuh hatinya sanggup mengkhianati kesetiaannya.
“You sendiri tahu kan I memang rajin keluar masuk
club, kadang-kadang I ajak you. Tapi you selalu tolak pelawaan I.” ujar Adra
tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.
“Kan I dah pesan dekat you banyak kali, I tak pernah
jejakkan kaki dekat tempat macam tu. So I pun tak nak you pergi situ. You cari
apa Adra? Hiburan apa yang you cari dekat situ? Tempat macam tu bukan untuk
tenangkan fikiran you, tapi menyerabutkan lagi adalah.” marahnya Ruzail. Sudah
berkali-kali dia menasihati kekasihnya supaya tidak mengunjungi kelab malam itu
lagi. Padanya, menghabiskan masa di kelab malam hanyalah sia-sia sahaja.
“Dah you tu selalu sibuk, kalau I ajak you teman I
pergi mana-mana, you selalu bagi alasan you sibuk dengan kerja kan? I cari lah
hiburan I sendiri.”
“So, itu ke alasan untuk you curang dengan I,
sayang? Apa yang kita dah lalui selama 3tahun ni, you terfikir untuk curang
dengan I? I tak sangka, selama ni I bodoh seorang diri seba sayangkan orang
yang dah tak ada hati dekat I.”
“I tak pernah curang dengan you Ruzail. Siapa yang
pandai-pandai sebarkan cerita palsu ni dekat you? Ya, memang I mengaku I selalu
masuk club. Tapi I jumpa macam-macam
jenis orang, random people. Macam
mana boleh timbul isunya I curang pulak?” Adra Sofia masih tidak mahu
berterus-terang. Gila! Dia tidak akan membocorkan rahsianya sendiri. Dia tidak
sanggup untuk kehilangan Ruzail, lelaki itu terlalu baik untuk dia lepaskan.
“Mana I tahu tu tak penting, yang penting sekarang
ni I nak you jujur dengan I. Kalau you ada lelaki lain, you mengaku jelah
dengan I.”
“Nak mengaku macam mana kalau memang I tak pernah
ada lelaki lain belakang you? You ragu-ragu dengan I sekarang ni Ruzail.” Adra
Sofia bersuara seakan-akan merajuk. Sengaja mahu mengalihkan perhatian Ruzail.
“Sure? You yakin ke dengan jawapan you?” soal Ruzail masih
ragu-ragu dengan jawapan wanita itu.
“Kalau ada pun, kawan biasa je. Tak ada yang
istimewa selain daripada you sayang.” Adra Sofia bangun dari duduknya, dia mara
beberapa tapak lalu dengan penuh menggoda dia duduk di atas peha lelaki itu.
Dia memaut leher Ruzail dan matanya tajam menikam bebola mata Ruzail.
“I sayangkan you, I sayangkan hubungan kita. Tak
mungkin I akan curang dengan you.” Ujarnya sambil mengusap dagu runcing lelaki
itu. Ruzail lemah apabila digoda sebegitu oleh kekasih hatinya. Hati yang panas
mendidih dengan gossip liar yang didengarinya tentang Adra Sofia segera
beransur sejuk. Adra Sofia memang hebat mengambil hatinya semula.
“Kalau you curang dengan I, you tahu apa I boleh
buat kan? I boleh habiskn lelaki yang cuba nak rampas kekasih hati I. You
jangan cuba-cuba nak curang okey sayang?”
“Tak lah, I tak akan buat macam tu dekat you. You
dah cukup sempurna di mata I, I tak perlukan lelaki lain.”
“Ruzail, kita dekat tempat awam ni. Kalau nak kiss
ke nak peluk I, bawa lah I pergi hotel.” Dia pantas berdiri apabila Ruzail
mendekatkan bibir ke bibirnya.
“You tahu kan yang I tak akan buat macam tu?”
“Kenapa pulak?
I ajak pergi hotel je, bukan buat apa-apa pun.” ujar Adra Sofia masih lagi
dengan lagak menggodanya.
“I tak akan rosakkan reputasi syarikat keluarga I, nama
baik I dan I tak akan buat perkara yang tak elok dengan insan yang I cinta.
Sampai masa nanti kita kahwin okey?” Adra Sofia tersenyum nipis mendengar
kata-kata lelaki itu. Dia tahu walaupun dia cuba menggoda lelaki itu untuk
menidurinya, Ruzail tetap tidak mahu kerana lelaki itu bukanlah lelaki yang
menganggap semua wanita murah.
“You tahu sendiri kan, I memang tak akan pergi
tinggalkan you. Sebab you terlalu baik dengan I, you selalu fikir tentang diri
I dan you matang, sayang. Sebab itu I sayang you. You percaya kan I, kan
sayang?”
“I percaya kan you, tapi you jangan sesekali
khianati kepercayaan I pulak ye?”
ujar Ruzail dengan nada lembut namun terselit ketegasan di sebalik kata-katanya
itu.
“I will never do
that. Dah habis makan, kan?
Jom lah hantar I balik, nanti ayah I bising pulak I balik lambat.”
“I bayar kejap, you tunggu dalam kereta.”
****
Malam itu, Adra Sofia menghabiskan masanya di
halaman rumah Villa mewah milik keluarganya. Air terjun buatan manusia yang
mengalirkan air jernih dipandang dengan pandangan yang serabut. Suasana yang
mendamaikan tidak mampu untuk meredakan kerisauan dihatinya. Kata-kata Ruzail
sewaktu mereka menjamu selera masih berlegar-legar di mindanya. Hairan juga,
bagaimana kisah tentang dirinya dan Nazhan boleh sampai ke pengetahuan Ruzail?
Sudah tentu ada insan-insan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan tentang
berita itu.
“Hai Kak Adra… Jauhnya termenung, kalau Wafa nak join akak boleh tak?”
Lamunan pendek Adra Sofia terhenti sebaik sahaja
adik tirinya menegurnya. Dengan wajah tanpa perasaan, dia mengangguk untuk
menjawab pertanyaan adiknya.
“Dah kenapa ni? Merajuk dengan ayah ke?”
“Merajuk dengan ayah? Sebab apa akak nak merajuk
dengan ayah?” soalnya kembali. Hairan juga, ini Adra Sofia lah! Tak pernah
sekali pun dia terasa hati dengan ayahnya sehingga mahu merajuk. Walaupun
setiap kali dia bersua muka dengan Dato’ Haslan, pastinya akan mencetuskan
perbalahan, namun bukan itu alasan untuk dia merajuk dengan ayahnya. Buang masa
dan tenaganya sahaja.
“Mana la tahu, sebab ayah selalu marah akak.”
“Ala, itu perkara biasa la. Lagipun akak yang selalu
cari pasal dengan ayah, tak ada maknanya lah akak nak merajuk dengan ayah. Akak
bukan budak kecil, yang asyik nak merajuk je.”
“Hmm… Kalau tak merajuk dengan ayah, kenapa muka
akak macam orang ada masalah ni? Selalunya lah kan, kalau akak duduk
sorang-sorang dekat luar ni, mesti akak tengah fikirkan sesuatu. Tak nak share apa-apa ke?” Seperti biasa, Wafa
sememangnya seorang adik yang mengambil berat tentang kakaknya. Padanya sikap
degil kakaknya terhadap kedua orang tua mereka, itu adalah urusan peribadi
kakaknya. Dia tidak perlu ikut campur.
“Pandai Wafa teka kan? Pakai ilmu magik apa ni?”
“Mana ada pakai ilmu apa-apa. Wafa kenal akak sejak
dari kecil lagi tau, kalau muka akak masam macam jeruk ni, mesti lah akak
tengah ada masalah. Kenapa ni? Gaduh dengan Abang Ruzail ke?”
“Tak adalah gaduh, ada salah faham sikit.”
“Lah, akak dengan Abang Ruzail bukan baru bercinta
tau. Dah nak masuk hampir 4tahun korang bersama. Tak kan lah salah faham
sikit-sikit tu tak boleh nak handle?
Akak marahkan dia ke? Apa dia dah buat?” soal Wafa cuba untuk mengorek cerita
daripada kakak tirinya.
“Tak lah, Abang Ruzail tak buat apa-apa pun. Akak
nak tanya Wafa satu soalan, kalau Wafa ada dekat tempat Abang Ruzail. Apa Wafa
akan buat kalau Wafa tahu, yang akak ada lelaki lain?”
“Pertama sekali, Wafa akan tanya akak untuk dapatkan
kepastian. Kalau akak sendiri mengaku dan jujur dengan Wafa, mungkin cara yang
terbaik adalah break. Ye lah, nak buat
apa teruskan kalau hati akak dah tak ada rasa sayang kan?” ujarnya memberi
pendapat. Mendengar soalan yang diajukan oleh Adra Sofia, tahulah dia bahawa
kakaknya sudah buat hal.
“Hmm… Akak pening lah Wafa.” adunya lalu dia
memuncungkan bibirnya.
“Kenapa ni? Akak ada lelaki lain selain daripada
Abang Ruzail ke? Ha! Akak jangan cakap yang akak dah jatuh cinta dengan kawan
baik akak sendiri?”
“Siapa? Ezzaidi? Merepek la! Seumur hidup akak, tak
pernah terfikir langsung nak jatuh cinta dengan dia. Dia kawan baik akak lah,
Wafa pun tahu kan kitaorang rapat sebagai kawan baik. Mana mungkin akak boleh
jatuh cinta dengan dia.” Adra Sofia menggeleng beberapa kali. Bagaimana lah
adiknya boleh terfikir yang dia akan jatuh cinta dengan Ezzaidi Farhad, rakan
baiknya sejak di bangku sekolah lagi.
“Mana la Wafa tahu, sebab selain daripada Abang
Ruzail. Akak rapat dengan Abang Ezzaidi. Wafa teka je, salah rupanya. Habis tu,
lelaki mana pulak ni?”
“Nama dia Nazhan. Bulan 8 ni, genaplah setahun akak
kenal dia. Akak mula rapat dengan dia bila dia selalu ajak akak keluar. Wafa
pun tahu kan, akak ni jarang sangat keluar dengan boyfriend akak sendiri sebab dia selalu tak ada masa untuk akak.
Nak dipendekkan cerita, kekosongan yang Abang Ruzail tinggalkan tu, telah diisi
oleh Nazhan. Dia memahami akak, dia selalu teman akak kemana je akak nak pergi.
Tapi itulah, akak dah ada Abang Ruzail. Hubungan akak dengan Nazhan memang tak
akan kemana.” jelasnya panjang lebar.
“Nazhan? Lama jugak
akak kenal dengan dia. Wah, tak pernah bagitahu Wafa pun kan? Pandai betul akak
simpan rahsia. Tapi akak, kalau akak sendiri dah bosan dengan Abang Ruzail dan
tak boleh nak faham kesibukan dia. Untuk apa akak teruskan lagi hubungan korang
berdua? Kalau akak dah tak boleh nak sayang dia, akak cakap lah elok-elok
dengan Abang Ruzail. Mesti dia akan faham.”
“Wafa nak suruh akak putus dengan Abang Ruzail?
Lepastu apa? Pergi dekat Nazhan?”
“Ye lah, dah akak sendiri cakap, akak mula rapat
dengan si Nazhan tu bila Abang Ruzail selalu sibuk. Lama-lama, cinta tu akan
pudar bila kita dah jumpa seseorang yang boleh bahagiakan kita lebih dari boyfriend kita sendiri. Macam kes akak
ni, buat apa nak teruskan dengan Abang Ruzail? Akak sendiri curang dengan dia.”
“Akak ni dah dikira curang ke Wafa?” soalnya dengan naif sekali. Wafa yang mahu ketawa segera
menekup mulutnya apabila wajah kakaknya sudah berubah muram. Apa punya soalan
lah! Sendiri buat, sendiri tak tahu.
“Ye la, akak dah curang dengan dia! Akak keluar
dengan lelaki lain, tanpa pengetahuan Abang Ruzail. Dalam diam, akak sayangkan
lelaki lain. Tak curang ke namanya tu?”
“Mana ada, tak ada sikit pun perasaan sayang ni
dekat Nazhan. Akak masih cintakan Abang Ruzail dan cinta akak tak berubah.
Macam ni lah Wafa, akak berhubungan dengan Nazhan hanya sebab akak bosan. Itu
je, dan sampai ke hari ini, akak belum boleh sayang Nazhan. Akak susah lah nak
sayang orang. Tapi sekali akak dah sayang, akak susah nak lepaskan pulak.” Adra
Sofia menyandarkan tubuhnya ke belakang. Runsing dia memikirkan apa yang harus
dia lakukan. Mengapalah Ruzail perlu mengetahui tentang perkara ini disaat dia
sendiri tidak tahu mahu memilih siapa.
“No akak, walau apa pun alasan akak. Akak tetap dah
curang dengan Abang Ruzail. Sekarang ni akak fikir lah baik-baik, siapa yang
lebih membahagiakan akak? Kalau akak terus bersama dengan Abang Ruzail, akak
boleh ke terima dia seadanya dan faham yang dia tu selalu sibuk? Kalau akak tak
boleh nak faham dia, lebih baik jangan teruskan. Takut nanti, bila akak dah
kahwin dengan dia, timbul masalah lain pulak. Masa tu mungkin lagi rumit, sebab
dah jadi suami isteri kan.”
“Yang buat akak sakit kepala sangat ni, bila Abang
Ruzail dah tahu tentang ni. Pelik jugak akak, siapalah mulut puaka pergi
sebarkan tentang hal ni dekat dia. Akak tak tahu nak buat apa. Nak tinggalkan
Nazhan, rasanya tak boleh kut. Sebab kalau dia tak ada, dengan siapa akak nak
bermanja? Akak ni dah lah tak kerja, mesti akak bosan kalau Nazhan tak ada.”
“Okey, kalau macam tu, pilih lah Nazhan. Dia lebih
memahami akak kan? Akak pun lagi bahagia dengan dia.” Mudah sahaja jawapan yang
diberikan oleh Wafa. Cinta bertahun-tahun sekalipun, jikalau tiada persefahaman
dalam perhubungan, tiada gunanya untuk dipertahankan.
“Tak boleh Wafa. Akak tak cintakan dia, akak memang
perlukan dia dalam hidup akak. Dia memang terpenting dalam hidup akak. Tapi
akak tahu hubungan akak dengan Nazhan tak akan kemana.”
“Kenapa pulak?
Dia tak serius dengan akak ke?”
“Dia serius, dia ajak akak kahwin dengan dia. Tapi
akak tak boleh lah, hati akak masih pada Ruzail. Tapi Nazhan tu suami orang.
Gila ke nak kahwin dengan suami orang?”
Wafa tergamam beberapa saat mendengar penjelasan
kakaknya itu. Gilakah Adra Sofia? Kenapa begitu terdesak sekali kakaknya itu
sehingga menjalinkan hubungan dengan suami orang?
“Akak ni dah kenapa? Pergi kacau suami orang buat
apa?” soalnya dengan nada yang agak meninggi.
“Ha… Tanya la kuat-kuat, biar ayah dengan mama dengar.”
“Erk… Sorry kak, terkejut sangat bila tahu yang Nazhan tu suami
orang. Akak baru tahu ke dia tu suami orang?”
“Dah lama dah tahu, masa awal-awal kenal dengan dia
lagi.”
“What? Lepas tu akak masih nak berhubungan dengan dia?”
“Ala, selagi isteri dia tak tahu tentang kitaorang,
tak apa la kut. Akak bukan berniat nak rampas dia dari isteri dia.” Jawabnya
dengan nada selamba. Wafa sudah menepuk dahinya sendiri. Tidak matang sungguh
tindakan kakaknya itu!
“Akak ni memang gila lah! Memang lah akak cakap yang
akak tak ada niat nak rampas Nazhan dari isteri dia. Wafa faham akan cuma
jadikan Nazhan sebagai peneman kebosanan akak. Tapi akak, buatnya dia dah jatuh
cinta dengan akak, macam mana? Kita tak tahu tau hati orang.”
“Memang dia cintakan akak pun. Dia kan ajak akak
kahwin, tapi akak tak nak.”
“Hisy! Akak, lebih baik akak putuskan hubungan akak
dengan Nazhan sebelum keadaan jadi lebih teruk. Ni Abang Ruzail dah tahu kan,
apa dia cakap?”
“Dia tanya akak sama ada betul ke akak ada lelaki
lain selain dari dia. Takkan lah akak bodoh sangat kan, nak mengaku? Bukan
susah pun nak pujuk dan yakinkan Ruzail, sekejap je akak boleh kembalikan
semula kepercayaan dia pada akak.” Adra Sofia bersuara angkuh.
“Ye lah, sekarang ni memang la dia percayakan akak.
Tapi kalau lainkali dia sendiri dapat bongkar tentang kecurangan akak, ada akak
terfikir tak?”
“Terfikir la jugak, tapi kalau akak lepaskan Nazhan,
akak akan rugi besar tau. Nazhan tu dah lah sentiasa ada untuk akak, dia tak
pernah bagi alasan setiap kali akak ajak dia teman akak pergi mana-mana. Tapi
tu lah, suami orang lah pulak. Hati akak ni pun satu, sayang sangat dekat
Ruzail. Padahal dia tu dua puluh empat jam, asyik sibuk dengan kerja. Akak
sarankan dia tu, kahwin jela dengan kerja dia tu.”
“Akak ni macam budak-budak bercinta la. Cuba lah
faham sikit, jangan tahu nak memberontak je. Macam mana hubungan tu nak kekal
lama kalau tak habis-habis nak cari salah Abang Ruzail?”
“Ruzail memang baik, akak tak nafikan. Tapi satu je
silap dia, dia terlalu gilakan kerjaya dia sampai dia abaikan akak. So, akak rasa tak ada salahnya akak nak
pasang skandel belakang dia. Dah lah, akak nak tidur, esok nak pergi jogging.
Selamat malam.” Adra Sofia mengangkat
punggungnya dan dia berkira-kira untuk masuk tidur.
“Akak! Habis tu akak pilih siapa? Abang Ruzail ke
Nazhan?”
“Pilih dua-dua lah, tapi nanti kahwin dengan sorang
je. Yang pastinya bukan Nazhan, dia tu cuma pak sanggup untuk layan kebosanan
akak je. That’s all.” Wafa sudah
menggeleng beberapa kali melihat sikap selamba kakaknya. Bilalah kakaknya
hendak berubah, runsing juga memikirkan sikap kakaknya yang tidak mampu
berfikir secara matang.
No comments:
Post a Comment