Bab2
“Hai Kak Adra, nak minum apa?” sapa Alya, anak
kepada pemilik kafe yang selalu dikunjungi oleh Adra Sofia. Boleh dikatakan,
setiap minggu pasti gadis itu akan menghabiskan masanya disitu.
“Hmm… Macam biasa lah, akak nak cuppucino.”
“Makan-makan tak nak ke? Akak kena rasa menu baru
yang ada dekat kafe ni. Resipi daripada Abang Ez.” ujar Alya yang sememangnya
murah dengan senyuman. Wajahnya ceria sahaja melayan pelanggannya.
“Abang Ez tak bagitahu akak apa-apa pun? Menu apa?”
“Spaghetti carbonara. Tapi bukan macam spaghetti
biasa tau. Sebab kuah dia memang resipi Abang Ez sendiri. Akak nak cuba tak?”
“Tak payah. Kalau dia rasa, bukan dia nak komen
apa-apa pun. Nanti Alya buatkan sekali green tea untuk abang eh.” Ezzaidi
Farhad yang baru sahaja tiba di kafe itu segera menyampuk perbualan dua orang
wanita itu. Alya hanya tersenyum dan mengangguk. Dia kemudiannya kembali semula
ke dapur untuk menyiapkan pesanan pelanggannya.
“Kenapa tak nak bagi I rasa? Takut nanti I kutuk tak
sedap ke?” soal Adra Sofia dengan wajah cemberut.
“Suka hati I la nak bagi rasa ke tak. Tu menu baru
I, I ada hak.”
“Tapi I ni pelanggan dekat kafe ni, so I pun ada hak jugak.” bidas Adra
Sofia yang tidak mahu mengalah. Ezzaidi Farhad merupakan rakan baiknya sejak
dari sekolah menengah lagi. Hubungan mereka tidak pernah terputus meskipun
masing-masing sudah punya haluan masing-masing setelah tamat sekolah menengah.
Adra Sofia melanjutkan pelajaran di Australia manakala Ezzaidi Farhad mengambil
diploma jurusan perhotelan di UiTM
Dungun. Namun, itu semua bukan halangan untuk mereka saling berhubung dan tetap
akrab seperti sewaktu mereka di bangku sekolah.
“Kalau you nak, you order lah nanti. Tapi bukan I yang prepare untuk you lah. I siap kan bahan-bahan je. Ni apa cerita
balik awal? Terkejut I tengok muka you terjenguk dekat kafe ni. I ingatkan I
mimpi tadi.”
“Ayah I tu lah, memekak betul la. I nak bercuti
tenangkan fikiran pun tak senang tau. I baru 3bulan dekat sana, dia dah suruh I
balik dah. I plan at least nak
bercuti selama 5bulan. Rosak mood percutian I tau.” luahnya bersama wajah
bengang. Ya, bengang dengan sikap ayahnya yang tidak habis-habis mahu menganggu
privasinya.
“Memang patut pun ayah you bising suruh you balik
awal. Eh, you sedar tak you tu dah lah tak kerja. Lepas tu nak bercuti sampai
5bulan dekat Paris, siapa tak marah? Yang you habiskan tu, duit daripada hasil
penat lelah ayah you cari rezeki. You tak rasa bersalah ke?”
“I nak rasa bersalah buat apa? Itu kan memang
tanggungjawab ayah I, bagi duit belanja dekat I.” balasnya selamba seperti
orang tidak bersalah.
“Tanggungjawab kepala otak you la! You tu dah
dewasa, dah boleh cari duit poket sendiri. You dah 27tahun dah Adra. Apa you
fikir usia you macam ni, waktu untuk you main-main lagi ke?”
“I nak terangkan dekat you satu perkara ni. Kalau I
tak kerja dekat syarikat ayah I, syarikat tu tak akan bankrupt lah, sebab ayah
I kan ada. So I fikir, buat apa lah yang I nak buang tenaga kerja sedangkan I
tahu, setiap bulan ayah I lebih daripada mampu nak tanggung hidup I.” Ezzaidi
menggeleng beberapa kali mendengar bicara selamba gadis itu.
“You boleh cakap macam ni sebab ayah you masih hidup,
masih kuat lagi nak uruskan bisness dia. Tapi cuba lah you fikir bila ayah you
dah tak ada nanti, you nak makan apa? Pasir?”
“I tengah cerita tentang sekarang, ayah I belum mati
lagi lah. I tak perlu nak risau apa-apa selagi ayah I masih lagi larat nak kerja.
Nanti bila perkara yang you cakapkan tu terjadi, baru lah I fikir I nak kerja
ke tak.”
“Daripada awal I kenal you sampai la sekarang, satu
je yang tak pernah berubah. You ni kalau cakap tak fikir dulu tau, you main
cakap je ikut sedap mulut you. You fikir la sikit yang ayah you semakin hari,
semakin tua. Tak larat nak uruskan seorang diri. Jangan nak ego sangat boleh
tak Adra? You fikir dekat dunia ni, apa yang you nak, you akan dapat ke?” Nada
suaranya sudah berubah intonasi. Geram sungguh melihat sikap sambil lewa gadis
itu.
“I nak kerja, I bukan tak nak kerja. Tapi ayah I tak
bagi. Kesudahannya, I tak payah la kerja sampai bila-bila.”
“Ayah you tak bagi you jadi model bersebab, dia tak
nak you bazirkan masa you dengan pekerjaan yang hanya seronok masa muda je.
Nanti bila you dah tua, you nak makan apa? Lagipun I setuju dengan ayah you,
buat apa yang nak habiskan masa you kerja dengan orang lain sedangkan you boleh
tolong family you?”
“I nak jadi model, itu impian I dari kecil lagi.
Kalau ayah tak bagi I jadi model, tak apa. Tapi jangan harap lah I nak dengar
cakap dia supaya kerja dengan dia. Wafa ada, boleh tolong dia. Lainlah kalau
Wafa tak ada.” Adra Sofia menutup komputer ribanya lalu dia membuang pandang ke
arah jalan raya. Bukan dia sengaja mahu menafikan apa yang diperkatakan oleh
rakan baiknya, namun dia sendiri tidak mampu untuk mengubah dirinya supaya
mendengar kata dan telunjuk orang lain.
“Ikut suka you lah, hidup you, masa depan you,
pandai-pandai lah you tentukan.”
“Good! You tak payah lah masuk campur urusan I, I tak
suruh you sibuk hal I pun.”
“Eleh, bila you ada masalah, muka I jugak yang you cari.
Itu namanya you tak nak I sibuk hal you ke?” jerkah Ezzaidi dengan nada sinis.
Jarang sekali masalah yang dihadapi oleh Adra Sofia tidak diketahui olehnya.
Walaupun Ruzail sendiri adalah teman lelaki gadis itu, tetapi dia lebih banyak
menghabiskan masanya dengan gadis itu.
“You nak merungut sebab I selalu cari you bila I ada
masalah? Okey, lepas ni I tak akan cari you lagi.”
“Okey, I nak tengok sejauh mana you boleh tunaikan
kata-kata you tu.” balas Ezzaidi lalu dia menyisip sedikit green tea yang sudah
lama sampai di meja makan itu.
“Ezzaidi, you boleh ke hidup tanpa I?”
“You sepatutnya tanya soalan tu, dekat diri you
sendiri.”
“Apahal pulak I? I ada Ruzail, kalau you tak ada
sekalipun, I tak rugi apa-apa pun.” bicara gadis itu dengan angkuhnya. Ezzaidi
sudah mengetap bibirnya menahan geram.
“Walaupun you ni ego yang terlampau sangat, tapi I
tetap rasa yang setiap hari, I nak tengok muka you.” Adra Sofia tersenyum
kemenangan. Puas hatinya kerana dia masih dapat bermegah dengan egonya.
“Auch, you dah boleh pergi dapur dan siapkan spaghetti
untuk I.”
“Sekejap lagi lah, I nak tanya you sikit ni. Bila
you sampai sini?”
“Semalam lah, kenapa?”
“Tak ada apa. Kenapa you tak bagitahu I supaya
jemput you dekat airport? Siapa yang ambil you semalam?” ujarnya yang
sememangnya mengambil berat terhadap Adra Sofia.
“Boyfriend I lah, siapa lagi.”
“You cakap Ruzail selalu busy dan tak ada masa untuk you. Ni mesti you paksa dia ambil you
dekat air port kan?” soalnya sambil mengecilkan biji matanya. Bukan baru sehari
dua dia mengenali Adra Sofia. Semua perangai buruk dan tabiat gadis itu dia
sudah hadam.
“Of course, kalau I tak ugut dia untuk putus dengan I, memang
susah la nak jumpa dia. I pun tak tahu lah apa yang dia terlalu sibuk dengan
kerja dia tu. Macam orang tak ada life.”
“You tu yang tak ada life sebenarnya, setakat lulusan universiti luar negara tapi
menganggur dah dekat 2tahun, tak guna jugak Adra. Lebih baik you bakar aje certificate study you tu.”
“Ezzaidi, you
better watch your mouth!” tengking Adra kerana bengang dengan kata-kata
pedas lelaki itu.
“Kalau mulut I ni taraf longkang, mulut you lagi
busuk dan hanyir dari mulut I. Okey la, I masuk dapur dulu, nanti I akan
bawakan menu spesial untuk you.” Adra Sofia hanya melihat langkah kaki yang
diatur oleh Ezzaidi untuk masuk ke dapur. Itu adalah perkara biasa apabila
mereka bertemu, mereka pastinya akan bertikam lidah sesama sendiri. Namun,
hubungan mereka berdua tetap akrab kerana mereka sudah memahami perangai antara
satu sama lain.
****
Fuze Club yang terletak di Ibu Kota metropolitan itu
menjadi destinasi Adra Sofia berhibur pada malam itu. Dia mengenakan skirt
pendek yang hanya menutupi sebahagian daripada pehanya. Skirt yang dipakainya
juga jarang dan mengikut warna kulitnya. Dulu dirinya tidak berani untuk
menjejakkan kaki untuk masuk ke mana-mana kelab malam. Entah mengapa, semenjak
dia mengenali seseorang, dia rajin untuk berhibur disitu kerana dia merasakan
mindanya tenang daripada segala masalah.
“Why lambat ni? You tak tahu ke I dah tunggu you lama?
You ingat I ada masa ke nak tunggu you lama-lama?” Adra Sofia bersuara sedikit
kuat kerana suasana di dalam kelab itu yang agak bingit dengan muzik yang
dimainkan. Lelaki yang dinanti-nantikan muncul juga setelah setengah jam dia
menanti.
“Sorry lah sayang. Anak I sakit tadi, I kena bawa dia
pergi klinik dulu. Itu yang lambat sikit jumpa you ni.” Nazhan segera mengambil
tempat disebelah Adra Sofia. Wajahnya kelihatan sedikit keletihan kerana
bekejar kesana kemari.
“Do I care anak you sakit ke tak? You yang setuju nak jumpa I
pukul 8.30 malam ni, then you yang tak tepati janji you?” Adra Sofia menepis
tangan Nazhan yang mahu menjalar ke lehernya.
“Okey, I tak akan cakap pasal family I bila dengan you. Sorry
la sayang, I bukan sengaja. Lagipun I cuma terlewat setengah jam je kan,
bukannya I tak datang terus.”
“Kalau you tak datang terus, you jangan harap lah
you boleh jumpa I lagi lepas ni.” Tegas kedengaran dia memberi amaran.
Nazhan Dato’
Yusman merupakan kekasih gelapnya yang dikenali sejak beberapa bulan yang
lepas. Lelaki itu menyelamatkan dirinya ketika dua orang peragut cuba untuk
meragut beg tangannya. Sejak daripada insiden itu, mereka bertukar nombor
telefon dan hubungan mereka semakin akrab. Di luar pengetahuan Ruzail, Adra
Sofia menjalin hubungan dengan Nazhan. Dia juga tahu tentang status Nazhan
sebagai suami orang dan ayah kepada dua orang cahaya mata namun dia buat tidak
tahu sahaja.
“Okey, I janji dengan you yang lepas ni I akan
datang tepat pada waktunya. I tak akan buat you tertunggu-tunggu lagi. Sorry okey sayang?” Nazhan menyentuh
jemari Adra Sofia lalu dibawa ke bibirnya.
“Okey.” balasnya masih lagi dengan nada mendatar.
“Kalau kita check
in hotel, rasanya mesti you dah tak merajuk lagi kan?” Nazhan bersuara
nakal. Dia memandang wajah gadis di hadapannya dengan pandangan penuh minat.
Adra Sofia sememangnya memiliki raut wajah yang mampu menggetarkan naluri
lelaki yang melihatnya. Apatah lagi dengan penampilan gadis itu yang tidak
cukup kain, lagi lah sang lelaki tergugat melihatnya.
“Selama I dengan you, baru 3kali je you bawa I ke
hotel. Dah lama sebenarnya you tak bawa I masuk hotel, kenapa tiba-tiba ni?”
“I serabut sikit dengan papa I sebab dia desak I
untuk tolong syarikat mak tiri I yang hampir nak bankrupt. Memang tak lah I nak
tolong, dia punca mak I hilang kasih sayang daripada seorang suami. Sampai mati
pun I tak akan tolong dia.” cerita Nazhan sambil memicit kepalanya yang
tiba-tiba berdenyut.
“Tolong je lah, bukan susah pun. Lagipun, ayah you
sendiri kut minta tolong dekat you. Kesian lah dia, mesti dia tak sanggup nak
tengok isteri dia muflis.” Adra Sofia, kalau bab-bab menasihati orang lain, dia
memang handal. Tetapi apabila berhadapan dengan masalahnya sendiri, dia tidak
boleh berfikir secara rasional pula.
“Senangnya you cakap, kalau perempuan tu tak
hancurkan rumah tangga orang tua I, mungkin I tak kisah nak tolong atas dasar
ihsan sesama manusia. Tapi dia kejam sebab dia sengaja nak goda papa I.”
“So I pun kejam jugak
lah kan? Sebab I berhubungan dengan suami orang.” ujar Adra Sofia sambil
meneguk sedikit minuman vodka yang berada di atas meja kecil itu.
“Sayang, kenapa you minum ni? You nak mabuk? You nak
serahkan diri you dekat I ke?” soal Nazhan kehairanan. Jarang sekali dia
melihat gadis itu minum minuman haram itu.
“I stress
dengan orang tua I tu, tak habis-habis nak cari salah I. I ingatkan lepas I
balik sini, tak adalah diaorang nak cakap tentang hal kerja lagi. Tapi
rupa-rupanya ayah I tak mengalah untuk pujuk I. Sakit kepala I ni fikirkan.”
“You memang keras kepala kan? I tak rasa permintaan
ayah you tu melampau. Dia bukan paksa you kahwin ke paksa you jadi perempuan
simpanan ke yang you nak marah dia sampai macam ni. Suruh kerja je sayang, itu
pun you susah nak buat?” Nazhan menghabiskan air arak yang tinggal separuh di
dalam cawan yang diminum oleh kekasihnya.
“Susah okey susah. Dah lah, I datang sini nak jumpa
dengan you sebab nak enjoy. I nak
lupakan semua masalah yang ada. I nak happy
dengan you Nazhan.” Adra Sofia menyentuh wajah ceria Nazhan dengan hujung
jarinya. Tidak lama kemudian, tangan Nazhan sudah mula melingkar di perut gadis
itu. Adra Sofia turut membalas renungan nakal lelaki itu dengan mendekatkan
bibirnya dengan bibir lelaki itu.
“I rasa better kita check in hotel sebelum you hilang kawalan.” bisik Nazhan perlahan
di telinga gadis itu.
“Tapi syaratnya, you tak akan dapat takluki seluruh
diri I Nazhan. Sekadar atas katil, bukan untuk I serahkan segala-galanya yang I
ada untuk you.” ujarnya mengingatkan kembali tentang syarat pertama yang
dikemukakan kepada lelaki itu saat mereka pertama kali menjejakkan kaki ke
hotel. Adra Sofia masih sedar yang dia perlu menjaga maruah dan mahkota
dirinya. Dia tidak akan sesekali menyerahkan dirinya kepada lelaki yang bukan
halal untuknya.
“I tak kisah. Asalkan I boleh spent time dengan you sampai ke subuh. Come, baby…” Nazhan yang sudah mula rasa pening menarik tangan Adra
Sofia dalam keadaan sedikit terumbang-ambing.
“You boleh jalan tak ni sayang? Kenapa you pergi
teguk sekali air tu? Kan dah dua-dua pening.”
“Boleh sayang, jom…” ujarnya yakin lalu mereka
berdua segera meninggalkan kelab itu.
No comments:
Post a Comment