Bagasi
Hush Puppies berwarna merah jambu ditarik
perlahan. Langkah kaki yang di atur juga tidak terlalu tergesa-gesa. Dia baru
sahaja pulang daripada bercuti di Paris seorang diri. Dari jauh dia sudah
mengulum senyum apabila matanya tertancap pada seorang jejaka yang sedang
menanti seseorang bersama sejambak bunga di tangan kanannya.
“Sayang!
I miss you!” Sebuah kucupan mesra
dihadiahkan buat lelaki yang setia menanti dirinya. Lelaki itu turut membalas
dengan menghadiahkan kucupan kasih di dahi wanita itu.
“I miss you more darling.
Lain kali pergi lah bercuti tanpa I, biar you tanggung rindu you tu sorang
diri.”
“Hei,
I bukan tak ajak you teman I bercuti dekat Paris. I ajak banyak kali okey! Tapi
you tu yang asyik sibuk sangat dengan kerja. Salah I ke?” Gadis itu sudah
memuncungkan bibirnya tanda protes dengan kata-kata si jejaka yang sengaja mahu
mencari pasal dengan dirinya.
“You
ni kenapa nak marah-marah ni sayang? I gurau je kut. Itu pun nak ambil hati?”
bidas Ruzail, tetapi dengan nada perlahan. Apabila bersama dengan gadis itu,
sukar untuknya berkasar kerana dia terlalu menyanyangi wanita itu.
“I
rindu dekat you lah. You tak sibuk ke hari ni?” soalnya sambil memaut pinggang
Ruzail. Mereka sedang berjalan beriringan untuk keluar menuju ke arah kenderaan
milik Ruzail.
“Kalau
I sibuk, tak kan lah I boleh ada depan mata you. I saje ambil cuti hari ini,
malas lah nak masuk ofis.”
“Why?
You ada apa-apa masalah dekat ofis ke?”
“Ada.
Terlalu banyak.” ujar lelaki itu dengan wajah yang serius.
“Masalah
apa? Kalau ada masalah yang you kena selesaikan, pergi lah settle kan dulu. I boleh balik sendiri.” Adra Sofia sudah
meleraikan pelukan di pinggang Ruzail. Dia menarik bagasinya dan mengatur langkah
pantas untuk meninggalkan lelaki itu di belakang.
“Hei…
You cepat-cepat ni, nak ke mana?” soal Ruzail. Bukan dia tidak tahu gadis itu
merajuk dengan dirinya kerana sejak kebelakangan ini dia terlalu sibuk dengan
urusan di syarikat arwah ayahnya sehingga masa bersama gadis itu seakan-akan
semakin tiada.
“I
nak balik sendiri. You kan banyak sangat kerja yang perlu you selesaikan? Pergi
lah masuk ofis tu. Nanti terlepas pulak
projek berjuta-juta ringgit.”
“Kan
I dah cakap tadi, I memang tak masuk ofis hari ini. I memang saje ambil cuti
sebab nak jemput you balik dekat airport
ni. You jangan la nak merajuk macam ni, tak kesian dekat I ye?” Ruzail berdiri
betul-betul di hadapan gadis itu sambil merenung bebola mata Adra Sofia
sedalam-dalamnya. Tuhan saja yang tahu betapa dia merindu gadis yang sudah
menjadi kekasihnya sejak 3tahun yang lalu.
“Ingat
rule I, kalau keluar dengan I. Jangan
cakap soal kerja.”
“I
tak cakap apa-apa pun, you yang tanya I tadi kan.” ujar Ruzail yang sememangnya
tidak bersalah.
“Whatever.”
balas Adra Sofia dengan mudahnya. Dia memang begitu, tidak pernah mahu mengakui
kesilapannya sendiri.
“Okey,
disebabkan you dah lama tak keluar dengan I. Apa kata untuk hari ini, kita spent time sama-sama. I tak kisah satu
hari ni, I dengan you berjalan pusing satu Kuala Lumpur ni pun tak apa.”
“Nak
kemana?” soalnya kembali.
“Kawan
I bagitahu tadi, dekat Pavillion sekarang tengah berlangsung KL Fashion Week
tau. You nak tak kalau I bawa you ke sana?” soal Ruzail bersama wajah ceria.
Dia tahu apa yang boleh dia lakukan untuk memujuk kekasihnya itu yang terlalu
gilakan dunia fesyen.
“Seriously?
I tak dengar apa-apa pun?” soal Adra Sofia dengan nada tidak percaya.
Entah-entah Ruzail sengaja mereka cerita hanya kerana mahu memujuk dirinya.
“Terserah
pada you lah nak percaya ke tidak. You boleh check dekat internet.” ujar Ruzail seraya berpeluk tubuh.
“Hmm…
Okey, I percaya kan you. You lebih tahu apa yang I suka dan apa yang I tak suka
kan?”
“That’s my girl.
I minta maaf sebab I selalu sangat abaikan you, selalu tak ada masa untuk you.
Tapi hari ini I janji, diri dan jiwa I memang sepenuhnya I serahkan untuk you.”
Ruzail bersuara romantis lalu dia menggengam erat jari-jemari kekasihnya.
“You
memang pandai sangat kalau nak buat I tersenyum semula, kan?” Adra Sofia
tersenyum manis menyerlahkan kedua-dua belah lesung pipitnya.
“Of course,
sebab itulah I jadi boyfriend you,
sayang.” bisiknya di telinga gadis itu lalu mereka berdua berjalan untuk menuju
ke ruangan parking kenderaan.
*****
Suasana di Villa milik Dato’ Haslan kelihatan tenang
dan mendamaikan pada petang itu. Setiap hujung minggu, dia sering menghabiskan
masanya untuk berehat di laman rumahnya. Air terjun kecil di laman mini
rumahnya yang didekorasi khas mengikut kehendak dan cita rasa isterinya turut
mendamaikan dan menenangkan fikirannya untuk merehatkan minda.
“Abang, fikir apa tu?” Datin Zureen yang baru sahaja
pulang dari membeli-belah bersama anak perempuannya segera menyapa suaminya
yang sedang termenung seorang diri.
“Reen, baru balik ke? Abang ingatkan Reen keluar
makan malam sekali dengan Wafa. Awal balik?” soal Dato Haslan kehairanan.
Hairan juga dia kerana isterinya jikalau sudah keluar rumah untuk bershopping,
susah untuk pulang awal ke rumah melainkan apabila dia menggesa supaya
isterinya pulang segera.
“Sebab apa yang saya nak, dah jumpa dah. Itu yang
balik awal tu.”
“Mama, ayah, Kak Adra dah balik!” Wafa yang keluar
semula ke laman mini di luar rumahnya menjerit kegirangan apabila melihat
kakaknya dihantar pulang oleh seseorang.
“Eh? Awalnya dia balik?” soal Datin Zureen dengan
nada tidak senang.
“Abang paksa dia balik awal, nak buat apa lama-lama
dekat tempat orang? Bukan dia bercuti dengan sesiapa pun. Risau pulak biarkan dia bercuti seorang diri
dekat sana.”
“Hello ayah!” Adra Sofia segera mendapatkan ayahnya lalu
disalam tangan tua ayahnya. Datin Zureen yang berada di hadapan ayahnya hanya
dipandang dengan pandangan bersahaja tanpa berniat untuk bersalaman dengan
wanita itu.
“Akak! Cepatnya balik, apa kes?” soal Wafa sambil
tayang wajah pelik. Semalam sewaktu dia berhubungan dengan kakaknya di laman
sosial twitter, tiada pula kakaknya mengatakan bahawa hari ini dia mahu pulang
ke tanah air.
“Ayah ni la, kecoh sangat suruh akak balik awal. Tak
puas bercuti dekat sana tahu tak.”
“Kalau tak puas, kenapa tak duduk je dekat sana
terus? Bukan selalu ke, Adra tak nak dengar cakap ayah? Ni kenapa tiba-tiba nak
ikut cakap ayah pulak ni?” soal Datin
Zureen dengan nada sinis. Rosak moodnya untuk menghabiskan masa bersama
suaminya pada petang itu apabila anak sulung suaminya tiba-tiba pulang ke
rumah.
“Suka hati la, nak ikut cakap ayah ke, nak ikut
cakap siapa-siapa pun. Adra kacau mama ke? Rasanya tak kut, Adra duduk dalam
rumah ni pun, tak pernah kacau mama. Jangan risau, malam nanti Adra nak keluar.
Tak mungkin mama akan hadap muka Adra 24 jam dekat rumah ni.” Adra Sofia
membalasnya dengan nada sinis juga. Apalah orang tua ini mahu. Sudahlah dia
penat baru pulang dari jauh, wanita itu seperti mahu mencari masalah dengan
dirinya pula.
“Apa ni? Adra baru je balik. Dah nak bertekak. Wafa,
suruh Mak Nah bancuhkan air milo dengan goreng keropok lekor.” Dato’ Haslan
segera bersuara sebelum isterinya sempat membalas kata-kata Adra Sofia.
“Ayah sendiri nampak kan? Bukannya Adra yang cari
pasal, tapi isteri kesayangan ayah yang tak boleh tengok Adra bahagia.”
“Mama tanya je, mama tak ada niat nak sakitkan hati
Adra pun. Kalau rasa sakit hati tu, pandai-pandai lah tanggung sendiri.”
“Zureen, dah lah. Apa yang awak nak bergaduh dengan
Adra ni? Kita ni dah 3bulan tak jumpa dia. Sudah-sudah la awak nak marahkan
dia. Kalau nak ikutkan, saya lagi sakit hati dengan perangai dia yang suka
habiskan duit saya. Syarikat tu, saya yang usahakan seorang diri selama ni.
Awak tu duduk je dekat rumah, jangan lah nak mengamuk tak tentu pasal.”
Adra Sofia sudah mengulum senyum dalam diam. Puas
hatinya apabila ayahnya tanpa perlu disuruh sudah membela dirinya. Hubungannya
dengan Datin Zureen agak renggang sejak beberapa tahun yang lepas. Ini semua
berpunca apabila dia enggan mengambil alih perniagaan ayahnya. Adra Sofia tidak
berminat untuk meneruskan legasi perniagaan yang diusahakan oleh ayahnya. Datin
Zureen beranggapan anak tirinya itu hanya tahu menyusahkan suaminya sahaja.
Adra Sofia sudah menamatkan pelajarannya sejak dua tahun yang lepas. Namun
selama tempoh itu dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk bekerja di
syarikat ayahnya ataupun mencari kerja untuk menanggung dirinya sendiri. Dia
lebih suka menghabiskan duit bapanya tanpa mahu usaha sendiri.
“Saya ni cuma nak bagi nasihat je. Abang jangan nak
manjakan dia sangat. Sampai bila bang? Kalau si Wafa tu, abang suruh dia dengar
cakap abang. Boleh pulak abang
bertegas dengan dia, dengan si Adra ni tak boleh? Wafa pun anak abang jugak
tau.”
“Wafa tu dengar kata, tak banyak kerenah. Saya tak
pernah paksa dia pun untuk tolong saya dekat syarikat tu, saya cuma harapkan
dia untuk kerja dekat sana. Bila dia setuju, syukur ALHAMDULILLAH. Tak adalah
saya terbeban sangat.” jelas Dato’ Haslan yang tidak mahu isterinya salah
faham. Dia tidak pernah membezakan kasih sayangnya terhadap dua orang puterinya
itu. Dua-dua adalah darah dagingnya juga.
“Ni kamu balik sini ni, ada niat nak kerja dekat
Aloha Holding ataupun tidak?”
“Tak ada langsung.” balas Adra Sofia dengan penuh
selamba. Dato’ Haslan sudah menggeleng. Apalagi yang harus dikatakan, anak
sulungnya itu keras kepala sungguh.
“Tengok la perangai anak kesayangan abang ni. Mana
saya tak marah, tak nak kerja, tapi siang malam keluar berjoli. Dia ingat Wafa
dengan abang mati-matian uruskan syarikat tu, semata-mata nak biarkan dia hidup
senang tanpa berusaha? Macam tu ke?”
“Sayang, abang rasa soal syarikat ni biarlah abang
yang selesaikan sendiri dengan Adra. Sebab ni syarikat milik keluarga arwah
Raziah. Abang hanya tolong uruskan je. Apa-apa pun abang kena bincang dengan
Adra, sayang tak perlu lah masuk campur.” Dato’ Haslan memujuk lembut isterinya
supaya tidak ikut campur.
Ya, Aloha Holding merupakan syarikat milik keluarga
arwah isteri pertamanya, iaitu ibu kandung Adra Sofia. Dia hanya menjalankan
tugas dan amanah yang telah dititipkan kepada dirinya oleh arwah bapa
mertuanya. Semasa hayat Raziah, isterinya itu tidak pernah ikut campur tentang
urusan syarikat. Semuanya diserahkan kepada dirinya untuk menguruskan syarikat
itu.
“Ayah, mama. Tak payah la nak gaduh pasal Adra lagi.
Adra dah buat keputusan yang Adra memang tak akan kerja dengan ayah. Biar lah
Wafa yang jadi CEO. Mesti mama suka kan?” soalnya sambil mengangkat kedua-dua
belah keningnya.
“Kalau ikutkan hati mama ni, memang dah lama dah
mama suruh ayah lantik Wafa jadi pemangku CEO. Tapi disebabkan itu syarikat
milik arwah mak kamu, mama tak nak la ambil hak orang. Mama tak pernah benci
Adra, cuma mama tak suka bila Adra asyik melawan cakap ayah, tak hormatkan ayah
sebagai ayah Adra. Kalau arwah Ibu Adra tahu, mesti dia pun sedih.” Datin
Zureen meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Dia tidak membenci anak tirinya
itu. Sebelum ini hubungan mereka berdua baik-baik sahaja. Namun sejak Adra
Sofia mula bersikap liar dan sukar untuk dikawal, dia jadi marah setiap kali
berhadapan dengan gadis itu. Sikap liar gadis itu merunsingkan hati suaminya,
dia juga ikut tertekan.
“Do I freaking
care, mama? Nak jadi apa
dengan syarikat tu, Adra tak pernah kisah lah. Arwah ibu pun dah tak ada. Buat
apa yang kita sibuk nak ikut sangat wasiat arwah ibu? Bukannya dia tahu pun.”
“Adra! Kalau bercakap tu, gunakan akal fikiran boleh
tak? Cakap macam orang tak pergi sekolah! Wasiat tu perlu ditunaikan, itu
permintaan arwah ibu sebelum dia pergi. Dia nak sangat tengok kamu mewarisi
dunia perniagaan. Apa yang susah sangat nak penuhi permintaan arwah ibu?” Dato’
Haslan sudah mula panas hati mendengar bicara anaknya yang tidak berfikir
panjang itu.
“Susah la sebab Adra tak minat langsung dan Adra tak
tahu-menahu tentang selok-belok dunia perniagaan.”
“Wafa pun tak minat jugak, cita-cita dia dari dulu
lagi nak jadi peguam. Tapi dia korbankan cita-cita dia sebab nak tolong ayah
kamu. Adra, ayah kamu ni selalu sangat sakit dan tak sihat. Fikir la sikit
pasal dia, jangan nak ikut kehendak kamu je. Fikir sikit jasa ayah selama ni.”
marah Datin Zureen, namun nadanya masih lagi terkawal.
“Sebab Adra bukan Wafa. Tak payah nak compare Adra dengan dia la. Dah terang
lagi bersuluh kitaorang memang berbeza dan Adra tak akan boleh nak ikut macam
apa yang Wafa buat. Adra tak pandai la nak puaskan hati semua orang.”
“Ayah bagi Adra masa, tolong fikirkan semula tentang
apa yang ayah cakapkan. Jangan main-main dengan ayah. I can do anything if I want. Masa tu ayah dah tak fikir yang Adra
ni anak ayah ke tidak. Fikir dengan akal, jangan bertindak tak matang.” Dato’ Haslan
segera berlalu selepas selesai menyampaikan kata-kata itu. Sudah puas dia
memujuk Adra Sofia supaya bekerja dengan dirinya, tetapi anak gadisnya itu
tidak pernah memberikan respon yang baik setiap kali dia ingin berbincang
tentang perkara itu.
“Sebab tu la malas nak balik rumah. Serabut tahu tak
semua orang dalam rumah ni!” bentak Adra Sofia lalu dia segera menapak masuk ke
dalam rumah. Seperti yang sudah dia jangka, dia pulang sahaja ke rumah itu,
pastinya dirinya akan bertengkar dengan ayah dan mamanya.
****
Majalah Jelita keluaran bulan ini dibaca dengan
penuh minat. Adra Sofia memang gemar menghabiskan masanya dengan membaca
majalah yang memaparkan beberapa kisah tentang dunia fesyen. Dirinya yang
terlalu mencintai dunia fesyen dan bercita-cita untuk menjadi seorang model
yang terkenal terpaksa melupakan hasratnya kerana bapanya tida pernah merestui
cita-citanya itu.
Pintu biliknya dikuak perlahan dari luar. Tanpa
mengetuk pintu terlebih dahulu, Wafa melangkah santai untuk masuk ke dalam
bilik kakaknya.
“Kau ni dah kenapa Wafa? Tak reti nak ketuk pintu
ke? Apa kalau kau ketuk pintu, jari kau patah ke?” soal Adra Sofia dengan wajah
masam. Pantang betul apabila sesiapa sahaja menganggu privasi dirinya. Wafa
tidak terasa hati dengan bicara kasar kakaknya kerana dia sudah terbiasa dan
memahami sikap Adra Sofia memang begitu.
“Haah kak. Jari ni boleh patah tau kalau ketuk pintu
bilik akak, ye la, keras gila kut pintu bilik ni. Macam hati akak jugak.”
balasnya selamba lalu dia turut menyertai kakaknya yang sedang berbaring di
atas katil.
“Wafa ni nak apa? Nak sambung membebel macam mama
dengan ayah? Kalau Wafa nak cakap pasal syarikat, pasal bisness, lupakan je lah
ye? Sebab akak rasa sampai mati pun, akak tak akan kerja dekat situ.”
“Akak ni kenapa? Kan itu syarikat arwah ibu akak,
akak tak sayang langsung ke? Pelik la akak ni. Kalau orang lain, bermati-matian
tau nak pertahankan harta dia. Tapi akak ni, tak kisah langsung pun kan?” Wafa
juga hairan dengan sikap pelik kakak tirinya. Kakak tirinya itu bukan sahaja
tidak mahu bekerja di Aloha Holding, tetapi wanita itu turut tidak mahu ambil
tahu tentang apa yang terjadi dalam syarikat itu. Walhal ibunya sudah
mewariskan syarikat itu kepada Adra Sofia.
“Syarikat korporat je pun. Bersepah la syarikat
macam Aloha Holding tu dekat luar sana. Nak hairan buat apa?”
“Memang la bersepah, tapi itu syarikat orang lain.
Ini syarikat tradisi keluarga akak tau. Kalau nak ikutkan, Wafa ni tak berhak
pun nak ambil-alih syarikat tu. Kalau setakat kerja dekat situ dan tolong ayah
sikit-sikit tu boleh lah. Selebihnya, tanggungjawab akak tau.”
“Wafa, kalau arwah ibu akak tinggalkan syarikat
modelling, itu baru akak akan ambil-alih. Wafa sendiri tahu kan akak memang tak
boleh paksa diri akak kalau memang akak tak suka? Once I said no, means no. Ayah dengan mama tu tak pernah nak faham
kehendak akak.” Adra Sofia bersuara seolah-olah berjauh hati. Mengapa lah
begitu susah untuk membuat ayah dan mamanya mengerti tentang keinginannya yang
satu itu.
“Ye… Wafa tahu, Wafa bukan nak pressure akak. Tapi akak fikir la sikit pasal ayah. Ayah
mengharapkan akak setuju untuk kerja dekat sana tau.” pujuknya dengan lembut.
Hubungannya dengan kakak tirinya sememangnya akrab sejak kecil lagi. Perbezaan
jarak umur antara mereka berdua hanya dipisahkan dengan angka masa 3 tahun.
Mereka membesar sama-sama kerana selepas Dato’ Haslan bernikah dengan Datin
Zureen, dia membawa isteri keduanya itu untuk tinggal bersama-sama dengan arwah
Raziah dan juga Adra Sofia. Hubungan Datin Zureen dengan arwah isteri pertama
Dato’ Haslan juga baik-baik saja dan mereka tidak pernah bermasam muka. Arwah
Raziah menerima kehadiran Datin Zureen dalam hidup suaminya dengan hati yang
terbuka.
“Akak memang macam ni Wafa, akak tak boleh nak ubah
diri akak. Akak buat keras kepala macam ni bukan sebab akak tak sayang ayah
dengan mama. Walaupun sekarang ni mama selalu sangat cari pasal dengan akak,
tapi akak tetap sayangkan mama sebab mama jaga akak dari kecil lagi. Mana
mungkin akak tak sayang diaorang.” Adra Sofia bersuara dengan nada tenang.
Arwah ibunya dijemput Ilahi ketika dia baru berusia 5tahun, kerana menghidapi
barah otak. Dia sudah kehilangan kasih sayang daripada ibu kandungnya sejak
kecil lagi. Datin Zureen lah yang menggantikan tempat arwah ibunya dan dia
dijaga dengan penuh kasih sayang. Bukan dia tidak tahu Datin Zureen rindukan
dirinya yang dulu, yang selalu mendengar kata dan tidak menggusarkan hati kedua
orang tuanya.
“Hmm… Kalau akak sayang diaorang, mesti akak boleh consider dengan permintaan diaorang.
Bukan susah pun kak, gantikan tempat ayah dalam syarikat tu. Kalau akak nak
cakap yang akak tak tahu apa-apa dalam bidang bisness, Wafa pun macam tu jugak.
Wafa baru je 6bulan kerja dekat situ. Awal-awal memang susah, tapi lama-lama
nanti akak dah terbiasa. Mesti akak tak akan merungut dah.”
“Malas la. Tahu tak malas tu apa? Dah lah, nak
tidur. Pergi la tidur, esok kan awak ada meeting.”
“Macam mana akak boleh tahu Wafa ada meeting esok?” soalnya hairan.
“Terdengar perbualan Wafa dengan ayah tadi. Dah dah,
jangan nak sambung membebel okey. Telinga akak ni dari siang tadi, dah puas dah
berdesing dengan bebelan ayah dan mama. Wafa jangan nak tambah pulak eh.” Dia segera memberi arahan
supaya adiknya berhenti berbicara tentang soal syarikat. Sudah naik jemu dia
mendengar nasihat yang sama.
“Ye la, tak cakap pasal tu lagi. Kejap la akak.”
Wafa menarik selimut yang sudah menutup sebahagian daripada tubuh Adra Sofia.
“Ish! Wafa nak apa?”
“Mana barang-barang yang Wafa kirim tu? Akak belikan
tak?” Tujuannya masuk ke dalam bilik kakaknya adalah kerana mahu bertanyakan
tentang barang-barang yang dia kirim sewaktu kakaknya bercuti di Paris.
“Oh! Akak pun hampir lupa. Mesti la beli, kalau tak
nanti bising pulak.”
“Mana? Bawa balik tak?” soalnya apabila Adra Sofia
masih lagi tidak bangun dari katilnya.
“Yes! Akak baru teringat, barang-barang yang Wafa kirim
tertinggal dekat dalam kereta Abang Ruzail. Minggu depan akak bagi okey!” ujar
Adra Sofia lalu dia segera mematikan lampu tidurnya.
“Akak ni! Lamanya nak tunggu minggu depan. Ambik esok tak boleh ke?”
“Tak boleh sebab Abang Ruzail tu kan sibuk je
memanjang. Dah lah, tak reti nak tidur ke?”
“Ye la ye la... Nak tidur la ni. Semoga mimpi alien
kepala dua kak!” Wafa menjerit sekuat hatinya di telinga kakak tirinya. Adra
Sofia terkejut bukan kepalang. Spontan dia mencampak bantal peluk yang sedang
dipeluknya ke muka Wafa.
“Bertuah punya adik!”
P/S : Hi Readers, saya comeback dengan cerita baru, harap terhibur dengan bab terawal ni. :)
No comments:
Post a Comment