Nedzrish menghabiskan masanya pada petang itu dengan
bersiar-siar di tepi pantai. Dia memilih Danga Bay untuk merehatkan fikirannya.
Dia bukanlah seorang manusia yang gemar untuk berada di dalam acara seperti
itu. Kalau ditanya mengapa dia rela hati membantu isterinya dengan menjadi
bidan terjun sebentar tadi, dia tidak punya alasan untuk diberikan.
“Awak dekat sini rupanya. Puas saya cari awak.”
Qalish Audrina menyapa suaminya yang sedang berpeluk tubuh menghadap pantai.
“Dah tu mana kau tahu aku ada dekat sini?”
“Staff saya bagitahu yang awak ada dekat sini. Saya
cari awak dekat luar tapi awak tak ada. Bila saya masuk mall semula, baru lah Sofi bagitahu saya yang awak ada pesan dekat
staff saya awak ke sini.” Ujarnya panjang lebar.
“So salah
kau lah sebab tak nak bertanya.” Mudah sahaja jawapannya.
“Mana lah saya tahu awak ada pesan dekat diaorang.
Awak pun blah macam tu je tadi, tak
cakap apa-apa pun dengan saya.” Ujarnya membela dirinya. Nedzrish adalah
seorang manusia yang gemar menyalahkan Qalish Audrina dalam semua perkara.
Semuanya salah isterinya.
“Macam mana aku nak cakap dengan kau. Tadi kau
sendiri sibuk dengan kawan-kawan kau. Aku nak buat apa kat situ lama-lama? Aku
keluar lah.”
“Sorry….
Sebab tak layan awak tadi.” Tuturnya ikhlas.
“Ni event
dah habis ke?” Soalnya walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya. Masakan
Qalish Audrina meninggalkan acara dan
kesini semata-mata untuk mencarinya.
“Dah lah awak. Kalau tak, tak adaa maknanya saya ada
dekat sini.”
“Kalau kau datang sini sebab nak cakap terima kasih
dekat aku sebab dah tolong kau tadi, kau simpan je lah terima kasih kau tu. Aku
ikhlas.” Ujar Nedzrish tanpa memandang ke arah isterinya.
“Mana boleh. Saya tetap nak cakap terima kasih
sangat-sangat dekat awak sebab awak tolong selamatkan keadaan. Kalau awak tak
ada tadi, saya tak tahu lah apa jadi. Thank
you, so much.” Ujarnya terharu. Ya, terharu dengan apa yang dilakukan oleh
Nedzrish meskipun lelaki itu sering mencari gaduh dengannya, tetapi lelaki itu
ada kala dia dalam kesusahan.
“Apa benda yang kau nak terharu sangat ni? Apa yang
aku buat tadi tu orang lain pun boleh buat lah. Kalau kau suruh pakcik tukang
sapu jadi model kau, dia pun boleh buat apa.” Ujar Nedzrish yang tidak mengerti
mengapa isterinya begitu terharu dengan apa yang dilakukannya. Inilah orang perempuan,
semua benda nak terharu.
“Awak ni, ada pulak
nak suruh pak cik tukang sapu jadi model saya.” Ujar Qalish Audrina sambil
tergelak mendengar jenaka suaminya.
“Betul lah, bukan susah sangat pun. Jalan je lah,
lepas tu buat muka macho sikit. Dah
siap. Tak sampai berapa minit pun duduk kat atas stage tu. Senang apa.” Ujar Nedzrish lalu dia melabuhkan duduk di
atas pasir. Qalish Audrina turut mengikut apa yang dilakukan oleh suaminya.
“Bukan senang lah. Kena ada pengalaman. Bukan
sembarangan orang boleh jadi model.” Dia membetulkan pandangan suaminya.
“Aku tak ada pengalaman apa-apa pun dalam dunia
model ni. Tapi tadi aku jalan okay je kan? Kalau tak macam mana kau boleh
menang? Kan?”
“Macam mana awak tahu saya menang?” Soal Qalish
Audrina dengan nada yang sangat terkejut. Dia sendiri tidak sempat untuk
memberitahu Nedzrish tentang itu. Bagaimana suaminya boleh tahu pula?
“Well.
Bukan susah sangat pun. Sofi kan ada.”
“Mana pulak
awak dapat nombor telefon Sofi?” Soalnya lagi. Bertambah berkerut dahinya.
“Kalau aku minta cara baik dengan kau nombor dia.
Mesti kau tanya macam-macam kat aku kan? Perempuan biasalah. Cemburu tak
bertempat.” Ujarnya selamba mengutuk isterinya. Semalam sewaktu isterinya
sedang lena, dia mengambil telefon bimbit isterinya lalu dia menyalin nombor
Sofina. Bukan apa, senang kalau ada apa-apa nanti.
“Apa yang awak melalut ni? Tak pernah terlintas pun
lah saya nak cemburu pasal awak dengan Sofi. Lagipun bukan Sofi tak tahu awak
ni suami saya.” Ujarnya mencebik. Macam lah dia kisah sangat dengan siapa
suaminya mahu berkawan? Bukan mereka suami isteri yang sedang hangat bercinta
pun.
“Okay, tak kisah tak apa.”
“Nanti kita bincang pasal payment eh?” Soal Qalish Audrina. Tiba-tiba dia teringatkan tentang
itu. Tak kan dia mengambil Nedzrish sebagai model gentian secara percuma.
“Payment?
Payment apa pulak ni?” Soal
Nedzrish dengan keningnya sudah seperti mahu bercantum dua.
“Payment
apa lagi, payment untuk tadi tu lah.
Tak kan lah nak biarkan awak tak berbayar macam tu.”
“Kalau kau nak bayar, kau bayar berapa?”
“Nanti lah kita bincang, awak ni tak sabar kan?”
“Tak payah lah bincang. Aku tak nak pun duit tu. Kan
aku dah cakap dengan kau aku buat ikhlas. Aku tak harap kan apa-apa pun dari
kau. Kebetulan aku rasa aku nak tolong tadi, aku tolong je lah. Lagipun muka
kau macam ayam berak kapur tadi. Kesian.” Ujar Nedzrish menolak wang yang mahu
diberikan oleh isterinya. Dia adalah seorang lelaki yang tidak suka menerima
duit daripada wanita meskipun isterinya memberikan duit itu bukan atas niat saja-saja.
Itu adalah kerana dia membantu isterinya, namun niat Nedzrish ikhlas membantu
Qalish.
“Muka siapa macam ayam berak kapur?” Soalnya bersama
wajah masa mencuka.
“Muka kau lah. Kau tengok muka kau kat cermin,
memang tak ada beza dengan ayam.” Ejek Nedzrish seraya tergelak besar. Seronok
melihat wajah isteirnya yang sudah berubah warna itu.
“Nasib baik lah awak dah tolong saya tadi. Kalau
tak, dah lama saya campak awak dalam laut tu. Senang sikit. Tak adalah orang
nak sakitkan hati saya.”
“Orang yang banyak sakit kan hati kau ni, dia juga
lah yang dah tolong kau tadi. Kan?”
“Yelah. Sebab tu saya terhutang budi dekat awak.
Hmm. Awak tak nak cakap apa-apa ke?” Soalnya sambil menepuk lembut kainnya yang
sedikit kotor terkena pasir.
“Cakap apa?”
“Say something,
maybe?”Soalnya, masih lagi berkias.
“Yelah, cakap apa? Nak cakap apa?” Soal Nedzrish
dengan reaksi wajah yang tidak mengerti apakah yang sedang cuba disampaikan
oleh Qalish Audrina.
“Awak ni slow
lah!” Dia mendengus kegeraman. Nedzrish ni pun satu hal, tidak faham lagi kah
klu yang sudah diberikan.
“Kau tu yang cakap sekerat-sekerat. Macam mana lah
aku nak faham?” Ujar Nedzrish menyalahkan isterinya kembali. Kan bagus kalau
cakap terus sahaja? Ini banyak sangat persimpangan.
“Tak nak cakap tahniah ke kat saya?”
“Tahniah sebab apa?” Bukan dia tidak tahu ucapan tahniah
itu untuk apa, sengaja dia mahu bertanya soalan demi soalan sehingga isterinya
jemu untuk bercakap dengannya.
“Tahniah sebab saya menang lah. Tak kan itu pun saya
nak kena bagitahu?” Soalnya bersama jelingan tajam. Bengang sungguh melihat
wajah bersahaja suaminya.
“Perlu ke? Bukan kau menang sebagai wakil Malaysia
pun.” Balas Nedzrish tanpa perasaan. Dia sedang ralit memerhatikan sekumpulan
anak-anak kecil berlari-lari di hadapannya.
“Eeee….
Memang susah tau bercakap dengan awak ni. Susah sangat. Cakap dengan pokok lagi
berfaedah!” Qalish Audrina segera bangkit dari duduknya. Sebal pula hatinya
dengan sikap tidak peduli suaminya. Seperti bercakap dengan budak berusia
5tahun sahaja.
Ni bab 30 keatas, saja nak bagi hilang rindu kalau ada yang rindukan Qalish dan Nedzrish. tqfrreading:)
Memang rindu pun. ...cik aqilah. ...
ReplyDeleteNt sy belanja lg ye
ReplyDelete