Nedzrish memandang pelik ke arah isterinya yang
sedari tadi mengelamun di birai katil. Entah apa yang menganggu fikiran
isterinya, dia sendiri tidak dapat meneka. Nedzrish menghampir si isteri sambil
berdehem.
“Er awak. Awak nak salin baju ke?” Pantas soalan itu
terpacul keluar dari mulut Qalish Audrina. Dia segera mendongak memandang ke
arah Nedzrish yang sedang menatap wajahnya.
“Bilik ni memang digunakan hanya untuk salin baju je
ke? Tak boleh nak buat benda lain dalam bilik ni?” Soal Nedzrish sambil dia
dengan selamba duduk di sebelah isterinya. Qalish Audrina yang tidak selesa
bahu mereka bersentuhan, berganjak ke tepi sedikit.
“Bukan lah macam tu. Awak tegur saya ni ada nak
apa-apa ke?”
“Aku nak tanya, kenapa muka kau ketat macam seluar jeans aku tu? Muka tak berseri langsung.
Apa masalah kau sebenarnya ni?” Soal Nedzrish tanpa ragu-ragu. Entah kenapa
hatinya begitu mendesak ingin tahu sebab sebenar isterinya muram sejak mereka
pulang dari bercuti.
“Ketat? Mana ada, muka saya biasa je lah. Saya tak
ada masalah apa-apa.” Balas Qalish Audrina acuh tidak acuh. Dia kembali
menundukkan wajahnya sambil jari-jemarinya bermain dengan hujung bajunya.
“Tak payah tipu lah Qalish. Aku perhati je kau ni,
sejak kita sampai rumah pagi tadi. Kau langsung tak keluar dari bilik. Seronok
sangat ke terperap dalam bilik ni?”
“Saya penat lah, saya nak rehat lah sekejap. Mama
ada cari saya ke?”
“Kalau penat, tidur. Bukan mengelamun entah jauh
mana dah kau fikiran kau pergi. Kau jadi macam ni mesti sebab ada kaitan dengan
lelaki tadi kan?” Nedzrish terus mengajukan soalan yang sememangnya dia ingin
tahu jawapannya. Tersentak wajah isterinya lalu mata isterinya membulat
memandang wajahnya.
“Hah. Yang kau duk tenung muka aku sampai nak
terkeluar biji mata tu dah kenapa? Aku tanya, jawab lah.”
“Sejak bila awak pandai ambil tahu pasal saya? Saya
nak muram ke, nak monyok sekalipun. Tak ada kaitan lah tak dengan awak.”
“Memang lah tak ada kaitan. Kalau boleh, aku tak nak
pun tanya kat kau apa masalah kau. Sebab aku tahu, perempuan kepala batu macam
kau ni memang degil. Aku tanya sebab aku rasa kau tak patut muram sebab
lelaki.”
“Eh, kalau awak tak tahu apa-apa. Boleh tak jangan
nak buat sebarang tuduhan melulu?” Qalish Audrina sudah mulai berang dengan
sikap Nedzrish yang padanya agak mendesak. Sudahlah fikirannya sedang kusut
memikirkan tentang Ammar Riyahd.
“Aku ni pun lelaki jugak Lish. Aku tahu lah apa yang
ada dalam fikiran mamat tu walaupun kau tak ceritakan pada aku hal sebenar.
Kalau dia nak kan kau, dah lama dah kau jadi isteri dia. Bukan terpaksa jadi
isteri budak U macam aku ni. Fikir lah.”
“Awak bercakap seolah-olah awak ni cukup bagus untuk
memperlekeh orang lain kan? Saya tak ada apa-apa hubungan lah dengan lelaki
tadi tu. Kan saya dah cakap, dia kawan masa saya sekolah rendah.”
“Kau cuba untuk tipu aku kan sekarang ni? Come on lah Lish, perubahan kau tu
ketara sangat lah lepas jumpa dia. Kalau aku tak perasan, maknanya aku ni
manusia tak ada hati. Kalau nak kecewa pun, cover
lah sikit. Ini duk tayang, semua orang akan tahu.” Nedzrish bangkit dari
duduknya, dia memeluk tubuhnya dengan berdiri di hadapan isterinya.
“Awak ni memang lahir-lahir untuk jadi manusia tak
ada adab ke macam mana? Boleh tak awak berhenti bercakap, saya rimas lah!”
“Aku tak kisah pun kau nak berduka lara sebab lelaki
tadi tu, tapi lainkali tolong guna taktik lain sikit untuk buat dia cemburu.
Aku geli tahu tak kau panggil aku “sayang”. Rasa macam nak campak kau jauh ke
dasar lautan.” Nedzrish tunduk mendekatkan wajahnya ke wajah isterinya. Selesai
melemparkan kata-kata perlian, dia segeramenghilangkan diri di balik pintu.
Qalish Audrina mengeluh kasar mendengar kata-kata sindiran daripada suaminya.
Dia malu kerana Nedzrish mulai dapat mengesan perubahan dirinya adalah kerana
bekas teman lelakinya.
*****
“Terlanjur Lish dengan Rish ada dekat sini, papa ada
benda nak bagitahu.” Dato’ Ezzudin menegur anak dan menantunya yang sedang
bersantai menonton televisyen di ruang tamu.
“Apa pulak kali ni pa? Nak suruh kitaorang pergi honeymoon kali kedua? Tak pun nak suruh
Lish pregnant?” Nedzrish yang bermain
dengan telefon pintarnya memerli papanya tanpa memandang ke arah papanya yang
sudah mengambil tempat di hadapannya.
“Rish. Tak elok cakap macam tu dengan papa. Papa
belum lagi bagitahu apa hajat dia, jangan lah Rish nak fikir yang negatif saja.”
Datin Khalidah yang baru pulang daripada menziaraha sahhabatnya di hospital
segera mengambil tempat di sebelah suaminya.
“Entah betul apa yang Rish fikir kan tu. Tak gitu papa?”
“Bukan, papa nak bagitahu good news kat kauorang. Rish mesti suka dengan berita yang bakal
papa sampaikan ni.” Ujar Dato’ Ezzudin sambil tersenyum simpul.
“Apa je rancangan papa untuk Rish yang Rish suka?
Rasanya semua yang papa aturkan untuk Rish, semua menghancurkan hidup Rish
sebenarnya.”
“Awak. Cuba dengar dulu papa nak cakap apa.” Qalish
Audrina menyiku lembut lengan suaminya. Dia turut bengang dengan sikap Nedzrish
yang tidak habis-habis mahu mewujudkan perbahalan antara mereka dua-beranak.
“Papa nak bagitahu yang sebelum kauorang bernikah,
papa ada belikan sebuah rumah. Tak jauh daripada tempat kerja Lish dengan
tempat belajar Rish. Senanglah nanti kauorang nak ulang-alik. Ini kuncinya.”
Dato’ Ezzudin menghulurkan kunci rumah kepada Nedzrish, namun tiada respon dari
anaknya. Dia meletakkan kunci itu di atas meja.
“Kitaorang kena pindah dari rumah ni?” Soal Nedzrish
dengan wajah teruja.
“Yelah, ataupun kauorang nak duduk dekat sini? Papa
dengan mama tak ada masalah kalau kauorang nak tinggal dengan kami dekat sini.
Cuma papa takut Lish tak selesa. Yelah, kan baru je nak bina mahligai
perkahwinan.”
“Lish tak kisah pun papa. Duduk dengan papa dan mama
pun okay.”
“Tapi kan jauh Lish nak ulang-alik ke butik Lish.”
Bantah Dato’ Ezzudin pula.
“Baru kali ni Rish rasa Rish setuju sangat dengan
cadangan papa. Betul apa cakap papa tu, papa belikan kita rumah yang dekat
dengan butik kau. Supaya nanti senang kau nak pergi butik. Tak lah selalu
lewat. Kan pa?”
“Rish, kenapa cakap aku-kau dengan isteri? Kan tak
elok macam tu. Panggil lah dengan panggilan elok sikit.” Datin Khalidah menegur
anaknya yang terlalu bersahaja menunjukkan keterpaksaannya berkahwin dengan
Qalish Audrina tanpa menjaga perasaan wanita itu langsung.
“Dia okay je ma. Kau tak ada masalah kan aku panggil
macam tadi? Bukan aku panggil kau katak ke, biawak ke. Boleh lah nak marah.”
“Panggilan untuk seorang isteri tu sepatutnya
kenalah bagi panggilan yang elok-elok. Bukan ikut sukahati je nak panggil
isteri kita apa. Daripada panggilan dah menunjukkan kasih sayang kita kepada
dia. Rish sebagai seorang suami, kena sensetif soal-soal macam ni.” Dato’
Ezzudin menasihati Nedzrish tegas namun wajahnya masih lagi tersenyum.
“Tak ada apalah papa, mama. Lish okay je, tak kisah
pun.”
“Mulut aje cakap tak kisah, dalam hati siapa tahu
kan?”
“Apa yang papa tak puas hati lagi ni, kan Lish dah
cakap dia tak kisah pun. Okay, berbalik kepada apa yang papa nak cakap kan tadi
tu. Rish boleh pindah ke rumah tu sekarang kan?”
“Cepat nya. Awak nak kejar apa?” Qalish Audrina mula
menujukkan ketidakpuasan hatinya. Dari awal lagi apabila bapa mertuanya
memberitahu dia dan Nedzrish akan berpindah, dia mulai rasa tidak selesa. Dia
sebenarnya berasa amat kekok untuk tinggal berdua sahaja dengan lelaki yang
tidak sudi pada dirinya.
“Nak buat apa lama-lama dekat sini? Kan lagi cepat
pindah lagi bagus. Boleh lah kita belajar hidup berdikari kat sana nanti.”
“Dekat sini pun boleh lah, tak payah nak tunggu
dekat sana.” Bidas Qalish Audrina dengan wajah masam mencuka.
“Dah, nanti naik bilik. Kauorang bincang baik-baik
nak pindah bila. Papa hadiahkan rumah ni sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua
bersebab. Bukan atas dasar suka-suka. Papa harap Rish mampu menjadi seorang
imam yang terbaik untuk menantu kesayangan papa ni.”
“Oh, okay. Tak ada masalah. Setakat nak imamkan
Lish, ajar dia solat Rish okay je.”
“Bukan sekadar imam di setiap solat Qalish. Tapi
papa harap Rish mampu mengemudi perkahwinan Rish dengan sebaik mungkin. Ajar lah
isteri Rish mendekati islam, bukan menjauhkan dirinya daripada ALLAH. Sebab
tugas seorang suami itu adalah untuk memimpin isteri, bukan membiarkan isteri
lalai dan leka dengan dunia.” Qalish terharu mendengar nasihat yang dianggap
sangat ikhlas kedengaran di telinga daripada bapa mertuanya. Namun berbeza pula
bagi Nedzrish, dia mahu segera berpindah dari rumah orang tuanya adalah kerana
dia mahu mengelakkan dirinya daripada bersemuka dengan abang dan papanya setiap
hari.
“Rish dengar tak papa cakap apa tu?” Datin Khalidah
menegur dengan nada suaranya yang agak lantang apabila dilihat anak lelakinya
itu hanya diam membisu.
“Ye dengar. Nanti Rish buat lah.”
“Papa dengan mama nak keluar sekejap cari lauk.
Bibik cuti hari ini. Rish dengan Lish fikirkan dulu, bincang elok-elok. Jangan
gaduh.”
“Er, kalau Lish nak ikut papa dengan mama boleh
tak?” Qalish Audrina segera menyuarakan hasratnya. Dia tidak selesa apabila
ditinggalkan berdua-duaan dengan suaminya. Dia masih belum bersedia menghadapi
situasi itu.
“Apasal nak ikut? Duduk je lah dekat rumah ni dengan
aku. Nak takut apa? Aku ni suami kau tahu tak, kau tu dah halal bagi aku.”
Lancang sahaja Nedzrish berkaa-kata sehingga papanya berdehem agak kuat.
“Rish jaga isteri kamu ni elok-elok. Jangan tahu nak
marah aje. Cuba bersabar sikit layan kerenah isteri. Papa dengan mama pergi
dulu.” Dato’ Ezzudin dan Datin Khalidah segera membawa kaki mereka ke pintu
utama rumah itu.
“Apa tengok-tengok? Pergi lah buat air ke apa. Bukan
kau nak tanya, suami kau ni haus ke tak. Agaknya lama-lama hidup dengan kau,
boleh mati kehausan aku.”
“Awak ada mulut kan? Bila-bila awak nak apa-apa.
Awak boleh jerit dekat telinga saya. Sebab saya ni bukan manusia yang boleh
baca isi hati awak tau.”
“Aku nak air nesafe
ais!” Nedzrish menjerit sekuat hatinya ke telinga isterinya sehingga Qalish
Audrina mendengus kegeraman lalu dia menumbuk kasar perut suaminya.
“Jadi orang cakap sengal sangat lah! Perangai serupa
macam tarzan.” Merah padam wajahnya menahan marah. Dengan hati yang masih lagi
berang dengan sikap Nedzrish, dibawa kakinya untuk ke dapur membancuh air untuk
si suami.
******
Nazrief menguak lembut rambutnya yang sudah
terjuntai ke dahi, disentuh kembali komputer riba yang sudah ditutup. Dia
kembali menaip sesuatu di atas papan kekunci komputer ribanya.
“Dah lewat malam dah ni Abang Rief, esok kerja kan?”
Nazrief pantas mendongak mencari suara yang menegurnya. Pantas bibirnya melakar
senyuman manis.
“Boleh Lish duduk?”
“Boleh, duduk lah.” Ujar Nazrief seraya menarik
kerusi disebelahnya. Qalish jadi serba salah, dia kalau boleh mahu duduk di
hadapan lelaki itu. Namun lekas-lekas dia melabuhkan duduk di sebelah Nazrief.
Dia menarik sedikit kerusinya untuk menjauhkan dirinya daripada Nazrief.
Nazrief yang perasan dengan tingkah laku adik iparnya hanya tersenyum nipis.
“Takut dengan Abang Rief ya?”
“Eh, mana ada takut. Tak kan lah Abang Rief nak buat
bukan-bukan dekat adik ipar sendiri kot?”
“Mana tahu kan? Hati manusia siapa boleh tahu, betul
tak?” Sengaja Nazrief ingin menyakat isteri adik bongsunya sehingga wajah lembut
wanita itu berubah tona.
“Abang Rief jangan macam-macam. Lish masuk balik lah macam ni.”
Qalish baru sahaja mahu bangun dari duduknya,
Nazrief sudah tergelak besar memandang dirinya. Dia duduk kembali dengan wajah
sebal. Tahulah dirinya sedang dipermainkan oleh abang iparnya.
“Qalish ni kelakar jugak orang nya ya. Abang gurau
saja lah. Kalau abang nak buat bukan-bukan, abang kena fikir macam-macam risiko
abang kena hadapi lepas tu. Dah lah, abang tak ada apa-apa niat jahat pun lah.”
“Kuat menyakat rupanya Abang Rief ni. Hmmm, Abang
Rief memang selalu balik kerja lambat ke? Lish tak nampak pun masa makan malam
tadi?”
“Abang baru je sampai rumah, lebih kurang sejam yang
lepas. Boleh dikatakan macam tu lah, kalau abang balik awal pun bukan ada
isteri yang tunggu abang. Lebih baik abang duduk ofis saja.” Nazrief menutup
semula komputer ribanya, ditumpukan sepenuh perhatian berbual bersama Qalish
Audrina.
“Kalau macam tu, cepat-cepat lah kahwin. Tak adalah
Abang Rief sunyi lagi.” Cadang Qalish Audrina seraya tersenyum simpul. Dalam
diam dia memuji penampilan Nazrief yang tampak berkarisma dan berkeyakinan.
Lelaki itu masih kelihatan muda meskipun umurnya sudah mencecah 32 tahun.
“Macam mana nak kahwin, diri sendiri pun tak
terurus.” Sangkal Nazrief sambil menggelengkan kepalanya. Dia tidak pernah
terfikir untuk berkahwin buat masa sekarang ini. Dia seronok dengan gaya
hidupnya yang dikelilingi ramai wanita saban hari.
“Sebab tu lah kena kahwin cepat-cepat. Bila dah ada
isteri, segala keperluan Abang Rief, dia yang akan penuhi. Tak payah pening kepala
dah.”
“Macam Qalish jaga Rish sekarang ke? Abang Rief
teringin nak tanya, macam mana Lish handle
si Rish tu?”
“Erk. Buat apa nak jaga, Rish bukan budak kecil
lagi. Dah besar dah kan.”
“Bukan macam tu Lish, maksud abang segala keperluan
makan minum Rish. Qalish yang jaga kan? So
macam mana kehidupan Lish selepas berumah tangga ni? Share lah sikit dengan abang.” Nazrief sengaja mahu mengorek rahsia
antara mereka. Dia tahu Qalish tidak menerima layanan yang sewajarnya diterima
sebagai seorang isteri. Dia cukup arif tentang perangai adik bongsunya.
“Oh, kitaorang okay je. Macam suami isteri yang
lain.” Ringkas sahaja dia membalas. Dia juga tidak menduga abang iparnya
bertanyakan hal perkahwinan mereka.
“Abang kenal sangat dengan adik abang tu. Qalish tak
payah lah nak buat-buat okay. Abang tahu Rish layan Qalish teruk kan?”
“Eh. Mana ada macam tu. Biasa lah kitaorang ni kan
baru je kahwin. Macam Abang Rief pernah cakap dulu, banyak lagi masa kitaorang
boleh mengenali antara satu sama lain. Lish masih dalam proses kenal hati budi
Rish.”
“Abang harap bila Lish dah kenal siapa suami Lish,
Lish tak terkejut lah. Atau lebih teruk, Lish jangan lah sampai tinggalkan dia.”
Tutur Nazrief berbaur kata-kata negatif tentang adiknya. Dia sebenarnya cemburu
kerana adiknya berkahwin dengan seorang wanita yang padanya sangat sempurna
dimatanya.
“Kenapa Abang Rief cakap macam tu? Ada apa-apa yang
Lish patut tahu ke?” Soal Qalish bersama dahinya yang sudah berkerut tanda
tidak mengerti.
“Lambat laun Lish tahu juga nanti. Abang kesian
sebenarnya dengan Lish. Lish selayaknya berdamping dengan lelaki yang
betul-betul ikhlas mencintai Lish. Lish ada segala-galanya, Lish boleh dapatkan
lelaki yang lebih baik dari Rish.”
“Apa Abang Rief cakap ni? Kan Lish dah cakap, Lish
dengan Rish tak ada apa-apa masalah.”
“Sekarang yelah tak ada masalah. Takut esok lusa
Lish yang tak sanggup nak hidup dengan Rish lagi. Rish tu tak ada beza pun
dengan lelaki-lelaki kasanova kat luar sana tu. Abang tak nak Lish kecewa.”
Nazrief segera mengambil komputer ribanya lalu dia segera bangun dari duduknya.
Qalish Audrina terkebil-kebil ditinggalkan sendirian. Dia bingung dengan apa
yang baru disampaikan oleh abang iparnya.
No comments:
Post a Comment