Qalish Audrina melangkah longlai ke dalam biliknya.
Dia merebahkan badannya di atas sofa yang terdapat di dalam bilik pejabat nya
itu. Kepalanya yang berdenyut-denyut secara tiba-tiba itu minta untuk
direhatkan.
“Makcik! Kau okay tak ni? Muka pucat lesi. Kau tak
apa-apa ke ni?” Sahabat baiknya, Sofina sudah meluru mendapatkan yang tersandar
lemah di atas sofa. Sofina meraba dahi teman baiknya.
“Tak panas pun. Tapi kenapa kau nampak lemah sangat
ni? Kau cedera ke Lish? Siapa yang langgar kau ni?” Bertalu-talu dia menyoal
Qalish. Qalish yang memejamkan matanya memicit-micit kepalanya dengan kedua-dua
belah tangannya.
“Lish. Kau ni sampai hati biar kan aku cakap
sorang-sorang kan. Aku ni risau tau bila kau bagitahu kau lambat masuk butik
sebab kau accident. Aku rasa macam
aku berkemungkinan akan kehilangan kau.” Qalish membuka sedikit matanya. Dia
sudah berkerut memandangn sahabatnya. Sofina sememangnya seorang yang suka
berfikiran bukan-bukan. Dia juga seorang yang kalut. Sebab itu Qalish malas
mahu memberitahu jikalau dia terlibat dengan kecelakaan kerana mulut gadis itu
tidak henti-henti menyoalnya. Rimas dia mahu melayannya.
“Apa lah yang kau merepek ni. Aku tak apa-apa lah
Sofi. Yang cedera parah tu kereta aku. Yang kau perlu risaukan tu kereta aku.
Bukan aku.”
“Aku caring
pun salah. Apa lah kau ni, kalau kereta tu cedera parah, hantar je lah ke
bengkel. Aku bukan nya mekanik reti betul kan apa yang rosak. Kau sakit kepala
eh?” Soal Sofina lalu tanpa disuruh dia memicit lembut kepala Qalish. Qalish
memang menghidapi penyakit migraine sejak di bangku sekolah lagi. Persahabatan
yang lama terjalin antara mereka membuatkan Sofina cukup arif tentang Qalish.
“Biasalah Sofi, kalau cuaca panas terik macam ni
memang senang lah kepala aku ni nak berdenyut. Pasal kereta, aku dah minta
tolong kawan aku yang kerja bengkel ambil kereta tu then betul kan apa yang patut.”
“Macam mana kau boleh accident ni? Setahu aku, kau ni bukan lah seorang pemandu jalan
raya yang bawa kereta gila-gila. Kau salah seorang pemandu yang berhemah tau.
Ini mesti kereta kau kena sondol kan?” Sofina yang terkenal dengan sifat ingin
tahunya mengorek cerita sebenar daripada Qalish meskipun dia tahu Qalish bukan
seorang yang suka bercerita dengannya.
“Kau sorang je lah yang faham aku macam mana Sofi.
Aku tak bawa laju pun, ada mamat gila mana entah bawa macam dia sorang je ada
dekat atas jalan tu. Aku pulak brek
mengejut sebab aku tak perasan traffic
light dah merah. So nak dijadikan
cerita, dia yang bawa kereta laju snagat tu langgar kereta aku.” Cerita Qalish
Audrina dengan wajah yang masam. Sakit sungguh hatinya mengenangkan lelaki yang
tidak berbudi bahasa itu.
“Ha! Aku dah agak ni. Mesti orang yang langgar
kereta kau. Haish, habis tu mamat tu cakap apa? Kereta dia teruk tak? Kau dah
minta ganti rugi kat dia?”
“Malas lah aku nak ambil tahu kereta dia teruk ke
tak. Kereta dia hancur remuk lagi bagus lah. Dia punya salah, aku pun terlibat
sekali. Bukan dia yang bayar ganti rugi dekat aku. Tapi kawan kau ni hah tak
pasal-pasal kena bayar.” Wajahnya masih lagi cemberut seperti tadi. Dia
menyentuh tangan Sofina lalu dijatuhkan lembut. Qalish bangun dari pembaringan
dan dia duduk di atas sofa itu.
“Hah?? Apasal kau pulak yang kena bayar dekat dia? Kalau ikutkan daripada cerita kau,
kalau kau tak tipu lah kan. Memang dia yang salah, sebab dia bawa kereta laju
sampai ganggu kenderaan di hadapan dia. Tak patut lah kau bayar.” Sofina
membalas dengan wajah tidak puas hati.
“Dia paksa aku bayar. Kau ingat aku nak sangat ke
keluarkan duit untuk mamat gila tu? Dah lah aku tak kenal dia tu siapa, menyusahkan aku. Dia boleh hon
kuat-kuat dekat jalan raya tadi sebab aku tak nak bayar duit dia. Kau rasa?”
“Aku rasa mamat tu ada masalah jiwa lah! Mana boleh
macam tu. Haish kalaulah aku ada sekali, dah lama dah aku sembur mamat tu.
Orang tak ada budi bahasa macam tu kena ajar sikit Lish. Kau jangan lemah
sangat.”
“Mamat tu memang gila. Aku pun tak tahu lah kenapa
orang macam dia tu wujud. Dah lah lepas dia langgar kereta aku, sempat dia
mengutuk aku. Dia cakap perempuan kalau bawa kereta memang selalu failed. Dia cakap aku ni beli lesen
kereta. Sebab tu tak reti bawa kereta. Ya ALLAH sakitnya hati aku ni!” Qalish
Audrina mengepal penumbuk. Di hadapan lelaki itu dia terasa kecut untuk
membidas lebih-lebih. Baran seorang lelaki tidak dapat dijangka. Nanti tak
pasal pasal dia masuk wad ICU pula.
“Er.. Lancang nya mulut dia berkata-kata. Apa dia
tak servis ke mulut dia tu? Suka hati dia je cakap kau macam-macam. Aku rasa
macam nak jumpa je lah mamat tu, macam nak ajak bergaduh!” Wajah Sofina sudah
berubah warna. Qalish tergelak melihat reaksi sahabatnya. Sikap Sofina yang
kadang-kadang over itu mencuit hati Qalish.
“Aku nak tergelak tengok muka kau ni Sofi. Aku tak
tahu lah kalau kau ada dekat tempat aku tadi berhadapan dengan mamat tu, agaknya
bertumbuk sakan kau orang ya. Dah lah Sofi, malas aku nak fikir pasal mamat
yang entah dari planet alien mana muncul tu. Buat serabut kepala je.” Qalish
Audrina bangun dari duduknya setelah dia berasa sedikit lega selepas kepala
diurut oleh Sofina. Dia mendekati meja kerjanya yang penuh dengan kertas-kertas
kerja.
“Kau tak nak balik dulu ke berehat? Kalau kau nak
balik rumah, aku boleh tolong hantar kan.”
“Thanks.
Tapi aku rasa aku dah okay, kau sambung lah kerja kau. Aku nak semak design yang baru kau buat ni.” Ujarnya
seraya melabuhkan duduk.
“Oh ya aku lupa nak bagi tahu kau, customer kita daripada Singapura nak
jumpa dengan kau. Dia nak kau sendiri yang design
busana untuk majlis dia nanti.” Meskipun mereka bersahabat, namun Sofina tetap
menghormati Qalish sebagai ketuanya.
“Miss Anne ke? Dia ada datang sini?”
“Dia datang pagi tadi sebab dia ada urusan dekat
sini. Tapi dia dah balik dah. Lagi pun dia tak bagi tahu yang dia nak datang.”
“Hmm.. Tu lah masalah customer kita. Selalu sangat tak buat appointment dulu. Kan dah membazir je datang.”
“Alah biasa lah tu pelanggan kan banyak kerenah. Aku
sambung kerja aku dulu Lish. Kalau kau nak apa-apa nanti, sakit kepala ke apa
ke, call je aku okay? Take care.” Selesai memberikan pesanan
penajanya dia terus keluar dari bilik Qalish. Qalish menghantarnya dengan
ekoran matanya sahaja. Dia tersenyum sendirian. Qalish beruntung dikurniakan
seorang sahabat yang sempurna untuknya, sangat memahami dan begitu prihatin
terhadap dirinya.
*****
Datin Khalidah menerpa kalut ke arah Nedzrish
Eskandar yang baru sahaja turun dari kereta dan mengatur langkah untuk masuk ke
dalam rumah.
“Rish. Rish okay tak?” Datin Khalidah memeriksa jikalau
ada mana-mana anggota badan anaknya yang luka. Dia memandang Nedzrish dengan
wajah yang resah.
“Rish okay lah mama. Kenapa mama kalut sangat ni?”
Nedzrish membalas dengan wajah hairan. Dia pelik mengapa mamanya begitu risau
tentang dirinya sedangkan dia tidak memberitahu apa-apa tentang apa yang
berlaku pagi tadi.
“Kenapa tak call
mama bagitahu Rish accident? Rish tak
apa-apa ke?”
“Siapa bagitahu mama ni? Rish okay, tak ada cedera
apa-apa pun. Mama sepatutnya risau dekat kereta mama tu. Sorry mama…” Nedzrish meraih tangan mamanya. Dia berasa bersalah
kerana menjadi penyebab kereta mamanya terlibat dalam kemalangan kecil.
Nedzrish merasakan dirinya sering saja membawa masalah kepada keluarganya.
“Kawan mama ternampak kereta mama tersadai dekat tepi
jalan. Itu yang dia terus call mama.
Dia ingatkan mama yang bawa kereta tu. Risau mama Rish. Syukurlah Rish tak
apa-apa.” Datin Khalidah tidak menghiraukan keretanya sebaliknya dia khuatir
jika anaknya mengalami sebarang kecederaan. Peribadi mamanya cukup berbeza
dengan papanya membuatkan Nedzrish lebih senang berurusan dengan mamanya
berbanding papanya.
“Sorry
mama sebab Rish tak jaga kereta mama elok-elok. Rish tak sengaja. Kereta depan
Rish tiba-tiba berhenti mengejut. Rish dah tekan brek tapi tetap langgar kereta
dia jugak. Sorry mama.”
“Tak apalah Rish. Benda dah nak jadi. Bukan nya Rish
minta semua ni berlaku kan? Nanti mama suruh Pak Awie hantarkan Honda Civic
mama tu ke bengkel. Dah, mari masuk.” Datin Khalidah menarik lembut lengan
anaknya supaya masuk ke dalam rumah.
“Elok sangat lah tu. Mama selalu menangkan budak
Rish ni. Kalau dia mencuri pun, mama kata tak apa kan?” Nedzrish baru sahaja
masuk ke dalam rumah, dia sudah dikejutkan dengan suara abangnya. Nazrief yang baru
sahaja keluar dari biliknya dan bergerak ke ruang tamu bersama briefcase di tangannya.
“Rief. Tak baik doakan yang tak baik untuk Rish.
Rish bukan nya sengaja. Sampai bila Rief nak dingin dengan Rish ni?” Datin
Khalidah bersuara terlebih dahulu apabila dia melihat Nedzrish kelihatan
seperti mahu membalas kata-kata si abang. Ini pun menjadi satu masalah juga.
Nazrief dan Nedzrish pantang bertemu, pasti akan wujud perbalahan antara
mereka. Sifat Nazrief mirip bapanya yang selalu bersikap dingin dengan
Nedzrish.
“Kalau mama asyik nak bela je budak ni, sampai ke
tua nanti dia tak tahu dimana salah dia. Sekali sekala mama kena berkeras juga,
jangan bagi muka sangat. Hari ini kereta mama remuk, esok lusa entah hancur
barang-barang mama dalam rumah ni.” Nazrief tunduk memakai stoking sambil
mulutnya mengomel.
“Yang hancur tu kereta mama, aku bukan drive kereta kau sampai accident pun. Yang kau nak memekak macam
kereta tu kau punya kenapa? Mama sendiri tak bising, kau pulak nak melebih.” Nedzrish membalas dengan wajah masam. Bengang
sungguh dia dengan perangai Nazrief yang gemar masuk campur dalam urusannya.
“Sebab mama manja kan kau sangat. Kalau mama ikut
cara papa didik kau, tak adalah kau naik lemak macam ni. Sampai dah tak boleh
nak dibentuk jadi manusia lagi dah.”
“Jadi kau nak salah kan mama sebab aku jadi macam
ni? Hei Rief. Perangai aku tak ada kaitan dengan mama. Mama dah didik aku
sempurna, cukup semuanya. Kau tak payahlah nak salahkan mama sebab manja kan
aku sangat. Kau tu cemburu kan sebenarnya?” Bergerak-gerak rahangnya menahan
marah. Angin sungguh dirinya apabila mamanya turut disalahkan kerana
perangainya yang tidak disenangi oleh abangnya itu.
“Sudah lah tu Rief, Rish. Kau orang bergaduh teruk
macam mana sekalipun, sampai bila-bila hubungan adik-beradik tetap tak akan terputus.
Buang masa saja lah bergaduh dengan darah daging sendiri.” Datin Khalidah
berusaha untuk meleraikan pertengkaran yang baru saja bermula. Dia bimbang jika
dibiarkan dua beradik ini akan bergaduh pula.
“Rief tak ada adik yang menyusahkan mak ayah Rief!”
Nazrief segera berlalu meninggalkan mama dan adiknya dengan wajah bengang. Dia
sering makan hati dengan mamanya yang selalu sahaja membela adiknya dalam
setiap kesalahan yang Nedzrish lakukan.
“Sudah Rish. Pedulikan apa yang Abang Rief katakan
tu. Rish belum makan lagi kan? Mama ada masak lauk kegemaran Rish.” Datin
Khalidah mengusap lembut dada Nedzrish. Dia tahu Nedzrish tidak suka dengan
sikap abangnya yang menjengkelkan.
“Rish ganti baju dulu ma. Nanti Rish turun makan ya.
Mama tunggu Rish dekat meja makan.” Nedzrish melemparkan senyuman tawar kepada
mamanya sebelum berlalu ke biliknya.
****
“Kenapa you pandang I macam tu? Ada apa-apa yang
pelik ke dekat muka I ni?” Soal Nedzrish tidak berpuas hati dengan Amelda Imani
yang sedari tadi memandangnya dengan pandangan yang aneh. Dia sedang enak
menikmati Spaghetti Meatballs yang baru sahaja sampai di meja nya sebentar
tadi.
“I rasa pelik kenapa you tiba-tiba bawa I makan
dekat sini.” Balas Amelda Imani sambil bermain dengan rambutnya sendiri.
“Kenapa? I nampak macam tak mampu ke nak bawa you
makan tempat macam ni?” Nedzrish menyoal sambil mulutnya sibuk mengunyah
makanan. Hari ini dia membawa kekasihnya berjalan-jalan di Mid Valley kerana
sudah lama mereka tidak keluar bersama. Hanya bertemu di kampus, itu pun jika
ada kelapangan waktu.
“Tak adalah sampai macam tu sekali I fikir. Rish,
you ni bukan jenis yang senang tau nak bawa I makan dekat Mall. Selalunya kita
makan dekat tepi jalan, mamak, warung, restoran biasa. Itu jelah tempat yang
you selalu bawa I makan. Tiba-tiba hari ini ajak I makan dekat Secret Recipe,
mana I tak pelik.” Ulas Amelda Imani. Dia sudah mengerti dengan kewangan
Nedzrish yang sering sahaja tidak cukup setiap masa. Kadangkala dia kesian
melihat teman lelakinya bersusah payah untuk mengharungi kehidupan sedangkan
dia bukan lah berasal dari keluarga susah.
“You kan tahu, I ni simple orang nya. I tak suka makan dekat tempat mewah-mewah sebab I
rasa I tak layak. I bukan berduit, maaf lah kalau selama ni you segan keluar
dengan I. Kereta pun tak ada. Menumpang kereta you je setiap kali kita dating.” Ujar Nedzrish sedikit menjauh.
Dia mula terasa dirinya tidak berguna untuk orang-orang yang rapat dengan
dirinya. Nedzrish sendiri tidak mengerti mengapa Amelda masih lagi bertahan
dengan dirinya meskipun dia merasakan dia seorang lelaki yang tidak punya
apa-apa.
“Apa you cakap ni? I tak pernah kisah pun pasal
semua tu Rish. Tak apalah kita makan dekat tempat biasa pun, bukan nya kita
merempat tepi jalan. I okay, selagi I ada you. Hari-hari I ceria sentiasa.”
Balas Amelda Imani bersama senyuman ikhlas.
“Tak payah cakap soal ikhlas lah, geli telinga I ni
dengar tau. Mel, you ni cantik, you ada semuanya. You boleh dapatkan lelaki
yang jauh lagi sempurna daripada I. Kenapa I yang selekeh ni, yang duit
sentiasa kering jugak yang you kejar?”
“I sayang you. Duit tak boleh beli cinta Rish. Kalau
hati ni dah sayang, buruk macam mana pun pasangan kita, kita tetap akan boleh
terima.” Amelda Imani menyentuh lembut tangan kiri Nedzrish, dia mahu lelaki
itu merasakan kesetiaan cintanya selama ini. Dia benar-benar ikhlas mencintai
Nedzrish meskipun lelaki itu berperangai pelik, tidak seperti lelaki lain.
“You simpan je lah falsafah cinta you tu. I bawa you
makan dekat sini sebab I baru dapat duit. Ada duit sikit, I belanja lah orang
yang paling menyusahkan dalam hidup I. Tak suka?”
“Kalau you rasa I ni menyusahkan hidup you, tak
payah lah layan I lagi lepas ni. I kan hanya menyesakkan kepala otak you. Untuk
apa simpan I lagi?” Soal Amelda Imani sambil tersenyum sinis. Dia sengaja ingin
mencabar Nedzrish Eskandar, kadangkala kata-kata Nedzrish menghiris hatinya.
Hendak marah, itulah perangai Nedzrish yang memang tidak dapat diubah lagi.
“You merajuk? Merajuk lah you sampai bulan terbenam.
I tak kuasa nak pujuk.” Ujar Nedzrish selamba tanpa menghiraukan soalan yang
diajukan kepadanya sebentar tadi.
“Okay, kalau macam tu I balik dulu. You balik lah
naik bas ke naik teksi ke. Tak kisah kan?” Amelda Imani mahu bangkit dan
meninggalkan Nedzrish bersendirian. Dia bengang dengan respon dingin yang
diterimanya.
“Mel.. Kalau aku tak cinta kan kau, kenapa selama
setahun lebih ni aku hanya berkepit dengan kau? Kenapa selama ni aku turutkan
kerenah kau? Kalau aku tak sayang kau, tak ada maknanya aku nak stick dengan perempuan gedik macam kau
ni. Semua sebab sayang lah.” Nedzrish melembutkan suaranya. Dia benar-benar
memaksudkan kata-katanya. Selama dia bermadu kasih dengan Amelda Imani, tidak
pernah sekalipun dia berniat untuk mempermainkan perasaan gadis itu.
“I tahu you sayang kan I, tapi tak boleh ke sekali
sekala tu you jaga sikit perasaan I?” Amelda Imani tidak jadi untuk bangun. Dia
kembali menikmati hidangan yang dipesannya.
“Sayang tu tak perlu nak tunjuk keterlaluan sangat.
Aku selesa dengan cara aku macam ni. Tak kan kau tak faham-faham lagi aku macam
mana?”
“Faham. Sorry
lah sayang I emotional sikit tadi.
Hmm you cakap you baru dapat duit kan? Papa you bagi duit bonus ke dekat you?”
Amelda Imani memaniskan wajahnya. Dia tidak mahu Nedzrish rimas dengan sikapnya
yang kadang-kadang agak kebudak-budakkan.
“Dato’ nak bagi duit dekat I? Hei boleh menangis I
kalau tiba-tiba Dato’ Ezzudin mewahkan I dengan harta dia yang berlambak tu. Memang
tak lah papa I nak kasi I duit, dia tu
haji bakhil. Kedekut dengan anak sendiri.” Selamba Nedzrish mengutuk papanya.
Dia memang cepat berang jika tiba-tiba nama papanya disebut. Seolah-olah Dato’
Ezzudin bukan papa kandungnya.
“Tak baik tau you cakap macam tu, walau apa pun yang
terjadi dia tetap papa you. Habis tu, you dapat duit dari mana? You kerja ke?” Sepanjang mengenali Nedzrish,
tidak pernah sekalipun Amelda menyokong apa-apa kenyataan yang memburukkan papa
Nedzrish. Dia berusaha untuk menasihati teman lelakinya agar tidak
berterus-terusan membenci papa kandungnya.
“Seorang papa tak akan berkira dengan anak sendiri.
Papa I ni antara papa yang terpelik dalam dunia ni, sanggup dia biarkan I pergi
kelas redah hujan. Naik motor cabuk tu. Layak ke dia I panggil papa?” Wajah
Nedzrish sudah berubah warna. Cara papanya mendidiknya sejak kecil lagi
membuatkan dirinya seolah-olah tidak menganggap Dato’ Ezzudin sebagai bapa
kandungnya.
“Sayang. I tahu you tak suka papa you, tapi jangan
ikut kan sangat kata hati you. Biarkan aje lah apa yang papa you nak buat,
mesti dia ada sebab yang tersendiri. I percaya papa you sebenarnya sayang dekat
you. Cuma dia tak tunjuk.” Amelda memujuknya lembut.
“Semalam I accident.
Tapi I okay je lah, kereta mama I yang rosak sikit dekat bahagian depan. Nak
diringkaskan cerita, I dapat duit daripada orang yang I terlanggar tu.” Terang
Nedzrish menukar topik perbualan mereka. Dia tidak mahu merosakkan harinya
dengan membuka cerita mengenai papanya.
“Sejak bila you boleh drive kereta? Papa you kan tak bagi you drive lepas you accident
teruk tu?”
“Kebetulan je sebab semalam motor I rosak, I pinjam
kereta mama I untuk ke kampus. Mama jelah yang percayakan I. Jangan harap papa
nak bagi muka dekat I, nasib baik bukan kereta dia yang I drive. Kalau tak mahunya mengamuk sakan orang tua tu.”
“Kelakar lah you ni. I rasa you ni tak sesuai lah
nak bawa kereta. Rasanya sampai bila-bila you boleh bawa motor je kot. You
dengan accident, macam sebati sangat
dalam diri you.” Amelda Imani mencebik. Bukan dia tidak tahu perangai Nedzrish
yang gemar memandu laju ketika di atas jalan raya.
“Ewah-ewah mulut kau, tak ada tapisan nampak? Main
sembur je tak tengok kiri kanan.” Nedzrish menjegilkan matanya mendengar
kata-kata Amelda Imani.
“Eh, macam tak biasa. You selalu cakap macam tu
dengan I tak apa pulak ya? Mana
adil!”
“Rasanya dulu mulut you tak seover ni. Belajar dari mana ha?”
“Belajar dari you lah, I kan ada boyfriend mulut macam longkang.” Tutur
Amelda Imani selamba. Dia segera menyambar tas tangannya di atas meja lalu dia
ingin bangun meninggalkan Nedzrish.
“Dah puas mengutuk, nak blah macam tu je? Ni siapa nak bayar ni? Bertuah punya girlfriend!” Bebelan Nedzrish hanya dibalas
dengan cebikan dibibir Amelda Imani. Nedzrish segera berlalu ke kaunter
sementara Amelda Imani menunggunya di luar.
No comments:
Post a Comment