Lelaki berkemeja hijau muda mengatur langkah dengan
senyuman tersungging di bibirnya. Dia yang membawa segelas air menghampiri
seorang wanita yang sedang duduk di meja agak tersorok di sudut kafe itu.
“Your
favourite, Cappuccino Avocado.” Dia menyapa seorang wanita yang sedang
asyik merenung telefon bimbitnya. Dia melabuhkan duduk di hadapan wanita itu.
“Thank you..
Awak buat ke?” Soal Qalish Audrina sambil matanya melirik ke arah minuman
kegemarannya yang baru sampai ke meja itu.
“Pernah ke saya suruh staff saya sediakan air
kegemaran awak?”
“Okay, awak yang buat. Kan senang kalau jawab je
terus soalan saya. Suka belok kiri kanan kan?” Qalish tersenyum nipis.
“Saje, kalau straight
nanti jadi tak seronok pula perbualan kita. Yadh suka dengan imej baru Lish,
kekalkan sampai bila-bila eh?” Dia terpesona melihat keayuan Qalish Audrina
yang buat pertama kalinya tampil bertudung. Qalish Audrina yang sebelum ini
tidak memakai tudung tersenyum malu.
“InsyaALLAH. Lish rasa dah tiba masanya Lish
tinggalkan dunia free hair dan sekarang ni pegang title wanita berhijab. Yadh doakan Lish eh?”
“Mestilah Yadh doakan yang terbaik untuk Lish. Lish
kan kekasih hati Yadh, tak pernah sekali pun Yadh terlupa nak sebut nama Lish
dalam setiap doa Yadh.” Ammar Riyadh, seorang jejaka berusia 30 tahun adalah
kekasih kepada Qalish Audrina. Dia memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana
akhirnya wanita yang disayangi terbuka hati untuk berhijrah.
“Thank you
Yadh. Lish tahu Yadh bukan sahaja kekasih, tapi Yadh boleh bimbing Lish ke
jalan yang benar. Lewat awak masuk kafe hari ini? Ada urusan dekat luar ya?”
Qalish Audrina menyoal lembut. Minuman kegemarannya disisip sedikit.
“ Lish nampak cantik bila bertudung. Yadh ingatkan
siapa lah tadi yang duduk dekat tempat biasa Lish duduk ni. Lain muka Lish bila
bertudung tau. Yadh sampai tak kenal siapa tadi. Yadh melawat makcik Yadh dekat
hospital sekejap.” Jelas Ammar Riyadh yang sudah menongkat dagu merenung wajah
kekasihnya. Qalish Audrina jadi malu pula direnung sebegitu.
“Lain sangat ke muka saya bila bertudung? Oh,
sebelum ni saya tak cantik ke?”
“Lain sangat. Macam bidadari. Bukan tak cantik bae, tapi bila Lish bertudung. Lagi
terserlah ayumu.” Qalish sudah ketawa mengekek mendengar kata-kata romantis
Ammar. Ammar hanya menayang wajah masam. Dia tahu dirinya bukanlah seorang yang
puitis, kata-kata cinta juga banyak dipetik daripada internet.
“Macam lirik lagu je sayang?” Soal Qalish Audrina
setelah tawanya reda.
“Mana ada, ayat tu Yadh reka sendiri tau. Yadh tak
main lah ciplak ayat orang untuk bagi dekat insan tercinta ni. Nampak sangat
tak ikhlas dari hati.” Balas Ammar penuh yakin.
“Banyak lah Yadh punya reka sendiri. Macam lah Lish
tak kenal buah hati Lish bukan nya lelaki puitis, selalu curi ayat-ayat cinta
orang kan? Dah faham sangatlah.” Ujar Qalish Audrina bersama sengihan di
bibirnya. Hubungan cinta selama 4tahun yang terjalin antara mereka sudah cukup
membuktikan kesetiaan mereka terhadap pasangan masing-masing. Qalish mengenali
Ammar sewaktu dia menghadiri sebuah program keusahawanan. Ketika itu mereka
hanyalah teman. Namun takdir telah membawa mereka ke destinasi cinta apabila
secara kebetulan Qalish telah membuka butiknya sederet dengan kafe Ammar. Sejak
dari itu hubungan mereka semakin akrab.
“Nanti Yadh pulang lah balik. Yadh bukan curi untuk
selama-lamanya pun. Esok lusa Yadh guna ayat cinta dari doktor cinta pulak.
Biar awak makin sayang dekat saya.” Ujar Ammar dengan senyuman manja terukir di
bibirnya.
“Kalau tak ada ayat-ayat cinta tu pun saya dah
sememangnya sayang kan awak. Tak perlu pun tu semua.”
“Bae,
semalam Yadh terserempak dengan bestfriend
Lish si Sofi tu. Dia bagitahu yang kelmarin Lish accident. Kenapa tak bagitahu? Am
I not important anymore?” Wajah Ammar sudah beruah serius. Dia benar-benar
terasa kerana Qalish tidak memberitahu tentang perkara itu. Dia mudah terasa
jikalau Qalish tidak berterus terang dengan dirinya.
“Er.. Bukan tak nak bagitahu Yadh, tapi Lish rasa
tak penting lah. Lagi pun Lish tak apa-apa. Kereta Lish yang cedera sikit.
Kemalangan kecil je.” Ujar Qalish Audrina dengan wajah serba salah. Dia tahu
Ammar tidak gemar dengan sikapnya yang kadangkala tidak memberitahu apa yang
terjadi kepadanya.
“Tak penting awak cakap Bae? Tak kisah lah kemalangan tu kecil ke, besar gedabak macam
badak sekalipun. Saya perlu tahu, itu semua tanggungjawab saya kan. Yadh kan
dah janji nak jaga Lish.”
“Okay.. I’m
sorry. Lain kali saya laporkan dekat awak ya setiap apa yang terjadi dalam
hidup saya.” Balas Qalish akur.
“Yadh bukan nak kongkong hidup Bae.
Yadh just nak pastikan Lish dalam
keadaan selamat setiap masa. Jantung Yadh ni macam gugur tau kalau tahu Lish
dalam keadaan tak okay.” Ammar Riyadh mencapai lengan Qalish Audrina yang
ditutupi baju lengan panjang yang dipakainya.
“Sayang. Tak ada benda lah yang awak nak risaukan.
Lepas ni Lish akan lebih berhati-hati.”
“Janji bae?”
Ammar Riyadh merenung bebola mata milik si gadis. Wanita itu turut meredupkan
pandangan matanya.
“Tak janji tapi pasti. Sayang, sampai bila kita nak
macam ni? Yadh sedar kan hubungan kita dah terlalu lama. Umur kita berdua bukan
muda lagi tau.” Qalish Audrina benar-benar menginginkan hubungan yang lebih
jauh antara mereka berdua. Namun teman lelakinya tidak pernah sekalipun
berbincang tentang hubungan mereka untuk melangkah ke tahap lebih serius.
“Tak nak lah cakap pasal ni. Tukar topik lain?”
Ammar Riyadh sudah tayang wajah kosong. Dia bukan tidak suka setiap kali Qalish
bertanyakan tentang itu, namun dia sendiri tidak tahu mahu berikan jawapan apa
yang tidak akan mengecewakan gadis itu.
“Kenapa? Kenapa bila cakap soal kahwin Yadh terus
berubah? Yadh tak serius dengan hubungan kita ke selama ni? Lish ni sekadar
tempat untuk Yadh hilangkan kebosanan?” Qalish Audrina menyoal bertubi-tubi. Wajahnya
sudah seperti mahu menangis. Dia bengang melihat respon Ammar yang tidak
seperti apa yang dia harapkan.
“Apa yang Lish merepek ni? Kan Yadh dah cakap, Yadh
sayang kan Lish. Yadh nak bina keluarga hanya dengan seorang perempuan yang
bernama Qalish Audrina Azman. Saya perlukan masa. Itu je. Bukan Yadh tak serius
dengan Lish.”
“Sayang tu semua orang boleh cakap Yadh. Lish penat
lah nak jawab soalan yang sama daripada umi dengan abah tentang hubungan kita.
Lish bukan apa, Lish kesian dekat diaorang. Selalu tanya bila Yadh nak datang
masuk meminang.” Ujar Qalish yang sudah kembali tenang. Dia memahami sikap
Ammar yang bukan jenis lelaki gemar melenting, jadi dia tidak seharusnya
mengamuk tidak tentu hala.
“Kan Yadh dah cakap, bila tiba masanya Yadh sendiri
akan buka mulut tentang hal perkahwinan kita. Yadh tak nak berburu-buru.
Keputusan kalau dibuat secara terdesak, bimbang hasilnya nanti tak seperti apa
yang kita harapkan.”
“Terdesak apa pulak Yadh? Dah lama kan kita bercinta,
tak elok lah bercinta lama-lama. Kan lebih baik kalau kita segerakan perkara
yang indah ni. Yadh tak nak ke halal kan Lish untuk Yadh?” Qalish memandang
mata hazel milik Ammar Riyadh, tidak berkedip. Dia mahukan jawapan yang
sejujurnya daripada lelaki itu.
“Sayang... Jauh di sudut hati Yadh ni, Yadh memang
simpan cita-cita untuk mengahwini Lish. Yadh tak nak Lish sampai jatuh ke
tangan orang lain. Sabar sikit sayang, Yadh belum ready lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa.”
Kedengaran ikhlas suara itu mengetuk gegendang telinganya.
“Lish bukan apa, Lish fikirkan tentang umi dengan
abah. Kalau ikutkan Lish pun tak nak terburu-buru untuk berkahwin. Yadh jumpa
lah dengan parents Lish, terangkan
tentang ni. Boleh?”
“Belum tiba masanya lagi Lish. Yadh akan berjumpa
dengan parents awak bila kita berdua
dah bersedia untuk ke tahap yang seterusnya. Yadh nak capai dulu cita-cita Yadh
sebelum Yadh tamatkan zaman bujang Yadh. Tolong faham, boleh sayang?”
“Yelah.. Lish tahu Yadh nak kembangkan bisness Yadh,
bila Yadh dah puas hati. Baru lah Yadh boleh fikir tentang kita. Hm. Lish kena
beralah dengan cita-cita Yadh lah ni.” Qalish Audrina beralah untuk kesekian
kalinya. Dia tidak mahu terlalu mendesak Ammar supaya berkahwin dengannya. Dia
tidak mahu kelihatan seperti perempuan desperate.
“Bae… Bukan
macam tu lah. Kalau Yadh berjaya, bae
jugak yang bangga kan? Yadh nak jugak lebarkan sayap perniagaan Yadh macam mana
Lish berjaya sebagai pengusaha butik sekaligus fashion designer terkenal di usia muda. Yadh nak kita sama-sama
setaraf.” Ammar Riyadh memujuk.
“Okay. Apa pun yang Yadh nak buat untuk masa depan
Yadh, Lish sentiasa support. Cuma tu
lah, jangan biarkan Lish tertunggu lama tau. Takut nanti Yadh hanya dapat capai
bayang-bayang Lish je.”
“Jangan lah buat Yadh risau sayang. Yadh janji, bila
Yadh dah dapat semua yang Yadh inginkan, masa tu Yadh akan jadikan Lish wanita
terbahagia dalam dunia ni.” Ujar Ammar Riyadh penuh romantis. Qalish Audrina
hanya melakar senyuman nipis.
“Yadh ke dapur kejap, nanti Yadh datang semula
dengan something special untuk bae. Tunggu tau.” Ammar segera bangun,
namun sebelum dia berlalu dia sempat mencuit hujung hidung Qalish. Qalish hanya
tersenyum manja. Dia belajar untuk mengerti permintaan kekasih hatinya.
****
“Air abah, umi.” Pelawanya lembut lalu dia turut
mengambil tempat di sebelah uminya untuk bersembang kosong dengan orang tuanya.
“Kenapa lewat balik hari ini? Lama abah tunggu Lish,
ingatkan Lish tidur dekat butik.” Soal Haji Azman memulakan perbualan mereka
bertiga malam itu.
“Biasa lah bah, macam tak biasa Lish selalu balik
lewat. Ada banyak design yang Lish
kena semak daripada staff Lish. Lagipun kitaorang tengah sibuk siapkan rekaan
untuk pertandingan busana pengantin bulan depan.” Terang Qalish Audrina sambil
tangan kirinya memicit tengkuknya yang terasa lenguh.
“Jangan lah kerja teruk-teruk sangat Lish. Apa yang
kamu nak kejar lagi? Umi rasa semuanya kamu dah ada, kemewahan yang bukan
senang nak dicapai oleh orang lain di usia macam kamu ni. Bersyukurlah apa
adanya nak.” Nasihat Hajah Razitah lembut.
“Lish bukan tak bersyukur dengan apa yang ALLAH
kurniakan kepada Lish sekarang ni. Tapi tak salah kan kalau Lish sentiasa
berusaha untuk terus maju ke hadapan? Kalau Lish tak kerja, Lish nak makan apa.
Tak nak lah harapkan duit pencen umi dengan abah. Malu lah Lish.”
“Umi bukan suruh Lish berhenti kerja, umi tak suka
tengok Lish selalu balik rumah lewat. Ini masa bujang tak apalah, nanti bila
dah berkeluarga. Tak kan setiap hari kamu nak balik lepas isyak?” Hajah Razitah
risau memikirkan perihal anak tunggalnya yang tidak kahwin-kahwin lagi sehingga
sekarang.
“Nanti bila dah kahwin mestilah Lish fokus kan lebih
kepada keluarga Lish. Sementara Lish masih bujang ni, apa salahnya Lish bekerja
keras sikit. Ini semua untuk simpanan masa depan.” Jelas Qalish Audrina. Dia
mengakui dirinya yang begitu sibuk dengan butiknya kadangkala hanya punya masa
sedikit sahaja untuk bersama-sama dengan umi dan abahnya walhal mereka tinggal
serumah. Kesibukan Qalish menguruskan butiknya kadangkala membimbangkan fikiran
kedua-dua orang tuanya.
“Lish. Apa sebenarnya status hubungan kamu dengan
budak Riyadh tu? Dia tu hanya nak mempermainkan perasaan anak abah ataupun
macam mana?” Haji Azman yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, mencelah
perbualan dua beranak.
“Abah.. Tak baik cakap macam tu. Yadh serius dengan
Lish. Dia tak pernah ada niat pun nak mainkan perasaan Lish. Cuma Yadh minta
abah dengan umi bagi dia sedikit masa. Soal kahwin ni bukan hal kecil bah,
biarlah dia bersedia dulu.”
“Bagi masa lagi? Berapa banyak masa yang dia
perlukan lagi? Sudah lah jarang menjenguk kita disini, kalau betul dia nak kamu
jadi isteri dia. Dia mesti selalu datang sini, ziarah abah dengan umi. Ini
kalau nak bawa kamu keluar, hanya tunggu di luar rumah. Umi tak suka lah macam
tu.” Hajah Razitah tidak berniat untuk masuk campur dalam hal peribadi anak
perempuannya. Dia hanya mahu Qalish segera berkahwin dengan sesiapa sahaja yang
dia suka.
“Yadh bukan tak nak datang melawat abah dengan umi.
Lish pun banyak kali ajak dia masuk rumah, tapi tu lah dia segan. Dia cakap
bila tiba masanya nanti, dia akan bawa rombongan meminang. Abah dengan umi
jangan lah risau.” Qalish menerangkan hal sebenar. Dia sudah agak pasti bapa
dan ibunya akan menyoal tentang kekasihnya. Itu yang dia buntu memikirkannya.
“Macam mana kami tak risau. Lish ni satu-satunya
puteri yang abah dan umi ada. Lish sedar tak umur Lish tu dah nak masuk angka
30 dah. Tak elok lah kamu melewat lewatkan perkahwinan sedangkan semua dah ada.
Calon pun dah ada, harta pun kamu dah miliki sekarang ni.” Haji Azman meneguk
sedikit air panas yang dibancuh oleh anak tunggalnya.
“Calon memang lah dah ada bang, tapi tak pernah nak
bersedia. Bercinta bertahun-tahun pun, dikatanya tak bersedia. Tak fahamlah umi
cara orang zaman sekarang bercinta.”
“Macam ni lah Lish. Siang tadi kawan lama abah
datang jenguk abah dengan umi. Dia bukan datang saja-saja, tapi mereka ada
hajat besar. Abah tak sampai hati nak tolak.” Haji Azman bersuara terlebih
dahulu apabila dilihat Qalish Audrina seakan-akan mahu membalas omelan uminya.
“Hajat apa, abah umi?” Soal Qalish tidak
sabar-sabar. Jangan lah bagitahu yang ada orang mahu menyunting dirinya. Boleh
pecah kepala memikirkannya.
“Mereka nak jodohkan Lish dengan anak bongsu
mereka.”
Hampir tersembur air di dalam mulutnya. Qalish
segera menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangannya. Dia segera mencapai
tishu lalu mengelap mulutnya yang sedikit lembab.
“Maksud abah, mereka nak Lish kahwin dengan anak
mereka? Haish merepek jelah. Kenal pun tak. Ingat zaman dulu ke mak ayah yang
cari kan jodoh.” Wajahnya sudah cemberut. Benarlah tekaannya tadi.
“Kalau nak tunggu anak-anak yang cari jodoh mereka
sendiri. alamatnya sampai berjanggut kami ni, anak-anak tak kahwin lagi. Lish,
Dato’ Ezzudin dan Datin Khalidah tu banyak tolong abah masa keluarga kita susah
dulu. Hajat mereka yang satu ni, rasanya susah abah nak tolak.” Haji Azman
melepaskan keluhan kecil. Dia tidak pernah berniat untuk menentukan siapa yang
layak berdampingan disisi anaknya. Dia kalau boleh mahu Qalish mencari sendiri
jodohnya.
“Habis tu abah setuju ke? Abah. Abah dengan umi tahu
kan Qalish sayang sangat dekat Riyadh. Jangan lah buat Qalish macam ni.” Qalish
sudah mahu menangis. Daripada gaya percakapan abahnya, dia tahu lelaki itu
dalam dilemma.
“Dia orang baru sampai kan hajat mereka. Kita ada
hak untuk terima ataupun tidak. Umi kalau boleh nak Lish cepat-cepat kahwin.
Kalau boleh sebelum kami tutup mata, kamu dah ada anak. Keluarga yang bahagia.”
“Umi, jangan lah desak Lish. Lish bukan tak bincang
perkara ni dengan Yadh. Tapi dia sendiri yang cakap dia tak bersedia lagi. Tak
kan Lish nak paksa dia.”
“Abah bagi Lish kata putus. Sama ada Lish suruh Yadh
masuk meminang secepat mungkin, ataupun abah terima pinangan mereka. Bila-bila
masa je diaorang boleh hantar rombongan meminang. Masa ni lah kamu tahu Riyadh
betul-betul ikhlas dengan kamu ataupun tidak. Kalau dia sayang kan Lish, dia
tak akan bagi seribu alasan lagi.” Qalish terkesima mendengar kata dua yang
diberikan oleh abahnya. Dia merenung wajah serius abahnya yang sedang meneguk
minuman.
“Abah. Mana adil. Kan Lish dah cakap, Yadh memang
tak bersedia untuk jadi suami Lish buat masa sekarang ni. Kita tunggulah sampai
dia betul-betul bersedia.”
“Abah bagi tempoh sampai hujung bulan ni saja, kalau
dia tak masuk meminang jugak. Kamu kahwin dengan anak Dato’ Ezzudin.” Tegas
kedengaran suara Haji Azman.
“Abah, sekejap sangat tempoh yang abah bagi. Boleh
tak abah bagi peluang untuk Lish pilih sendiri siapa bakal suami Lish?” Qalish
merayu meminta cebisan simpati dari abahnya. Dia tertekan mendengar kata dua
yang diputuskan oleh Haji Azman.
“Sudah Lish. Kamu jangan nak banyak songeh. Pergi
masuk bilik sekarang. Abah dah bagi pilihan, terserah pada kamu.”
“Tapi pilihan abah tu tak adil untuk Lish!”
“Jangan nak naik kan darah abah. Apa yang abah buat
ni semua untuk kebaikan kamu. Jangan cuba-cuba nak tunjuk pandai.” Haji Azman
sudah bangun dari duduknya. Qalish turut sama bangun untuk berlalu ke dalam
biliknya dengan jiwa yang bengang. Ya, dia bengang dengan pilihan yang diberi
oleh abahnya.
Hi do visit me
ReplyDeletehttp://khayriena.blogspot.com/